Tuesday, June 3, 2008

Kembalilah Ke Pangkal Jalan

Di sini saya ingin berkongsi dialog saya dengan 'budak-budak'. Minta tolong perbetulkan fakta yang tersilap.

Bolehkah sains membuktikan/menidakkan kewujudan Tuhan?

budak-budak mengatakan bahawa dengan logik dan metod saintifik, Tuhan adalah dibuktikan tidak wujud. Saya ingin bertanyakan kepada saudara, apakah metod yang digunakan dalam mengkaji kewujudan Tuhan? Apakah alatan dan radas untuk membuktikannya? Adakah dengan mikroskop, teleskop atau stetoskop?

Metod sains sekali-kali tidak dapat membuktikan atau menidakkan kewujudan Tuhan. Darwin apabila mengkaji asal-usul hidupan, ada disiplin dan metod sains yang beliau patuhi, salah satunya adalah sampel. Dawkins apabila mengkaji Tuhan, adakah beliau ada mengambil 'sampel' Tuhan? Dan mengkajinya di dalam makmal?

Jelas di sini scientific method tidak mampu membicarakan tentang kewujudan Tuhan.

"If God is outside of nature, then science can neither prove nor disprove His existence. Atheism itself must therefore be considered a form of blind faith, in that it adopts a belief system that cannot be defended on the basis of pure reason."

- Francis S. Collins, The Language of God: A Scientist Presents Evidence for Belief (2006), p. 165

Apa bukti Tuhan wujud/tidak wujud?

Apabila metod saintifik tertolak, maka di sini satu persoalan timbul. Apakah bukti kewujudan/ketidakwujudan Tuhan? Apabila mendapat bukti, tidak semestinya kita akan kenal siapa yang meninggalkan bukti.

Contohnya, saya ada jam tangan. Jam tangan tersebut adalah bukti kepada adanya pencipta jam tangan. Tapi saya tak dapat nak bayangkan bagaimana rupa pencipta jam tangan ni, hensemkah dia, atau sebaliknya.

Saintis yang percaya Tuhan ada bukti bahawa wujud Tuhan, tapi saintis yang tak percaya Tuhan adakah mereka ada bukti bahawa tidak wujud Tuhan? Duit RM10 wujud, sebab duit RM1 wujud. Bolehkah kita buktikan duit RM1 tidak wujud tapi dalam masa yang sama duit RM10 wujud?

Mungkin Tuhan wujud, mungkin tidak

Kalau Tuhan benar tak wujud, saya takde masalah. Saya akan mati jadi tanah. Tapi kalau benar Tuhan wujud, andalah yang bermasalah nanti. Saya tak dapat nak tolong.

Sekian

___________________


Atheist kerap menyatakan bahawa alam ini terjadi dengan pure chance, coincidence atau randomness. Kata-kata ini cumalah satu alasan atas ketidakupayaan akal untuk mentafsirkan keseluruhan cara kerja Tuhan.

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55... adakah ia random? Ya, pada mata seorang tukang kebun, tapi tidak pada mata seorang mathematician. Nombor tersebut adalah Fibonacci number.

3.14159265, adakah ia random? Ya pada mata seorang sasterawan tapi tidak bagi physicist. Ia adalah nilai pi.
Quote:
Randomness is an objective property. Nevertheless, what appears random to one observer may not appear random to another observer. Consider two observers of a sequence of bits, only one of whom has the cryptographic key needed to turn the sequence of bits into a readable message. The message is not random, but is unpredictable for one of the observers. One of the intriguing aspects of random processes is that it is hard to know whether the process is truly random. The observer can always suspect that there is some "key" that unlocks the message.
Sumber:Randomness versus unpredictability

Ok let say kita ambil secara literally, alam ini memang terjadi secara random. Then, siapakah yang melontar dadunya? Adakah dadu itu bergolek dengan sendiri dan memaparkan nilai 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 secara random? Atau adakah random itu seperti bermain dart?

Random comes with probabilites. 1, 2 ,3, 4, 5, 6 adalah probability nombor dadu yang keluar. Tapi jika petak tinggal lagi 3 untuk sampai ke penamat dalam permainan dam ular, adakah randomness terpakai? Bolehkah menang dengan hanya randomness? Mungkin ya mungkin tidak.

Alam ini tercipta dengan probabilities yang maha banyak, dan hanya satu saja nilai yang betul untuk terciptanya alam. Persoalannya, bagaimana alam ini boleh terjadi dengan sempurna dengan randomness? Man, universe is not simple as mere dice, yet we are so arrogant claiming this perfect universe exist as a result of randomness and coincidence.

Sekian.
_______________________________

budak-budak wrote:
Yang betulnya ‘TUHAN’ telah memberi cara yang terbaik dan selamat untuk bimbingan iaitu reasoning.Melalui reasoning dan logic kita boleh tahu yang mana betul dan yang mana salah. Buat aper kita perlukan agama dan nabi untuk bagitau yg mana betul yg mana salah sedangkan kita semua sudah tahu benda ni.

Logic dan reasoning mengatakan bahawa 2+2=4 dan ia adalah betul. Tiada siapa yang dapat menafikan 2+2=4 dan membuktikannya palsu. Benar, dalam matematik kita memerlukan logik dan reasoning untuk menentukan kebenaran atau kepalsuan.

Tapi persoalannya, terpakaikah ia dalam kehidupan sosial?
1 4 16 87 53 87 ...dengan logik dan reasoning, anda boleh menjangka apa nombor yang saya akan tulis selepas tu? Dengan logik dan reasoning, bolehkah anda menentukan nilai yang anda pilih itu betul atau salah? NO WAY.

Tiada cara kita menentukan sesuatu itu betul atau salah dalam kehidupan sebenar dengan cara logic and reasoning.

Saya bagi contoh mudah, saya seorang pengusaha kilang yang membantu memajukan ekonomi negara. Secara logic dan reasoning, saya adalah benar kerana common sense mengatakan memajukan ekonomi adalah baik dan benar. Tapi apabila kilang saya membuang sisa toksik ke dalam sungai dan menyebabkan puluhan org ditimpa penyakit, adakah saya dikira salah? Kalau saya salah, kilang saya ditutup dan ekonomi jatuh merudum, beribu2 menganggur dan ramai mati kelaparan, so adakah saya betul-betul salah?

Sebab itu saya kata, dalam kehidupan sosial, logic dan reasoning tidak terpakai. Perangai manusia ni berubah-ubah seperti nombor yang saya tulis di atas. Tidak semestinya 1 kemudian menjadi 2, kadang2 selepas 1 boleh jadi 100 atau 200. Manusia bukan robot atau matematik!

Justeru, manusia memerlukan satu panduan sebagai kayu ukur untuk menetukan mana satu baik dan mana satu yang buruk. Kerana kapabiliti otak manusia tidak mampu menentukan benar atau salah dalam keadaan variable yang bermacam.

Mengapa perlu nabi? Saya nak bertanya anda belajar ABC sendiri2 atau dengan guru? Anda belajar memandu kereta sendiri2 atau dengan guru? Itu baru ABC. Dalam pasaran banyak buku2 tentang ABC tapi mengapa perlu pergi tadika? Baca jelah sendiri buku tu. Ataupun gunakan logic and reasoning mengatakan ini huruf A dan itu huruf B.

Kalau ABC pun berguru, apatah lagi dalam kehidupan ni. Apatah lagi untuk menentukan baik dan buruk. Maka itu kita perlukan utusan dari Tuhan
_____________________________

budak-budak wrote:
deansama kita tak perlu panduan, semua orang tahu membuang toksik tu adalah salah(common sense),pastu undang2 manusia pun dah ada melarang membuang toksik dalam sungai, jadinya orang yang buang jugak toksik ke dalam sungai bukan kerana mereka tak tau, tapi kerana mereka mengikut nafsu dan tidak takut akan undang2, kalau bagi undang2 agama pun bukan mereka nak ikut pun

Jadi manusia boleh hidup tanpa undang2 kalau mereka tu memang bermoral dan berfalsafah

Seperti Aristotle kata: I have gained this by philosophy, that I do without being commanded, what others do only from fear of the law

Itu cuma contoh saudara.

Bagaimana pula kalau pihak berkuasa yg menutup kilang saya menyebabkan ekonomi merudum, ramai menganggur, mati kelaparan, rompakan meningkat. Maka ketika itu adakah menutup kilang saya dikira betul atau salah?

Logic dan reasoning menghasilkan kapitalis dan sosialis. So mana satu betul atau salah? Kebenaran tidak boleh ada dua. Salah satu mesti salah, tapi mengapa boleh jadi dua pula aliran ekonomi dgn logic dan reasoning? Mengapa tidak semua gunakan kapitalis saja. Atau mengapa tidak semua gunakan sosialis?
___________________________

Gay/lesbian menurut logic dan reasoning tidak salah.

Pelacuran menurut logic and reasoning tidak salah.

Kerana ia adalah human right. Kita negara demokrasi, hasilan dari logic and reasoning.
___________________________

budak-budak wrote:
Alam terjadi dengan sendiri, kalau tuhan yg buat alam ni, siapa yg cipta tuhan

Maaf kepada warga AAN sekalian tapi saya terpaksa berhujah dengan Tauhid 20 dalam hal ini.

Akal (logic and reasoning) tidak dapat menerima bahawa alam ini wujud dengan randomness dan coincidence. Seperti dalam pos yang sebelum ini, saya menyebut bahawa randomness comes with probability.

Kita ambil contoh baling dadu. Kalau saya minta saudara baling dadu nilai no 6, kemudian 3, kemudian 5, kemudian 6 semula. Adakah saudara boleh buat dalam sekali baling? MUSTAHIL!

Menurut theory of probability, kebarangkalian saudara dpt nilai yang saya sebutkan adalah 1/6 x 1/3 x 1/5 x 1/6 = 1/540!! 1000 tahun saudara baling dadu pun takkan dapat nilai yang saya minta.

Kalaulah dalam hal sekecil dadu pun sudah mustahil, saudara mengatakan alam ini terjadi dengan sendiri? Alam terjadi dengan randomness? Coincidence? God doesn't play with dice, dude.

Pernah tengok kilang buat kereta? Macam mana mereka buat kereta? Campakkan enjin, skru, dan segala komponen kereta supaya dgn harapan randomness dan coincidence dapat membina sebuah kereta? I just can't accept this idiocy.

Kalaulah benda semudah kereta pun ada prosesnya, mengapa anda tidak katakan alam ini terjadi dengan proses? Mengapa anda katakan alam ini terjadi dengan coincidence/dengan sendiri? Hujan turun dengan sendiri atau dengan proses? Gempa bumi terjadi dengan sendiri atau dengan proses? Gunung berapi terjadi dengan sendiri atau dengan proses?

Persoalan2 di atas tidak mungkin dapat dijawab melainkan kita percaya ada Zat yang maha bijaksana dan maha kuasa yang melakukan semua ini.

Selesai satu perkara.

Siapa yang mencipta Tuhan?

Akal (logic and reasoning) tidak dapat menerima bahawa ada Tuhan yang mencipta Tuhan.

Saya bagi contoh mudah. Kita katakan ada Tuhan yang mencipta Tuhan. Katakan Tuhan yang mencipta alam ini sekarang adalah Tuhan A. Bila kita kata ada Tuhan yang mencipta Tuhan, maka sudah tentu ada Tuhan B yg mencipta Tuhan A. Dan sudah tentu ada Tuhan C mencipta Tuhan B. Dan sudah tentu ada Tuhan D yang mencipta Tuhan C. Maka siapakah Tuhan yang sebenar? Perkara ini akan terus berpanjangan (tasalsul). Logic and reasoning tidak dapat menerima bahawa Tuhan itu dicipta.

Saya bagi contoh lain, katakan Tuhan sekarang adalah Tuhan A. So mesti ada Tuhan B yang cipta Tuhan A. Dan Tuhan C pula mencipta Tuhan B. Dan Tuhan A pula mencipta Tuhan C. Maka siapakah Tuhan di sini? Hal mudawwar ini adalah mustahil. Akal tidak dapat menerima bahawa Tuhan ini diciptakan.
________________________

budak-budak wrote:
Man Created God In His Own Image

Ya, saya tak nafikan bahawa tamadun-tamadun sebelum ini mempunyai Tuhan masing-masing. Greek dengan tuhan zeus, Egypt Kuno dgn tuhan ra, Arab jahiliah dgn tuhan lata dan uzza. Kenapa ada banyak sangat Tuhan? Dengan logic dan reasoning, mesti ada satu Tuhan saja yang betul? Akal tak dapat menerima semua Tuhan adalah betul.

"I see a pattern, but my imagination cannot picture the maker of that pattern. I see a clock, but I cannot envision the clockmaker. The human mind is unable to conceive of the four dimensions, so how can it conceive of a God, before whom a thousand years and a thousand dimensions are as one?" (The Expanded Quotable Einstein, Princeton University Press, 2000 p. 208). www.spaceandmotion.com

Saya bagi contoh, sekiranya ada sebuah kereta yang kita tak tahu ada siapa pembuatnya. Kemudian A kata Ali pembuatnya. Tapi B pulak kata Abu pembuatnya. C pula kata Ahmad yang buat kereta ini. Kita tahu kereta ini ada pembuat, tapi siapakah sebenarnya? Ali, Abu atau Ahmad? Salah satu mesti betul ataupun kesemua adalah salah. Akal tidak mampu membayangkan siapakah pembuat kereta sebenar.

Tapi sebagai pembuat kereta, apa yang perlu dia lakukan supaya orang mengatakan dia adalah pembuat kereta tersebut dan menggunakan keretanya? Dia mesti letak cop jenama pada kereta. Dan dia mesti menghantar pekerjanya untuk mempromosi keretanya. Dan dia mesti sediakan buku panduan untuk membantu pengguna menggunakan kereta dengan betul. Bukankah begitu?
___________________________

budak-budak wrote:
akal juga x boleh terima alam terjadi dengan sendiri, kalau tuhan buat alam ni, maknanya dia bertindak dengan masa, jadi apa yg tuhan tengah buat sebelum alam ni tiada

Sebelum membincangkan adakah Tuhan subjek kepada masa, mari kita mendefinisikan apakah itu masa?

Adakah 24 jam sehari itu adalah masa? Tidak. Itu adalah ukuran tempoh bumi berputar dari garisan Greenwich ke Greenwich semula.

Adakah 365 hari itu adalah masa? Tidak. Itu adalah ukuran tempoh Bumi mengelilingi matahari.

Adakah masa di bumi sama dengan masa di marikh? Ya, sama. Cuma ukuran saja berbeza. Sekiranya saudara memahami masa itu adalah sebelum / sekarang / selepas, anda tersilap. Menurut fizik moden, masa adalah satu dimension.

Dimensi yang kita duduki sekarang ini adalah 3 dimensi dan masa adalah dimensi yang keempat. Kajian fizik moden (logic and reasoning) telah menyatakan bahawa ruang (space) tidak boleh dipisahkan dengan masa (time). Ruang dan masa adalah satu subjek. Justeru, dalam fizik kita namakan ia sebagai space-time continuum.

Secara mudahnya untuk difahami, apabila anda berjalan dari titik A ke titik B, anda mengalami perubahan ruang dan juga masa. Kerana kedua-duanya adalah satu continuum (saling berkait antara satu sama lain).

Hal ini telah dibuktikan oleh seorang saintis bernama Irwin I. Shapiro dalam eksperimennya yang telah mengasaskan Shapiro delay. Shapiro delay telah membuktikan bahawa masa bergerak lebih cepat/lambat pada sesetengah ruang di universe ini bergantung kepada kekuatan gravity force. Dengan kata lain, ruang dan masa saling berkait rapat.

Selesai subjek masa.

Anda berkata bahawa Tuhan bertindak dengan masa tapi Tuhan jugalah yang menciptakan ruang? Bagaimana? Hal ini adalah mustahil menurut kajian fizik moden.

Anda tidak boleh kata bahawa Big Bang hanya mencipta atau mewujudkan ruang kerana space-time continuum menafikan perkara itu. Big Bang adalah permulaan kepada ruang dan masa. Justeru, sebelum Big Bang masa tidak wujud. Dan sebelum Big Bang juga, hukum fizik atau law of nature tidak wujud. Dengan kata lain, Tuhan tidak bertindak dengan masa dan tidak tertakluk kepada law of nature.

Sekiranya anda berkata, apa Tuhan buat sebelum Big Bang, anda sendiri telah menyalahi hukum fizik kerana hukum fizik tidak wujud sebelum Big Bang. Bahkan logic and reasoning juga masih belum wujud!

7 comments:

Anonymous said...

pencipta kereta mencipta kereta tetapi kereta itu tidak sama dengan penciptanya iaitu manusia ... serupa la dengan Allah, Dia menciptakan kita dan kita tidak menyerupai dia ... sene baso mudoh kiro ... bendo yg dicipta tidak sama dengan pencipta ...

( Say: He is Allah, the One and Only!
Allah, the Eternal, Absolute;
He begetteth not nor is He begotten.
And there is none like unto Him.

Al-Ikhlâs is sûrah (chapter) 112 of the Qur'ân

Hilmi Mahmud said...

great work pudin... tapi, apsal la mamat tuh bebal sgt,,, nmpak sgt dia dah diracuni hidup2 dgn tulisan god delusion tuh... haihhhh.....

Ahmad Saifuddin Amran said...

budak ni tidak bebal falih, tapi kita sebenarnya yang bebal kerana tidak mengambil endah serangan-serangan kuffar. selain budak ni, kita tidak tahu berapa ramai lagi yang telah mula ragu terhadap Islam namun kerana takut dihukum oleh mereka yang bersikap primitif, maka didiamkan saja. walhal iman dan aqidah sudah lama hancur lebur dek penangan the god delusion.

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Kalau macam tu, kita dengan budak2 seperti ini sama2 bebal.

Harus bersyukur kerana ada dikalangan umat islam yang sudi menjawabnya dengan segala daya dan upaya seperti sdr..

Tahniah sdr saifudin.

Apa yang jadi dengan perjalanan hidup budak ini seterusnya?

Anonymous said...

Aku dulu pun pernah sesat. Aku berlawan dengan jiwa aku sendiri samada tuhan wujud atau tidak. Aku hampir gila beb bila kaji ne. sebab dulu aku anggap kebetulan tu adalah sekali. Dalam banyak2 planet kenapa bumi yg hidup? jadi aku kata disebabkan kebetulanlah hidupan ada dibumi. aku sedih wooo time tu. Jiwa kacau je. Skunk aku kuatkan iman. Mmg tanpa iman memang kita mudah sesat la.

Acip said...

LAST CALL



Imej terkini Matahari dari NASA melalui lensa SDO


Hello, Semua Umat Nabi

Hello, Semua Hamba Tuhan

Apa sudah jadi

Qiamat hampir tiba

Padang mahsyar sedang menanti kita

Hello, Semua Umat Nabi

Hello, Semua Hamba Tuhan

Bertindaklah kita, dunia sudah huru-hara

Dapatkanlah jiwa kita, kerana disitu ada kasih sayang

Jangan hidup dengan perasaan, disitu amarah yang terlarang

Hello, Semua Umat Nabi

Hello, Semua Hamba Tuhan

Kunci neraka ditangan kita

Kunci syurga ditangan Tuhan

Buka Al-Quran disitu ada jawapan

Hello, Semua Umat Nabi

Hello, Semua Hamba Tuhan

Inilah nasihat terakhir

Jangan sampai bumi menjadi air

Dan jangan sampai air menjadi api

Hello, Semua Umat Nabi

Hello, Semua Hamba Tuhan

Anonymous said...

KATA KATA


Hiduplah dengan jiwa kerana disitu ada kasih sayang Tuhan
Jangan hidup dengan perasaan kerana disitu ada syaitan
Walaupun kedudukan kita dengan Tuhan itu terlalu jauh tetapi perhubungan kita dengan Tuhan terlalu dekat dan amat hampir.
Manusia itu adalah rahsia Tuhan kerana hanya manusia sahaja yang dicipta atau dibentuk diatas rupa wajah Tuhan itulah sebab kenapa jasad manusia (adam) dicipta dilangit dengan segala ciri ciri ketuhanan pada manusia.
Manusia diberi keistimewaan dan penghormatan oleh Tuhan hidup di dunia dan akhirat dan dilantik sebagai khalifah dan dipilih menjadi kekasih Tuhan.
Sekalian alam dan makhluk dicipta oleh Tuhan dan begitu serius Tuhan memberi sesuatu yang terbaik untuk manusia.

APAKAH PEMBALASAN MANUSIA KEPADA TUHAN

Kufur, Syirik, Munafik,meninggalkan segala suruhan Tuhan,melanggari setiap peraturan Tuhan, membunuh sesama manusia, berzina, minum arak, bercakap bohong, tidak solat, meninggalkan solat, melupakan Tuhan didalam kehidupannya, bergaul bebas lelaki dan perempuan, menolak Al Quran, menolak hukum, membuat hukum dan peraturan sendiri, mempercayai sesuatu selain Tuhan, menjadikan syaitan sebagai teman, menyembah sesuatu selain Tuhan, bersekutu dengan iblis dan syaitan memusuhi Tuhan.

APAKAH PEMBALASAN TUHAN KEPADA MANUSIA

Disiksa di alam barzakh sampai kiamat, diperhitung setiap perbuata di padang mahsyar dengan matahari sejengkal selama 400,000 tahun dan meniti titian sirat ke Neraka Jahanam buat selama lamanya.

BERTAUBATLAH SEKARANG

Sebelum perkara ini terjadi, segeralah kita bertaubat, menyesallah sekarang dan tinggalkanlah kejahatan kamu, kembalilah ke pangkal jalan dan jadikanlah diri kamu hamba Tuhan yang soleh, beriman , beragama dan bertaqwa.

AKHIR KATA

Allah itu Tuhan kita, kasihilah Ia dan cintailah Ia.

YANG BENAR

Kalam Allah