Membaca malaysiakini.com baru-baru ini di celah-celah keributan berita politik tanah air terselit artikel tentang Ibn Rushd. Pengarang kolum berkenaan telah menulis dua buah artikel, iaitu Ibn Rushd jawab al-Asya'irah, al-Ghazali dan Ibn Rushd: Zahir teks untuk masyarakat.
Artikel-artikel tersebut walau bagaimanapun hanyalah pemaparan secara sepintas lalu berkenaan kitab Ibn Rushd, al-Kashf 'an Manahij al-Adillah yang mengandungi kritikan-kritikan beliau terhadap mazhab-mazhab kalam dalam rangka usaha untuk mengembalikan 'nafas' falsafah ke alam pemikiran Islam.
Kitab ini bukan sahaja menganalisis dan menjawab semula isu-isu kalami yang diangkat oleh Ibn Rushd, ia bahkan menganalisis pengaruhnya kepada Averroisme yang berkembang dan menjadi 'nyawa' kepada ketamadunan Barat. Konsep-konsep penting dalam falsafah sains dan seterusnya sains sosial Barat sangat kental dengan kerangka-intelektual yang dicorakkan oleh Ibn Rushd.
Seperti yang sering ditegaskan, usaha-usaha memahami keceramukan dunia pemikiran Islam kontemporari dan usaha menyaring ilmu pengetahuan Barat haruslah diteliti menerusi premis ini. Selagi mana ia tidak difahami, sebarang usaha-usaha tersebut tidak akan lari daripada terperangkap dalam kitaran ganas serangan falsafah pusingan kedua.
Marilah kita kembali kepada pendirian keintelektualan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah yang amat berjaya meletakkan posisi akal dan wahyu pada tempat yang sewajarnya.
Semoga tulisan yang ringkas ini difahami maksud dan tujuannya.

Kitab al-Kashf 'an Manahij al-Adillah yang ditahqiq oleh Dr. Abid Jabiri, antara pengkagum Ibn Rushd kini
Tidak lama dahulu sekitar April 2007, IKD ada menganjurkan diskusi buku terjemahan Fasl al-Maqal (sebuah lagi kitab Ibn Rushd, diterjemahkan oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi yang mana penerbitannya didanai oleh Konrad Adenauer Stiftung, sebuah pertubuhan Kristian Jerman) yang dibentangkan oleh Dr. Lutfi Asshaukanie (pengusung idea-idea liberal dari seberang).
Dan sememangnya terdapat banyak lagi usaha aliran pemikiran Islam kontemporari yang dibayangi atau dipengaruhi oleh paradigma Ibn Rushd dalam mereka membina semula kerangka pemikiran Islam yang dilihat boleh menjadi jalan penyelesaian terhadap pemikiran yang dihadapi oleh umat Islam.
Usaha-usaha ini walau bagaimanapun haruslah diawasi. Pengarang pernah membuat satu lontaran awal terhadap isu ini. Kita tidaklah sepatutnya rasa sempit dada dengan ayat-ayat retorik dan bombastik penulis-penulis seperti ini yang kononnya cuba menggambarkan 'kerancuan' pemikiran Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Banyak sudah tulisan ulamak-ulamak yang dibuat untuk counter semula cubaan-cubaan Ibn Rushd tersebut dan antara yang terkini ialah kitab Syeikh Said Abdul Latif Fudah yang ini :