Wednesday, January 2, 2008

Al-Qaradhawi dan kegemilangan sarjana keilmuannya.

Al-Qaradhawi dan kegemilangan sarjana keilmuannya.

Oleh: Ustaz Muhammad b Ab Razak, Tahun 1, Fakulti Syariah Wal Qanun , Syukbah Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar As-Syarif, Kaherah.

Qaradhawi,seorang ilmuan Islam kelahiran Mesir yang kini berhijrah dan menetap di Qatar lantaran meneruskan agenda perjuangan memartabatkan Islam.Beliau merupakan lepasan Universiti Al-Azhar sehingga mencapai tahap dukturah(doktor) dlm bidang pengajian Islam.Beliau adalah seorang insan yang lahir dari “intitusi” tarbiah Ikhwanul Muslimin di Mesir dan kini muncul sebagai tokoh yg disegani kawan dan lawan. Di dalam Ikhwanul Muslimin sendiri beliau telah diiktiraf sebagai mufti bagi jemaah tersebut di mana pandangan serta fatwa beliau diambil kira oleh para ikhwani.Pada hakikatnya,bukan sahaja aktivis Ikhwanul muslimin sahaja yang mengambil faedah dari limpahan ilmu beliau bahkan seluruh dunia, timur dan barat mengkagumi pandangan-pandangan ilmiah beliau. Kehebatan yang ada pada diri beliau ini tidak lain dan tidak bukan datang melalui manhaj yang beliau ambil dan lalui dalam mempelajari Islam dan mengajarkannya.Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang gemar mengambil jalan ataupun manhaj yg sederhana dan pertengahan yang dikenali sebagai manhaj wasatiyyah dalam persoalan-persoalan agama.

Al-Qaradhawi dan manhaj wasathiyyah (sederhana / pertengahan).

Di dalam banyak hasil penulisan, beliau sering menyebut mengenai manhaj wasathiyyah(seperti kitab2 yang saya tunjukkan dlm gambar,kebanyakannya ada menyentuh mengenai manhaj wasathiyyah ini samaada secara langsung atau tidak). Secara khususnya,beliau menyentuh mengenai persoalan ini di dalam kitab beliau yang berjudul Dirasah Fi Fiqh Maqasid as-Syari’ah Baina al-Maqasid al-Kuliyyah wa an-Nusus al-Juz'ieyyah (Pelajaran dalam Ilmu Feqh Maqasid Syariah: Antara Maqasid yang kulli dan Nas-nas yang juz'i). Beliau menerangkan mengenai satu hakikat penting dan asasi dalam mempelajari dan memahami nas2 dan masdar (sumber ambilan) istinbat hukum Syara' (iaitu Al-Quran,Hadith dll) iaitu hakikat bahawasanya terdapat ikatan yg kukuh di antara maqasid syariah[1] dan nas-nas.Menurut beliau, manhaj umat Islam dalam menghubung jalinkan antara maqasid syariah dan nas2 ini terbahagi kepada tiga golongan, iaitu :

1)Golongan yg dikenali sbg madrasah az-Zohiriah al-Judud[2]. Golongan ini diberi nama sebagai madrasah Zohiriah al-Judud (zohiri gaya baru) kerana sikap mereka yang mewarisi ciri2 puak zahiri pada masa terdahulu. Golongan ini seringkali mengabaikan aspek Maqasid Syariah dalam hal memahami nas ketika proses istinbat hukum syara’(walaupun kebiasaaannya mereka ini terdiri dari golongan yg ikhlas dalam beragama) sehingga kadangkala membawa mudharat terhadap usaha dakwah kearah Islam dan usaha tatbiq (pelaksanaan) Syariah.

Menurut beliau, golongan ini mempunyai ciri2 khas yg dapat dilihat pada mereka, antaranya ialah memahami dan mentafsir nas secara harfiah(حرفية الفهم و التفسير ) tanpa melihat dan mengkaji nas tersebut secara lebih mendalam(bagi mengetahui maksud sebenar nas2 tersebut).Sebagai contoh,adalah sikap syadid mereka dalam menanggapi hadith2 mengenai balasan neraka terhadap ( مسبل الازار )[3].Golongan ini menjadikan illah di sebalik balasan buruk tersebut adalah semata2 melabuhkan kain melebihi buku lali(iaitu mereka semata2 melihat kepada zahir hadith,di mana orang yang berpakaian labuh melebihi buku lali diberi balasan neraka).Tidakkah mereka melihat kepada illah yg terdapat disebalik janji buruk ini yg berkaitan dengan hati?iaitu riak dan sombong(الخيلاء)sepertimana yang jelas dan sarih terdapat di dalam hadith2 lain[4] , yg mana Islam mengambil berat terhadap permasalahan maksiat hati ini,(walaupun tanpa mengabaikan adab2 yang zahir), namun tidaklah sehingga sampai ketahap balasan neraka kepada orang-orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali (akan tetapi balasan buruk ini mungkin terjadi terhadap pelaku2 maksiat hati seperti sombong,riak dan bongkak itu).

Seringkali juga kita lihat fenomena masakini dimana banyak kita lihat orang2 yang sombong dan riak akan tetapi dengan memakai seluar yang singkat dan ketat seperti yg dapat kita lihat pada golongan “skin” dan lain2nya pada hari ini.Dalam kes ini,golongan ini tidak melihat kepada hadaf/maksud asasi Syariah(yang lebih aula utk diberi perhatian) bagi hadith2 tersebut iaitu memelihara insan dari maksiat/jenayah hati (sombong,bongkak dsbnya), sebaliknya mereka berpada dgn zahir nas(iaitu semata2 melabuhkan kain melebihi buku lali,sehingga kadgkala dpt kita lihat sstgh drpd mereka ini begitu syadid membanteras orang2 lain yg berpakaian sedemikian walaupun pakaian tersebut sbg cth adalah uruf di sesuatu kawasan dan ia tidak dipandang sbg sikap sombong)

2)Golongan yg dikenali sbg madrasah Al-Mu’attilah al-Judud[5].Golongan ini merupakan lawan terhadap golongan yang pertama.Seandainya golongan pertama itu tadi adalah golongan yang mengabaikan maqasid syariah dengan semata2 berpada dengan zahir nas, maka golongan yang kedua ini pula adalah golongan yang semata2 bergantung kepada maqasid dengan mengabaikan serta memperlecehkan tuntutan nas,hatta walaupun nas itu merupakan nas2 yg bersifat qat’iyatu thubut wa dilalah[6] .

Golongan yang kedua ini lebih berbahaya dan lebih mendatangkan mudharat keatas Islam lantaran kejahilan mereka dalam berkomunikasi dengan nusus Syar’i. Mereka begitu berani menafikan keabsahan serta ketetepan Allah (baca: memerangi) dan Rasulnya yg jelas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah seperti ketetapan solat dan puasa, hukuman had,keharaman riba,arak serta zina dan sebagainya atas nama maslahah.Mereka menyatakan bahawasanya mereka dapat mencapai maksud2 syarak tanpa perlu menjalankan perintah2 yang bersifat jazam(pasti/tetap) itu. Sebagai contoh mereka menghalalkan zina atas alasan mereka mampu mengatasi masalah kandungan luar nikah (kempen menggunakan kondom) serta menghalalkan riba atas alasan memajukan ekonomi negara serta tanpa mengabaikan kebajikan golongan miskin(dengan kononnya mengatakan bahawa golongan kapitalis juga sering melakukan aktiviti kebajikan).

3)Golongan yang ketiga adalah merupakan golongan yang diperjuangkan oleh Sheikh Yusof Al-Qaradhawi yang dikenali sebagai madrasah al-wasathiyyah. Golongan ini merupakan golongan yang pertengahan,sederhana dan seimbang dari kemelampauan golongan az-zohiriah al-judud terhadap nas,dan perlecehan golongan al-muattilah al-judud terhadap nas.Golongan ini memahami nusus dengan cara yang sewajarnya dan kaedah yang ideal dlm melaksanakan tuntutan syara’.

Antara ciri2 khusus yg dapat dilihat pada golongan ini adalah mereka meyakini wujudnya hikmah Syariah yg mana ianya mengandungi segala bentuk kemaslahatan begi tujuan manusia hidup di dunia ini.Justeru mereka tidak sama sekali mengabaikan tuntutan2 syara’ yg bersifat jazam dan pasti serta berusaha sedaya upaya melaksanakan tuntutan nas sesuai dengan keadaan zaman serta waqi’ sesuatu tempat sehinggalah tercapainya maksud2 yg dikehendaki oleh syara’ secara sempurna.Wallahua’lam(saya berhasrat membincangkan hal ini secara panjang lebar di dalam posting2 akan datang,insyaAllah)

Nota kaki:

[1] Maqasid Syariah: Hikmah/Hadaf Syariah.Maqasid yg dimaksudkan oleh Qaradhawi dalam kitab ini bukanlah bermakna illah yg dibincangkan oleh para usuliyin dalam perbahasan Qias,akan tetapi ianya adalah hikmah serta maksud dan tujuan Syariat diturunkan kepada manusia dan alam sejagat,sbg cth yg disebut oleh sheikh,antara maqasid(tujuan/maksud) asasi syariah ialah;
1 )Membina insan yang soleh
2)Membina institusi kekeluargaan yang solehah
3)Membina institusi kemasyarakatan yg solehah
4)Membina ummah yang solehah
5)Menyeru kepada kesejahteraan manusia sejagat
[2] Menurut beliau,golongan ini terbahagi pula kepada beberapa golongan(mengikut kecenderungan mereka).Sebahagian mereka ada yg lebih kepada persoalan keagamaan (( yang disebut contoh oleh beliau sebagai;
مثل كثير من الدعاة التيار السلفي , الذي أصبح له أجنحة شتى . و خصومهم ممن يسمون الأحباش yang bermaksud; contohnya adalah kebanyakan dari duat yg menisbahkan diri mereka sbg salafi, yg mana bagi golongan ini (salafi) juga terbahagi kepada beberapa pihak.Dan seteru mereka adalah yg dikenali sebagi al-Ahbasy.)) dan sebahagian yg lain ada yg cenderung kepada aspek siasah(politik) (( yg disebut contoh oleh beliau sbg; مثل جماعة حزب التحرير yang bermaksud; contohnya ialah jemaah hizbuttahrir))
[3] Contoh Hadith :
عن أبي هريرة(( ما اسفل الكعبين من الازار فهو في النار)) رواه البخاري في اللباس (5787
[4] Contoh Hadith :
من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله اليه في يوم القيامة) رواه البخاري في اللباس (5784) عن عبد الله بن عمر)
[5] Antara fenomena kemunculan golongan ini adalah kelahiran kumpulan yang dikenali sebagai Islam Liberal.
[6] Nas Qat’iyyatu thubut bermaksud nas yang secara pasti(thabit) datang dari Allah dan Rasul,manakala Qat’iyyatu Dilalah bermaksud nas yang secara jelas tuntutan/maknanya tanpa boleh diihtimalkan(diandaikan) kepada maksud yang lain.Contoh nas yg bersifat Qat’iyyatu thubut wa dilalah ialah ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan keharaman zina,arak,riba, serta kewajipan hukuman had kepada pencuri dan lain2 lagi.

No comments: