Friday, February 13, 2009

Musim Gugur Politik Perak


Rakyat kecewa, bahkan sangat kecewa. Tetapi mereka tidak berhenti berharap. Konspirasi yang dibuat oleh kelompok nasionalis sekular -dengan kerjasama dunia internasional- dalam menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) bukanlah kerana DSAI hendak mendirikan negara islam. Sekali lagi, itu bukan kerana DSAI hendak mendirikan negara islam.

Namun, semata kerana pandangan demokrasi beliau akan memberikan ruang gerak yang luas bagi gerakan dan umat islam untuk tumbuh dan berkembang. Jadi, bukan ”lokomotifnya” yang mereka benci. Namun, ”gerabak” yang dibawa lokomotif itulah yang mereka waspadai.

Tesis yang perlu diketengahkan disini adalah bahawa gerakan islam harus berfikir dan bersikap realistik dalam mencapai tujuan-tujuannya, mampu memahami kekuatan dan kelemahan internalnya serta lingkungan strategi secara objektif.

Isu penawanan semula Perak memadai untuk menjelaskan mengapa gerakan dakwah belum mampu menembus putaran logik massa, apa lagi melakukan penetration pada jaringan-jaringan pemikiran, sosial, dan politik untuk kemudian mengubah, memobilisasi, dan mengendalikan mereka.

PELAJARAN BESAR

Dalam sejarah pergerakan islam, ada sebuah fakta yang terulang berkali-kali bahawa sebahagian besar musibah yang menimpa dakwah dan harakah selalu datang dari dalam harakah itu sendiri. Musibah itu hadir dari shaf yang terlalu longgar, yang kemudian disusupi dengan begitu mudah.

Oleh sebab itu, PAS -gerakan islam pasca era-penjajahan Tanah Melayu- jangan mudah menyalahkan musuh jika mereka berhasil menyusupi shaf sendiri. Bagaimanapun, penyusupan adalah pekerjaan yang wajar, yang akan selalu dilakukan oleh musuh. Harakah juga akan selalu melakukan hal yang sama. Dulu, Rasulullah pun telah melahirkan banyak tokoh intelligen yang dikenal dengan kepakaran dalam perisikan, misalnya Huzaifah ibnul Yaman dan Amru bin Ash. Tetapi masalah PAS sekarang adalah shaf mereka sendiri yang mengalami kegoncangan. Oleh sebab itu nampaknya PAS perlu belajar kembali.

Apakah shaf Rasulullah saw. sendiri tidak pernah disusupi? Dalam sebuah perang, penyusupan adalah kepakaran inti kumpulan perisikan. Orang-orang yahudi dan kaum munafik berkali-kali mencuba untuk menyusup ke dalam shaf Rasulullah saw. Namun, mereka tidak pernah berjaya.

SISTEM KAWALAN

Keterbukaan adalah asas dakwah. Semua orang memiliki hak untuk di dakwah, sama seperti hak mereka untuk bergabung dalam harakah. Jadi, apa yang harus kita kawal dalam organisasi dakwah kita? JAWAPANNYA ADALAH GAGASAN DALAM ORANG.

Gagasan perlu dikawal kerana manhaj dakwah mengalami proses interaksi yang dinamik dengan perubahan-perubahan yang terjadi dalam organisasi dan pada lingkungan strategi. Prinsip dakwah yang bersifat fundamental atau yang biasa disebut tsawabit, dengan fikiran-fikiran yang bersifat variable atau yang biasa disebut sebagai mutaghayyirat, mengalami proses-proses pengujian dan pembuktian yang kompleks dan rumit.

Pelanggaran dengan alam realiti melahirkan sesuatu yang dinamik dalam pemikiran yang menjadi sumber kekayaan harakah. Tetapi, dinamik itulah yang harus dikawal. Kawalan bukanlah upaya untuk menyekat atas munculnya gagasan-gagasan baru. Kawalan dilakukan untuk memastikan bahawa proses kreativiti dan pengembangan pemikiran dalam dakwah berlangsung dengan panduan metodologi yang benar. Keluaran (output) yang kita harapkan adalah munculnya gagasan baru yang menjadi sumber kekayaan pemikiran yang mendinamisasi dakwah.

Ambillah contoh, bagaimana misalnya gagasan tentang penggunaan kekerasan telah mendorong banyak harakah islam terjebak dalam konflik berpanjangan dengan penguasa dan masyarakat. Kekerasan bagi mereka merupakan cara kilat untuk mengubah masyarakat atau mengubah kemungkaran. Apakah munculnya gagasan itu merupakan proses pendinamikan pemikiran yang murni dari dalam atau ada kekuatan lain yang ”mewahyukan” pemikiran itu kepada harakah, kerana mereka memang menginginkan harakah berfikir dan bertindak begitu.

Kawalan atas orang dilakukan bagi memastikan bahawa tidak ada penyusup dalam organisasi dakwah. Hubungan personal dalam dakwah dilakukan atas dasar kepercayaan atau thiqah; kepercayaan kepada akidah; niat, fikrah, akhlak. Tetapi kepercayaan itu bersifat subjektif, sedangkan manusia mengalami perubahan-perubahan besar dalam dirinya. Perubahan-perubahan itulah yang perlu kita kawal; dari saat seseorang menjadi objek dakwah, kemudian bergabung dengan dakwah hingga saat matinya.

Seseorang boleh dirancang sebagai penyusup ke dalam dakwah, tapi boleh juga direkrut oleh orang lain setelah ia bergabung dengan dakwah. Proses recruitment boleh berlangsung melalui pergaulan sehari-hari. Dalam situasi mutakhir ini, seorang aktivis dakwah biasanya mengalami penyimpangan perilaku dan akhlak, larut dalam pergaulan, dan kemudian mengirim ’pesan’ orang lain ke dalam dakwah.

Akhir kata, sistem keselamatan gerakan dakwah harus dilakukan dengan dua cara: penguatan kesedaran manhajiah dan penguatan kesedaran intelligen. Kesedaran manhajiah akan memungkinkan kita mengawal gagasan, sedangkan kesedaran intelligen memungkinkan kita mengawal orang.■

Wallahua'lam

10 comments:

Anonymous said...

salam...
bahasa bombastik sangat...last2 point yg nk disampaikan pun sama GUGUR mcm tajuknye...lain kali tulis bagus2 sikit ye...:D

Anonymous said...

anonymous,

ini namanya seni retorik...:D

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...
This comment has been removed by the author.
Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Sekali lagi. Kritikan yang sungguh membina nampaknya. :)

Isu penyusupan di Perak ini hanya pengulangan sejarah dalam diari harakah islam. Siapa yang tidak tahu bahawa Presiden Jamal Abdul Nasser yang menggantung Syed Qutb, Yusuf Hawwas dan Abdul Fattah itu dulunya juga adalah kaderisasi IM di Mesir.

Setelah membuat beberapa perkiraan, saya melihat bahawa perlunya nilai tambah pada harakah islam di Msia iaitu kekuatan dari sudut sistem (manhaj) dan perisikan (intelligen).

Bukan hanya mahu mengambil sikap 'defensif' saja

Anonymous said...

boleh terangkan term lokomotif dan gerabak tue?

Anonymous said...

Lokomotif tu enjin keretapi. Gerabak tu gerabak la

Anonymous said...

S82 K14 Salam Sultan.
Telah terbit Februari 14, 2009 DARWIN Ubah

Pak Din February 13th, 2009 at 9:23 am

Salam Sultan,

1. Menarik catatan Sdr Patruk Arjuna, ”10. Saya amat sedih apabila ada segelintir anak Perak yang menuding jari Sultan Azlan bias dan tidak mengikut perundangan tubuh negeri Perak kerana menitahkan agar MB dan semua EXCO meletakkan jawatan serta merta.” Dan saya juga turut bersedih dengan tuduhan itu. Tetapi yang menjadikan saya lebih sedih adalah, ketidak-fahaman Muslim, yang tidak menyedari kehadiran Kitab Al Quran yang mengandungi asas-asas yang sama. Sultan menggunakan Kuasa Budibicaranya, disebabkan peruntukan itu ada di dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Dan sebagai seorang Sultan yang berpengalaman di dalam bidang kehakimaan, Sultan sudah pasti menggunakan Kuasa Budibicara dengan sebaik mungkin.

2. Kitab Al Quran sebagai panduan utama asas kehidupan, yang diwahyukan Allah kepada Nabi saw, juga mengandungi Ayat-ayat Mahkamat (jelas) dan Ayat-Ayat Mytsyabihat (samar). Dan Al Quran sendiri mengingatkan, adanya segelintir Muslim yang akan menjadikan Ayat-ayat Mutsyabihat untuk berbalah sesama sendiri, atau membuat penafsiran mengikut selera sendiri. Keadaan ini telah dijangkakan di dalam Al Quran, sebagai sebuah Panduan Agung yang tiada keraguan di dalamnya dan qat’ie dasarnya. Kalau Al Quran bersifat sedemikian, apatah lagi hukum-hukum lain yang dibuat manusia bagi kesejehteraan bersama. Sudah pasti ada kesamaran yang terselit di sana sini. Maka dengan sebab itu akhirnya ada peruntukan Kuasa Budibicara yang diberikan kepada Sultan bagi mengatasi masalah sebegini.

3. Khulafah ArRashidin berfungsi, antaranya, dengan sistem penasihat. Satu peringatan yang pernah dikeluarkan ialah, “Kamu adalah sebaik siapa yang menasihati kamu”. Dalam hal pemerintahan beraja sekarang, fungsi penasihat lagi sangat ketara. Sultan sebagai Ketua Negeri, dikelilingi oleh penasihat-penasihat beliau, secara peribadi atau secara badan mesyuarah. DUN adalah antara badan penasihat kepada Raja, disamping penasihat-penasihat di Istana yang lain. DUN berfungsi menghasilkan nasihat terbaik bagi menjalankan permerintahan seharian negeri dan rakyat. Dan cara terbaik untuk DUN menjalankan keadilan adal dengan adanya dwi-parti, agar ada check and balance. Ini asas keadil yang berdasarkan kepada nilai Islam.

4. Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan dengan jelas tentang pengambilan Islam sebagai Agama resmi, disamping bangsa Melayu sebagai bangsa istimewa (sebagai Muslim) dan bangsa-bangsa lain sebagai rakan kongsi menjalani kehidupan bermuamalah. Dengan Islam sebagai Agama resmi, maka Kitab Al Quran adalah menjadi panduan asas kehidupan. Tidak dapat dinafikan penerapan Islam dari Al Quran itu tidak berlaku sepenuhnya seperti yang diharapkan oleh sesetengah golongan. Ini tidak melayakkan mereka untuk mengatakan pemerintahan itu tidak Islamik atau tidak mengikut kehendak Islam. Peringatan yang ada sangat jelas tentang jangan sekali-kali kita menuduh kafir orang yang mengaku keesa Allah (mengucap Syahadah) dan mengambil KitabNya sebagai panduan asas kehidupan.

5. Semangat berkobar yang ada untuk membentuk sesuatu yang baru, yang dikatakan lebih Islamik itu sebenarnya yang tidak Islamik. Pemerintahan sekarang telah mengambil dan berusaha mengikut garis-garis panduan di dalam Al Quran. Adalah lebih berkesan mereka ini membantu memperbaiki sistem yang ada, dengan memaksimakan penggunaan akal, dan menjauhkan diri dari dikawal oleh pengunaan perasaan dalam tindakan. Sebagai Muslim, ini yang sangat menyedihkan saya. Adanya segolongan Muslim yang mengakui lebih Islamik, sedangkan sistem yang ada telah berada di landasan Islam pada asasnya. Pembaikkan sememangnya perlu berlaku setiap masa, dan itulah fungsi yang diberikan kepada Agamawan. Memberikan nasihat terbaik mereka kepada sistem pemerintahan yang ada.

6. Tidak dinafikan berlakuanya godaan syaitan yang menyebabkan terdapat bahagian pemerintahan atau ahli yang memerintah menyalah-gunakan kuasa yang diberikan. Ini sepatutnya diberikan teguran untuk memperbaiki keadaan, bukan setiap kali nyamuk terlepas masuk, kita buang kelambu, cari kelambu baru (kalau masih mahu menggunakan pepatah Melayu). Ini ibarat, marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar. Nyamuk yang kecil itu tercatit di Al Quran. Saya melihat kemarahan semuanya berasaskan kepada perasaan yang tidak terkawal, yang selalunya datang dari nasihat dan ajaran yang kurang menerapkan penggunaan akal. Hanya mementingkan pembacaan surat dari pembacaan yang tersirat. Yang mementingkan hubungan hati perasaan dari hubungan akal fikiran. Rasakan, dan fikirkanlah.

http://sharudin.com/2009/02/14/s82-k14-salam-sultan/

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Anwar ibarat lokomotif (kepala kereta api), gerabaknya itu adalah gerakan-gerakan islam.

Bermaksud, pandangan demokratik anwar yang lebih bersifat terbuka akan membuka jalan kpd harakah utk menyampaikan 'al-fahm' pd seluruh komuniti masyarakat Malaysia yg terdiri dari majoriti muslim.

Anonymous said...

bahasa mudah2 sket xleh ke...

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Saya mencadangkan kepada sdr supaya memanfaatkan wikipedia. :)