Thursday, January 17, 2008

Kiamat Sudah Dekat - Marikh

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology
Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din, korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga (bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup. Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam. Tolong sebarkan untuk kemaslahatan kita bersama. Wassalam

Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan Al-Qur'an iaitu "memastikan kebenaran berita".

Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur, kadangkala ulama juga.

Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di portal iluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini. InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada)

Retgrograde Motion

Fenomena retrograde motion (peredaran songsang) adalah fenomena semulajadi yang berlaku pada beberapa planet dalam sistem solar kita. Begitu juga yang berlaku pada planet Marikh. Marikh menyongsang setiap 25.6 bulan selama 72 hari. Kebiasaannya, kita akan melihat di langit pada waktu malam bahawa semua planet akan beredar dari Timur ke Barat. Fenomena normal ini dinamakan direct motion atau prograde motion (peredaran biasa). Namun yang demikian, kadangkala juga pergerakan planet dilihat dalam bertentangan arah iaitu dari Barat ke Timur untuk satu waktu yang seketika. Fenomena inilah yang dinamakan retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video berikut:


Video di atas menunjukkan peredaran Marikh yang dilihat dari Bumi yang mengalami retrograde motion pada tahun 1994-1995. Planet lain yang mengalami fenomena yang sama ialah:
  • Musytari (Jupiter) selama 121 hari setiap 13.1 bulan
  • Zuhal (Saturn) selama 138 hari setiap 12.4 bulan
  • Uranus selama 151 hari setiap 12.15 bulan
  • Neptun selama 158 hari setiap 12.07 bulan
Sistem Ptolemy

Model sistem solar yang dibina Ptolemy (87 - 150 AD) adalah perbaikan berdasarkan model alam semesta Aristotle (384 - 322 BC). Model ini mengandungi beberapa siri bulatan sepusat (concentric sphere) dalam keadaan Bumi menjadi pusat (geocentric). Dalam model ini, Matahari, Bulan dan bintang-bintang beredar mengelilingi Bumi.


Ptolemy menjelaskan, dalam model ini planet-planet beredar secara epikitaran (epicycles) iaitu planet beredar dalam satu bulatan orbit yang kecil dan dalam masa yang sama juga mengelilingi Bumi. Hal ini dapat dijelaskan dalam video yang berikut:


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet mempunyai orbit di luar orbit Bumi.


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Geosentrik Ptolemy menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion untuk planet yang mempunyai orbit di dalam orbit Bumi.

Sistem Copernican

Model Copernican menggantikan Model Ptolemy dalam aspek Matahari menjadi pusat dalam sistem solar (heliocentric). Model beliau masih lagi menggunakan orbit yang bulat (justeru memerlukan penambahbaikan kerana orbit planet sebenarnya berbentuk elips). Walau bagaimanapun, jika hendak dibandingkan dengan Model Ptolemy, Model Copernican adalah jauh lebih tepat tanpa memerlukan kepada epikitaran atau penjelasan lain yang rumit.

Sistem ini menjelaskan bahawa retrograde motion yang berlaku adalah disebabkan planet yang berada lebih jauh dari Matahari beredar dengan lebih perlahan berbanding planet yang lebih dekat. Apabila Bumi memintas planet yang lebih perlahan peredarannya ini, ketika itu berlaku fenomena retrograde motion seperti yang ditunjukkan dalam video:


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Heliosentrik Copernican menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion bagi planet yang mempunyai orbit di luar orbit Bumi.


Animasi di atas menunjukkan bagaimana Model Heliosentrik Copernican menghasilkan peredaran planet secara retrograde motion bagi planet yang mempunyai orbit di dalam orbit Bumi.

Retrograde motion dapat dihurai dan dianggarkan dengan lebih tepat lagi sekiranya model ini digabungkan dengan penambahbaikan (refinement) oleh Kepler (iaitu orbit yang berbentuk elips dan Matahari menjadi pusat, juga hubungan antara jarak dari matahari dan kelajuan orbit).

Analogi Mudah

Sekiranya penjelasan di atas sukar difahami, saya berikan satu analogi. Bayangkan ada dua buah kereta yang berpusing mengelilingi roundabout. Kereta di sebelah luar bergerak lebih perlahan dari kereta yang di sebelah dalam. Apabila kedua-dua kereta ini berselisih, pemandu kereta yang sebelah dalam akan nampak seolah-olah kereta yang di sebelah luar bergerak mengundur ke belakang. Hakikatnya kereta tersebut juga bergerak ke hadapan. Fenomena inilah yang dimaksudkan sebagai retrograde motion.

Kita dapat melihat fenomena tersebut untuk satu tempoh yang agak panjang kerana orbit yang besar menyebabkan tempoh perselisihan itu panjang berbanding analogi kereta yang mengambil masa beberapa saat untuk berselisih.

Beberapa Persoalan

Dengan fakta yang telah dihuraikan, ternyatalah dakwaan tentang Marikh bergerak pada arah bertentangan cumalah fenomena semulajadi dan tidak memberi kesan kepada putaran orbit Bumi. Walaubagaimana pun, terdapat lagi satu persoalan yang belum saya jelaskan berkenaan dakwaan tersebut.

Benarkah paksi Bumi boleh berubah lantas menyebabkan matahari timbul dari Barat?

Sekiranya benar, apakah fenomena yang menyebabkan paksi Bumi itu berubah?

Dan sebagai soalan tambahan, benarkah gempa bumi yang menimpa di Acheh telah mengubah paksi Bumi menjadi semakin condong?

InshaAllah akan dijawab pada masa yang akan datang.

(sekiranya tidak faham, bertanyalah kepada doktor fizik)

Rujukan


1. GEO-154 Astronomy - Retrograde Motion
2. Wikipedia - Retrograde and direct motion

12 comments:

Anonymous said...

salam.

penjelasan yg ringkas tetapi padat & sgt mudah difahami. diharap semua orang sudah jelas dengan topik ini (+ topik2 sebelum ini juge) dan menjadikan inisiatif mshrf ini sbg satu habit yg perlu diikuti (tidak menerima sesuatu terlebih dahulu tanpa bukti dan kajian saintifik/ilmiah yg jelas).

syabas saifudin! hayakaLlah

labahlabah said...

sesungguhnya Allah swt. menciptakan segala kejadian dan perlakuan di dunia ini secocok dengan akal manusia. agar akal manusia dapat menerima kejadian yg berlaku kerana manusia berfikir menggunakan logik akal untuk merungkai masalah dunia.Allah Maha Pencipta dan hanya dia sahaja yg tahu kemampuan akal manusia. Anggap apa berita pun yg datang sebagai peringatan kerana berita itu tersebar kerana Allah SWT mengizin kan berita itu tersebar, dengan kata lain walau apa pun berita samada yg benar atau palsu, semua itu adalah qada dan qadar dari Allah SWT. Adakah dengan membuktikan bahawa fenomema itu adalah perkara biasa dan berita itu tidak benar, maka dengan pantas kita beranggapan hari kiamat masih jauh? dan sesungguhnya Allah SWT lebih Maha Mengetahui.

Anonymous said...

mmg perlu mcari kebenaran..namun jgn jadi sepeti Darwin mencari asal usul manusia sehingga tersesat..;p..ader sesetengah perkara tidak dapat diterangkan secara sains..contohnya peristiwa israj mikraj perjalanan begitu jauh namun masa yg di ambil begitu singkat...oleh itu jadikan amaran ulamak sbg peringatan...dan berwaspaaada..ape yg diinginkan olehNya tdak termaktub dalam pnjelasan saintifik..kerana bila Dia kata 'kun"..makan jadilah sesuatu..;p

Ahmad Saifuddin Amran said...

anonymous,

mencari asal-usul manusia boleh tersesat? setahu saya manusia yang lupa asal-usul la yang sesat. orang melayu kata lupa daratan. dengan tahu asal-usul, kita tahu tujuan hidup. maka sepatutnya tidak sesat.

saya berani kata israk mikraj juga boleh diterangkan dengan saintifik. cumanya ilmu sains tersebut belum lagi Allah kurniakan kepada manusia.

satu perkara je yang tidak boleh diterangkan iaitu Zat Allah.

sekian

lobai said...

1.israk mikraj juga boleh diterangkan dengan saintifik. cumanya ilmu sains tersebut belum lagi Allah kurniakan kepada manusia.

2. satu perkara saje yang tidak boleh diterangkan iaitu Zat Allah.


Lobai setuju juga

lobai said...

Tambahan...

Mungkin ilmu sains yang ada ini pada tahap 2 dimensi saja. maka sukar nak mentakrif kejadian israk-mikraj yang di jadikan Allah dalam 3,4 atau lebih dimensi. Mungkin mengguna dimensi makrifat boleh menghuraikan ini...

Anonymous said...

Kisah Rasulullah ketika Isra' Mi'raj boleh diumpamakan dengan seekor ikan di laut. Rasulullah menaiki bura', kita umpamakan disni ikan dibawa dlm balang. Maka ikan tersebut boleh dibawa keserata dunia tanpa mati.

Andaikata ikan tu balik ke laut dan cerita dia naik keretapi, kapal terbang, tengok Tv, percaya tak ikan2 yg lain.

Maka secara saitifik pun sama konsepnya. Kita baru dapat teknologi roket, Allah dah menggunakn teknologi bura'yg tidak terjangkau akal.

Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Tuan Ahmad yang membatalkan fitnah. Apa yg tak betul, itu fitnah. Kalau ulama salah, org akan memperkecilkan ulama islam. Harapnya statement itu bkn dari Ustz Harun Din, mungkin juga fitnah yg dibuat.

Anonymous said...

Very good explainantion.. but only to enforce what Dr Harun Din had said.

This was what Dr Harun Din said. Apa fitnahnya? Dr Harun Din ada reference dia. Apa yang dia kata tu tak silap pun..

Jangan cepat sangat nak salahkan orang.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Dalam hal ni, saya mengaku tersilap kerana telah menyalahkan Dr Harun Din dalam hal ini.

Tapi, saya tak rasa Dr Harun Din yg cerita benda ni. Sebab puas cari kat NASA pasal yg disebutkan ni tapi tak jumpa-jumpa pun.

btw, terima kasih.

Anonymous said...

Org kafir dh hantar 3 satellite & 2 rover ke Marikh. 25/5 yg lps lg 1 lander tiba & gambarnya ditangkap oleh satellite yg tiba pd Nov. 06: [Link]

Bkn sy nk anjur kejar dunya sampai lupa Akhirah tp email2 brantai mcm ni byk dlm inbox2 kita kn?

Pdhal Rasulullah saw. telah bsabda: 1547. "It is enough for a man to prove himself a liar when he goes on narrating whatever he hears." - Bab 262 "Ascertainment of what one Hears and Narrates" - RiyadusSalihin - [Link]

Para salaf telah mcapai tahap 'ilmu yg tinggi dlm mtarjih ahadith: Kata 'Abdullah ibn Mubarak (rah.) salah 1 guru Imam al-Bukhari (rah.): "The isnad is part of the religion: had it not been for the isnad, whoever wished to would have said whatever he liked." - [Link]

Sy xnak bw ayat ke-6, Surah Al-Hujurat, namun klau ada org bniat jht mnipu mcmn? [Link]

Anyway, back 2 the topic, sebenarnya retrograde motion ni tjd stiap kali opposition (Marikh - Bumi - Matahari berada segaris spt yg sy tulis ni). Berikut senarai opposition dr 1950 - 2061: [Link]

So apa yg dibw oleh akh Saifuddin ni nampaknya hasil opposition dmana retrograde motion bmula 1st Oct 05 (lmbt tsebar nmpknya...)

Retrograde motion yg telah bmula 31 Jul 03 pn telah menyebabkan bbrp email brantai:
[Link]
[Link]
[Link] (yg ni sy dh jwb awal 04)

Bl pl email brantai akan muncul hasil retrograde motion 15 Nov 07 :p?

Ttg sains hasil akal2 manusia yg limited menerangkn yg infinite (itupn x mggmbrkn Allah swt - cuma makhluknya - tbc), bleh sy x stuju? - "The parable of the knowledge of all of mankind, in comparison to the knowledge of Allah, is that of a drop of water in comparison to all of the oceans." - [Link]

Klau xnk i'tiraf limit ni bleh jd mcm Nicholas Maxwell, "The Comprehensibility of the Universe: A New Conception of Science" ? - [Link]

Manusia kini cuma tahu 3 dimensi ruang + 1 dimensi masa - [Link]

Graviti ada dlm dimensi ke-5? [Link]

Anyway, sy x slhkn sapa2: "Allah has forgiven my ummah for mistakes, forgetfulness and that which they are forced to do." - Maaf atas apa2 keterlanjuran & kiamat mmg dkt: [Link] - wallahua'lam wassalamu'alaikum...

Anonymous said...

Bagus... penjelasan yang amat menarik dan terperinci... hari ini juga dalam utusan bertarikh 14hb oct juga menceritakan hal ini dengan tajuk sistem solar kita hanya ada 8 planet... bermakna pluto sudah dikecualikan daripada senarai planet kerana kedudukan dan edarannya telah jauh terpesong.

Anonymous said...

Bagus... penjelasan yang amat menarik dan terperinci... hari ini juga dalam utusan bertarikh 14hb oct juga menceritakan hal ini dengan tajuk sistem solar kita hanya ada 8 planet... bermakna pluto sudah dikecualikan daripada senarai planet kerana kedudukan dan edarannya telah jauh terpesong.
http://myariff.com