Tuesday, January 29, 2008

Malaikat Menurut Perspektif Sains

Imej yang diambil dari St Peter's Basilica di atas ini dikatakan 'malaikat'.

Oleh: Ahmad Saifuddin Amran

Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Malaikat. Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana caranya kita mendatangkan kepercayaan kepada Malaikat? Keimanan tidak datang secara bergolek. Keimanan kepada Allah boleh datang dengan meneliti, menghayati dan memikirkan tentang ciptaan-Nya di alam ini. Keimanan kepada Nabi boleh datang dengan mukjizat-mukjizat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tapi bagaimana pula keimanan kepada Malaikat? Apakah tanda-tanda kewujudan Malaikat?

Sebelum menjelaskan tentang kewujudan Malaikat, seseorang itu perlu tahu sifat-sifat Malaikat itu sendiri. Al-Qur'an dan Hadis banyak menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat Malaikat.

1. Malaikat dicipta daripada cahaya

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA :

"Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)" [Riwayat Muslim]

2. Malaikat tidak berkehendak, tiada nafsu.

Dan mereka berkata: "Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama- sama dengan dia?" [Al-Furqaan : 7]

3. Malaikat taat melaksanakan perintah Allah tanpa sedikitpun membantah .

Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud [Al-A'raaf : 206]

4. Malaikat dikurniakan Allah kekuatan.

Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. [Al-Haaqqah : 17]

5. Malaikat boleh berubah menjadi apa jua bentuk dengan izin Allah

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit" [Huud : 77]

Malaikat Satu Bentuk Daya

Malaikat merupakan jamak kepada perkataan Arab iaitu 'malak' yang bermaksud daya (force). Dalam hadis Rasulullah, ada dinyatakan bahawa Malaikat dicipta daripada cahaya. Cahaya merupakan sinaran elektromagnet yang membawa tenaga dan momentum dan kesannya dapat dilihat apabila berinteraksi dengan jirim. Hal ini selari dengan makna Malaikat itu sendiri yang membawa maksud forces atau daya.

Penciptaan Malaikat tidak seperti Manusia. Manusia dicipta hasil dari tindak balas biokimia. Justeru, Manusia perlu patuh kepada hukum (sunnatullah) biokimia iaitu emosi, makan dan berkahwin (mempunyai jantina). Sebaliknya sinaran elektromagnet dicipta dari tindak balas fizik. Maka itu sinaran elektromagnet tidak tertakluk kepada hukum biokimia dan hal ini selari dengan sifat Malaikat itu sendiri iaitu tiada emosi, tidak bernafsu (tuntutan biologi) dan tiada jantina.

Menurut kajian, cahaya dapat bergerak di dalam vakum dengan kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Hal ini selari dengan firman Allah dalam Al-Qur'an:

dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [Al-Mursalaat:2]

Patuh Hukum Alam

Malaikat adalah makhluk Allah yang sangat disiplin, patuh dan tidak pernah membantah perintah-Nya. Malaikat boleh diinterpretasikan sebagai utusan atau alatan Allah dalam mentadbir alam ini. Menjadi sifat sesuatu alat untuk patuh kepada pemiliknya. Seperti komputer yang diprogramkan untuk patuh menerima arahan oleh pembuatnya, Malaikat juga diprogramkan untuk patuh dan taat kepada perintah Allah. Kita melihat sinaran elektromagnet juga sentiasa 'patuh' kepada hukum fizik yang telah ditetapkan Allah. Sekiranya sinaran elektromagnet ini tidak 'patuh', Albert Einstein tidak akan memasukkan nilai c (halaju cahaya) dalam formulanya; E=mc2 sebagai pemalar (constant).


Di segenap penjuru alam ini, terdapat banyak bukti kepatuhan Malaikat terhadap perintah Allah. Sebagai contoh, antara tugas Malaikat ialah menurunkan hujan. Tugas Malaikat ini boleh dijelaskan secara saintifik. Menurut hukum fizik, pemindahan haba berlaku melalui tiga cara iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Melalui sinaran cahaya, matahari dapat memindahkan haba (tenaga) ke atas air di lautan Bumi. Setelah memperoleh tenaga, air di lautan mengewap ke udara lalu terkondensasi membentuk hujan.

Tanpa sinaran cahaya, tidak mungkin proses kitaran hujan berlaku kerana Hukum Keabadian Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan, ia hanya boleh berubah bentuk. Maka secara saintifik, air tidak boleh secara tiba-tiba mengewap ke udara tanpa ada tenaga yang dipindahkan. Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan. Subhanallah!

Penjelmaan Hologram


Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah:

dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya, [Al-Mursalaat : 4]

Bagaimana pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN. Maka tidaklah mustahil Malaikat dapat berbicara dengan Nabi dalam keadaan ia merupakan sinaran elektromagnet.

Penutup

Saya berpendapat bahawa tiada salahnya untuk menterjemahkan rupa bentuk Malaikat melalui pendekatan sains. Malaikat adalah salah satu makhluk Allah dan sudah pastinya ia sebahagian dari sunnatullah. Selagi kita tidak melampaui keterbatasan akal dengan mengkaji Zat Allah, bagi saya tidak salah sekiranya mengkaji ciptaan Allah termasuk Malaikat sendiri. Bukankah Allah sendiri menggalakkan kita melihat tanda-tanda kekuasaan-Nya dengan mengkaji alam-Nya?

Daripada saya mengkaji sama ada Allah itu berada di atas arasy atau tidak bertempat, atau mempunyai tangan atau tidak mempunyai tangan, yang akhirnya tidak mendatangkan jawapan sebaliknya kekeliruan demi kekeliruan yang menatijahkan perdebatan sia-sia, lebih baik saya mengkaji ciptaan Allah untuk memerhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya. Bagi saya, perkara itu lebih menambah iman.

Wallahua'lam.

Rujukan

1. IRFI - The Muslim Belief in Angels
2. Muslim.or.id - Iman Kepada Malaikat
3. Al-Ikhwan.net - Iman Kepada Malaikat
4. Wikipedia - Light
5. Wikipedia - Electromagnetic radiation
6. Howstuffworks - How holograms work

15 comments:

Anonymous said...

''Maka Allah menetapkan supaya tenaga dari Matahari untuk menjadi sumber tenaga untuk air di Bumi dapat mengewap dan Allah memberi tugas kepada Malaikat (sinaran cahaya) untuk menjadi perantaraan pemindahan tenaga ini. Maka terjadilah kitaran hujan. Subhanallah!''
bukan ke tu cahaya matahari?

Ahmad Saifuddin Amran said...

Awal-awal lagi saya kata Malaikat itu 'force' atau pun daya. Sinaran cahaya matahari pula adalah electromagnetic radiation yg saya katakan sebagai substance Malaikat.

Anonymous said...

Takpe la itu akidah saifuddin. Mungkin die menterjemahkan malaikat itu secara saintifik. Kalau dah sekarang saudara saifuddin mentafsir malaikat secara saintifik, kekhuatiran saya saudara saifuddin akan mentafsirkan pula Zat Yg Maha Agung, Allah s.w.t secara saintifik. Berhati-hati ye saudara saifuddin. Byk keraguan sebenarnye ye...

Ahmad Saifuddin Amran said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Saifuddin Amran said...

It's always simple to refute one's idea without bringing along the facts. And it's easy to criticize science for being "close-minded". If you have any hesitation, do please notify me along with the facts. Maybe unconsciously my idea contain flaws. Hence, it just an idea.

Qider said...

'And it's easy to criticize science for being "close-minded".'

i agree wif that.saya terpegun dgn penerangan awak,perkaitan malaikat dgn science..hanya org yg betul2 memahami agama n science je boleh memberi penerangan spt sdr.sekurang2nya, saya dapat gunakan sbg rujukan apb menghadapi soalan2 'cepumas' dari mber2 bukan islam..

pemikiran yang terbuka,bentengnya akidah :-)wallahu'alam

p(^_^)q
gambaru!

Anonymous said...

Salam.

Saintifik sekali. Alhamdulillah...inilah perkembangan ilmu. Cuma ada satu persoalan, jika malaikat dijadikan dari cahaya, makanya asal cahaya itu dari apa? Adakah api yg wujud dulu, lantas mewujudkan cahaya? Sekadar pertanyaan, kerana Azazil selaku bekas Ketua Malaikat dahulu adalah contoh malaikat yg ingkar pada arahan Allah..juga malaikat yg bernama Harut dan Marut...mohon pandangan.

Ahmad Saifuddin Amran said...

1. Asal cahaya dari api?
Kalau 1000 tahun dulu, mungkin ya asal cahaya dari api. Tapi sekarang ni 2008. We hardly use fire as a source of light. Dengan cahaya apa Malaikat dicipta, saya tak tahu. Yang pastinya cahaya.

2. Azazil a.k.a Iblis
Iblis berasal dari bangsa Jin yang dicipta dari lidah api. Iblis bukan Malaikat kerana Malaikat sifatnya tidak akan membantah perintah Allah. Dalam Islam tiada istilah Fallen Angel.

3. Harut Marut
Harut dan Marut dua Malaikat yang mengajarkan sihir utk menguji manusia. Rujuk surah Al-Baqarah 102.

Wallahua'lam

Anonymous said...

Mungkinkah Azazil/Iblis itu adalah malaikat version 1.0 (awal) yg dicipta Allah? Oleh kerana ia dicipta dari api, dan pernah menjadi ketua para malaikat?

Semua jin dan syaitan dijadikan dari api dan semua malaikat dijadikan dari cahaya. Mungkinkah asalnya semua makhluk yang taat disebut malaikat? Hinggalah mereka ingkar dan menjadi kafir maka mereka digelar iblis dan syaitan?

Sekadar lontaran persoalan...

Ahmad Saifuddin Amran said...

Nope. Ciptaan Allah tiada beta version. Malaikat tidak akan membantah hukum Allah kerana Malaikat ditugaskan mengawal sunnatullah. Bayangkan sunnatullah dijaga oleh makhluk Allah yg tak berdisiplin seperti manusia.

Malaikat dan Jin makhluk yang berbeza. Jin boleh jadi ingkar boleh jadi taat. Tapi Malaikat sentiasa taat dan tidak pernah ingkar.

Wallahua'lam

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya meminati tulisan sebegini dan tidak akan mengambil sikap discourage penulisnya dari inquisitive attitude. Asalkan penulis terbuka dan terus meletakkan dirinya di ruangan belajar secara berterusan dan saya yakin Saifuddin begitu Insya Allah.

Sebelum ini, Sayyid Ahmad Khan (1817 – 1898)juga berusaha untuk menjelaskan hakikat Malaikat secara saintifik dan falsafah, demi untuk menyelamatkan Muslim di India daripada menjadi murtad. Biar pun hari ini, saya agak kehairanan membacanya, tetapi pandangan2 Sayyid Ahmad Khan itu telah banyak berjasa di zamannya. Ramai yang berjaya diselamatkan.

Teruskan mengkaji, Sains yang dikemukakan oleh Saifuddin saya yakin tidak meralat kepada cuba menganalisa Zat Allah yang Maha Esa. Kerana sains ini adalah penjelasan tentang sistem Allah yang diaturkan ke atas makhluk dan hubungkait makhluk dengan alam sekitarnya. Bukan untuk meneroka Zat-Nya.

Teruskan mengkaji demi memartabatkan kembali al-Quran dan al-Sunnah yang dibekukan oleh kemalasan pembaca setianya

Ahmad Saifuddin Amran said...

Syukran ustaz for the encouragement. It reminds me about a saying in V for Vendetta movie:

"Man can fail, man will die. But the idea is eternal"

Anonymous said...

sa|am...syukran kerana sudi menjemput ana ke blog yg bermanfaat ini. apepun setiap kebaikan yg dilakukan tak semua org boleh setuju. tapi ana percaya dengan pengolahan akhi ttg dunia ini dr kacamata sains dan berpandukan al quran, insyaAllah, pasti ramai akan sedar dan bertambah keimanan dengan keajaiban dan kekuasaanNya yg Maha Agung. dan tak dinafikan juga, ramai saintis bukan islam yg tertarik dengan islam adalah disebabkan penemuan2 dlm bidang2 macam ni. wallahua'lam...=)

DaRk AnGeL said...

alhamdulillah... ada jugak insan yg melihat sesuatu itu dari segi sudut pandangan saya..
bleh berkongsi maklumat lagi dgn saya krn ini adalah bidang kajian saya...
wallahualam~

Anonymous said...

subhanaAllah. diusia muda enta sudah dikurniakan pemikiran yang amat tajam (sekali). moga enta menjadi salah seorang pemimpin yang mampu membuka jalan untuk segala bentuk pembetulan yang amat di perlukan kpd muslim seluruhnya. syabas!!

**sering kali di nyatakan Nabi SAW di'bedah' & di'bersih' kan sebelum naik ke langit di siri2 ceramah Israq/Mi'raj? Namun belum ada lagi para Utz yang mampu mengaitkan (mendetailkan) lagi bentuk 'pembedahan' itu dgn kemjuan teknologi terkini? guna laser kah?