Manusia tatkala ditimpa musibah atau masalah, lancar sekali mulut menyalahkan orang lain. Sikap angkuh warisan Iblis ini seringkali merancu fikiran mereka yang lemah imannya dan sangat sedikit pergantungan kepada Tuhan lantas sering mengkambinghitamkan Tuhan atas segala keburukan yang menimpa.
Kalau ada Tuhan, mengapa ada kejahatan? Kalau Tuhan itu baik, mengapa dunia ini tidak dihiasi dengan kebaikan semata? Mengapa masih ada sakit dan penderitaan?
Muslim apabila diajukan persoalan sebegini, acapkali cuba mengelak untuk memberi jawapan dengan alasan ia adalah was-was syaitan. Kaedahnya, 'beriman sajalah, jangan banyak soal'. Sekiranya iman umat Islam kini seperti Saidina Abu Bakar RA, maka tiada masalah dengan jawapan itu. Namun pada hemat saya, dalam keadaan kita kini diserang dari pelbagai sudut khususnya pemikiran, membiarkan persoalan tersebut terbengkalai tanpa jawapan yang memuaskan akal pastinya bakal mengundang padah.
Privatio Boni
Lima tahun lalu, masih lagi segar di ingatan saya bahawa saya pernah terbaca satu artikel di sebuah majalah sekolah tentang perdebatan antara seorang professor atheis dengan seorang pelajar Muslim, bertajuk "Why science fails to explain God" [2]. Artikel ini yang sudahpun diterjemahkan [3] membicarakan seputar persoalan wujudnya kejahatan kerana Tuhan yang mencipta kejahatan. Konklusinya, Tuhan adalah jahat.
"Let's start again, young fella." "Is God good?"
"Er... Yes."
"Is Satan good?"
"No."
"Where does Satan come from?" The student falters.
"From... God..."
"That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.
Dan berikut adalah argumen yang dilontarkan seorang pelajar Muslim sebagai membalas provokasi yang dibangkitkan oleh professor atheis.
The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbor who has been reading it.
"Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts, professor. Is there such a thing as immorality?"
"Of course there is, now look..."
"Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No. Injustice is the absence of justice.Is there such a thing as evil?"
The Muslim pauses.
"Isn't evil the absence of good?"
The professor's face has turned an alarming color. He is so angry he is temporarily speechless.
Argumen ini adalah asalnya satu pendefinisian dari seorang ahli teologi kurun kelima, Augustine bahawa kejahatan adalah akibat tiadanya kebaikan [4]. Menurut pandangan ini, persepsi manusia sebenarnya adalah berasaskan perbandingan, seperti gelap dan terang.
Secara mudahnya, manusia melihat kegelapan bukan kerana ia adalah lawan kepada terang. Tapi kerana ketiadaan cahaya. Maka, kegelapan hanyalah ilusi manusia untuk menjelaskan keadaan yang tiada cahaya. Contoh ini yang disebut sebagai privatio boni secara umumnya dipersetujui untuk menjelaskan bahawa Tuhan hanya mencipta perkara yang baik. Kejahatan yang wujud hakikatnya tidak wujud kerana ia cuma ilusi manusia mentafsirkan suatu keadaan yang kurang atau tiada kebaikan.
Namun begitu, argumen ini secara keseluruhannya tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini. Seseorang boleh mempersoalkan semula sekiranya Tuhan hanya mencipta kebaikan, mengapa pula Tuhan membiarkan wujud satu keadaan yang kurangnya unsur kebaikan. Mengapa Tuhan tidak saja memenuhi ruang-ruang di dunia ini dengan kebaikan sepenuhnya sehingga manusia tidak akan kenal apa itu kejahatan.
Falsafah Yin-yang
Dalam permasalahan ini, saya cenderung untuk bersetuju dengan falsafah Cina iaitu yin dan yang. Konsep ini mengetengahkan bahawa unsur yang berlawanan (positif/negatif, terang/gelap, baik/jahat) adalah satu kemestian dalam Hukum Alam (law of nature). Korelasi salingan antara fenomena yang berlawanan ini akan mewujudkan unity of opposites, iaitu keadaan yang mana kewujudan satu perkara itu bergantung kepada sekurang-kurangnya dua kondisi yang berlawanan antara satu sama lain.
Secara matematik, unity of opposites dapat dirumuskan seperti 2 = -2. Namun secara realitinya perkara ini tidak mungkin wujud kerana sekiranya kedua-dua lawan tersebut berada dalam keseimbangan, hal ini menyebabkan satu situasi kedua-dua lawan akan membatalkan satu sama lain (stasis). Contoh mudah boleh didapati dalam interferens pemusnah (destructive interference).
Kritik terhadap konsep 'kejahatan sebagai kemestian kepada kebaikan' walau bagaimanapun mengatakan bahawa konsep dualism ini perlu mampu menjelaskan dalam spektrum tanpa batasan dengan sifar sebagai titik keseimbangan. Penyejukan dan pemanasan sebagai contoh adalah saling berlawanan. Akan tetapi, penyejukan hanya mampu mencapai suhu sehingga sifat mutlak sahaja (-273 C) sebaliknya pemanasan boleh memberikan suhu yang infiniti. Nilai negatif yang terbatas dan positif yang infiniti tidak akan mencapai apa yang dinamakan titik keseimbangan kerana satu nilai akan sentiasa melebihi nilai yang lain.
Justeru, mentafsirkan kebaikan dan kejahatan melalui konsep yin-yang juga tidak dapat menjelaskan sebaiknya permasalahan sama ada kejahatan itu ciptaan Tuhan. Walau bagaimanapun, menurut pandangan saya masalah ini dapat dirungkaikan sekiranya kita mengambil kira falsafah Ex nihilo yang akan saya jelaskan selepas ini.
Daripada Tiada Kepada Ada
Ex nihilo adalah istilah Latin yang bermaksud 'daripada tiada kepada ada'. Konsep ex nihilo seringkali digunakan dalam menjelaskan penciptaan alam semesta ini daripada keadaan tiada kepada ada. Falsafah yin-yang sekiranya difahami secara songsang akan memberikan kita kefahaman bahawa alam ini hakikatnya adalah tiada. Dengan asal ketiadaan itu barulah wujudnya ada, 0 = x + (-x).
Wujudnya alam ini pada hakikatnya adalah satu ilusi sebagaimana nilai sifar menghasilkan +x dan -x yang sebetulnya cuma ilusi dalam fikiran kita. Begitu juga hakikat alam ini yang lahir daripada keadaan tiada kepada ada adalah sekadar ilusi kerana sebenarnya alam tidak wujud. Wujud cuma perkataan manusia bagi menghuraikan ilusi. Sebagai contoh, anda melihat sebatang pokok, tetapi sebenarnya tidak wujud apa yang dinamakan pokok sebaliknya yang wujud hanyalah imej di dalam otak. Perkara ini dibincangkan secara panjang lebar oleh Harun Yahya dalam 'Matter the Other Name for Illusion' dan 'Knowing the Truth'.
Mengambil kira semua premis-premis di atas, secara logiknya
1 Fenomena yang berlawanan adalah satu kemestian dalam hukum alam untuk mewujudkan keseimbangan
2 Titik keseimbangan (0) adalah mustahil secara realiti dan cuma wujud secara ilusi
3 Alam semesta lahir dari keadaan tiada kepada ada
4 Keadaan tiada adalah satu titik keseimbangan
5 Alam sentiasa berada dalam keseimbangan dan keseimbangan (ilusi) tersebut ditafsirkan manusia sebagai penciptaan alam semesta ini
6 Kebaikan dan kejahatan tidak pernah wujud, yang wujud cuma ilusi
Secara mudahnya disimpulkan bahawa Tuhan tidak perlu membentuk kejahatan, kerana kejahatan itu terbentuk di dalam proses membentuk kebaikan. Dia menciptakan tiap sesuatu dengan kadar tertentu dan berpasangan. Pasangan yang paling asas yang perlu kita ketahui ialah adanya kebaikan dan kejahatan [5].
Walau bagaimanapun, argumen ini tetap tidak memberi jawapan kerana seseorang boleh mempersoalkan semula bahawa walaupun kejahatan itu satu ilusi dan kemestian, ia tetap dicipta dari Tuhan. Justeru adakah Tuhan itu baik atau jahat?
Ilusi Relatif
Melihat ibu atau bapa kucing membunuh anaknya sendiri [6], atau labah-labah betina memakan pasangannya sendiri [7], atau seekor buaya menerkam ganas seekor kijang yang leka menghirup air di sungai lantaran kehausan, apakah persepsi kita? Sekiranya kita mengatakan perbuatan itu kejam dan tak 'berperikemanusiaan', sangkaan tersebut sebenarnya meleset. Manusia gemar menghukum dengan berkadarkan relatif sendiri. Menghukum alam haiwan dengan relatif manusia, adakah logik dan adil?
Dulu kita digemparkan dengan satu berita seorang bapa yang mengurung anak perempuannya sendiri selama 24 tahun dan merogol sehingga melahirkan 7 anak [8]. Setelah dikurung begitu lama, Felix Fritzl, 5 apabila melihat bulan kali pertama lantas terpacul dari lidahnya, "Is that God up there?" [9]. Jelas di sini Felix menisbahkan bulan sebagai Tuhan dengan merelatifkan pengalaman beliau selama terkurung 5 tahun. Beliau tidak mengenal bulan tapi beliau mengenal Tuhan. Bagi Felix, Tuhan itu tinggi dan berada di langit, lantas beliau mengaitkan bulan yang tinggi dan berada di atas langit dengan Tuhan.
Pada zaman kanak-kanak, kita sering dimomokkan dengan kisah-kisah dongengan ala Mastika berkaitan hantu. Anak-anak kecil ditakut-takutkan dengan hantu tetek (dalam bahasa jawa, Kalong Wewe) yang mempunyai buah dada yang sangat besar dan suka makan kanak-kanak yang masih berkeliaran di luar pada waktu senja. Walaupun tujuannya baik (mungkin), tapi sebenarnya telah menanam satu memori yang buruk di dalam kotak pemikiran anak-anak. Pohon beringin (Ficus benjamina) yang tidak bersalah dikatakan tempat berpenunggu hanya kerana terdapat pokok langsuyar yang menumpang pada dahan dan disalahsangkakan sebagai langsuir. Sekiranya anak-anak sejak kecil diterapkan dengan pelajaran flora dan fauna, saya jamin tidak akan lagi timbul masalah takut untuk pergi kelas mengaji selepas maghrib.
Otak manusia sentiasa mahu mengukur sesuatu dengan relatif. Dalam permasalahan ini, manusia merelatifkan pengalaman sendiri dengan perbuatan Tuhan. Segala perbuatan Tuhan yang pada pandangan manusia adalah baik, kita menisbahkan bahawa Tuhan itu baik. Tapi mengapa pula apabila melihat perbuatan Tuhan yang pada relatif manusia adalah jahat, kita tidak menisbahkan Tuhan itu jahat? Atas sebab ini, saya menolak untuk bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Tuhan itu baik kerana perbuatan-Nya yang baik kerana perbandingan sama ada perkara baik atau jahat pada pandangan manusia itu tidak sama sekali dapat dinisbahkan dengan Tuhan. Hal ini akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya.
Baik Seperti Malaikat
Terdapat satu perumpamaan dalam masyarakat Melayu yang berbunyi 'baik seperti malaikat'. Saya terfikir, adakah ini bermakna malaikat lebih baik berbanding Tuhan? Tidak. Justeru, Tuhan itu baik atau jahat? Jika anda bersetuju dengan Ex nihilo dan ilusi relatif, maka saya perlu mengatakan di sini bahawa Tuhan itu tidak baik dan tidak juga jahat.
Terkejut? Nanti dulu. Jika anda bersetuju bahawa segala fenomena jahat yang menimpa tidak boleh dinisbahkan kepada jahat-Nya Tuhan, maka anda sepatutnya bersetuju bahawa segala fenomena baik tidak boleh dinisbahkan kepada baik-Nya Tuhan.
Saya ingin bertanya, atas dasar apakah kita mengukur bahawa baik atau jahat Tuhan?
Thales [10] pernah berkata, "Avoid doing what you would blame others for doing."
"Treat others as you would like to be treated" adalah satu nilai moral yang fundamental dan diterima pakai secara umum baik di kalangan mereka yang beragama mahu pun atheist. Nilai moral ini disebut sebagai ethic of Reciprocty atau The Golden Rule. Namun ahli falsafah seperti Immanuel Kant, Friedrich Nietzsche, dan Bertrand Russell berbeza pandangan dalam menerima nilai moral ini terutama dalam aplikasi.[11]
Kant berpendapat bahawa The Golden Rule ini tidak mampu diaplikasikan dalam situasi yang berbeza. Beliau memberi contoh, seorang penjenayah yang telah disabit kesalahan oleh hakim mahkamah boleh mempergunakan The Golden Rule ini dengan alasan hakim tersebut sudah tentu tidak mahu orang lain menyumbat beliau ke dalam penjara, tapi mengapa pula hakim tersebut tidak rasa bersalah menghukum penjenayah tersebut dipenjarakan.
Manusia mempunyai persepsi yang berbeza antara satu sama lain. Nilai moral di suatu tempat yang dilihat sebagai buruk kadangkala ada yang dilihat sebagai baik di suatu tempat yang lain. Kayu ukur nilai baik dan jahat adalah sangat relatif kepada pengalaman seseorang manusia.
Justeru, sekiranya kayu ukur manusia akan nilai baik dan jahat itu berbeza-beza, maka apakah kayu ukur yang sesuai untuk menghukum Tuhan itu baik atau jahat?
Jawapan dan juga pandangan saya, Tuhan itu tidak baik dan tidak jahat.
Penutup
Selama hampir sebulan saya 'diganggu' permasalahan ini, saya sendiri masih belum menemui satu jawapan mutlak dan benar-benar memuaskan hati dan akal. Setakat ini saya berpandangan seperti di atas, namun saya yakin pandangan saya masih terdapat paradoks serta ruang perbahasan masih terbuka luas. Saya mengalu-alukan sebarang kritikan dan cadangan bernas dan tidak akan melayan sebarang pandangan yang emosional.
Sekiranya anda menyedari, saya tidak menggunakan walau satu pun ayat-ayat Al-Quran untuk menyokong pendapat ini. Namun hal ini tidak bererti saya menolak perkataan yang agung itu. Saya mengaku kelemahan dan kecetekan ilmu dalam bidang tafsir dan bahasa Arab. Oleh itu, saya akan sedaya-upaya mengelakkan diri dari menggunakan ayat-ayat Al-Quran (juga dalam penulisan akan datang) supaya tidak menyimpang dari maksud sebenar sepertimana kesilapan yang telah saya lakukan dalam artikel-artikel lepas.
Saya tidak tahu adakah dengan memikirkan permasalahan ini termasuk dalam kategori berzikir dan mengingati Allah. Sekiranya tidak, saya memohon ampun kepada Allah atas perbuatan yang sia-sia ini dan untuk anda yang membaca, campaklah artikel ini ke dalam tong sampah kerana ia terhasil dari pemikiran yang lagho dan sia-sia.
Sekian.
Nota kaki:
1] Seorang tukang cukur, http://mujahidtibb.blogspot.com/2008/06/seorang-tukang-cukur.html
2] Why science fail to explain God, http://humanists.net/avijit/article/debate/eshomabesh/why_science_fails_to_explain_god.htm
3] Sains dan Islam, http://isuhangat.blogspot.com/2007/08/sains-dan-islam.html
4] Does Evil Exist, Philosophy of Religion
5] Jangan merasa tertekan, sharudin.com, Sharudin
6] Cats That Kill Kittens, messybeast.com, Sarah Hartwell
7] Suicidal spider lovers, ScottS-M
8] http://news.scotsman.com/latestnews/Daughter-39kept-in-cellar-for.4024895.jp
9] http://www.bbc.co.uk/blogs/magazinemonitor/2008/05/thursdays_quote_of_the_day_9.shtml
10] Seorang ahli falsafah Yunani (624 BC–546 BC)
11] The Golden Rule, Only a Game
14 comments:
salam
pada hemat aku,jawapannye ade ye-Allah yang memberikan keburukan dan kebaikan.atau dengan ayat yang lebih familiar segala keburukan dan kebaikan itu datangnye dari Allah.
juge pernah ustaz di sekolah aku kate,antara sebab die cipta keburukan adalah untuk menguji keimanan dan keyakinan manusia (mulk,ayat 2).
ayat2 dan gaya bahasa kau terlalu tinggi-aku takut orang2 yang kurang kefahaman akan menjadi ragu2 selepas membacanya.(sekadar pendapat).
sekian.
Terima kasih atas komenan awal sedara marsteelo @ marwan. Maaflah kalau tak faham bahasa yang tunggang-langgang tu. Aku menulis dalam keadaan emotional depression tahap severe.
Ya, solusi yang terbaik dan mudah adalah dengan membaca Al-Quran.
Artikel ni belum lagi habis sebenarnya. Saja nak mengajak pembaca sama-sama berfikir. Tak aci la bagi jawapan terus.
Salam.
Mungkin kitab Qadha dan Qadar oleh Ibn Qayyim al-Jauzi boleh membantu menghuraikan kekusutan.
Sila muat turun di: http://www.mediafire.com/download.php?sbeeb2ds7zz
Assalamu'alaikum
Maaf kalau saya kasar & x mmbantu
I like Surah Al-Hadid:
[20] Know ye (all), that the life of this world is but play and amusement, pomp and mutual boasting and multiplying, (in rivalry) among yourselves, riches and children. Here is a similitude; how rain and the growth which it brings forth, delight (the hearts of) the tillers; soon it withers; thou wilt see it grow yellow; then it becomes dry and crumbles away. But in the Hereafter is a Penalty severe (for the devotees of wrong). And Forgiveness from Allah and (His) Good Pleasure (for the devotees of Allah). And what is the life of this world, but goods and chattels of deception?
[22] No misfortune can happen on earth or in your souls but is recorded in a decree before We bring it into existence: that is truly easy for Allah:
[23] In order that ye may not despair over matters that pass you by, nor exult over favours bestowed upon you. For Allah loveth not any vainglorious boaster,
http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSora=57&nAya=21&nSeg=1&l=eng&t=eng
I prefer the word affliction for the Arabic word 'mu[s]eebah', 'a[s]aaba' afflicts
http://makedua.com/display_dua.php?sectionid=34
My personal, career & family life is not that great... maybe I miss the things close to me...
I hope all the best in your life & sorry again for anything inappropriate
Subhanakallahumma-wa-biHamdik, ash`hadu-alla ilāha-illa ant, astaghfiruka-wa-atubu-ilaik... wallahua'lam wassalamu'alaikum...
huih, ni basic tenet falsafah muktazilah ni , haha
http://en.wikipedia.org/wiki/Mutazilite
(2) Al-'Adl العدل - Divine Justice. Facing the problem of existence of evil in the world, the Mu'tazilis pointed at the free will of human beings, so that evil was defined as something that stems from the errors in human acts. God does no evil, and He demands not from any human to perform any evil act. If man's evil acts had been from the will of God, then punishment would have been meaningless, as man performed God's will no matter what he did. Mu'tazilis did not deny the existence of suffering that goes beyond human abuse and misuse of their free will granted to them by God. In order to explain this type of "apparent" evil, Mu'tazilis relied on the Islamic doctrine of taklif — that life is a test for beings possessing free will, i.e., the capacity for choice.
Memang ada terfikir jugak tentang freewill ni. Tapi still ada flaws sepertimana dalam perdebatan Abu Hasan al-Ash'ari dengan gurunya. Sebab manusia membandingkan baik manusia dengan baik Tuhan. Sepatutnya tak boleh.
Keseimbangan alam pada saya tidak boleh dikaitkan dengan baik dan jahat itu menyeimbangi antara satu sama lain.
Pada alam, apa yang kita dapat katakan adalah ia adalah fitrah alam. Bagi terang dan gelap - ia adalah fitrah alam - tiada jahatnya bagi kegelapan dan tiada mulianya bagi terang. Cuma sahaja kegelapan dan cahaya digunakan sebagai metafora kepada manusia kerana cahaya jelas membawa banyak manfaat relatif kepada manusia berbanding kegelapan.
Fitrah manusia adalah keinginannya kepada sesuatu seperti keperluannya untuk makan. Yang baik dengan yang jahat telah ditentukan perbatasannya melalui nas - kerana kita adalah makhluk yang dicipta dengan fitrah boleh membuat keputusan dan memilih (namun pilihan adalah terangkum di dalam Qadha' dan Qadar yang telah ditentukan). Selain itu, kita juga dibekalkan dengan fakulti untuk berfikir, sebagai bekal untuk menjadi khalifah di atas muka bumi.
Akhir kata, Qadha' dan Qadar kebaikan dan kejahatan itu dari Tuhan, namun Dia tidak membenarkan perlakuan jahat tersebut - sebagai ujian yang akan dibalas samada syurga atau neraka. Setakat ini saya berpendapat bahawa setiap perkara mempunyai potensi baik dan jahatnya. Apa yang kita putus untuk laksanakan menentukan apa yang akan dicatit pada buku amalan - pahala atau dosa.
Malam itu unsur kejahatan.
1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh
2. dari kejahatan makhluk-Nya
3. dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita
(Surah Al-Falaq)
Kegelapan bukan sekadar metafora bagi kejahatan, kegelapan itu sendiri adalah unsur kejahatan. Bila malam/gelap, jenayah banyak berlaku, rompak, rogol, pelacuran, etc...
Saya berbeza pendapat dalam hal ini. Alam ini dicipta dengan berpasang-pasangan. Malaikat-syaitan, lelaki -perempuan, gelap-terang, malam-siang, baik-jahat. Alam wujud daripada tiada kepada ada. Mustahil alam untuk wujud tanpa unsur berpasangan.
Saya setuju dengan pendapat bahwa manusia menganggap baik jahatnya sesuatu berdasarkan efek dari sesuatu itu terhadap manusia. Jadi sesuatu yang jahat menurut pandangan kita bukanlah kejahatan yang hakiki.
Menurut saya kalu kita (manusia) mahu membahas apakah Allah itu jahat atau baik kita juga perlu memahami apa tujuan manusia diciptakan, apakah diciptakan hanya sebagai khalifah di bumi dan untuk beribadah? Kenapa bumi harus dikhalifahi, kenapa diperlukan makhluk yang beribadah kepadaNya?
Komentar saya ini sepertinya tidak berkait dengan tema kita, namun saya yakin jika kita dapat memahami maksud penciptaan manusia maka kita lebih dapat memahami kenapa ada kejahatan di bumi ini.
Salam
As Salam,
Alhamdullilah dah boleh meletakkan komen.
http://sharudin.wordpress.com/2008/07/11/s018-allah-adalah-segalanya/#comment-1205
tumpang menyibuk,, dalam kitab Aqidatul Muslimin soalan ke30 ada dibincangkan tentang qadar Allah...
Kebaikan, keimanan dan ketaatan ditentukan dengan takdir Allah dengan kesukaan dan keredaan-Nya. Manakala kejahatan, kemaksiatan dan kekufuran ditentukan dengan takdir Allah tanpa kesukaan dan keredaan-Nya. Namun takdir Allah yang merupakan sifat-Nya yang azali dan abadi itu tidak boleh disifatkan dengan kejahatan atau keburukan.
Allah berfirman : sesungguhnya Kami telah menciptakan segala sesuatu dengan suatu ukuran (ketentuan)". (Surah al-Qamar: 49)
Rasul bersabda : "Segala sesuatu (terjadi) dengan suatu ukuran (ketentuan Allah) meskipun kebodohan dan kepintaran". (Diriwayatkan oleh Muslim)
salamualaikum....
Tulisan yg bagus.
sy dapat dari forum iluvsilam....
beberapa pendapat telah saudara utarakan disini...dan setiap pendapat perlu dibedah lebih mendalam lagi....
pd hemat sy...sy berpengang pd dua perkara asas..
1) kebaikkan itu adalah tidak lain adalah wujud.
kebaikkan = wujud
keburukkan = kekurangan wujud ( bukan beerti dari illusi atau wujud akal semata2....walaupun kalu kt perhatikan bahwa illusi juga sebahagian dari wujud.
2) apa yg membezakan wujud.....perbezaan nya adalh sama seperti cahaya mentari dengan cahaya lilin....sama2 cahaya namun kekuatannya berbeza.
maka yg terlahir dari alam dunia mengandungi kekurangan....
apabila dikatakan wujud yg memiliki semua kesempurnaan wujud....maka itu tidak lain adalah wajib wujud...dan dlm agama mengatakan Tuhan Maha sempurna....maka mafhum wajib wujud di nisbahkan pd Tuhan...
chanel handbags, christian louboutin shoes, tory burch outlet, oakley sunglasses, oakley sunglasses, tiffany jewelry, jordan shoes, air max, burberry pas cher, nike outlet, jordan pas cher, michael kors pas cher, louis vuitton outlet, nike free run, louis vuitton outlet, longchamp pas cher, louis vuitton, replica watches, christian louboutin, nike air max, prada handbags, nike free, polo ralph lauren, oakley sunglasses, sac longchamp pas cher, christian louboutin uk, tiffany and co, gucci handbags, ray ban sunglasses, longchamp outlet, ugg boots, replica watches, nike air max, uggs on sale, prada outlet, kate spade outlet, nike roshe, louboutin pas cher, polo ralph lauren outlet online, polo outlet, longchamp outlet, louis vuitton outlet, oakley sunglasses wholesale, ugg boots, cheap oakley sunglasses, ray ban sunglasses, christian louboutin outlet
roty burch outlet
longchamp outlet
sac longchamp
ugg boots
uggs
nike outlet store
nike air max
roshe run
eyeglasses
replica watches
2017.12.5chenlixiang
Post a Comment