Sunday, March 9, 2008

PRU - 12: Ulasan Umum Ust Zulkifli Ismail

Oleh:
Abdul Rauf Bin Baharuddin


Kuliah Dhuha

Pondok BaitulQurra Melaka

9 Mac 2008

Alhamdulillah, kita meneruskan kuliah dhuha seperti biasa sebaik sahaja selesai Pilihan Raya yang ke-12 dengan mendapat satu keputusan yang menggambarkan betapa beratnya perjuangan Islam pada masa yang akan datang. Kerana apabila kita diberi kepercayaan, maka untuk memelihara kemenangan itu lebih berat daripada untuk mendapatkannya. Barangkali kerana itulah, dengan rahmat Allah, Allah tidak memberikan kemenangan kepada Melaka. Kerana tanggungjawab untuk memelihara kemenangan itu, satu tanggungjawab yang sangat berat. Boleh jadi kita di Melaka belum mampu untuk menunaikannya. Adapun saudara-saudara kita yang ada di Kelantan, Terengganu dan tempat-tempat yang lain, kita doakan supaya Allah SWT memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjaga nama baik Islam dengan kerja yang lebih keras, amanah yang tinggi, dengan komitmen dan integriti, moral dan tanggungjawab, bersungguh-sungguh. Because at this time,it is not the party in the state, instead it is Islam in the state. Pada masa akan datang, bukan parti sahaja yang dalam bahaya, tapi Islam yang berada dalam bahaya. Kita tidak boleh menerima sebarang kelalaian pada masa yang akan datang. Sebab itu kemenangan ini satu tanggungjawab yang berat. Marilah sama-sama kita melalui kurniaan Tuhan ini, dan ujian Tuhan ini, dengan penuh kesedaran, keikhlasan, dan tanggungjawab. Tuhan menyebut di dalam al-Quran dalam Surah al-Anfal ayat 17:


Maksudnya : Kamu tidak membunuh mereka, tapi Allah yang membunuhnya. Bukanlah engkau (ya Muhammad) memanah, ketika engkau memanah itu, tetapi Allah-lah yang memanah. Supaya Allah mencubai orang-orang beriman dengan cubaan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Oleh itu, dalam kemenangan ini ada ujian yang besar iaitu untuk kita menjaga Islam dan masa depan perjuangan Islam di dalam negara kita. Adapun di Melaka, boleh jadi kita belum mampu menanggung ujian kemenangan. Boleh jadi kita boleh tanggung lagi ujian kekalahan. Oleh sebab itu, dalam kita mengharungi perjuangan bagi menegakkan Islam di negeri kita ini, hendaklah kita melipatgandakan usaha berdasarkan pengalaman nabi-nabi dan rasul, dan pengalaman saudara-saudara kita yang berjuang di negeri lain. Pengalaman itu yang disebut oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya : Sesungguhnya bagi agama ini ada kemajuan dan kemunduran. Daripada tanda kemajuannya ialah apabila seluruh anggota kabilah mempelajari agama, dan dari tanda turunnya agama itu ialah apabila mempelajari agama itu hanyalah seorang dua lelaki sahaja. (Riwayat Thabarani)

Rasulullah SAW mengingatkan kepada kita mengenai 'perang maklumat' atau 'pertembungan maklumat' yang menentukan kemenangan Islam. Di luar sana, orang-orang Islam mendapat pendedahan maklumat yang sangat tinggi kerana mereka mempunyai barisan ulamak yang sangat ramai yang menerangkan Islam kepada masayarakat. Maka menyebabkan mereka mempunyai kefahaman terhadap Islam dan pertimbangan yang baik apabila mereka diminta menilai antara golongan yang mendokong Islam dan yang menolak Islam. Parti kita di Melaka, keadaan dia berbeza. Maklumat yang diterima oleh rakyat sangat terbatas di dalam bidang agama, menyebabkan pengetahuan mereka tentang syurga dan neraka, halal dan haram terbatas. Apatah lagi yang berhubung tentang muamalat, yang berhubung tentang hukum hakam, kenegaraan, fiqhus siasah, fiqh kepimpinan politik. Hal ini bagi kita orang Melaka seolah-olah tidak pernah didengar oleh mereka. Oleh sebab itu maklumat sangat sedikit. Walaupun berlaku satu arus yang hebat dalam negara kita, tetapi orang Melayu tidak membantu. Undi yang meningkat tinggi ialah undi bangsa asing. Undi Melayu tidak membantu perjuangan Islam di Melaka sedangkan undi-undi Melayu di tempat lain membantu. 'Final countdown'nya adalah undi orang Islam. Undi orang Islam ini tidak boleh kita dapat melainkan maklumat tentang agama sampai.

Dalam keadaan negeri yang kekurangan ulamak, maka kita kena melipatgandakan usaha melahirkan seramai-ramai ulamak yang diperlukan, insya-Allah. Kita yakin, apabila ramai ulamak yang mukhlis dan bersedia untuk menanggung beban dakwah, maka insya-Allah, maklumat akan sampai kepada rakyat. Tiada kurangnya orang Melaka dengan orang-orang di negeri lain. Cuma yang kurangnya ialah maklumat. Oleh sebab itu, apabila kita melihat keadaan ini kita dukacita dengan kedaan di negeri kita yang masih lagi belum berubah. Cuma, ini bukan kelemahan rakyat tapi kelemahan kita. Bukan kesalahan rakyat tapi kesalahan kita yang gagal untuk kita benar-benar berfungsi sebagai da'i yang mendekatkan rakyat kepada Islam dengan suatu kefahaman yang jelas dan betul. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk memenangkan Islam pada masa yang akan datang perlu kita tunaikan sungguh-sungguh sekalipun agak ringan sedikit kerana di luar negeri sana, masyarakat telah ada kesedaran yang tinggi. Insya-Allah akan membantu Islam di negeri Melaka. Tapi walaubagaimanapun, bergantung kepada sejauh mana orang-orang Melayu di negeri Melaka ini mendapat kesedaran yang tinggi.

Tuan-tuan yang dirahmati oleh Allah.

Marilah sama-sama kita mendoakan supaya masyarakat dan rakyat di negeri Melaka ini diberi kesedaran oleh Allah Taala. Dalam suasana yang begini, saya nasihat janganlah kita melukakan perasaan yang ada di sebelah sana dari kalangan parti pemerintah kerana mereka orang jahil yang tidak tahu dan tidak mengerti. Maka tanggungjawab kita selepas diberikan kemenangan oleh Allah SWT di sebelah sana, kita kena melipatgandakan usaha dakwah dan bukannya mengambil sikap untuk kita merendah dan menjatuhkan mereka yang masih lagi menyokong parti pemerintah khususnya di dalam negeri kita. Dan itu adalah merupakan kehendak dakwah agar mereka faham, mengerti,dekat dan hampir dengan kita.

Jadi, alhamdulillah. Negara kita sudah berubah. Dan perubahan ini menjadi tempat pertimbangan Islam, kejayaannya pada masa akan datang berdasarkan sejauh mana kita menunaikan tanggungjawab kemenangan. Benda yang buruk akhirnya akan jatuh. Dia tetap akan jatuh. Benda yang rosak tetap akan jatuh. Tapi kita nak bila dia jatuh, dia tidak membawa kesan yang lebih buruk. Biarlah dia jatuh menjadi baja kepada tanah untuk menumbuhkan kemenangan perjuangan Islam. Jangan bila jatuh, akhirnya tanah menjadi rosak, tumbuh pun tak dapat. Maka ini kita minta jauh, nauzubillah min zalik. Jadi, sama-samalah kita bekerja bersungguh-sungguh selepas ini dengan cara yang betul.

Friday, March 7, 2008

Kekayaan Hasil Bumi Negeri Cik Siti Wan Kembang

Global Media Channel (2008) mengatakan bahawa di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).

Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).

Ianya terletak di Blok-Blok berikut,

  • Blok A18
  • Blok B17 & C19
  • PM3
  • Sub-Blok Ular
  • PM301 & PM302
  • PM303
  • PM311 & 312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntut hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG CUBA DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

  • Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
  • Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
  • Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
  • Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
  • Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
  • Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari.
  • Ini beerti, kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.


Perlu kita fahami bahawa taqwa merupakan salah satu sebab yang dapat mendatangkan rezeki dan menjadikannya terus bertambah. Konsep pembentukkan “Masyarakat Islam” yang diamalkan oleh kerajaan PAS di Kelantan telah menjadikan penulis bertambah yakin dengan firman Allah SWT dalam surah At-Thalaq ayat 2 hingga 3 :

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. "

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:

Satu buah had (hudud) yang diterapkan di dunia ini, lebih baik daripada diturunkannya hujan selama 40 hari (subuh)”.

Mengenai konsep ketamadunan islam ini telah diperincikan pula oleh Ustaz Syed Qutb dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq bahawa “Masyarakat Islam” bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “MUSLIM” sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh bersembahyang, menunaikan rukun puasa dan naik haji ke Mekah. Bukan juga masyarakat Islam itu yang mereka rekabentukkan Islam untuk diri mereka sendiri, lain daripada yang telah diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan telah diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama “Islam liberal” atau “Islam progresif” [atau Islam Hadhari (bahasa arab) – pentj].

Sebagai kesimpulannya, rakyat Malaysia dan rakyat Kelantan khususnya mestilah berusaha sedaya upaya mendirikan serta mempertahankan kerajaan yang benar-benar jujur dalam mentaati perintah Allah SWT. Moga-moga nikmat-Nya yang melimpah ruah termasuk hasil-hasil bumi dapat dimaksimalkan potensinya bagi kepentingan rakyat dan negara. Bukan menjadi korban kepada anjing-anjing liar yang lapar lagi rakus itu.

Saatnya Aktualisasi Bukan Retorika!


Titisan penuh pengharapan....

100 Fakta Kelantan - 17 Tahun

Sempena jam-jam terakhir berlangsungnya Pilihanraya Umum Malaysia Kali Ke-12, ingin saya dedikasikan sebuah sajak karangan Dinsman kepada pembaca blog khususnya rakyat Kelantan. Di sebalik magnitud gelombang kebangkitan rakyat menuntut hak yang semakin membahang, perlu kita sedar bahawa kebatilan itu berkadar langsung dengan hak. Jika yang hak kuat, maka kuat jugalah yang batil. Seakan Yin Yang dalam kepercayaan masyarakat Cina Kuno.

Jujur saya merasakan ada kemungkinan bahawa kerajaan PAS Kelantan akan tumbang pada PRU-12 kali ini. Jika diterjemahkan kegundahan hati itu ke dalam peratus; kira-kira dalam 75%. Kebenaran yang tidak bersistem pasti akan ditewaskan kebatilan yang bersistem. Itu sunnatullah. Biarpun dengan sistem yang kotor (pengundi hantu, batal duti setem, batal dakwat kekal dll), ia tetap akan mengalahkan kebenaran yang tiada sistem.

Justeru, saya sepenuh hati dengan penuh kerendahan diri menyerahkan penentuan di tangan anda selaku rakyat Kelantan sama ada mengekalkan pemerintahan ulama' ataupun mahukan pembangunan materialistik dengan menukar kerajaan. Tapi sekiranya esok kita menyaksikan kerajaan PAS Kelantan berjaya ditumbangkan, terus-terang saya katakan CELAKALAH anda rakyat Kelantan 18 tahun dinaungi pemerintahan warisan para anbiya tetapi tidak tahu mensyukuri!

100 fakta Kelantan, 100 bakal mengubah Malaysia


17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara..

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar

Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!