Monday, April 28, 2008

KFC: Kentucky Fried Cruelty


Ibnu Zakaria*
Madrasah Said Hawwa Research Foundation,
School of Dentistry,
North Sumatera University

Ayam disiat kulit hidup-hidup, paruhnya dicabut, cacat. Apa anda tidak tahu mengenai Resipi Rahsia Kolonel?

A. Tahukah anda?

Disebalik kelazatan ayam KFC hingga pengguna “menjilat jari”, apa sebenarnya yang berlaku? Hakikatnya, ia begitu mengerikan, sangat kejam! Tahukah anda, ayam yang di ternak untuk KFC dihentak-hentak, disepak dan dihumban ke lantai serta dinding?

Tidak cukup dengan itu, paruhnya di cabut dan kepalanya dipulas. Air tembakau di titik ke dalam mata dan mulut. Muka di cat, sementara tubuhnya di tekan dengan terlalu kuat hingga terkeluar najis.

Islam, Ad-din yang paling mulia disisi Allah Swt. menekankan bahawa spesies yang dianggap kurang penting atau berbahaya sekali pun berhak menerima layanan yang baik dari komuniti masyarakat. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
“Dan tiadalah binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu.” (QS Al-An’am [6]:38)
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...” (QS Al-Baqarah [2]:168)
Inilah hasil siasatan di rumah sembelihan KFC di Moorefield, Virginia barat, Amerika Syarikat, yang dikeluarkan oleh People For The Ethical Treatment of Animals (PETA), pertubuhan hak binatang terbesar di dunia, pada 20 Julai 2004 yang lalu. Lokasi itu dipilih kerana merupakan tapak majlis penganugerahan “Supplier of the Year” KFC pada tahun 1997.



PETA melaporkan, “Penyembelihan paling kejam yang dialami oleh ayam di ladang dan rumah penyembelihan pembekal KFC, termasuklah disiat hidup-hidup dan lumpuh sepanjang hayat”

Dr. Ian Duncan, Profesor Ethologi Gunaan dan Pengerusi Universiti bagi Kajian Haiwan, Universiti Guelph berkata,
“Pita berkenaan memaparkan adegan-adegan paling kejam yang pernah saya saksikan ke atas ayam”.
Salah seorang bekas pekerja melaporkan kepada PETA, keserakahan itu berlaku sampai ayam terkeluar biji mata, tulang patah, bahagian tubuh hilang dan cacat, disiat kulit hidup-hidup dan tubuh dihancurkan.

B. Fakta mengenai KFC

KFC merupakan rangkaian makanan segera ayam terbesar didunia dengan pulangan di seluruh dunia sebanyak RM28.6 bilion pada tahun 2002. Di Malaysia, KFC adalah rangkaian restoran perkhidmatan cepat yang utama, dengan lebih daripada 330 restoran dan lebih 50% daripada pasaran saham.

Ia merupakan sebuah syarikat awam tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur dan telah menjadi salah satu perintis dalam industri makanan segera Malaysia.

C. Adakah ia berlaku di sini?

Sejauh mana proses penternakan ayam kita berperikemanusiaan dan bersih? Mungkinkah penyiksaan di ladang ternakan ayam luar negara turut berlaku disini? Adakah kita mengalami risiko akibat implikasi kesihatan serupa?

Apabila memperkatakan mengenai layanan yang berperikemanusiaan, tiada siapa yang tahu betapa besarnya masalah itu. Namun, hasil pemeriksaan rambang CAP (Consumers Association of Penang) ke atas ladang ternakan ayam sering mendedahkan keadaan ladang yang kotor dan penyalahgunaan antibiotik secara berleluasa. Memicu kepada timbulnya pelbagai penyakit dalam masyarakat terutama para penggemar fastfood ini. Sebagaimana yang dilaporkan,
“CAP President S.M. Mohamed Idris cited one study (the Cardia study in the United States), which showed that fast-food consumption had strong positive associations with weight gain and insulin resistance, suggesting that fast food increases the risk of obesity and Type 2 diabetes.”
Menyokong usaha kerajaan Negeri Selangor, memperbaiki sistem penternakan khinzir dengan teknologi canggih bertujuan memelihara sumber gizi masyarakat non-muslim, justeru saya menyarankan kepada pihak berwajib agar turut membuat penyelidikan dan tindakan mengenai isu makanan halal lagi baik (halalan thoyyiban) seluruh Negara demi kepentingan semua pihak khususnya, umat islam. Bagi penggemar KFC pula, buatlah pilihan dengan bijak dan tepat. Tepuk dada, tanyalah selera.

B o i k o t p r o d u k Y a h u d i !

Al-fakir ila Rabbihi
Ahmad Aizatnur bin Zakaria

Rujukan:

1. Kentucky Fried Cruelty
2. KFC Holdings (Malaysia) Bhd.
3. Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
4. BBC News Online

14 comments:

Ahmad Saifuddin Amran said...

saya tak layan KFC. broasted Abu Mahmud sudah...

Anonymous said...

tapi itu apa yg berlaku di kilang kfc amerika sahaja, kan? di malaysia, ayamnya dibekalkan oleh kilang penyembelihan ayam.

Ahmad Aizatnur Zakaria said...

maaf ye anonymous, jujurnya saya tidak tahu apakah perkara yang sama ini berlaku di Malaysia atau tidak. Hanya, yang saya khwatirkan disini adalah indikasi drp penggunaan ubatan dan suntikan secara berleluasa di pusat2 penyembelihan dapat meningkatkan risiko terjadinya penyakit dari klngn penggemar makanan segera. itu saja.

"Mencegah lebih baik daripada berubat" maka "beringatlah sebelum terkena"

tq

Ahmad Aizatnur Zakaria said...

Saudara Saifudin, broasted Abu Mahmud tak de kat Indonesia. Kawe layan ayam panggang penyet dengan sambal merah minang je..

Anonymous said...

Boleh berikan bukti jelas KFC terlibat dengan Israel? Kerana ustaz Zaharuddin sudah menyebut, hukumnya harus melainkan ada bukti jelas ianya menyokong Israel.

Adakah ini bermakna logo halal JAKIM tu takda nilai sebenarnya dalam mengiktiraf mana halal dan tidak?

Ahmad Aizatnur Zakaria said...

Maaf ye, saya bukan Ulama khusus. Saya hanya bercakap mengenai persoalan adab/akhlak menurut perspektif ilmu perubatan. Itu sahaja.

Kita yakin ye bhw Islam is the only solution. Dengan kapasiti sebagai ad-din yang bersifat syumul, apakah Islam mengharuskan umatnya mengkonsumsi makanan yang dapat meningkatkan risiko terjadinya sesuatu penyakit?

Saya ulang peribahasa melayu ini, tepuk dada, tanyalah selera.

-Sekian.

Anonymous said...

Saya juga bertanya bukan pada skop kesihatan, tapi apa slogan yang saudara laungkan.

B o i k o t p r o d u k Y a h u d i !

Maka sebelum saya nak ikut seruan saudara suruh boikot produk Yahudi. Pertama saya nak tahu apakah hukumnya berjual beli dengan yahudi. Kedua, adakah KFC terlibat dengan gerakan zionis hingga perlu diboikot.

Kalau apa slogan saudara laungkan itu sekadar suka2 nak laung dan takda kena mengena dengan KFC...tak mengapalah kalau begitu.

amin said...

Saya berpandangan KFC merupakan gagasan syarikat koperat yg ber-ibu pejabat di AS.. Tetapi ayang yg dimasak di KFC Malaysia ialah ayam yang dibekalkan oleh Ayamas Malaysia bukannya ladang pembunuhan Amerika Syarikat... Allhamdulillah perkara itu tidak berlaku di malaysia setakat yg saya tahu... DAn janganlah cuba meninggalkan rasa was-was didalam hati pengguna islam sesungguhnya itu mungkin permainan syaitan...

Ahmad Aizatnur Zakaria said...

Saudara anonymous

Untuk soalan pertama, saya bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara mengenai persoalan hukum.

Persoalannya disini adalah. "Apakah telah ada bukti konkrit yang menyatakan bahawa KFC BUKAN produk orang yahudi dan TIDAK terlibat dengan gerakan zionis dan pembantaian umat islam?!” atau ia adalah hasil kejayaan prinsip breast to breast freemason dibidang ekonomi..

Bagi saya, bidang kesihatan adalah alternatif untuk mencari titik temunya. Biarlah masyarakat yg menilai.

Kalau saudara tidak senang dengan slogan BOIKOT PRODUK YAHUDI itu dengan hanya “mengenggam” hujah UZAR tanpa menoleh sumber ilmiah yang lain, tidak mengapa. Saya menghargai kritikan anda. Kita boleh mencadangkan kepada ADMIN supaya membuangnya saja supaya nampak jelas perbezaan antara hukum dan slogan.

Ahmad Aizatnur Zakaria said...

Saudara Amin,
Mungkin kita ada mengalami sedikit kesulitan dalam membezakan antara KERJA SYAITAN dan KERJA INSAN. Saudara sila fahami tulisan saya dengan berhati-hati.

Bukan ladang pembunuhan Amerika yang dipermasalahkan kerana pelaku kekejaman itu telah lama dihukum dan dipecat.

Tekankan point B dan C.

Yang pastinya disini, saya tidak akan sanggup melihat anda dan saudara saya yang lain menderita penyakit sistemik dan obesiti yang dapat menimbulkan pelbagai komplikasi seperti heart attack, DM, artherosklerosis dll. Sila anda jawab ini,

“Is the food product dangerous for health assumed to be suspicious to the public?”

amin said...

Saya ingin melihat jawapan saudara yg sudah lama sya tunggu-tunggu.. melihat saudara islam saya bangkit untuk menentang kekufuran di bumi ini... Tanpa satu gagasan yang jelas dan kuat semua ini ibarat cakap kosaong kat kedai kopi je... Jadi marilah kita bina empayar islam yg kuat dan bukan hanya propagan dan sokong produk islam....-http://komputerbudget.blogspot.com

Saladin Convoy said...

Salaam.

Sekadar berkongsi...

McDonald mempunyai kaitan yang jauh lebih rapat dengan Zionis kalau nak dibandingkan dengan KFC.

McD jauh lebih popular di kalangan orang kita (baca: Melayu Muslim) kalau nak dibandingkan dengan KFC. Lebih ramai orang kita yang membaham McD daripada KFC. Iklan kat TV pun banyak McD. Tak hairan, sebab produk makanan McD nampak lebih memenuhi citarasa orang muda.

Nak jadi lagi best, McD menyajikan Coca-Cola sebagai antara minuman mereka, sementara KFC menyajikan Pepsi.

Coca-Cola juga, sepertimana McD kalau nak dibandingkan dengan KFC, jauh lebih popular di dunia jika nak di"lawan"kan dengan Pepsi.

Ironisnya, McD dan Coca-Cola (yang diringkaskan sebagai COKE, ringkasan yang sama yang juga merujuk kepada dadah kokaina!) berkongsi satu ciri unik, iaitu mereka ialah simbol "kapitalisasi" (hehe, entah wujud atau tak perkataan ni!) atau "pembaratan" bagi sesebuah negara yang mungkin pada asalnya anti-Barat.

Kita boleh tengok, negara yang asalnya anti-Barat, yang kemudiannya tumbang, maka apa yang "masuk" situ sebagai lambang kekuasaan AS? Restoran McD! Dan minuman Coca-Cola!

Coca-Cola (satu geng dengan F&N) sememangnya tersangat diwar²kan sebagai produk yang pro-Zionis. Dan saya sangat menyampah melihat iklan² Coca-Cola di TV. Iklan Pepsi kelihatan lebih "jinak" jika dibandingkan dengan iklan Coca-Cola.

Tapi, yang agak menghairankan, tak pernah pulak pihak di Malaysia mendedahkan "keburukan" McD? Maka, dengan lebih banyak mendedahkan keburukan KFC, kelihatannya KFC "lebih jahat" daripada McD.

Hmm... musykil juga ya?

Apahalpun, tujuan saya bukanlah nak menyokong KFC atau McD, jangan salah paham pulak, hehe... Cuma, macam saya cakap, saya musykil.

P/S: Teringat pulak satu ketika dulu, kes "surat layang" roti Gardenia, yang kemudiannya disusuli dengan "pendedahan" di kilang roti High-5!

muiz said...

brosted abu mahmud mahal la sepudin... JD 2.75 skang... baik makan kt dhoi3ah... JD 2.50 je...
sori utk komen yg x membina... buat lawak selingan je...

Ahmad Saifuddin Amran said...

Tapi berdasarkan beberapa pemerhatian, didapati Abu Mahmud ada kelebihan dalam beberapa aspek;

1) Masa: Tak sempat panas kerusi, broasted dah sampai. Berbanding dgn Dhi'ah, walaupun murah tapi sempat jugak la basuh baju nak tunggu dia sampai (hiperbola).

2) Las ketchup: Ni memang wajibul ghunnah. Kalau melayu datang, macam paham-paham je bagi ketchab 2-3 paket. Kalau tak cukup siap boleh tambah. Dhi'ah kadang-kadang takda bagi ketchab pun.

3) Sosial: Abu Mahmud terletak di tempat yang agak strategik. Tempat budak melayu selalu lalu. So sambil makan-makan, boleh merapatkan ukhuwwah fillah dengan melambai-lambai sambil tersenyum melayu yang lalu. Lebih advance ajak makan sekali (tapi bayar sendiri la). Cumanya tidak terpakai bila akhowat yang lalu. Hanya mengushar dari jauh sambil memberi salam di dalam hati sajor.

4) Nescafe ma'a tsalj: Nescafe bersama salji (nescafe ais) Abu Mahmud memang tak boleh celen. Ranking kedua selepas syai 3adan Yamani iskan. Kesannya 63.74% minum redbull. Sangat2 digalakkan di musim peperiksaan.