Wednesday, December 10, 2008
Tongue piercing
“Bertindik sama seperti memakai aksesori seperti gelang atau rantai. Mengapa pandang hina kami yang bertindik? Ia sama saja dengan orang lain yang pakai gelang hingga ke siku,” – Lisa Adina, Harian Metro
Tongue piercing adalah body piercing melalui mulut yang biasanya dilakukan melalui bahagian tengah mulut.
Walaupun ia sudah berabad lamanya, budaya tongue piercing kini sangat popular dikalangan masyarakat Barat. Dampaknya, para remaja kita yang menjadi ‘mangsa’ sistem secular Negara jadi terpengaruh sehingga pusat yang menawarkan perkhidmatan menebuk lidah kian bercambah di sekitar ibu kota. Hari ini, anda hanya dikenakan kadar bayaran serendah RM50 bagi mendapatkan besi tindik yang diskru dengan ketat bagi mengelak ia tertanggal. It’s cool.
Mahu yang mana satu?
Pilih saja mahu jangkitan dan luka pada mulut (infection), nanah di otak (brain abscess) atau mati (death). Itulah harga yang perlu dibayar sekiranya remaja berura-ura menindik bahagian tubuh mereka seperti lidah, pusat, kening atau kemaluan. Malah, pelbagai komplikasi lain yang mungkin timbul adalah pembengkakan (swelling), jaringan parut (scar tissue formation), kerosakan saraf (nerve damage) dan penyakit periodontal (periodontal disease).
Sidney B. Eisig, Professor dan Pengarah Jabatan Bedah Oral dan Maxillofacial Universiti Columbia melaporkan, “Walaupun jarang berlaku, beberapa pesakit terpaksa masuk hospital dan mendapatkan ubat antibiotik intravena untuk mengatasi jangkitan pada lidah dan dasar mulut”
Antara ‘Berani Buat’ dan ‘Berani Tanggung’
12 Resiko yang timbul akibat oral piercing, dilaporkan oleh ADA (American Dental Association):
1. Perdarahan atau kerosakan saraf: Jika jarum menusuk saluran darah ketika dilakukan penindikan, perdarahan serius dan sukar dikawal dapat terjadi.
2. Jangkitan kuman: Mulut mengandungi jutaan bakteria dan jangkitan bakteria menjadi komplikasi dari adanya tongue piercing.
3. Kesakitan: Luka akibat penindikan baru sembuh dalam 4-6 minggu.
4. Pembengkakan: Lidah yang ditindik dapat membesar dan menutupi saluran pernafasan.
5. Penularan penyakit: The National Institutes of Health (www.nih.gov) mengenalpasti bahawa penindikan secara umum berperanan sebagai faktor penyebaran hepatitis (hepatitis B, C, D dan G) dan memungkinkan penyebaran penyakit lain seperti HIV.
6. Risiko tersedak: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah mungkin terlepas dan menyebabkan risiko tersedak.
7. Gigi retak: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah dapat menyebabkan gigi retak.
8. Terhakisnya enamel: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah dapat membahayakan enamel gigi.
9. Penurunan gusi: The Journal of the American Dental Association (JADA) melaporkan bahawa tongue piercing meningkatkan risiko terjadinya penurunan gusi.
10. Hilangnya gigi: JADA melaporkan bahawa tongue piercing meningkatkan risiko hilangnya gigi.
11. Pembentukan tisu parut: Tisu parut yang tebal dapat terbentuk dikawasan tindikan.
12. Gangguan bertutur: Adanya perhiasan pada lidah dapat mengganggu pertuturan.
Jangkitan kuman, memungkinkan kematian
Mulut mengandungi jutaan bacteria dan lidah mempunyai saluran darah major yang mampu meluaskan jangkitan ke otak dan tempat lainnya. Ia boleh mencacatkan atau membunuh ANDA.
Brain Abscess
Di atas adalah satu contoh kes seorang remaja perempuan yang mati akibat jangkitan daripada tongue piercing. Sebahagian dari tempurung kepalanya dibuang untuk mengurangi tekanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. This is rare, but it is real.
Islam sebagai suatu cara hidup yang terbaik berbanding pohon materialisme pragmatis yang lain, telah lama mengharamkan umatnya daripada melakukan perbuatan sia-sia yang mengancam nyawa ini. Antara firman Allah Swt. dalam surah Al-Baqarah Ayat 195, "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." Begitu juga dalam surah an-nisa' Ayat 29, “Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”■
Wallahua’lam.
Oleh: Aizatnur
Check out these pages from:
1. Tongue Piercing - Wikipedia
2. Artis Melayu- Harian Metro
3. Tooth Piercing and Associated Tooth Fracture
4. Dangers of Tongue Piercing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
islam adlh yg trbaik
Post a Comment