Tuesday, January 29, 2008

Malaikat Menurut Perspektif Sains

Imej yang diambil dari St Peter's Basilica di atas ini dikatakan 'malaikat'.

Oleh: Ahmad Saifuddin Amran

Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?

Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.

1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :

"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.

Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]

3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah .

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud [Al-A'raaf : 206]

4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. [Al-Haaqqah : 17]

5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]

Malaikat Satu Bentuk Daya

Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah, ada dinyatakan bahawa Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim. Hal ini selari dengan makna Malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya.

Penciptaan Malaikat tidak seperti Manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, Manusia perlu patuh kepada hukum (sunnatullah) biokimia iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka itu sinaran elektromagnet tidak tertakluk kepada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat Malaikat itu sendiri iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.

Menurut kajian, cahaya dapat bergerak di dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Qur'an:

dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [Al-Mursalaat:2]

Patuh Hukum Alam

Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat disiplin, patuh dan tidak pernah membantah perintah-Nya. Malaikat boleh diinterpretasikan sebagai utusan atau alatan Allah dalam mentadbir alam ini. Menjadi sifat sesuatu alat untuk patuh kepada pemiliknya. Seperti komputer yang diprogramkan untuk patuh menerima arahan oleh pembuatnya, Malaikat juga diprogramkan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah. Kita melihat sinaran elektromagnet juga sentiasa 'patuh' kepada hukum fizik yang telah ditetapkan Allah. Sekiranya sinaran elektromagnet ini tidak 'patuh', Albert Einstein tidak akan memasukkan nilai c (halaju cahaya) dalam formulanya; E=mc2 sebagai pemalar (constant).


Di segenap penjuru alam ini, terdapat banyak bukti kepatuhan Malaikat terhadap perintah Allah. Sebagai contoh, antara tugas Malaikat ialah menurunkan hujan. Tugas Malaikat ini boleh dijelaskan secara saintifik. Menurut hukum fizik, pemindahan haba berlaku melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Melalui sinaran cahaya, matahari dapat memindahkan haba (tenaga) ke atas air di lautan Bumi. Setelah memperoleh tenaga, air di lautan mengewap ke udara lalu terkondensasi membentuk hujan.

Tanpa sinaran cahaya, tidak mungkin proses kitaran hujan berlaku kerana Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk. Maka secara saintifik, air tidak boleh secara tiba-tiba mengewap ke udara tanpa ada tenaga yang dipindahkan. Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan. Subhanallah!

Penjelmaan Hologram


Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah:

dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya, [Al-Mursalaat : 4]

Bagaimana pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN. Maka tidaklah mustahil Malaikat dapat berbicara dengan Nabi dalam keadaan ia merupakan sinaran elektromagnet.

Penutup

Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbatasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?

Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan Allah untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.

Wallahua'lam.

Rujukan

1. IRFI - The Muslim Belief in Angels
2. Muslim.or.id - Iman Kepada Malaikat
3. Al-Ikhwan.net - Iman Kepada Malaikat
4. Wikipedia - Light
5. Wikipedia - Electromagnetic radiation
6. Howstuffworks - How holograms work

Sunday, January 27, 2008

Teleportation Dalam Al-Qur'an


Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]

Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.

Teleportation
ialah perpindahan objek atau zarah asas dari satu tempat ke tempat yang lain dengan serta-merta tanpa bergerak melalui ruang. Sehingga kini saintis telah berjaya melakukan teleportation ke atas foton dan atom. Teleportation ini berbeza dari teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains. Dalam fiksyen sains, teleportation boleh memindahkan satu objek ke tempat yang lain. Secara realiti, teleportation sebenarnya tidak memindahkan objek tersebut sebaliknya apa yang dipindahkan sebenarnya ialah maklumat yang terkandung dalam atom objek tersebut dan disusun semula atom-atom itu menjadi replika yang sama dengan objek asal.

Teleportation secara mudahnya boleh dibayangkan sebagai permainan snuker. Dalam fiksyen, teleportation dianalogikan seperti sebiji bola yang berputar lenyap dari satu sudut meja dan muncul semula bola yang sama pada satu sudut yang lain. Sebaliknya dalam quantum teleportation, bola yang berputar tadi tetap pada tempatnya
manakala sifat putaran itulah yang dipindahkan ke atas bola lain di atas meja.

Perkembangan Terkini

Pada 1993, enam orang saintis termasuk seorang dari IBM, Charles H. Bennet mengesahkan bahawa teleportation seperti yang digambarkan dalam fiksyen sains secara prinsipnya boleh dilakukan dengan syarat objek asal perlulah dimusnahkan.

Pada 1998, beberapa ahli fizik di California Institute of Technology
(Caltech) bersama dua kumpulan dari Eropah menjadikan idea IBM satu kenyataan apabila mereka berjaya melakukan teleportation ke atas foton iaitu partikel tenaga yang mengandungi cahaya. Kumpulan ini berjaya membuat bacaan pada struktur atom foton kemudian menghantar maklumat tersebut sejauh 3.28 kaki (kira-kira 1 meter) melalui kabel dan membina replika foton tersebut. Seperti yang dijangkakan, foton yang asli tidak lagi wujud setelah foton replika dibina.

Pada 2002, beberapa orang penyelidik dari Australian National University (ANU) telah berjaya membuat pancaran cahaya lenyap di satu tempat dan muncul semula di tempat lain pada jarak yang dekat. Kejayaan ini meyakinkan lagi mereka bahawa secara teori teleportation tidak mustahil walaupun melibatkan hanya partikel sub-atom.

Paling terkini iaitu pada 2006, satu eksperimen yang dikatakan paling berjaya telah dijalankan di Niels Bohr Institute di Copenhagen, Denmark. Dr. Eugene Polzik dan kumpulannya telah melakukan teleportation maklumat yang tersimpan di dalam pancaran laser kepada kepulan atom. Menurut Dr. Polzik, eksperimen ini melangkah setapak jauh ke hadapan kerana buat pertama kali ia melibatkan teleportation antara dua objek yang berbeza iaitu cahaya dan jirim. Satu berfungsi sebagai pembawa maklumat manakala satu lagi medium penyimpanan. Maklumat tadi telah diteleportkan sejauh 1.6 kaki (setengah meter).

Teleportation Manusia

Kita masih lagi terlalu jauh untuk dapat membina mesin teleport seperti di dalam filem. Untuk membolehkan seseorang dipindahkan ke satu tempat yang lain dalam sekelip mata, pergerakan mestilah dengan kelajuan cahaya. Hal ini menurut hukum fizik adalah mustahil.

Membina mesin yang boleh menjalankan teleport manusia bukan mudah. Mesin itu mestilah mampu mengenal pasti dan menganalisa dengan tepat kesemua 1028 atom pada badan manusia. Kemudian, mesin ini perlu menghantar maklumat ke lokasi yang lain di mana badan seseorang itu akan dibina semula dengan tepat mengikut tubuh asal. Molekul yang dibina tidak boleh tersasar meskipun hanya beberapa milimeter kerana hal ini boleh menyebabkan kecacatan yang parah pada sistem neuro atau fisio.

Katakanlah mesin ini berjaya dicipta, manusia yang dipindahkan itu pada hakikatnya tidak "dipindahkan". Mesin teleport ini lebih mirip kepada mesin faks, cumanya salinan manusia tersebut mempunyai ketepatan yang lebih berbanding mesin faks. Namun begitu, apa yang terjadi pada manusia yang asal? Teori mencadangkan supaya menggabungkan pengklonan genetik (genetic cloning) dan pendigitan (digitization) dengan teleportation.

Dalam pengklonan biodigital ini, manusia asal yang hendak dipindahkan itu secara asasnya akan mati. Minda dan tubuh yang asal tidak lagi wujud. Sebaliknya, struktur atom seseorang itu akan dibina semula di lokasi yang lain, manakala pendigitan pula akan membina semula memori, emosi, harapan dan impian. Dengan kata lain, seseorang itu wujud dengan badan baru yang diprogramkan dengan maklumat yang sama dengan tubuh asal.

Rujukan

1. Wikipedia - Teleportation
2. IBM - Quantum Teleportation
3. CNN.com - Beam me up: Just how close are we to teleportation?
4. BBC News - Teleportation breakthrough made
5. BBC News - Australian teleport breakthrough
6. Howstuffworks - How Teleportation Will Work
7. BBC News - Q&A: Teleportation

Wednesday, January 23, 2008

Manusia Akar

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran

Dalam novel fiksyen The Lord of the Ring karya J.R.R Tolkien, terdapat satu makhluk fantasi yang diberi nama Ent. Ent adalah makhluk pokok gergasi yang seakan-akan manusia dan boleh bergerak seperti makhluk yang hidup.

Di Indonesia pula, gempar seorang nelayan yang bernama Dede ditumbuhi ketumbuhan yang kelihatan seolah-olah akar pokok pada tangan, kaki dan wajahnya. Beliau tidaklah digelar sebagai Ent, sebaliknya dipanggil sebagai Manusia Akar atau Manusia Pohon. Dede sebenarnya mengidap sejenis penyakit epidemik yang sukar diubati dan penyakit aneh itu dikatakan dua atau tiga kes di dalam dunia.

Punca

Menurut seorang pakar dermatologi warga Amerika yang mengkaji kes ini, Dr Anthony Gaspari, setelah mengkaji sampel darah Dede beliau membuat kesimpulan bahawa penyakit itu berpunca dari Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini biasanya menyebabkan ketumbuhan kecil yang dinamakan ketuat atau kutil. Dalam masa yang sama pula, beliau mengalami gangguan sistem imunisasi berpunca dari kecacatan genetik. Hal ini menyebabkan sistem imun badan tidak dapat menghalang pertumbuhan ketumbuhan itu dari terus merebak dan membesar.

Segala-galanya bermula ketika Dede berumur 15 tahun, beliau tanpa sengaja telah mengalami kecederaan pada lututnya semasa bekerja di tapak pembinaan. Setiap bulan, ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 3 hingga 5 milimeter dan boleh membesar sehingga 5 sentimeter dalam setahun sehingga menyukarkannya melakukan pergerakan. Lebih malang lagi, beliau bukan sahaja tidak mampu lagi mencari nafkah sebagai nelayan malah beliau juga ditinggalkan isteri kerana penyakit tersebut (dan ini adalah hakikat perempuan yang hanya memandang material semata).

Rawatan



Setelah beberapa kali berulang alik ke Indonesia untuk melakukan diagnosis terhadap Dede dengan tujuan mencari rawatan untuk penyakit beliau, Dr. Gaspari mengemukakan penemuannya kepada lembaga pakar perubatan dan juga menghubungi syarikat pembuatan ubat untuk memberikan rawatan kepada Dede dengan percuma. Rawatan tersebut termasuklah dos vitamin A yang tinggi untuk membantu sistem imun berfungsi dan membekukan ketumbuhan yang tidak henti-henti bertumbuh dengan cecair nitrogen.

Baru-baru ini iaitu pada Khamis 24 Januari 2008, Dede telah pun menjalani pembedahannya yang ketiga dari 8 tahap yang telah dijadualkan. Pembedahan ini melibatkan 4 orang pakar bedah, seorang pakar dermatologi (kulit) dan seorang lagi pakar anestatik (pelalian) dan berlangsung selama 3-5 jam. Menurut Dr Hardi Siswo Soetedja yang mengetuai operasi pembedahan tersebut, pada asalnya pembedahan itu bertujuan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian kaki namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan waktu. Operasi tersebut hanya membuang ketumbuhan pada bahagian belakang kepala, punggung, dubur, dan belakang paha seberat 700 gram.

Dede dijadualkan akan menjalani pembedahan yang berikutnya pada 3 minggu yang akan datang untuk membuang ketumbuhan pada bahagian kaki dan memasang tissue expander pada tangan.

Rujukan

1. The Sun - Half man, half tree, please help
2. Telegraph.co.uk -
Tree man 'who grew roots' may be cured
3. Wikipedia - Dede (Indonesian)
4. Departemen Kesehatan Republik Indonesia - Dede "Manusia Akar" Jalani Operasi Ketiga

Tuesday, January 22, 2008

Manusia Separuh Anjing

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Pendahuluan


Kali pertama melihat video di atas, sebagai manusia biasa saya juga berasa agak gerun. Makhluk dalam video tersebut dikatakan asalnya seorang anak yang telah disumpah oleh orang tuanya kerana derhaka. Lagi sekali, 'kisah benar' ini dikatakan berlaku di sebuah negara Arab kerana di negara Arab doa adalah makbul. Orang Arab juga kaum yang tidak gemar melakukan pembohongan dan penipuan.

Namun begitu, video ini telah menimbulkan beberapa keraguan dalam benak saya. Disebabkan rasa inquiry yang tinggi, tanpa mempedulikan kegerunan di hati saya melihat kembali video tersebut berulang-ulang kali untuk meneliti apakah benar bahawa ia adalah satu sumpahan.

Setahu saya, manusia kali terakhir disumpah adalah kaum Yahudi disumpah menjadi kera dan babi akibat mengingkari perintah Nabi yang melarang untuk bekerja pada hari Sabtu. Dan sejak itu tiada lagi kedengaran kisah-kisah manusia disumpah (kecuali Si Tenggang dan Malim Kundang, malangnya cuma mitos).


Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Alqamah yang tidak sengaja telah menyakiti hati ibunya dengan melebihkan kasih kepada isterinya. Tidak pula dia disumpah menjadi separuh anjing. Sebaliknya, dia mengalami kesukaran untuk mengucap dua kalimah syahadah pada saat-saat akhir hayatnya (dan itu lebih menggerunkan dari disumpah).

Keraguan-keraguan

Akal yang sihat pasti tidak akan mudah menelan cerita rekaan yang cuba disuapkan. Maka di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mempertikaikan kebenaran video tersebut:

1. Dunia ini berjalan di atas Sunnatullah. Sumpahan separuh anjing berkepala manusia bukan Sunnatullah. Mana mungkin otak manusia serasi dengan sistem badan anjing yang jauh sekali jurang perbezaannya dengan sistem badan manusia.

2. Sekiranya benar itu satu sumpahan, nescaya makhluk tersebut tidak mungkin dapat hidup. Sebaliknya di dalam video, makhluk tersebut malah boleh berkata-kata dan memahami bahasa manusia. Mustahil menurut akal dan Sunnatullah makhluk seperti itu dapat hidup.


3. Mengapa dipamerkan di dalam sangkar? Adakah kerana bimbang rahsia terbongkar sekiranya penonton boleh mendekati makhluk sumpahan? Ataupun kerana kamu perempuan dan bimbang disentuh lelaki ajnabi yang mungkin mengambil kesempatan ke atas kamu? Kamu sedar kamu tu separuh anjing?


4. Mengapa wajah makhluk tersebut disolek? Adakah manusia sumpahan masih ada hati untuk bertabarruj? Siapa yang mungkin terpikat dengan kamu dalam keadaan kamu separuh anjing? Malahan anjing pun gerun melihat kamu.


5. Mengapa perlu berbaring di atas katil? Dan lebih pelik lagi kenapa pula berbaring di tempat paling hujung? Bukankah di situ tidak berapa selesa dan mudah terjatuh ketika tidur.

Saya berasa sangat pelik dengan sesetengah manusia yang tidak tahu bersyukur dilahirkan sebagai manusia. Hanya meraih populariti murahan, sanggup menggadai maruah berlakon menjadi makhluk sumpahan. Semoga Allah mengampuni kesilapannya.

Mirror Optical Illusion


Apa yang anda lihat dalam video tadi sebenarnya adalah salah satu trick yang popular di dalam silap mata dinamakan sebagai ilusi optik. Hanya menggunakan konsep fizik yang mudah, silap mata ini mampu membuat siapa sahaja ternganga melihat persembahannya. Video berikut adalah contoh silap mata serupa seperti yang dilakukan makhluk tadi:



Video ini diambil di pameran sains MTN Science Centre, Canal Walk, Western Cape, South Africa. Kagum bukan? Inilah sains. Untuk pengetahuan anda, ilusi optik ini hanya perlu menggunakan cermin sebagai alat untuk 'menipu' mata penonton. Berbanding dengan alat lain, silap mata yang berasaskan cermin sebenarnya membuatkan penonton lebih hairan dan kagum dengan persembahan.

Saya tidak berniat untuk merampas periuk nasi para ahli silap mata. Niat saya supaya orang ramai sedar dari terus diperbodohkan dengan penipuan ini. Lagipun, ilusi optik ini sebenarnya telah lapuk dan tidak lagi popular setelah rahsianya dibongkarkan.

Sphinxian Head


Ilusi optik yang dinamakan Sphinxian headini dapat dilakukan dengan dua cara. Salah satunya adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:


Dalam Sphinxian head, dua buah plat cermin didirikan di antara kaki meja bersudut kira-kira 45 darjah dari dinding tepi seperti dalam gambar rajah. Pada meja pula terdapat lubang yang membolehkan kepala dijulurkan keluar. Cermin berfungsi memantulkan imej dinding di tepi lalu membuatkan penonton melihat pantulan imej ini seolah-olah imej dinding di belakang. Dengan itu, bahagian bawah meja kelihatan seolah-olah tiada badan akan tetapi sebenarnya badan itu terhalang oleh cermin.

Kadangkala, untuk membuatkan penonton berasa lebih kagum, kepala ahli silap mata tersebut akan dibuat seolah-olah bercantum dengan badan binatang untuk kelihatan seperti makhluk seperti di dalam video. Dengan sebab itu, silap mata ini mendapat asal-usul nama Sphinxian head sempena nama Sphinx iaitu makhluk lagenda berkepala manusia berbadan binatang.


Gambar rajah di atas adalah contoh lain untuk Sphinxian head. Sebuah cermin yang besar diletakkan pada sudut kira-kira 45 darjah di atas lantai. Kepala sehingga bahu menjulur keluar melalui lubang pada cermin. Penonton akan melihat imej pantulan siling C pada cermin lalu menyangkakan ia adalah dinding belakang (dengan syarat siling dan dinding belakang hendaklah sama).

Cara ini lebih efektif berbanding cara pertama dengan syarat cermin hendaklah bersih tanpa sebutir habuk sekalipun dan dinding, siling dan dalam sesetengah kes lantai juga mestilah diseragamkan dengan warna yang sama.

Penutup

Dengan penjelasan di atas, terbuktilah bahawa makhluk yang ditunjukkan dalam video cumalah ahli silap mata yang tidak bersyukur dilahirkan sebagai manusia. Meski pun cara yang saya jelaskan tadi sebenarnya tidak digunakan, saya pasti cara yang lebih murahan digunakan dalam silap mata ini iaitu dengan tidak membenarkan penonton masuk ke dalam sangkar untuk melihat apa sebenarnya yang ada di bawah katil. Sebetulnya tidak layak disebut silap mata.

Wallahua'lam.

Rujukan


1. Mirror Trick, Magic Optical Illusion

Sunday, January 20, 2008

Kiamat Sudah Dekat 2 - Tsunami

Gambar di atas adalah rekaan semata-mata

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Pendahuluan

Tiga hari selepas tragedi gempa bumi terdahsyat di Lautan Hindi berukuran 9.3 pada skala Richter, satu dunia gempar apabila terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa paksi Bumi telah beranjak. Berikut adalah petikan berita dari akhbar Times Online bertarikh 29 Disember 2004,

Sumatra is thought to have moved by as much as 120ft and the Earth to have shifted on its axis.
The earthquake responsible for the Asian tsunami was so powerful that it changed the local geography, shifting islands and the mainland of Sumatra by as much as 120ft, American seismologists said yesterday.
The energy released by the quake was so huge that it may even have caused the Earth to wobble on its axis. Geophysicists are calling it a megathrust, the term used for the most powerful of changes in the Earth’s surface. Pressure built up over nearly two centuries was released in a single snap. Baca seterusnya

Belum pun masyarakat dunia reda dari trauma akibat bencana maha dahsyat yang baru saja terjadi, ditambah lagi dengan dakwaan bahawa paksi Bumi telah beranjak dari sudut yang asal. Masing-masing (terutama di kalangan umat Islam) membuat andaian bahawa tidak lama lagi pasti matahari akan terbit dari Barat, dengan kata lain kiamat sudah dekat!

Ramai yang tidak sedar perkara ini cumalah propaganda yang tidak didasarkan dengan fakta yang kukuh. Sudah resmi akhbar, asalkan dapat melariskan jualan langsung tidak peduli dengan nilai kebenaran sesebuah berita. Tambahan pula, masyarakat awam keliru antara hipotesis dengan fakta. Sekiranya anda meneliti ayat dalam berita tersebut, ayat-ayat yang dinyatakan hanya dalam bentuk andaian dan hipotesis. Bukan fakta dan kajian.

Bukan saya mahu menafikan Hari Kiamat. Ya, Hari Kiamat kian hampir. Tapi jangan pula pandai-pandai menokok-nambah dari berita yang asal. Berita yang asal menyatakan paksi Bumi mungkin sudah berganjak. Jangan menambah-nambah mengatakan esok matahari terbit dari Barat pula!

Chandler Wobble

Bentuk sfera Bumi sebenarnya tidak betul-betul sfera. Menurut hukum fizik, objek yang tidak sfera tidak hanya berputar pada satu paksi. Bumi juga sebenarnya tidak berputar dengan stabil pada paksinya. Kutub Bumi menyimpang dalam bulatan kasar berdiameter kira-kira 10 meter setiap 433 hari. Dengan kata lain, garis lintang mengalami sedikit perubahan sebanyak 0.7 arka saat (arcsecond) iaitu kira-kira 15 meter pada permukaan Bumi. Fenomena ini dinamakan Chandler Wobble. Sebarang perubahan jisim Bumi, sistem cuaca dan pergerakan arus laut akan memberi kesan terhadap wobble ini.

Secara mudahnya, Chandler Wobble bleh dianalogikan dengan putaran gasing yang semakin perlahan. Kita dapat lihat gasing itu tidak lagi berputar pada paksi yang tetap. Sebarang perubahan pada Chandler wobble dapat diukur - bayangkan sebatang pen yang sangat besar ditebuk pada kutub Selatan Bumi sehingga menembusi ke kutub Utara. Kemudian bayangkan pula di atas kutub Utara itu, ada sebuah pangkalan angkasa lepas yang dilengkapi kertas graf dan pergerakan pen tersebut dilukis pada graf itu. Kita akan dapati selepas sehari, lukisan yang terbentuk pada graf adalah berbentuk bulatan dan bukannya titik. Hal ini kerana putaran wobble Bumi pada paksinya.

Gambarajah di atas menunjukkan pergerakan sebenar paksi Bumi relatif kepada Kutub Utara (90N) iaitu persimpangan paksi X dan Y dari Januari 1996 sehingga Disember 2000. Klik pada gambar untuk melihat animasi graf.

Kelajuan Putaran Berubah

Richard Gross, seorang ahli geofizik di Jet Propulsion Laboratory milik NASA telah membuat kajian berkenaan fenomena gempa bumi tersebut dan mengeluarkan beberapa kenyataan hasil dari kajian itu. Beliau melakukan simulasi untuk melihat kesan coseismic ke atas putaran Bumi pada 26 Disember dengan menggunakan model PREM yang bercirikan elastik seperti Bumi dan Harvard centroid-moment tensor solution sebagai punca gempa bumi. Keputusannya:
  • Perubahan tempoh dalam sehari : -2.676 mikrosaat
  • Peningkatan pergerakan latitud : -0.670 mili arkasaat
  • Peningkatan pergerakan longitud : 0.475 mili arkasaat
Keputusan ini memberi maksud bahawa tempoh satu hari telah menjadi lebih pendek sebanyak 0.0000027 saat. Dengan kata lain, Bumi mengambil masa selama 1000 tahun untuk berbeza dengan jam sekadar satu saat. Menurut Richard Gross, tempoh putaran lengkap Bumi dipengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya perubahan tiupan angin dan arus laut. Perubahan tiupan angin sebenarnya memberi kesan yang lebih besar ke atas tempoh waktu dalam sehari sehingga 300 kali ganda kesannya daripada kesan yang dihasilkan oleh gempa bumi tadi.

Gempa bumi boleh mengubah kelajuan putaran Bumi kesan dari pertemuan dua plat Bumi yang mengurangi ukurlilit garisan khatulistiwa Bumi sebanyak beberapa milimeter dengan cara menolak masuk bahan-bahan tumpat ke dalam Bumi. Secara tidak langsung juga, ukuran jejari khatulistiwa Bumi berubah sebanyak beberapa milimeter.

Penutup

Hipotesis yang menyatakan bahawa gempa bumi yang berlaku menyebabkan paksi Bumi berubah memang benar. Akan tetapi, perubahan tersebut tidak besar jika dibandingkan dengan tiupan angin dan pasang surut Bumi. Bagaimana pun, hal itu tidak bererti kita perlu berasa lega kerana tanda-tanda besar Hari Kiamat belum lagi muncul. Sama ada Hari Kiamat sudah hampir atau tidak, setiap manusia itu pasti akan mati. Bersedialah menghadapi mati, dan bukannya bersedia menghadapi Hari Kiamat.

Untuk siri Kiamat Sudah Dekat yang akan datang, inshaAllah saya akan menjelaskan kesahihan tentang satu emel yang mengatakan terdapat planet yang akan melanggar Bumi.

Wallahua'lam.

Rujukan

1. Times Online - How earthquake jolted the planet
2. ABC Online - Mystery of wobbly Earth solved
3. How Stuff Works - What is the Chandler wobble?
4. Wikipedia - Chandler wobble
5. The 2004 Indonesian Earthquake and Earth's Rotation
6. Scientific American - Did the earthquake that spawned the recent Indian Ocean tsunami affect the earth's rotation?

Thursday, January 17, 2008

Kiamat Sudah Dekat - Marikh

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology
Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur'an iaitu "memastikan kebenaran berita".

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portal iluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)

Retgrograde Motion

Fenomena retrograde motion (peredaran songsang) adalah fenomena semulajadi yang berlaku pada beberapa planet dalam sistem solar kita. Begitu juga yang berlaku pada planet Marikh. Marikh menyongsang setiap 25.6 bulan selama 72 hari. Kebiasaannya, kita akan melihat di langit pada waktu malam bahawa semua planet akan beredar dari Timur ke Barat. Fenomena normal ini dinamakan direct motion atau prograde motion (peredaran biasa). Namun yang demikian, kadangkala juga pergerakan planet dilihat dalam bertentangan arah iaitu dari Barat ke Timur untuk satu waktu yang seketika. Fenomena inilah yang dinamakan retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video berikut:


Video di atas menunjukkan peredaran Marikh yang dilihat dari Bumi yang mengalami retrograde motion pada tahun 1994-1995. Planet lain yang mengalami fenomena yang sama ialah:
  • Musytari (Jupiter) selama 121 hari setiap 13.1 bulan
  • Zuhal (Saturn) selama 138 hari setiap 12.4 bulan
  • Uranus selama 151 hari setiap 12.15 bulan
  • Neptun selama 158 hari setiap 12.07 bulan
Sistem Ptolemy

Model sistem solar yang dibina Ptolemy (87 - 150 AD) adalah perbaikan berdasarkan model alam semesta Aristotle (384 - 322 BC). Model ini mengandungi beberapa siri bulatan sepusat (concentric sphere) dalam keadaan Bumi menjadi pusat (geocentric). Dalam model ini, Matahari, Bulan dan bintang-bintang beredar mengelilingi Bumi.


Ptolemy menjelaskan, dalam model ini planet-planet beredar secara epikitaran (epicycles) iaitu planet beredar dalam satu bulatan orbit yang kecil dan dalam masa yang sama juga mengelilingi Bumi. Hal ini dapat dijelaskan dalam video yang berikut:


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet mempunyai orbit di luar orbit Bumi.


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet yang mempunyai orbit di dalam orbit Bumi.

Sistem Copernican

Model Copernican menggantikan Model Ptolemy dalam aspek Matahari menjadi pusat dalam sistem solar (heliocentric). Model beliau masih lagi menggunakan orbit yang bulat (justeru memerlukan penambahbaikan kerana orbit planet sebenarnya berbentuk elips). Walau bagaimanapun, jika hendak dibandingkan dengan Model Ptolemy, Model Copernican adalah jauh lebih tepat tanpa memerlukan kepada epikitaran atau penjelasan lain yang rumit.

Sistem ini menjelaskan bahawa retrograde motion yang berlaku adalah disebabkan planet yang berada lebih jauh dari Matahari beredar dengan lebih perlahan berbanding planet yang lebih dekat. Apabila Bumi memintas planet yang lebih perlahan peredarannya ini, ketika itu berlaku fenomena retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video:


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Heliosentrik Copernican menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion bagi planet yang mempunyai orbit di luar orbit Bumi.


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Heliosentrik Copernican menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion bagi planet yang mempunyai orbit di dalam orbit Bumi.

Retrograde motion dapat dihurai dan dianggarkan dengan lebih tepat lagi sekiranya model ini digabungkan dengan penambahbaikan (refinement) oleh Kepler (iaitu orbit yang berbentuk elips dan Matahari menjadi pusat, juga hubungan antara jarak dari matahari dan kelajuan orbit).

Analogi Mudah

Sekiranya penjelasan di atas sukar difahami, saya berikan satu analogi. Bayangkan ada dua buah kereta yang berpusing mengelilingi roundabout. Kereta di sebelah luar bergerak lebih perlahan dari kereta yang di sebelah dalam. Apabila kedua-dua kereta ini berselisih, pemandu kereta yang sebelah dalam akan nampak seolah-olah kereta yang di sebelah luar bergerak mengundur ke belakang. Hakikatnya kereta tersebut juga bergerak ke hadapan. Fenomena inilah yang dimaksudkan sebagai retrograde motion.

Kita dapat melihat fenomena tersebut untuk satu tempoh yang agak panjang kerana orbit yang besar menyebabkan tempoh perselisihan itu panjang berbanding analogi kereta yang mengambil masa beberapa saat untuk berselisih.

Beberapa Persoalan

Dengan fakta yang telah dihuraikan, ternyatalah dakwaan tentang Marikh bergerak pada arah bertentangan cumalah fenomena semulajadi dan tidak memberi kesan kepada putaran orbit Bumi. Walaubagaimana pun, terdapat lagi satu persoalan yang belum saya jelaskan berkenaan dakwaan tersebut.

Benarkah paksi Bumi boleh berubah lantas menyebabkan matahari timbul dari Barat?

Sekiranya benar, apakah fenomena yang menyebabkan paksi Bumi itu berubah?

Dan sebagai soalan tambahan, benarkah gempa bumi yang menimpa di Acheh telah mengubah paksi Bumi menjadi semakin condong?

InshaAllah akan dijawab pada masa yang akan datang.

(sekiranya tidak faham, bertanyalah kepada doktor fizik)

Rujukan


1. GEO-154 Astronomy - Retrograde Motion
2. Wikipedia - Retrograde and direct motion

Tuesday, January 15, 2008

Bayi Yang Berwajah Ular



Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya copy pastekan kisahnya.

Rakaman di Hospital Makkah. Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah. Member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007.
Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.

Sebagai seorang yang beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya termasuk dalam ilmu perubatan.

Harlequin type ichthyosis


Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir.

Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan.

Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera.

Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah

Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:

On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.

Punca

Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Dalam kajian ini, 11 dari 12 pesakit Harlequin dikenalpasti terdapat mutasi pada gen ABCA 12.

Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis).

Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.

Harlequin diwarisi secara autosomal recessive trait. Dengan kata lain, kedua-dua ibu bapa pesakit ini adalah pembawa penyakit akan tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda penyakit.

Diagnosis


Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Pada 20 minggu selepas kehamilan pula, foetal skin biopsy perlu dilaksanakan untuk mengesahkan diagnosis sebelum ini. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.

Rawatan

Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka. Persekitaran yang steril perlu juga dikekalkan untuk mencegah jangkitan di samping memberi larutan garam disusuli dengan lubricant untuk melembutkan kulit dan membantu meluruhkan sel-sel kulit.

Keraguan Terhadap Kisah


Saya sangat meragui kebenaran kisah yang cuba disampaikan oleh sang penglipurlara. Pendapat saya, beliau sengaja mempergunakan alasan menunaikan umrah bagi meyakinkan pendengar terhadap hikayat beliau. Kononnya orang yang selesai menunaikan umrah tidak mungkin akan melakukan pembohongan. Apatah lagi hikayat tersebut berlaku di Mekah maka sudah tentu kejadian tersebut pasti berlaku kerana Mekah adalah tempat yang dimakbulkan doa.

1. Sekiranya benar berlaku pada Jun 2007 ketika umrah, sudah tentu kes ini akan menjadi gempar kerana penyakit ini adalah antara yang jarang sekali berlaku. Tapi kita tidak pula mendapati sebarang liputan berita tentang kelahiran ganjil tersebut.


2. Bagaimana pula beliau tahu secara terperinci tentang family history ibu yang melahirkan bayi tersebut sedangkan beliau datang ke Mekah bertujuan untuk melaksanakan umrah, bukan untuk menjadi doktor. Apatah lagi untuk menyambut bayi. Salah satu etika kedoktoran ialah merahsiakan maklumat pesakit kepada umum.


3. Ketika doktor memeriksa jantina fetus di dalam kandungan, apakah doktor tidak mengesan atau mengecam sebarang keabnormalan pada fetus? Dengan bantuan ultrasound pun sudah cukup untuk mengesan ciri-ciri Harlequin dan membolehkan ibu tersebut membuat pilihan sama ada untuk menggugurkan atau tidak.

4. Ibu mana yang tergamak mendoakan keburukan anak sendiri.

Keraguan-keraguan di atas jelas membuktikan sang penglipurlara tidak lebih melainkan cuma mengada-adakan cerita yang ingin meraih populariti murahan. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan semoga umrahnya diterima.

Sikap Kita

Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat.

Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.

Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. [Az-Zumar : 21]

Rujukan

  1. WebMD -Ichthyosis, Harlequin Type
  2. Doctors Lounge - Harlequin Type Ichthyosis
  3. BBC - Ichthyosis Foetalis and Harlequin Babies
  4. Ispub.com - A Case Of Harlequin Fetus With Psoriasis In His Family
  5. Wikipedia - Harlequin type ichthyosis

Monday, January 14, 2008

Fiqh Maqasid from the view of Sheikh Salman al-'Audah

The Objectives of Islamic Law Sheikh Salman al-Oadah
April 5, 2007
Allah says: “Allah commands justice, the doing of good, and liberality to kith and kin, and He forbids all shameful deeds, and injustice and rebellion: He instructs you, that you may receive admonition.” [Sûrah al-Nahl: 90]

This verse presents to us in broad terms the objectives of Islamic Law. It calls for justice in legislation, for precision, quality and ethical conduct in interpersonal conduct and industry, and for generosity in the flow of wealth. This verse expresses the noblest values for life and the greatest concern for the general welfare.

The objectives of Islamic Law are the purposes and goals that it aspires to achieve through its laws, especially with respect to human welfare. Among Allah’s many names are al-Hakîm (the Wise) and al-Khabîr (the Well-Acquainted). Whatever he does in the heavens or on Earth is always founded in great wisdom and for a good purpose.

With respect to this topic – the objectives of Islamic Law – we find that certain people have gone to one of two extremes.

At one extreme, there are people who use this idea as the basis for overturning the laws of Islam, even the essential religious obligations that constitute the pillars of Islam. They argue that the purpose of our worship is to develop the soul, and some people might attain a level of spiritual excellence whereby they do not need to offer prayers or fast or perform the pilgrimage. Such people, in fact, are renouncing Islamic Law altogether and severing it from its basis in revelation. Islam, in its essence, is to submit ourselves to Allah in obedience. “Whoever submits his whole self to Allah, and is a doer of good, has grasped indeed the most trustworthy hand-hold: and with Allah rests the end of all affairs.” [Sûrah Luqmân: 22]

Justice – for instance – is not a concept of purely human effort, but rather it is implicit in the teachings of Islam. A Muslim cannot hope to achieve perfect justice divorced from the laws and principles of Islam.

At the other extreme are those people who regard the objectives of Islamic Law to be the various rulings themselves, denuded of context, divorced from human understanding, and closed to scrutiny. By approaching Islamic Law in this way, they let their narrow, personal understanding of a hadîth or a Companion’s statement or a passage in a legal text besiege the general principles of Islamic Law and undermine its goals.

True, we must not turn away from the rich legacy of Islamic scholarship that has preceded us in the various fields of jurisprudence, law, commentary, and history. However, we must use that legacy to guide us in engaging with the sacred texts: the Qur’ân which “no falsehood approaches from before or behind, a revelation from the Wuse and Praise-worthy” and the Sunnah of Prophet Muhammad (peace be upon him) who “does not speak of his own desire.”

The way to understand the Qur;ân and Sunnah is through its clear, decisive statements and broad injunctions that safeguard and secure human welfare in this world and the Hereafter.

We can see this where Allah says: “He it is Who has revealed the Book to you; some of its verses are decisive, they are the basis of the Book, and others are allegorical; then as for those in whose hearts there is perversity they follow the part of it which is allegorical, seeking to mislead and seeking to give it (their own) interpretation, but none knows its interpretation except Allah, and those who are firmly rooted in knowledge say: We believe in it, it is all from our Lord; and none will take heed except those who have understanding.” [Sûrah Âl `Imrân: 7]

The objectives of Islamic Law are to be found in the reasons behind particular legal rulings, reasons that appear time and time again. These are the considerations of welfare that are enshrined in Islamic Law and that surface as a consistent pattern when the rulings are studied in conjunction with one another and not in isolation. Scholars who specialize in the study of the purposes of Islamic Law, like al-Shâtibî, insist that it takes a broad survey of Islamic Law to discover these purposes.

It is through understanding these general purposes that the scope of Islamic Law is broadened, so that the needs and aspirations of the people can be fulfilled in accordance with Islam and within a legal framework that upholds the sanctity of the sacred texts. It is through these purposes that humanity can carry out its sacred duty of developing the world.

Allah says: “Allah hath promised such of you as believe and do good work that He will surely make them attain succession in the Earth even as He caused those who were before them to succeed (others); and that He will surely establish for them their religion which He hath approved for them, and will give them in exchange safety after their fear.” [Sûrah al-Nûr: 55]

The exercise of juristic reasoning (ijtihâd) in our contemporary context needs people with the acumen for approaching the texts with insight and understanding as much as it needs them to have knowledge of the texts themselves. This acumen can only be developed through focusing on the purposes of the Law, the purposes of specific rulings, and the purposes of the people who carry out those laws. Otherwise, the exercise of juristic reasoning will be pedantic and superficial, and it will yield results that are contrary to the very objectives that Islam came to bring about.

We should consider how one of the Companions understood the verse telling us when to stop eating and start our day’s fasts: “…until the white thread becomes distinct from the black thread of dawn.” [Sûrah al-Baqarah: 187]

He took it to mean strings of thread and took a literal black thread and white thread and thought that he should begin fasting when the day became bright enough for him to distinguish between the two.

The Prophet (peace be upon him) said about this Companion: “His understanding is limited.” How many are the people today who are equally limited in their understanding of Islamic Law. They put people into great hardship over the minutest and most tertiary of issues, and, without realizing it, undermine the purposes of Islamic Law.

There can be no true exercise of juristic reasoning without taking the objectives of Islamic law into consideration. This is why al-Shâtibî considered knowledge of these purposes to be as essential a condition for juristic reasoning as knowledge of Arabic. This is because only through such knowledge can a jurist hope to recognize the necessities, needs, and niceties of life that the religion of Islam seeks to preserve. A person with limited understanding might look in isolation at a ruling regarding a certain need or nicety without bringing it into context of the broader necessities that Islamic Law seeks to uphold.

Scholars of Islam have investigated these necessities, and determined them to be five: life, faith, reason, honor, and wealth. Some contemporary scholars have suggested a sixth, proposing things like justice, liberty, and fraternity. I believe it is more precise to refer to this sixth necessity as something like “society” which embraces all aspects of social justice, liberty, equality, and human dignity.
We can clearly see how Islamic Law makes “society” a primary consideration, sometimes at the expense of other considerations. We can see this in congregational prayer, in the Friday prayer, and in Hajj.

We see how the Prophet (peace be upon him) took this as a matter of necessity when he refrained from rebuilding the Ka`bah on its original foundations.

It is essential for a jurist to take these principles into consideration when dealing with issues, especially those that are exceptional and that require extra diligence in determining what is best. When jurists fail to take these things into account, it causes the public to doubt the value of Islamic Law, but really what the public is seeing is a misrepresentation and misapplication of the Law.

The purposes of Islamic Law are not all equally evident. Some are clear to the general public, like basic ethical principles and the essential necessities of life. Others, however, require a trained jurists eye, because they are more subtle, and require deeper investigation to discern. This is where juristic reasoning really needs to be exercised. This is where the jurist qualified to engage in juristic reasoning – the mujtahid – comes into play, someone who can understand the sacred texts in conjunction with the broad purposes of Islamic Law and then apply this knowledge to the actual circumstances of the outside world in order to come up with an appropriate legal ruling.

Our present need is all the more acute due to the paucity of understanding that Muslims have regarding what Islam wants for Muslim society and for the people – the protection of their liberties, the effective management of their affairs, the cultivation of virtue among them, the prohibition of vice, the development of their resources, the advancement of their capabilities, and the inculcation of the value of being a productive member of society. Today’s Muslims are in need of all of these things, people who often know a lot of Islamic legal rulings but know very little about the purposes behind them.

Saturday, January 12, 2008

Alam Semesta Berbentuk Trompet


Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Pendahuluan

Persoalan tentang bentuk alam semesta atau dalam bahasa saintifiknya geometry of the universe sentiasa menjadi subjek kajian para ahli astronomi dan ahli kosmologi. Dengan bantuan pelbagai alat dengan teknologi terkini, pelbagai teori telah dikemukakan tentang rupa bentuk sebenar alam semesta ini. Adapun dalam menerangkan bentuk alam semesta, para saintis menggunakan dua kaedah iaitu local geometry, berkaitan tentang kelengkungan alam semesta yang mampu dilihat dengan mata atau bantuan teknologi manakala global geometry pula menjelaskan tentang topologi alam semesta secara keseluruhannya.

Teori Bentuk Mendatar/Leper


Berteraskan global geometry, para saintis telah mengemukakan beberapa teori tentang bentuk alam semesta. Antara teori tersebut menyatakan bahawa alam semesta ini berbentuk mendatar (flat universe). Bentuk dua dimensi ini dapat dijelaskan melalui satu kaedah pengiraan yang dipanggil Euclidean space. Dengan kaedah pengiraan Euclidaen juga, para saintis telah menemukan teori alternatif lain yang menyatakan alam semesta juga berkemungkinan berbentuk seperti silinder, Mobius strip, torus atau Klein bottle.


Teori Bentuk Sfera

Selain itu, terdapat juga teori yang mengatakan bahawa alam semesta ini berbentuk sfera (spherical universe). Untuk membuktikan teori ini adalah dengan, mereka menganalisis data dari Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP) untuk mengesan pelbagai imej alam semesta yang jauh secara belakang membelakangi (back-to-back). Sekiranya alam semesta ini saling bercantuman dalam bentuk sfera, sepatutnya banyak imej tersebut dapat dilihat. Namun begitu, teori mereka tidak disokong oleh analisis data yang diperoleh. Walaubagaimanapun, mereka masih yakin bahawa alam semesta ini adalah sfera. Cuma ruang kelengkungannya yang kecil menyebabkan data yang diperlukan tidak diperoleh.


Kosmo Berbentuk Trompet


Terkini, saintis telah mengemukakan satu lagi teori yang menyatakan bahawa alam semesta berbentuk seperti trompet. Bentuk trompet ini atau nama lainnya Picard horn atau Picard topology dapat dijelaskan melalui hyperbolic geometry. Bentuk ini nampak seperti tidak masuk akal, akan tetapi menurut Frank Steiner dari University of Ulm yang mengetuai kumpulan pengkaji dari German, beliau mengatakan bahawa berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, beliau mendapat alam semesta (kosmo) seolah diregangkan menjadi corong yang panjang. Satu bahagian sempit satu bahagian lagi terbuka luas seperti loceng. Dengan kata lain juga, ruang angkasa adalah terbatas.

Persoalan Terjawab


Teori ini berjaya menyelesaikan dua teka-teki dari pemerhatian yang diperoleh. Salah satunya adalah tentang corak tompok-tompok panas dan sejuk yang dilihat pada cosmic microwave background radiation. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa alam semesta saling tidak ubah seperti alam semesta pada 380,000 tahun selepas kejadian Big Bang. Dengan bantuan WMAP milik NASA, mereka mendapati bahawa corak-corak tersebut terpadam dengan skala yang besar di mana tiada tompok-tompok panas atau sejuk jelas yang melebihi 60 darjah. Berdasarkan fakta ini, Frank Steiner mendakwa bahawa teori yang dikemukan mereka disokong oleh pemerhatian ini.

Model ini juga menjawab satu lagi teka-teki yang menjadi persoalan apabila pada tahun 2003, satu kumpulan saintis menyatakan bahawa alam semesta ini terbatas (finite). Kumpulan saintis ini menggunakan model bentuk bola atau spherical universe. Akan tetapi seperti yang telah dijelaskan tadi, model ini tidak menepati data yang diperoleh dari WMAP apabila mereka gagal menemui sebarang imej back-to-back melalui analisis data. Sebaliknya, bentuk trompet yang dikemukakan tidak bercanggah dengan data dari WMAP.

Ruang Angkasa Yang Elip

Model ini juga mempunyai satu lagi kelebihan lain. Menurut teori yang konvensional iaitu berbentuk mendatar atau leper, tompok yang paling kecil pada langit mikroglombang (microwave sky) sepatutnya berbentuk bulat, namun hakikatnya tidak begitu. Menurut Steiner, tompok-tompok tersebut sebenarnya mempunyai bentuk sedikit elips. Picard topology menjelaskan keadaan ini. Dalam model tersebut, ruang lengkung angkasa bertindak sebagai kanta yang mengubah imej tompok yang sejak dari dahulu lagi bulat kepada bentuk yang dilihat seperti elips oleh mata kita.

Namun yang demikian, para saintis terpaksa meninggalkan salah satu prinsip asas kosmologi yang mengutarakan bahawa seluruh bahagian alam semesta ini secara kasarnya adalah serupa apabila menerima pakai model ini. Menurut Holger Then pula iaitu salah seorang ahli kumpulan pengkaji tersebut,
“If one happens to find oneself a long way up the narrow end of the horn, things indeed look very strange, with two very small dimensions.”

Apa yang menarik dalam model ini pada bahagian yang paling hujung, seseorang itu dapat melihat belakang kepalanya sendiri!

Menurut Kaca Mata Al-Qur’an


Dan Dia lah Yang menciptakan langit dan bumi Dengan (tujuan) Yang benar, dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar. dan bagiNyalah Kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. ia Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. [Al-An’aam : 73]
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu Matilah makhluk-makhluk Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, kecuali sesiapa Yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka Dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing). [Az-Zumar : 68]
Bukankah sangkakala juga dikenali sebagai trompet?

Di sini bukanlah tujuan saya untuk mencari-cari ayat Al-Qur’an demi membenarkan kandungannya berdasarkan penemuan-penemuan sains seperti di atas. Teori sekali-kali tidak akan mengatasi Hukum. Apatah lagi untuk membenarkan. Al-Qur’an bukan sebuah kitab yang mengajar sains, tapi merupakan kitab yang menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya seperti ungkapan popular oleh Dr Zakir Naik,

“Koran is not a book of science but a book of signs”
Penemuan sains melalui pelbagai proses evolusi sebelum hakikat sebenar ditemukan. Sebagai contoh, para cendekiawan Islam dahulu kala sendiri hanya baru mendapati bahawa bumi ini berbentuk sfera setelah kira-kira 830 M. Malah sebelum itu, mereka juga percaya bahawa bumi ini mendatar. Akan tetapi setelah kajian dilakukan, barulah mereka menemui hakikat bahawa bumi ini sebenarnya sfera. Mengapa fakta sains ini tidak terus saja diekstrak dari Al-Qur’an? Mengapa perlu ada kajian sebelum merumuskan fakta yang sedia ada di dalam Al-Qur’an? Sesungguhnya ini adalah tanda yang dimaksudkan oleh Allah seperti firman-Nya:

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? [Fusshilat : 53]

Penutup


Cara Allah memberi hidayah ialah dengan kita mencari, bukan hanya bergoyang kaki. Begitu juga cara Allah memperlihatkan kita tanda-tanda-Nya, dengan mencari dan mengkaji.

Wallahua’lam.

Rujukan
  1. Al-Qur’an Karim
  2. Wikipedia – Shape of the Universe
  3. Wikipedia – Picard horn
  4. The Independent - The universe is not round, say scientists - it is shaped like a trumpet
  5. Newscientist - Big Bang glow hints at funnel-shaped Universe
  6. The Register - Boffins trumpet horn shaped universe
  7. Wikipedia – Flat Earth