Wednesday, June 4, 2008

Metodologi Ilmiah Islam Dan Barat: Satu Perbandingan

Pengarang: Dr Said Ramadhan al-Buti
Buku: Kubral al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah (petikan daripada pendahuluan buku ini)
Penterjemah: Mohd Sulaiman Yasin
Sumber: Rauf Baharuddin

PENDAHULUAN

Jika usaha mempersepsi atau memahami hakikat sesuatu seperti apa yang ada pada sesuatu itu adalah suatu ilmu, maka metodologi yang digunakan untuk mendapat kefahaman atau persepsi tersebut sudah pasti adalah juga ilmu. Ertinya, segala langkah dalam metodologi itu pada hakikatnya adalah sejumlah persepsi atau kefahaman yang benar dan tepat, yang sememangnya dapat membuka jalan untuk mendapatkan hakikat yang hendak dikaji dan dihasilkan, kerana sesuatu ilmu itu tidak lahir melainkan daripada ilmu juga. Sangkaan tidak sekali-kali akan dapat menghasilkan suatu ilmu atau hakikat. Kalau tidak demikian, maka dua mukadimah yang zanni dapat menghasilkan natijah yang yakin! Dan ini adalah antara kemustahilan yang amat jelas. Dari sinilah setiap pengkaji hakikat sudah sewajarnya merancang jalan atau metodologi ilmiah (manhaj) yang yakin dan benar, yang tidak mengandungi sangkaan atau kewahaman. Seterusnya, dia perlu iltizam dengan metodologi tersebut tanpa menyimpang ke kiri atau ke kanan.


Ini adalah hakikat yang jelas, yang tidak seharusnya dibantah atau dipertikaikan oleh sesiapa pun yang waras dan siuman. Namun demikian, sememangnya dapat kita kemukakan pertanyaan, “sejauh manakah kesedaran, sama ada daripada golongan ahli fikir Islam ataupun daripada ahli fikir Barat terhadap hakikat ini, dan sejauh mana pula perhatian yang ditumpukan kepada hakikat tersebut?” Mungkin istilah: kajian objektif atau mawdu’iyyah –suatu ungkapan kata yang tersebar luas penggunaannya dan dikenali umum mempunyai hubung kait dengan golongan orientalis- itulah yang segera tertangkap dalam ingatan mereka lalu cuba dijadikan asas untuk menjawab pertanyaan tersebut. Tetapi jika hanya bergantung kepada kemasyhuran sahaja dalam memberi suatu ketentuan hukum, itu merupakan suatu usaha untuk mendapatkan hakikat mengikut metodologi yang tidak ilmiah. Sudah pasti jalan ini akan menyebabkan kita menyimpang daripada jalan yang menyampaikan kepada hakikat yang kita cari.

Oleh kerana itu, maka tentulah lebih tepat jika kita cari jawapan kepada pertanyaan tersebut daripada realiti perjalanan atau cara yang dilalui atau digunakan oleh ilmuwan Islam, juga daripada ilmuwan Barat, untuk sampai kepada suatu hakikat, sama ada hakikat itu bersifat normatif (mi’yari) ataupun bersifat sejarah (tarikhi).

Kita mulai dari jalan atau cara yang dilalui oleh ahli fiqh atau ulama fiqh Islam.

Sebelum kita mulakan sesuatu, terlebih dahulu wajiblah kita mengakui satu hakikat yang amat penting dalam perkara yang kita bincangkan ini, iaitu faktor pertama yang menundukkan atau mendaulatkan pemikiran Islam kepada metodologi ilmiah yang luas dan teliti, seperti yang akan kita lihat kemudian, adalah faktor agama. Tanpa akidah agamanya, umat Islam tidak akan sanggup dan rela membebankan diri mereka dengan tugas atau kerja yang sungguh berat dan susah ini, hanya untuk memastikan dan membuktikan kesahihan metodologi tersebut, suatu beban tugas yang mengorbankan tenaga yang begitu banyak tanpa menghasilkan pulangan atau keuntungan material tertentu. Namun demikian, mereka tetap terus berpegang teguh pada metodologi itu, sehinggalah metodologi itu menjadi istilah yang mantap dan tetap di kalangan umat Islam, sehingga dikenali dan seterusnya diperakui, disepakati dan kemudiannya menajdi metodologi ilmiah umat sepanjang zaman.

Pendorong agama atau motivasi keagamaan ini tergambar dan terakam dalam banyak nas daripada Kitabullah. Antaranya ialah firman Allah s.w.t.:

Terjemahan : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya.
(Surah al-Isra’ 17:36)

Dan firman-Nya yang mencela dengan penuh sinis ke atas golongan manusia yang memperagakan akal fikiran mereka dalam kesimpang-siuran kefahaman dan sangkaan yang sudah pasti menutup pintu hakikat dan kebenaran:

Terjemahan : Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
(Surah Yunus 10:36)

Anda dapat melihat bagaimana dalam dorongan atau motivasi ini tergambarnya tegahan dan larangan Allah s.w.t. daripada mengambil apa juga pendapat atau fikiran, termasuklagh agama (Islam) itu sendiri, melainkan melalui jalan yang dibuktikan oleh akal yang bersih dan jujur, dengan dalil yang yakin, yang sudah pasti akan membawa kepada hakikat kebenaran yang dikaji dan dicarinya.

Berdasarkan hakikat ini, maka para ulama tawhid telah merumuskan bahawa antara syarat sahnya iman seseorang mukmin adalah imannya mestilah berdasarkan asas keyakinan ilmu yang bersih, bukan yang diasaskan kepada ikutan atau taqlid buta. Ini adalah kerana Hakikat Ilmiah dalam pandangan agama Islam adalah sebagai sumber pancarannya. Hakikat inilah yang sewajarnya menjadi titik pusatan kepada peredaran akal fikirannya dengan penuh rasa tunduk dan patuh. Tiada bukti yang paling kuat atas pandangan ini selain daripada agama Islam itu sendiri, yang tidak rela ditegakkan kewujudan dan kequdusannya melainkan di atas asas ilmu dan bukti yang yakin. Islam tidak rela memutuskan sesuatu hukum bagi dirinya tanpa didasarkan kepada asas tersebut.

Yang penting adalah, Islam telah memakai sifat keagamaan kepada usaha penyelidikan untuk mencari hakikat kebenaran yang diasaskan kepada ilmu dan pemikiran yang bersih (mujarrad). Jika seseorang penyelidik bukan muslim telah menjalankan kajian dan penyelidikan kerana dorongan ingin tahu (inkuiri), maka seseorang muslim yang juga mengkaji dan menyelidik bidang yang sama, didorong oleh perasaan bahawa penyelidikan adalah satu kewajipan yang diberi ganjaran apabila dijalankan dan akan berdosa apabila ditinggalkan.

Demikianlah, pemikiran Islam mendapati dirinya berhadapan dengan satu tugas agama yang terpenting, iaitu kepastian untuk mencari hakikat kebenaran, sama ada hakikat kebenaran itu bersifat nukilan ataupun bersifat dakwaan. Jelasnya, bahawa untuk menjalankan tugas terpenting ini bergantung kepada adanya manhaj al-bahth atau metode penyelidikan. Memang sesuatu yang diketahui umum bahawa sejauh mana matlamat atau tujuan itu bersih dan sihat, tidak dicemari oleh sesuatu pun selain kepastian hukum akal itu sendiri, maka sejauh itulah pula kebersihan atau kesejahteraaan jalannya yang dirancang dan digariskan oleh akal itu sendiri.

Namun demikian, dalam kajian ini kita tidak bersikap terburu-buru untuk membuat keputusan bahawa metodologi ilmiah di sisi ulama Islam ialah metodologi yang sejahtera dan bersih yang hanya digaris dan dirancang oleh akal sahaja. Apa yang ingin kita capai adalah mengkaji metodologi itu sendiri yang kemudiannya nanti akan dapat dibuat kesimpulan tentang kesejahteraan dan kebersihannya.

METODOLOGI ILMIAH DI KALANGAN ULAMA ISLAM

Metodologi ilmiah dalam pencarian hakikat kebenaran di kalangan ulamak Islam boleh dirumuskan dengan satu kaedah yang unik dan mengagumkan yang tiada pa da orang lain iaitu :

إن كنت ناقلا فالصحة ، أو مدعيا فالدليل

Terjemahan : Jika anda penyampai berita maka hendaklah yang benar dan sahih, dan jika anda pendakwa hendaklah dengan dalil dan bukti.

Maksudnya adalah : tajuk sesuatu kajian itu tidak terkeluar daripada dua bentuk; sama ada merupakan perkhabaran atau berita yang dinukilkan (nukilan).

a) Kajian yang berupa perkhabaran
Kajian mestilah dibataskan kepada usaha untuk memastikan hubungan nisbah antara perkhabaran itu dengan sumbernya. Hal ini demikian kerana hubungan nisbah itulah yang dapat menimbulkan kemungkinan, tokok tambah dan keraguan. Jika tiada kemungkinan atau hal yang meragukan timbul, maka terpancarlah daripada perkhabaran itu suatu hakikat ilmiah tertentu dengan syarat ia mempunyai dalil yang putus. (qat’ie)

b) Kajian yang berupa pendakwaan
Penelitian mestilah ditumpukan kepada bukti-bukti ilmiah yang selaras dan menepati dakwaan tersebut yang sifat dan tugasnya akan membuktikan atau menemukan sejauh manakah benarnya dakwaan yang dikemukakan.

Walau bagaimanapun, setiap dakwaan perlulah berasaskan bukti dan dalil yang serasi dan bersesuaian dengan tabiat subjek yang dikaji yang tidak boleh diubah atau diganti dengan yang lain. Sebagai contoh :

a) Dakwaan yang berhubung dengan tabiat atau hakikat sesuatu yang bersifat benda tidak boleh dipertahankan kebenarannya melainkan dengan bukti ilmiah yang bersifat empirik atau yang berasaskan percubaan melalui pancaindera yang dirasa.
b) Dakwaan yang berhubung dengan perkara yang mujarrad atau abstrak seperti angka, kejiwaan, pemikiran dan logik tidak dapat diterima melainkan dengan bukti yang berdasarkan kaedah atau hukum daruri dan pasti, atau yang terpaksa diterima akal.
c) Dakwaan yang berhubung dengan hak-hak awam tidak dapat diakui melainkan dengan kenyataan, keterangan dan hujah yang dipersetujui oleh semua, tentang penting dan perlunya adea pertalian hujah tersebut dengan apa yang didakwanya.

Demikianlah setiap dakwaan tidak menjadi suatu hakikat ilmiah yang tetap, melainkan setelah disertai bukti yang bersesuaian atau menepati tabiat yang didakwanya. Jelasnya, bukti yang dikemukakan ke tas suatu dakwaan itu tidak akan mempunyai nilai ilmiah selagi tidak mempunyai kesesuaian atau ketetapan di antara kedua-duanya pada tabiat dan jenis.

Jalan untuk Memastikan Kesahihan Perkhabaran

Apakah jalan dan cara yang diambil oleh Islam untuk memastikan kesahihan perkhabaran atau laporan berita? Dariapda usaha ini lahir beberapa cabang ilmu yang khusus atau profesional, yang tdiak terdapat dalam sejarah, kecuali dalam perpustakaan Islam, iaitu ilmu yang diistilahkan dengan Mustalah al-Hadith, al-Jarh wa ‘l-Ta’dil dan Tarajum al-Rijal. Gabungan ketiga-tiga ilmu ini telah membentuk satu ukuran atau timbangan yang halus dan dapat menapis khabar atau berita yang sahih daripada berita yang selainnya, juga dapat membezakan di antara khabar-khabar yang sahih dalam taraf yang zann daripada taraf yang yakin.

Suatu khabar atau berita itu akan mencapai peringkat kesahihan yang tertinggi apabila sabit melalui penelitian dan penyelidikan bahawa rantaian tali sanadnya bersambungan bermula daripada pembawa khabar atau berita itu sehinggalah kepada sumbernya. Melalui penyampaian atau nukilan yang adil lagi dabit (yang tepat ingatan), daripada yang seumpamanya sehinggalah ke penghujungnya yang menjadi sumber kelahiran khabar atau berita itu, tanpa sebarang kecacatan (‘illah) pada periwayatannya, sama ada kerana tidak diketahui, atau kerana tidak dipercayai keadilannya, ataupun kerana tidak diyakini daya penghafalan dan ketepatannya (dabtihi), atau dengan sebab matan (isi kandungan) khabar atau berita itu ganjil (syadh), jia dibandingkan dengan yang diterima daripada orang lain, maka kesemuanya itu menjadikan khabar atau berita itu tidak sahih.

Tetapi kesahihan itu sendiri meningkat ke taraf yang berbeza, bermula dari taraf yang disebut al-zann al-qawiyy atau sangkaan yang kuat, membawa kepada taraf yang dinamakan al-idrak al-yaqini, atau ilmu yang yakin. Jika rantaian atau salasilah yang mempunyai cukup syarat dan rukun kesahihannya itu terdiri daripada perawi perseorangan (ahad al-ruwat) di mana khabar atau berita itu berpindah dan disampaikan di kalangan mereka, maka khabar atau berita yang sedemikian tidak lebih daripada khabar yang zanni mengikut ukuran hukum akal. Jika rantaian atau salasilah itu terdiri daripada dua atau tiga perawi, maka khabar atau berita ini juga masih dalam taraf zanni, tetapi zann yang kuat, yang lebih rendah daripada tahap yakin. Jika setiap halakah dalam rantaian atau salasilah itu terdiri daripada satu kumpulan yang banyak, di mana menurut akal memang mustahil bagi mereka (kumpulan perawi) itu berpakat untuk berdusta, maka pada ketika itu khabar atau berita yang diriwayatkan itu telah meningkat dan mengambil sifat yakin atau mencapai taraf yakin. Itulah yang dinamakan khabar mutawatir.

Menurut hukum Islam, khabar yang zanni tidak dikira dan diakui dalam binaan akidah, kerana khabar atau berita yang zanni ini hanya menghasilkan zann sahaja. Al-Quran melarang kita daripada mengikut yang zann dalam bidang atau bahasan akidah, tetapi dikira dan diperakui dalam bidang amaliah, kerana telah sabit melalui khabar mutawatir dan dalil yang qat’i bahawa setiap muslim dipertanggungjawabkan dalam bidang amali untuk bergantung kepada khabar zanni. Oleh kerana itu, hukum syarak amaliah yang bersandar kepada Hadith Sahih, sekalipun bersifat ahad, adalah sah. Ini adalah untuk mengambil sikap yang tegas. Hanya khabar yang sahih tetapi yakin, yang disebut khabar mutawatir sahaja yang dikira dan diperakui dalam binaan akidah dan juga dalam semua urusan keyakinan, dengan erti bahawa seseorang itu tidak dipaksa mengimani atau mempercayai sesuatuyang bersifat perkhabaran, kecuali yang diasaskan kepada bukti yang mutawatir. Jika bukti itu adalah khabar atau Hadith Ahad maka keyakinannya itu hanya berpunca daripada penerimaan peribadi yang dirasakan oleh dirinya sendiri.

Mungkin anda bertanya, “Dari manakah seseorang pengkaji itu dapat mengetahui khabar atau berita yang sahih? Andai kata, seorang pengkaji itu mendengar salasilah periwayatan khabar atau berita (Hadith) bagaimana dia dapat mengetahui hubungan di antara para perawi ini? Bagaimana dia dapat mengetahui hubungan di anatara para perawi ini? Bagaimana dia dapat mengetahui bahawa mereka itu dapat dipercayai kebenarannya (thiqah), adil (‘adl) dan tepat ingatannya (dabit)?”

Jawabnya, “Kita mengetahuinya daripada dua bidang ilmu: ilmu al-Jarh wa ‘l-Ta’dil atau ilmu Tarajum al-Rijal. Kedua-dua ilmu ini telah diwujudkan untuk mengatasi kesulitan dalam kajian tersebut, juga untuk memindahkan usaha mengtahui realiti yang sepatutnya diketahui.”

Di dalam kutub khanah atau perpustakaan Islam terdapat hasil tulisan yang banyak dan besar, yang membentangkan perkamusan tokoh-tokoh (al-rijal) yang namanya ada pada setiap sanad di dalam Hadith. Anda dapat mengenali sejarah hidup setiap tokoh tersbut dan nilai ketokohannya dalam periwayatan, sama ada dari segi jarhan atau ta’dilan, iaitu nilai keadilannya, sama ada nilai kekurangan atau kesempurnaannya. Anda juga dapat memastikan peringkat masa yang dilalui tokoh-tokoh itu untuk mengetahui kisah mereka menemui dan mendapati khabar atau Hadith tersebut. Pengumpul maklumat tentang sejarah tokoh periwayatan Hadith ini adalah terdiri daripada Imam yang dipercayai penuh dan diakui menjadi sumber rujukan dalam bidang tersebut. Yang menghairankan kita ialah bahawa tokoh-tokoh daripada para Imam ini, dalam usaha mereka mencari hakikat kebenaran dan menjunjung metodologi ilmiah, tanpa dicemari oleh suatu kecacatan, tidak teragak-agak untuk melaporkan sifat dan peribadi tokoh-tokoh periwayatan Hadith. Laporan ini dibuat dengan cukup halus dan telitimenepati apa yang sebenarnya dan dipunyai mereka, sehingga kahirnya membawa kepada kritikan yang mengurangkan nilai ketokohannya (al-jarh). Ia juga sebagai peringatan supaya kita berhati-hati terhadap mereka, ataupun sebaliknya, sehingga membawa kepada pembetulan nilai-nilai ketokohannya (al-ta’dil) dan seterusnya perakuan sifat kepercayaan (al-thiqah) kepada mereka.

Demikian juga dalam perpustakaan Islam telah diwujudkan pelbagai jenis perkamusan seperti kamus untuk memastikan kedudukan tokoh-tokoh periwayatan Hadith. Anda dapat mengenali , siapakah tokoh yang sebenarnya, dan siapa pula ‘tokoh’ yang palsu dan yang mengaku-ngaku, dengan begitu mudah, semudah anda mencari dan mengetahui ketepatan makna atau kesahihan sesebuah perkataan dalam kamus bahasa yan terkenal dan masyhur.

Begitu juga, dalam perpustakaan Islam telah diwujudkan satu bidang ilmu yang khusus dalam bidang ini, iaitu ilmu yang dinamakan Mustalah al-Hadith. Dalam ilmu ini, terkandung segala ciri dan unsur yang diperlukan bagi memastikan suatu nukilan dan perkhabaran mengikut dan menepati manhaj ilmiah yang unggul.

Inilah ringkasan sepintas lalu tentang jalan atau metode ilmiah di sisi para ulama muslimin bagi memastikan kesahihan sesuatu nukilan atau perkhabaran. Ringkasan ini tidak perlu diberi penjelasan atau syarahan yang lebih terperinci. Tetapi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pengetahuan yang lebih lanjut dan terperinci, dia bolehlah membelajari dan mengkaji ilmu yang bersifat lebih khusus ini, untuk merasakan betapa susah dan sulitnya usaha mereka yang begitu mengagumkan dan sungguh luar biasa, demi mendapatkan nilai ilmiah pada setiap 'perkataan' yang disampaikan.
Jalan untuk Memastikan Dakwaan
Adapun manhaj yang diambil oleh para ulama muslimin untuk memastikan kebenaran sesuatu dakwaan, adalah berlainan dan berbeza mengikut jenis dakwaan yang dibuat. Jika dakwaan itu dari jenis yang ada hubungan dengan sesuatu yang bersifat benda yang dirasa, maka jalannya mestilah berasaskan keterangan saksi dan bukti yang berasaskan pancaindera, iaitu yang diistilahkan sekarang sebagai 'percubaan dan pemerhatian' kerana itulah jalan yang tabi’i untuk mendapat keyakinan dalam bidang tersebut.

Islam tidak teragak-agak untuk menerima dan memperakui segala apa yang sabit dan dipastikan melalui jalan pemerhatian dan percubaan tersebut. Sebaliknya, dari sudut lain, ilmu (sains) sehingga sekarang tidak berdaya membuktikan adanya sesuatu hakikat ilmiah yang bercanggah dengan satu juzuk pun daripada akidah Islam.

Al-Kitab dan al-Sunnah tidak mentaklifkan ke atas kita dengan suatu pun maklumat (ilmu) yang khusus, jelas dan tegas tentang alam benda yang ada di sekeliling kita. Kitab dan al-Sunnah hanya mengisyaratkan melalui ungkapan atau ibaratnya, supaya lebih memikirkan dan mengamati alam semesta dari bertujuan menyampaikan apa juga maklumat tentang alam benda atau alam semesta. Ini adalah kerana dengan berpandukan alat-alat kelengkapansemula jadi yang disediakan oleh Allah pada diri manusia, maka mereka dapat mengetahui maklumat tentang alam semesta yang masih belum diketahuinya.

Inilah rahsia mengapa al-Qur’an tidak menafsirkan atau memperincikan penjelasan tentang undang-undang ilmiah yang berhubung dengan alam benda yang dirasai dan disaksikan. Jika al-Qur'an berbuat demikian, maka bererti ia telah memastikan supaya manusia mengimani hakikat ilmiah tersebut. Ini juga bermakna al-Qur'an memaksa akal manusia menerima dan mengakui hakikat ilmiah tanpa berusaha mencari jalan atau metode bagi mendapatkan buktinya yang selaras dengan hakikat tersebut, iaitu melalui percubaan dan pemerhatian. Inilah yang tidak dilakukan oleh al-Qur'an dan ia tidak memaksa seorang pun kepada yang demikian, kerana menghormati akal manusia yang diberi mandat oleh yang Maha Pencipta untuk bebas mencari dan menemui hakikat ilmiah di alam benda atau alam semesta mengikut jalan dan manhajnya yang tabi'i. Oleh kerana itu, kita dapati dalam kes ini bahawa sikap al-Qur'an tidak lebih daripada memberi galakan, dorongan, gesaan kepada ahli fikir supaya mengkaji melalui manhaj ilmiahnya. Berlainan sikapnya dalam perkhabaran atau berita tentang alam ghaib. Dalam hal ini al-Qur'an telah menyatakan secara pasti dan terperinci, kerana dalam bidang ini akal manusia melalui manhaj percubaan dan pemerhatian tidak terdaya untuk mencapai keyakinan dalam bidang tersebut melainkan hanya melalui perkhabaran yang benar daripada Allah s.w.t. atau daripada Rasul-Nya.

Adapun dakwaan yang berhubung dengan perkara yang mujarrad atau abstrak dan ghaib yang tidak tunduk kepada pancaindera yang lahir maka antaranya ada yang dinaskan dengan jelas dalam al-Kitab, atau dinaskan dalam al¬Sunnah yang mutawatir dengan jelas pula. Manakala yang lainnya tidak dinaskan dengan jelas.

Pertama: Adapun yang dinaskan dengan jelas di dalam al-Kitab dan al-Sunnah maka dakwaan yang berhubung dengan bahagaian pertama ini adalah termasuk dalam ilmu yang yakin. Jelasnya, itulah bahan keyakinan yang wajib diyakini.

Jalan untuk menyampaikan kepada keyakinan terhadap apa yang dinaskan oleh al-Qur'an dan al-Sunnah yang mutawatir, mempunyai dua sudut: Pertama, dari sudut nukilan atau dari segi sampainya al-Qur'an dan al-Sunnah mutawatir itu kepada kita. Kedua, dari sudut benarnya segala yang terkandung di dalam, nas al-Qur'an itu sendiri tanpa melihat al-Qur'an itu telah sampai kepada kita dengan yakin.

Dari sudut pertama, keyakinan itu berpunca daripada khabar atau berita yang yakin, yang sampai melalui jalan yang mutawatir seperti yang telah kita jelaskan di atas. Al-Qur'an adalah lafaz yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang -sampai kepada kita melalui jalan yang mutawatir. Maka sudah pasti lafaz yang ternas di dalam al-Qur'an (atau kequr'anan lafaznya itu) adalah satu hakikat yang yakin. Hal yang sama juga ialah al-Sunnah yang sampai kepada kita melalui jalan yang mutawatir.

Dari sudut kedua, iaitu dari segi benarnya segala apa yang terkandung di dalam al-Qur'an, maka ini adalah satu persoalan ilmiah yang lain yang termasuk dalam jenis kedua daripada jenis dakwaan yang berhubung dengan perkara yang ghaib. Masalah tersebut mestilah dikembalikan ke¬pada usaha mengkaji untuk memastikan fenomena wahyu dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. Dan usaha untuk memastikan fenomena ini mestilah diasaskan kepada bukti yang yakin yang berdasarkan induksi atau al-Istiqra' al¬Tamm atau istiqra' yang lengkap dan sempurna, juga ke¬pada al-Luzum al-Bayyin seperti yang akan dijelaskan nanti.

Jelasnya, nas-nas yang qat'i dan sabit di dalam al-Qur'an memberi keyakinan tentang kandungannya setelah melalui dua peringkat kajian atau penyelidikan. Pertama, mengkaji untuk memastikan sanad kitab al-Qur'an, bermula daripada Rasulullah s.a.w. sehinggalah sampai kepada kita. Kedua, mengkaji untuk memastikan kata-kata penegasan atau pengakuan Baginda bahawa al-Qur'an berasal daripada Allah s.w.t.

Apabila anda dapat memastikan peringkat pertama mengikut kaedahnya seperti yang telah kita jelaskan, anda akan dapat memastikan peringkat kedua mengikut kaedah yang akan diterangkan sebagai satu sumber yang tetap, benar dan yakin. Selepas melalui dua peringkat ini maka hasilnya sama sahaja, sama ada akal mempunyai jalan untuk memahamkannya mengikut caranya yang tersendiri, ataupun tiada jalan baginya untuk berbuat demikian seperti hakikat ghaib di mana akal tiada daya untuk mengetahui¬nya, kecuali hanya melalui perkhabaran yang benar. Hal ini sepertilah berita tentang hari kiamat, kebangkitan semula, adanya nikmat syurga dan azab neraka, serta adanya makhluk yang dinamakan malaikat. Adanya nas yang jelas daripada al-Kitab dan al-Sunnah mutawatir yang memberitakan kesemua perkara tersebut sudah memadai untuk dimasukkan ke dalam hakikat yang diyakini.

Namun demikian, al-Qur'an sentiasa menggalakkan kita supaya mengamati dan memikirkan segala hakikat ghaib yang diberitakan kepada kita, seterusnya meyakini segala yang termasuk dalam bidang kemampuan dan keupayaan akal manusia untuk menerokai dan menemui hakikatnya; seperti hakikat kewujudan Allah s.w.t., hakikat kebaruan segala alam yang serba mungkin, segala sebab yang bersifat menjadikan (ja`liyyah) dan seumpamanya.

Para ulama 'ilm al-kalam telah pun mengharungi per¬bahasan dan pengkajian dalam masalah tersebut, melalui jalan akal dan pemikiran semata-mata tanpa meletakkan perkhabaran yang benar sebagai perantaraannya. Ini bukan kerana hanya itu sahaja jalan untuk menangani masalah tersebut, sebaliknya hanyalah sebagai salah satu daripada jalan atau cara untuk mencapai keyakinan, di samping jalan perkhabaran yang benar dan yakin. Demikianlah, pemikiran Islam telah mengambil dua jalan untuk menyakini kewujud¬an Allah s.w.t. dan keesaan-Nya, juga segala tuntutannya. Kedua-duanya adalah manhaj atau kaedah ilmiah yang halus dan teliti yang tiada cacat celanya. Jalan pertama bermula daripada peringkat mengkaji gejala wahyu. Apabila telah selesai barulah disambung dalam peringkat kedua, iaitu mengkaji fakta untuk memastikan kesahihan wahyu yang disampaikan, dengan segala ciri dan syarat keyakinan yang lengkap dan sempurna. Setelah jalan ini berjaya dilalui maka telah yakin dan benarlah perkara tersebut kerana segala mukadimahnya adalah benar. Manakala jalan kedua merupakan tindakan mempercepatkan perjalanan, kerana dalam jalan kedua ini kajian dijalankan secara terus dengan berpandukan akal tulen dan pembuktian akal semata-mata tanpa membawa akal fikirannya dengan lebih jauh kepada hakikat kenabian, kepada al-Qur'an dan kebenarannya. Kedua-dua jalan itu pasti akan membawa kepada keyakinan, bahkan kedua-duanya akhirnya akan bertemu dan saling mengukuhkan di antara satu dengan yang lain.
Kedua: Adapun yang tidak dinaskan dengan jelas melalui khabar atau berita yang yakin dan mutawatir, maka cara untuk memastikan hakikat kebenarannya adalah dengan melalui pemikiran akal semata-mata, iaitu melalui dua peringkat:
Peringkat Pertama: Melalui Dilalah al-I1tizam
Untuk memastikan hakikat kebenaran sesuatu, kita hendaklah melalui jalan yang diistilahkan dengan Dilalah al¬-Iltizam iaitu adanya hubungan yang pasti dan lazim di antara dua perkara. Sekiranya salah satu daripadanya diamati dan difikirkan maka dengan sendirinya akan tergambar pula yang satu lagi. (Dilalah ialah proses pemahaman makna di antara sesuatu, sama ada sesuatu itu berupa lafaz perkataan atau tidak, yang disebut al-Dal dan maksud yang ditunjukkan oleh lafaz tersebut disebut al- Madlul).
Pembuktian melalui jalan ini hanya sempurna jika dipersaksikan atau dibuktikan oleh proses induksi yang lengkap dan sempurna (at-Istiqra' al-Tamm) iaitu dengan cara mengikuti semua keadaan dan suasana kepada kewujudan kedua-dua perkara tersebut, lalu didapati bahawa kedua-duanya sentiasa beriltizam. Umpamanya, dilalah kurus dan cengkung menunjukkan adanya sakit; dilalah adanya menara masjid menunjukkan penduduknya beragama Islam; atau dilalah bunyi tertentu dari kereta bomba menunjukkan adanya kebakaran. Perkara yang menjadi penunjuk (al-dal) dalam contoh tersebut bukanlah `illat atau sebab kepada makna yang ditunjukkan oleh penunjuk atau (al-madlul), sehingga dapat kita rumuskan bahawa dilalah kepada makna tersebut adalah termasuk dalam dilalah 'illah kepada ma'lul. Ini kerana, kurus dan cengkung bukanlah 'illah kepada sakit, menara masjid tidak menjadi 'illah atau sebab kepada penduduknya beragama Islam, bunyi dari kereta bomba bukanlah 'illah atau sebab kepada berlakunya kebakaran. Ketika anda menyaksikan perkara yang menjadi penunjuk (al-dal) dalam misal tersebut, anda tidak melihat sama madlulnya, sehingga anda dapat merumuskan bahawa dalil yang anda simpulkan itu adalah hasil daripada pemerhatian. Sebaliknya, dalil tersebut merupakan sesuatu yang tersembunyi di sebalik pancaindera dan pemerhatian anda. Jadi, bagaimana perkara itu dapat menunjukkan kepada madlulnya dan bagaimana kita dapat mempercayainya tanpa melihat dan menyaksikannya? Jalan pembuktiannya adalah melalui proses Dilalah al-Iltizam atau al-Dilalah al¬-Iltizamiyyah, iaitu melalui bukti adanya kelaziman dilalah yang sentiasa menyertai di antara lazim dan malzumnya atau di antara dal dan madlulnya, tanpa berlakunya al-khalf, iaitu ketiadaan atau ketinggalan kelaziman tersebut, yang dibuktikan oleh proses induksi yang lengkap dan sempurna. Daripada kesertaan atau kelaziman yang berterusan dan tetap ini, terbentuklah suatu hubungan dilalah di antara kedua-duanya: dal dan madlul, atau di antara lazim dan malzumnya.
Cara untuk mempergunakan bukti Dilalah al-Iltizam ini adalah dengan mengamati dan memerhatikan sesuatu fenomena tertentu dan meletakkan fenomena itu seolah¬olah ada di hadapan kita. Jika kita dapati melalui metode induksi bahawa fenomena itu melazimkan sesuatu hakikat tertentu, maka secara tabi'i mengikut ukuran dan timbangan akal, kita akan mempercayainya, sekalipun kita tidak melihatnya di hadapan mata kepala kita. Orang yang menyaksikan sebuah kereta ambulans yang memecut laju dengan siren amarannya yang berterusan, tidak akan meragui adanya seorang pesakit yang sedang menghadapi bahaya maut, sekalipun dia tidak melihat dengan matanya sendiri. Bahkan mungkin yang lebih tertangkap dan tergambar dalam daya persepsinya adalah keadaan si pesakit itu sendiri, bukannya kereta tersebut yang melun¬cur laju di hadapannya.
Manakala ada orang yang mengemukakan kepada anda suatu dakwaan yang disangkanya benar, maka dengan menggunakan bukti ini, biasanya anda dapat mengetahui benar atau tidaknya dakwaan tersebut, iaitu dengan mengkaji untuk mendapatkan mustalzamatnya atau yang melazimi dakwaan tersebut. Jika mustalzamatnya itu jelas ada di hadapan anda, maka dakwaannya itu benar. Sebaliknya jika tiada, atau yang ada bercanggah dengannya, maka itu membuktikan bahawa dakwaannya itu tidak benar dan dusta.

Jika ada seseorang yang membawa anda ke sebuah kampung, lalu memberitahu anda bahawa semua pen¬duduknya beragama Islam, maka anda tidak dapat mengakui kebenaran kata-katanya itu jika anda melihat di atas bumbung atau di hadapan pintu masuk rumah-rumah di kampung itu ada tanda salib, sekalipun anda tidak bertemu dengan penduduknya atau mengetahui keper¬cayaan atau pegangan agama mereka dengan mata kepala anda sendiri. Orang yang mengatakan, punca pemikiran dan daya akal manusia adalah perasaan atau nalurinya yang memerlukan makanan, tidak dapat diakui kebenarannya, kerana anda dapati bahawa haiwan yang juga mempunyai perasaan tersebut tidak mempunyai akal fikiran.

Cuma talazum (kelaziman) ini tidak sentiasa meng¬hasilkan keyakinan, kerana perkara ini bergantung kepada sejauh mana jelasnya kelaziman tersebut, juga bergantung kepada sejauh mana tidak perlunya bukti Dilalah al-Iltizam tersebut. Oleh kerana itu, ulama telah membahagikan Dilalah. al-Iltizam kepada tiga bahagian yang mempunyai nilai kekuatan yang berbeza, dari tarafnya yang rendah kepada yang lebih tinggi dan seterusnya kepada yang tertinggi atau keyakinan.

a) Pertama, yang disebut, al-Luzum Ghayr al-Bayyin, atau kelaziman yang tidak nyata, iaitu yang kepastiannya bergantung kepada pembuktian daripada dalil-dalil lain, seperti kelaziman rajah segi tiga dengan dua garis lurus. Akal tidak dapat memastikan kelaziman tersebut selagi tidak mengetahui bukti lain yang memastikannya, seperti rajah bulatan dan kandungan darjahnya. Dari sinilah maka kelaziman itu semata-mata tidak dikira sebagai bukti, kerana bukti itu sendiri masih memerlukan bukti-bukti lain bagi membuktikan kebenarannya.

b) Kedua, yang disebut al-Luzum al-Bayyin bi 'l-Ma’na al¬-A'amm atau kelaziman yang nyata dengan maknanya yang umum. Yang dimaksudkan dengan bukti ini adalah usaha untuk memahami kelaziman di antara dua perkara itu bergantung kepada usaha mendapatkan gambaran ke atas kedua-dua perkara tersebut. Juga kepada daya pemikiran yang teliti dan mengambil masa yang agak lama, seperti dilalah sesuatu yang mumkin yang menunjukkan ia bersifat baru, atau kedalilan wajibu 'l-wujud ke atas sesuatu yang menunjukkan ia bersifat Qadim. Kite tidak dapat memahami kelaziman segala yang mumkin dengan sifat baru, melainkan setelah kita memikirkan dengan mendalam tentang makna mumkin itu, setelah memahami bahawa mumkin itu adalah sesuatu yang akal tidak menghukumkan mustahil ke atas ketiadaannya, tetapi ada atau tiadanya, atau beratnya salah satu daripada dua, telah terberat oleh sesuatu yang lain. Kemudian kita memikirkan makna huduth atau kebaruan, dan seterusnya dapat menggambar¬kan hubungan di antara kebaruan itu dengan segala yang mumkin, yang di antara sifatnya adalah, wujudnya berlaku selepas tiada yang disebabkan oleh sesuatu yang lain daripada dirinya. Tetapi dalam bukti ini kita tidak memerlukan bukti lain, seperti pada bukti al-Luzum Ghayr al-Bayyin, kerana kelaziman dalam bukti ini sememangnya ada dan sabit.

c) Ketiga, bukti yang diistilahkan dengan al-Luzum al¬-Bayyin bi 'l-Ma'na al-Akhass atau kelaziman yang nyata dengan maknanya yang khusus. Yang dimaksudkan dengan bahagian ketiga ini adalah, dengan hanya mempersepsi atau menggambarkan malzumnya sahaja sudah cukup untuk memahami luzumnya atau kelazimannya serta memastikan keyakinannya, seperti dilalah atau kedalilan bunyi kereta ambulans, atas adanya orang yang sedang sakit; kedalilan suara mengerang, atas adanya pesakit; kedalilan adanya suara di dalam gelap, atas adanya sesuatu benda yang hidup. Ini adalah kerana nilai kekuatan kelaziman di antara dua perkara yang dimisalkan itu telah memaksa akal untuk menggambarkan adanya 'si sakit', hanya semata-mata kerana mendengar suara mengerang, dan begitulah seterusnya, tanpa perlu memerah otak untuk memikirkan hubungan di antara dua perkara tersebut, iaitu di antara lazim dengan malzum.


Bukti daripada jenis ketiga ini adalah yang terkuat dari segi dilalah dan kekuatan nilai pembuktian atau pendalilan, yang kemudian diikuti dengan bahagian kedua. Adapun di bahagian pertama hanya dengan bukti ini sahaja tidak dikira sebagai bukti, sehinggalah diperkuat dengan bukti lain yang menjelaskan kesahihan adanya talazum atau kelazimannya.
Peringkat Kedua: Al-Qiyas
Yang dimaksudkan dengan qiyas di sini bukanlah qiyas logika yang dicedok daripada falsafah Yunani, yang diasaskan kepada qadaya dan asykal , tetapi adalah qiyas yang difahamkan dan diistilahkan oleh ulama Usul al-Fiqh al-Islami dan ulama Usuluddin seperti yang ditimba atau diilhamkan daripada roh Kitabullah.

Qiyas fiqhi dan usuli ini adalah satu manhaj, terumus dalam usaha dan cara mengeluarkan 'illah atau sebab sesuatu, kemudian cuba mencari 'illah atau sebab tersebut yang mungkin ada pada perkara yang menyerupai dan masih belum diketahui sebabnya. Manakala seseorang penyelidik itu menyakini benar akan adanya satu 'illah atau sebab yang dikongsi oleh sesuatu perkara yang telah diketahui, dan juga oleh sesuatu yang masih belum diketahui maka diqiaskan perkara yang belum diketahui ke atas yang telah diketahui, iaitu tentang hukumnya yang lahir daripada kesan 'illah tersebut.
Idea qiyas ini berdasarkan dua prinsip yang amat jelas yang terpaksa diterima oleh akal secara daruri tanpa perlu kepada pembuktian.
a) Prinsip Pertama
Kanun sebab dan 'illah, iaitu setiap ma'lul pasti ada'illahnya dan setiap kesan ada yang mengesankan.
b) Prinsip Kedua
Kanun nizam atau undang-undang ketersusunan di alam semesta. Maknanya, segala gejala atau fenomena yang juz'i di alam semesta, sekalipun berlainan bentuk, adalah berkaitan dan bertalian dengan 'illah yang kulli, yang sifat¬nya pasti akan melahirkan kebersusunan dan kesesuaian. Walau bagaimana halusnya penelitian kepada tabi'at 'illat tersebut, akan anda dapati bahawa 'illat tersebut akhirnya akan kembali terhimpun pada bilangan yang terkecil.
Qiyas yang berdasarkan dua prinsip yang amat jelas ini masih memerlukan usaha induksi, kerana usaha inilah yang dapat memperlihatkan hakikat 'illah kepada seseorang penyelidik. Selain itu, melalui usaha induksi ini juga, penyelidik dapat mengetahui hubungan yang tetap dan menyeluruh di antara benda atau perkara yang pada lahirnya berselerakan dan berlainan. Demikianlah dapat kita perhatikan bahawa induksi menjadi syarat asas dan pasti dalam setiap pembuktian talazum dan qiyas.
Cara untuk menjalankan istiqra' di sini adalah meng¬ikuti dengan penuh teliti setiap juzuk yang menunjukkan ia menjadi 'illah kepada sesuatu perkara atau sesuatu fenomena tertentu, dan didapati 'illah itu tidak terpisah daripada menghasilkan ma'lulnya. Dalam hubungan itu ada kesentiasaan atau ketetapan berlakunya (al-Ittirad wa 'l- In'ikas), dengan erti setiap kali ada 'illah maka pastilah ada ma'lulnya, sebaliknya setiap kali tiada `illah maka pasti tiada ma'lulnya. Seterusnya si pengkaji hendaklah mendalami kajiannya pada 'illah itu sehingga mendapati bahawa `illah itulah yang memberi kesan pada ma'lul dengan bukti yang yakin, kerana kemungkinan ittirad dan in'ikas di antara `illah dan ma'lul itu adalah kerana kebetulan ataupun kerana faktor-faktor lain.
Dengan itu kita mengetahui bahawa syarat qiyas di sini (iaitu dalam binaan akidah dan keyakinan) adalah 'illah itu memberi bekas kepada ma'lul (iaitu kesebaban 'il1ah pada ma`lul, seperti kesebaban hujan pada tumbuhan, atau kesebaban api pada terbakar), tanpa melihat pada hakikat kesebaban ini menurut ukuran iman kepada penyebabnya yang hakiki, iaitu Allah s.w.t. (Bahasan ini secara terperinci dan analitik ialah bahasan tentang Undang-undang Sababiyyah di alam semesta –dalam bab yang lain.) Selain itu juga, syarat qiyas adalah 'illah itu hendaklah muttaridah (tetap berlaku demikian) seterusnya hendaklah tepat dan jelas.
Apabila suatu 'illah itu menurun dart taraf yang disyaratkan umpamanya tidak jelas keberkesanannya, tetapi cuma semacam bersesuaian di antara `illah dengan ma'lulnya, maka itu hanyalah suatu qiyas yang zanni, yang tidak diterima dalam hukum yang berkenaan dengan akidah, tetapi boleh diterima dalam masalah fiqh amaliah, kerana telah terbukti adanya dalil yang qat'i dan yakin bahawa: dalil-dalil yang zanni itu mencukupi dan memadai untuk dijadikan asas dalam ibadat dan hukum syarak. Maka dalam hukum syarak yang bersifat amaliah, suatu `illah itu hanya memadai dengan syarat tepat mundabitah dan tepat juga mun’akisah, tetapi tidak disyaratkan mem¬beri bekas (mu'thirah). Sebaliknya, memadailah bahawa ’illah itu bersesuaian dengan ijtihad seorang pengkaji bagi membina hukum ke atasnya. Qiyas dalam bidang syari'at amaliah pada hakikatnya mempunyai perbezaan besar daripada tabiat qiyas dan syarat-syarat dalam masalah akidah atau kepercayaan.
Contohnya, kita melihat dari jauh adanya khemah atau rumah yang banyak di suatu tempat atau kawasan yang didiami manusia. Maka dengan itu kita yakin adanya air di kawasan tersebut. Jalan yang menjadikan kita yakin adanya air di kawasan tersebut adalah pada ketika itu telah ter¬tangkap dalam daya persepsi kita dengan cepat dan pantas, tempat lain yang didiami manusia, lalu sepantas itu juga tergambar pada kita bahawa antara sebab terpenting yang menjadikan tempat itu sesuai untuk didiami manusia adalah kecukupan bekalan air. Makna yang kita fahami ini tidak berlaku yang sebaliknya (atau berlaku khalaf) walau dalam keadaan apa pun, seperti mana dapat kita saksikan daripada kesan sebab (iaitu air) kepada musababnya (iaitu kehidupan). Ketika itu kita telah menqiyaskan tempat yang kita lihat dari jauh itu dengan tempat-tempat lain, dan kita membuat kesimpulan adanya air di tempat tersebut sekalipun kita tidak melihatnya.
Adapun jika kita kembalikan pandangan kita pada contoh yang sama, umpamanya kita lihat dari jauh bayangan air lalu kita memahami adanya orang yang mendiami tempat tersebut, maka fahaman ini hanyalah zanni atau sangkaan semata-mata, yang tidak meningkat ke tahap yakin. Ini adalah kerana kesebaban atau ke'illatan air kepada kehidupan adalah suatu hakikat yang tepat, berda¬sarkan bukti ta'thir atau keberkesanan. Memang sudah se¬mestinya ada air di tempat tinggalnya manusia. Adapun kesebaban air kepada kewujudan manusia di sekelilingnya hanyalah suatu kemunasabahan atau kesesuaian sahaja.
Contoh yang sama juga ialah dilalah setiap fenomena yang ada kebersusunan, pengurusan dan pentadbiran kepada adanya penciptanya dan pentadbirnya. Kesebaban tersebut adalah suatu hakikat yang pasti, semestinya ma'lul itu tidak terpisah daripada 'illahnya.
Dari sini kita mengetahui bahawa ulama Islam telah pun menggunakan metode induksi pada semua jenis penye¬lidikan atau kajian yang tidak dapat ditundukkan kepada metode pemerhatian dan percubaan. Di bawah metode ini berlakunya pertemuan di antara dilalah al-iltizam dan dilalah al-qiyas. Kita dapat melihat dengan jelas betapa jauhnya metode induksi ini daripada metode istintaji atau deduksi ataupun pengamatan yang mujarrad yang begitu jauh diharungi oleh falsafah Yunani.
Malahan setiap orang yang mengamati metode pengkajian Islam akan mengetahui bahawa para ulama Islam tidak dapat membina hukum 'aqliyyah dan hukum `aqidiyyah melainkan - atas dasar hakikat kebenaran yang mencakupi segala ciri keyakinan.
Adapun hakikat lain yang masih tertutup dan tersem¬bunyi.di sebalik tabir keraguan, yang hanya dijenguk atau dirasa oleh metode istintaji, seperti penemuan melalui penyelidikan sejarah, atau melalui penyelidikan kepada kesan peninggalan zaman silam, maka sejarah Islam tidak mengenali dan mencatatkan sedikit pun bahawa suatu hakikat keyakinan telah dibina di atas asas tersebut, atau¬pun telah diambil sebagai bukti dalam kritikan ilmiah, atau sebagai asas pembuktian untuk membina suatu pendapat atau pemikiran. Sebaliknya, bidang tersebut tetap menjadi bahan kajian yang belum dicapai hakikatnya, yang tetap menjadi bahan yang diragukan, yang dapat menimbulkan pelbagai kemungkinan, seterusnya yang tetap menjadi lorong yang perlu terus diterokai dan dijelajahi, sehinggalah ke penghujungnya melalui metode induksi yang ketat dan teliti.
Inilah rumusan yang amat ringkas tentang ilmiah dalam penyelidikan di kalangan umat Islam, yang kita ambil dari¬pada realiti kajian mereka, bukannya daripada teori yang tersimpan di perpustakaan mereka. Selepas ini kita ingin bertanya tentang metode penyelidikan di kalangan ilmuwan Barat, sama ada dari kalangan ahli fikirnya atau orientalis¬nya, iaitu dari kalangan yang begitu terkenal dan masyhur dikaitkan dengan istilah objektif atau mawdu'iyyah dalam kajian dan pemikiran mereka. Bahkan inilah asal punca yang mendorong kita menulis prakajian ini.
Kita perlu menjelaskan bahawa bukanlah maksud kita di sini hendak mengkaji kedua-dua metode tersebut secara terperinci dan analitik, tetapi apa yang kita maksudkan adalah untuk menjelaskan dua hakikat:
Pertama: Sejauh mana nilai metodologi dan ketulenan objektivitinya atau mawdu'iyyahnya yang dijadikan pegangan dan sandaran oleh pemikiran Islam dan sejauh mana pula sedikit atau banyaknya habuan yang dipunyai oleh pemikiran Barat dalam nilai dan ketulenan tersebut.

Kedua: Sejauh mana pertalian dan kelaziman yang mungkin terdapat di antara metode penyelidikan (dari segi pengkajian dan analogi pemikiran yang khusus) dan pelbagai penyelidikan ilmiah di kalangan penyelidik Islam dan lain-lain. Jelasnya, sejauh mana habuan metodologi ini dalam bidang penggunaan atau pentatbiqan ilmiah yang benar.
Untuk memperjelaskan hakikat ini kita sengaja tidak mahu mengambil metode penyelidikan ilmiah di kalangan pemikir Islam, selain daripada realiti pengkajian dan penyelidikan itu sendiri supaya pada akhirnya bukan sahaja kita akan dapat mengetahui bahawa dalam perpustakaan ilmu Islam ada suatu bidang pengkhususan yang tersendiri yang berhubung dengan metode penyelidikan, tetapi juga di samping itu kita dapat mengetahui bahkan lebih penting dalam kajian ini sejauh mana pentatbiqan atau penggunaan metode tersebut dalam pelbagai ilmu Islam itu sendiri.

Kembali kepada persoalan kita tadi: Apakah dia metode penyelidikan ilmiah yang digunakan oleh pemikir Barat dalam pelbagai bidang ilmu? Dalam perkara ini kita terpaksa membuat pembahagian ilmu, walau apa pun jenis dan bidangnya, kepada dua sudut:
a) Khabar atau berita yang hendak dipastikan kesahihannya; dan
b) Dakwaan yang mahu dipastikan kebenarannya.
METODE PEMASTIAN KESAHIHAN RIWAYAT
Apakah dia metodologi ilmiah yang diperlukan dalam sudut pertama, iaitu untuk memastikan kesahihan khabar atau berita yang disampaikan? Untuk menjawab soalan ini kita tidak perlu banyak berfikir atau mencurahkan tenaga dan daya pemikiran serta pengamatan! Sebenarnya metode penye¬lidikan Barat, sehingga sekarang tidak mempunyai suatu ukuran yang objektif bagi memastikan kesahihan segala yang berhubung dengan periwayatan dan nukilan/berita.
Ada sesuatu yang disebut dengan metode al-Istirdadi (recovery concept) atau metode al-Tawassum (pengembalian semula). Metode ini berasaskan beberapa keistimewaan yang dipunyai oleh seorang penyelidik, iaitu daya pemerhatian yang halus dan mendalam, perasaan yang halus dan tajam serta daya imaginasi yang subur dan luas. Bahan yang digunakan oleh penyelidik adalah segala kesan peninggalan, segala peristiwa yang berlaku dan segala bahan dokumentasi. Cara penyelidikannya adalah dengan mengumpulkan bahan-bahan tersebut kemudian me¬numpukan pemerhatian, perasaan dan daya imaginasinya kepada bahan-bahan itu untuk dilakukan proses deduksi dan seterusnya diambil beberapa prinsip, hukum dan fakta yang diyakininya sebagai natijah dan kesimpulan.

Metode ini seperti yang kita saksikan adalah metode yang hanya mengambil satu jalan, walau betapa besar bahan dokumentasi yang dikumpulkan, iaitu jalan deduksi yang bersifat teori atau pemikiran, bahkan bersifat ghaib semata-mata. Selama deduksi itu bersifat mujarrad atau terpisah daripada pemerhatian dan pencubaan, terjauh daripada induksi yang sempurna dan periwayatan yang benar, maka natijahnya adalah kewahaman, keraguan dan sangkaan yang lemah.

Tentunya anda atau sesiapa pun akan bertanya, "Mengapa ahli fikir Barat sehingga hari ini tidak mampu mengambil satu metode ilmiah berhubung dengan usaha untuk memastikan kesahihan sesuatu nukilan berita, sedangkan metode ini amat penting dan merupakan separuh perjalanan dalam memastikan banyak masalah dalam pelbagai bidang ilmu?"

Jawapannya, "Keadaan itu terjadi kerana usaha untuk memastikan kesahihan nukilan atau periwayatan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga, terpaksa menghadapi kesulitan dan kesusahan yang sungguh besar tanpa, pada lahirnya, mendapat pulangan lumayan yang berupa kebendaan. Kesediaan dan kerelaan untuk menerima beban kesusahan yang sedemikian hanyalah ada, apabila seseorang itu mempunyai suatu daya pendorong yang lebih kuat untuk mengatasi kesusahan tersebut."

Ulama Islam mempunyai kekuatan daya pendorong ter¬sebut yang tidak dimiliki oleh golongan lain. Para ulama Islam telah pun mengimani kewujudan Allah s.w.t. dan mengimani Rasul-Nya, Muhammad s.a.w. Mereka telah ditaklifkan atau dibebankan dengan tugas suci agamanya supaya membina hidup dan perjalanan di atas metodologi yang telah dijelaskan oleh Kitabullah dan Sunnah Rasul¬Nya. Sudah pastilah juga mereka, dibebani tugas supaya mengetahui ajaran dan panduan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Juga supaya mereka dapat mengawal dan menjaga dengan penuh kesungguhan hakikat keyakinan berhubung dengan kehidupan, sejarah sirah dan kata¬katanya daripada dicemari oleh kewahaman, pendustaan dan rekaan.

Begitulah hakikatnya, keyakinan mereka kepada haki¬kat kebenaran Allah s.w.t. dan Rasul-Nya telah mendorong dan memaksa mereka untuk terus menempuh kesusahan dan kesulitan bagi menemukan satu metode atau, manhaj yang amat halus dan teliti. Itulah yang dijadikan sebagai tali ukuran atau neraca timbangan bagi memastikan kesahihan riwayat dan sejarah. Mereka berkewajipan mengatasi segala kesusahan, dalam usaha mereka mencapai atau mensabit¬kan metode tersebut. Tanpa keyakinan dan pendorong ini, sudah pasta kita tidak akan melihat dan menyaksikan seorang pun daripada ulama Hadith yang sanggup mengembara ratusan kilometer, sanggup menjadi musafir kelana dalam keadaan yang amat susah, hanya untuk bertemu dengan seorang shaykh yang meriwayatkan hanya sebuah Hadith daripada Rasulullah s.a.w., bahkan yang telah pun dibelajari dan dihafal oleh pengembara tersebut. Namun demikian, dia terpaksa juga pergi untuk meminta izin meriwayatkan Hadith tersebut supaya semakin bertambah banyak jalan (turuq) Hadith tersebut yang diketahuinya, juga untuk mengetahui sanadnya dengan sebanyak mungkin.

Amatlah mudah bagi anda sekarang ini untuk membaca pengisnadan satu daripada Hadith Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana kitab Hadith, seperti Sahih al-Bukhari, dengan keadaan anda duduk dengan selesa di atas kerusi lembut atau bersandar di atas kusyen. Tetapi cuba gambarkan betapa susah dan sulitnya usaha yang telah dicurahkan untuk mendapatkan sanad-sanad yang tulisannya hanya memakan dua baris sahaja, yang mungkin tidak begitu diendahkan seperti pada hari ini.

Inilah daya pendorong kepada para ulama Islam untuk menemukan metodologi yang sempurna dan lengkap bagi memastikan kesalahan sesuatu riwayat. Apakah gerangan daya pendorong kepada penyelidik Barat? Sudah tentu tidak ada, selama daya dan tenaga yang perlu dicurahkan lebih besar daripada pulangan atau kepentingan kebendaan yang diperolehnya, dan juga lebih besar daripada kepen¬tingan ilmiah yang ingin didapatkan.

Dari sini dapat diperhatikan bahawa kebanyakan hasil kajian ilmiah yang didapati oleh pemikir Islam di Barat dan pemikir Islam melalui jalan yang berlainan, berguna untuk dibincangkan dan diberi kritikan. Metode Islam dan metode Barat yang berlainan dan berbeza sudah pasti menghasilkan natijah yang berbeza pula, tanpa akan bertemu buat selama-lamanya. Menurut penyelidik Islam, metode untuk memastikan kesahihan riwayat adalah salah satu daripada sumber penafsirannya. Manakala pada ahli kaji Barat adalah sebaliknya, iaitu dengan menggunakan metode deduksi atau istintaji.

Kita kemukakan contohnya di sini, iaitu gejala wahyu yang berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Metodologi yang diambil oleh para ulama Islam dalam masalah ini adalah:

Pertama: Memastikan kesahihan riwayatnya, ketepatan lafaz dan sanadnya. Para ulama Islam, seluruhnya telah mencapai natijah bahawa Hadith yang berhubung dengan wahyu adalah sahih, yang (melalui pelbagai jalan yang begitu banyak) mencapai taraf mutawatir ma`nawi.

Kedua: Menjalankan istiqra' (usaha induksi), iaitu mengkaji dan menyelidik fenomena wahyu tersebut secara terperinci dengan berpandukan bukti al-Luzum dan Qiyas al-Awla (penjelasan lanjut dan terperinci akan diterangkan dalam bab tersendiri iaitu dalam masalah kenabian).

Natijah yang dicapai oleh pemikiran Islam adalah keyakinan bahawa wahyu adalah penerimaan daripada Rasulullah s.a.w. kepada suatu hakikat zatiyah yang terasing dan di luar daripada hakikat dirinya, di luar daripada perasaan batinnya, yang terjauh daripada hasil usahanya atau jalan pemikiran atau kemampuan daya ilmunya.

Adapun metode yang digunakan oleh penyelidik Barat dalam masalah ini adalah:

Pertama: Mengambil perkataan (wahyu) sebagai suatu kesan atau peristiwa yang samar dan tidak jelas, yang ditinggalkan oleh sejarah.

Kedua: Mempergunakan andaian atau tekaan untuk mengambil kesimpulan daripada apa yang tertangkap oleh daya pemikirannya, daya perasaannya dan daya imaginasi¬nya, tentang perkataan wahyu tersebut.

Natijah daripada metode tersebut adalah percanggahan pendapat dalam pelbagai aliran. Ada di antaranya yang ber¬pendapat bahawa wahyu hanyalah merupakan corak pemikiran dalaman atau merupakan semacam inspirasi dari dalam jiwa Muhammad sendiri. Ada pula yang menyangka wahyu itu sebagai pancaran rohani yang berlaku melalui cara penerokaan yang berperingkat-peringkat. Bahkan ada pula yang tidak segan silu atau berasa hina untuk menegas¬kan bahawa wahyu sebenarnya hanyalah suatu serangan penyakit gila babi yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. dari semasa ke semasa dalam sejarah dan usia hidupnya.

Sememangnya tidak akan ada pertemuan di antara penyelidik Barat dengan pemikir Islam dalam memahami masalah wahyu ini, kerana penyelidik Barat telah membuat periwayatan dan perkhabaran serta nilai-nilai ilmiah kedua¬-duanya, sama ada dari sudut negatif atau positifnya. Oleh kerana itu, mereka telah mengharuskan diri mereka untuk tidak mengambil tahu tentang periwayatan atau perkhabaran yang sahih lagi mutawatir. Begitu juga, mereka mengharuskan diri mereka untuk mengada-adakan tafsiran yang tiada sandaran riwayat atau perkhabaran yang sahih.

Demikian juga, mereka tidak berpegang langsung kepada metode induksi, dengan kanun al-Luzum dan juga dengan Qiyas al-Awla. Oleh kerana itu, mereka tergamak membuat gambaran bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sejak menerima wahyu, telah berubah sikap dan peribadinya menjadi bertentangan sama sekali dengan peribadi se¬belumnya, bahkan bercanggah dengan realiti hidup Baginda seterusnya. Mereka juga telah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pembohong besar tentang Allah s.w.t., sedangkan sebelumnya Baginda terkenal sebagai orang paling amanah. Bahkan lebih dari itu mereka sanggup menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pelakon yang paling agung, pandai berpura-pura takut dan berpura-pura memucatkan mukanya di hadapan isterinya, Khadijah: konon kerana telah melihat apa yang dikatakan pembawa wahyu, sedangkan yang sebenarnya Baginda hanya mengalami lintasan fikiran dan ilham dari dalam dirinya. Demikian akibat daripada metode yang direka oleh mereka untuk mengkaji Islam.

METODE PEMASTIAN DAKWAAN ILMIAH
Sekarang kita berpindah pula kepada sudut lain dalam tajuk metode ilmiah. Dalam hubungan ini kita ingin bertanya, "Apakah dia metode ilmiah untuk memastikan sesuatu dakwaan atau andaian seperti yang diistilahkan oleh para ilmuwan Barat?" Adapun tentang andaian atau hipotesis yang berhubung dengan ilmu fizik atau ilmu tabiat, maka sememangnya Barat, bermula dari zaman renaissence telah berjaya mencipta metode percubaan dan pemerhatian yang cukup dengan segala nilai ketelitian dan kesyumulan. Bukan itu sahaja, malahan pemikiran Barat telah berupaya mempergunakan penemuan dan rekaan se¬bagai jalan untuk memperkukuhkan percubaan ilmiah atau ujian saintifik, dan memperteguhkan asasnya, seterusnya memanfaatkan dia dengan sepenuhnya.

Tiada guna anda katakan, seperti mana yang pernah diucapkan dengan rasa bangga oleh sesetengah pihak, bahawa Barat sebenarnya telah mewarisi metode ini daripada kita umat Islam pada kurun pertengahan. Detik peristiwa sejarahnya begitu dikenali umum. Ini adalah kerana pada hakikatnya Barat pada hari ini telah mencapai kekayaan melalui warisan tersebut sedangkan kita miskin dan papa kerana kita masih terus membangga-banggakan apa yang pernah kita miliki pada suatu masa dahulu.. Seyogialah bagi kita umat Islam menyedari dan membuka mata kepada hakikat:
"Bahawa sejarah sentiasa menjadi milik zaman ketika ia dilahirkan. Sejarah tidak mewariskan kemajuan atau kemunduran, tetapi hanya meninggalkan satu perkara sahaja: al-'ibrah atau pengajaran."
Tetapi, suatu fenomena yang jelas adalah, sejauh mana tahap ketinggian yang dicapai oleh Barat dalam bidang ilmu fizik dan metode empiriknya, maka sejauh itulah pula mereka tertinggal dalam bidang keyakinan yang terkandung di bawah alam mujarrad dan alam ghaib.

Untuk menghadapi masalah keyakinan ini, sepatutnya, bahkan sewajibnya, para ilmuwan dan para pemikir Barat mengambil salah satu daripada dua jalan: Sama ada menutup terus pintu penyelidikan dan pengkajian dalam bidang tersebut, atau mereka merintis suatu metode tersendiri yang benar-benar bersifat objektif dan ilmiah semata-mata. Mereka perlu menganggap bahawa kejayaan dan kepentingan yang akan diperoleh daripada penyelidikan dan pengkajian bidang alam tabiat atau alam benda dengan segala cabang dan rantingnya adalah lebih diperlukan daripada membuang tenaga fikiran mereka dalam bidang yang lain, jika mereka masih merasakan perlu untuk terus mengkaji dan menerokai bidang tersebut.
Malangnya, daripada realiti yang berlaku mereka tidak memilih salah satu daripada dua jalan tersebut. Sebaliknya mereka menjelajah sesuka hati untuk terus mengkaji dan menyelidik mengikut cara yang paling tidak, dapat di¬sifatkan sebagai cara yang ganjil dan luar biasa. Mereka memulakan kajian dan penyelidikan dengan suatu andaian yang dipilih daripada pelbagai andaian yang ada dalam kepala mereka. Masing-masing mengikut apa yang dirasakan menarik, atau mengikut apa yang disarankan oleh alam sekeliling, masyarakat, cara pendidikan atau penyelidikan yang telah terbiasa didapat dan diterimanya. Kemudian mereka cuba mengeluarkan bukti-bukti atau dalil deduktif yang sesuai dengan apa yang telah diandaikan dan menjadi pegangan sebelumnya, sebagaimana juga mereka sebaliknya memalsukan dalil-dalil yang bercanggah dengan andaian dan pegangannya, dengan dorongan rasa ingin tahu semata-mata.

Untuk tidak menzalimi sebilangan kecil daripada penyelidik Barat yang bersih daripada kepentingan dan angan-angan, yang menumpukan pemikiran mereka untuk mengkaji dan menyelidik dengan bersih dan bebas, maka perlulah kita tegaskan di sini bahawa metode penyelidikan yang kita sebutkan ini adalah menepati mentaliti sebilangan besar pemikir Barat yang biasa mengkaji dan menyelidik isu-isu atau masalah ilmiah yang bercorak kepercayaan.

Antara refleksi yang paling nyata dan bukti yang paling jelas kepada hakikat tersebut adalah wujudnya aliran pemikiran yang berpendapat bahawa akidah atau keper¬cayaan akan mengikut kemahuan jiwa dan tunduk kepadanya.

Untuk mempercayai sesuatu ataupun berakidahkan dan memadailah anda merasakan perlunya kepada kemahuan tersebut. Kemahuan daripada rasa keperluan anda itu akan terus mampu mengeluarkan bukti demi bukti, dalil demi dalil tentang kepercayaan anda.

Antara mereka yang ada di barisan depan dalam metode tersebut ialah pemikir Amerika yang terkenal, William James. Bukunya, Pragmatism menjadi rujukan terpenting untuk mendapatkan penjelasan tentang metode yang diketengahkan.

Gambaran yang begitu ganjil daripada metode ini benar-¬benar ternyata apabila William James membahagikan aliran pemikiran yang diperlukan itu kepada dua; yang hidup dan yang mati. Beliau menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan aliran yang mati ialah aliran pemikiran yang tiada keinginan dan kecenderungan pada diri penyelidik. Beliau telah mengemukakan contoh kepada aliran pemikiran yang mati ini dengan suatu permintaan kepada penyelidik, "Jadilah seorang ahli sufi atau seorang Muslim!" Berban¬ding dengan apa yang mungkin dikatakan atau dipinta, "Jadilah seorang Kristian atau seorang skeptis!" Contoh pertama telah disifatkan atau dihukumnya sejak awal-awal lagi sebagai satu aliran pemikiran yang mati kerana ketiadaan kecenderungan atau keinginan ke arah tersebut.

Tidak syak lagi bahawa metode ini, yang turut diakui oleh orang lain selain William James, telah ditolak oleh banyak pemikir yang lain. Walaupun demikian, realiti daripada pelbagai penyelidikan yang dijalankan oleh pemikir Barat, hatta oleh mereka yang menolak metode tersebut, menerjemahkan penerimaan mereka kepada metode tersebut, juga menyuarakan pendapatnya bahawa bidang kepercayaan mestilah diasaskan sebahagian besarnya kepada kemahuan semata-mata. Ini bermakna tiada bayangan objektiviti atau positiviti dalam penyelidikan mereka, kecuali dalam bilangan yang amat sedikit. Lebih-¬lebih lagi cara atau jalan menyimpulkan natijah inilah satu-satunya jalan mereka untuk mendapatkan natijah dan kepastian dalam bidang tersebut - begitu luwes yang sudah semestinya akan menyambut dan menerima apa jua kemahuan dan aliran.

Kadar yang sama-sama dipunyai oleh William James dan pemikir Barat yang lain adalah bahawa mereka telah membentuk jalinan akidah atau kepercayaan agama dalam pemikiran mereka daripada jalinan pelbagai jenis kepen¬tingan duniawi yang dirasakan menarik kecenderungan dalam kehidupan mereka.

Cuba lihat bagaimana pemikir Barat dari British (Bant¬ham) menggambarkan metode pemikiran ini dengan tepat dan jelas. Katanya, "Perjalanan keagamaan mestilah selari dan sejalan dengan kehendak sesuatu kepentingan. Agama, sebagai sifatnya sesuatu yang memberi kesan dan penga¬ruh, terbentuk daripada balasan baik dan jahat. Hukuman¬nya mestilah ditujukan untuk menentang perbuatan yang merosakkan anggota masyarakat sahaja, dan balasan baiknya pula hanya terbatas ke atas perbuatan yang memberi manfaat kepada masyarakat sahaja. Jalan tunggal untuk membuat hukum ke atas perjalanan agama adalah dengan melihatnya dari sudut kebaikan politiknya sahaja. Adapun sudut-sudut lainnya tidak layak diberi perhatian."

Apabila mereka mendapati bahawa tabiat akal berlainan sama sekali dengan metode kajian dan penyelidikan ini, mereka berpendapat bahawa meninggalkan panduan akal dan fikiran dalam penyelidikan dan kajian yang berhubung dengan masalah ghaib dan mujarrad seperti yang selayaknya, akan menyebabkan banyak kerosakan dan kecacatan dalam kaedah dan prinsip pemikiran yang dibina di atas asas tersebut. Maka tanpa teragak-agak mereka telah mendirikan aliran pemikiran lain, yang asasnya adalah merendahkan kedudukan akal dan menaf1kan hujah dan pembuktiannya. Seterusnya, mereka saling memper¬ingatkan sesama mereka tentang bahaya dan ancaman akal ke atas agama (iaitu ke atas agama menurut apa yang difahami oleh otak mereka, sesuai dengan metode yang telah kita jelaskan). Dengan ini mereka telah mendirikan `tugu' sebagai lambang kepada sikap dan pendirian mereka iaitu, (menyelamatkan agama daripada ancaman akal). Anda lebih arif bahawa sebagaimana usaha melayani metode yang ganjil ini telah memastikan mereka tidak memberi perhatian kepada akal yang mujarrad, demi melariskan nilai pemikiran umum di sebalik kepentingan yang dicipta oleh mereka, maka demikianlah juga usaha yang sedemikian telah memaksa mereka mengkritik segala bentuk kefahaman lain tentang nilai yang mujarrad dan kepercayaan agama yang tidak sesuai dengan kepentingan mereka, walau bagaimana erat sekalipun hubungannya dengan kelogikan akal, dan walau bagaimana jelas sekalipun kefahaman. tersebut!

Oleh kerana itu kita dapati bahawa - pada waktu mereka mengongkong daya pemikiran kerana takut kepada bahaya terhadap kepercayaan mereka yang dibina hanya semata-¬mata kerana menurutkan kedudukan tertentu dalam hidup - mereka telah menyerang melalui kritikan ke atas kepercayaan kita, umat Islam, yang terbina dengan me¬nuruti dan menyahut seruan akal dan kepastian hukum, serta bertepatan pula dengan metode penyelidikan ilmiah yang sihat. Serangan itu dilakukan atas alasan 'kebebasan akal dan kebebasan berfikir tidak menerima melainkan yang berpandukan ilmu', iaitu alasan yang mereka sendiri sedar sebagai alasan yang dusta semata-mata. Jelasnya, serangan tersebut yang bertopengkan kajian dan pemikiran yang bebas, tidak lain daripada menyahut kehendak metode mereka sendiri yang menjadi pegangannya, kerana setiap kepercayaan agama yang tidak sesuai dengan maslahat dan kepentingan mereka, yang tidak sesuai dengan kecen¬derungan dan cita-cita mereka, layak dan berhak untuk diperangi dan ditentang, walau bagaimana jelas dan kuat sekalipun asas dan pembuktiannya.
Saya rasa, sampai masanya bagi saya mengemukakan pelbagai contoh di hadapan para pembaca budiman, di mana kebanyakan contoh tersebut membuktikan kedua-¬dua perkara itu: Pertama, metode istintaji atau metode deduktif, tanpa usaha untuk memastikan kebenarannya atau tanpa usaha istiqra' atau induktif. Kedua, kesan daripada rasa ingin mempertahankan suatu aliran tertentu atau rasa ingin mewujudkan suatu aliran atau kepercayaan yang berdasarkan metode tersebut.

Contoh pertama, Von Cromer dan Goldziher telah menukil berita bahawa ada manusia yang mengkaji dan menyelidik suatu tajuk yang ganjil iaitu; "Adakah lelaki 'Ajam boleh bernikah dengan perempuan Arab apabila tinggal di Syurga kelak?" Nukilan ini dibuat kerana ingin mensabitkan bahawa pembukaan negara Islam itu bertujuan membina kekuasaan bangsa Arab.

Sudah pasti sesiapa sahaja yang membaca pernyataan di atas akan membayangkan dalam fikirannya bahawa sebi¬langan besar umat manusia (Islam) telah mengkaji topik tersebut. Dan pihak yang mengkajinya tentunya terdiri daripada golongan ilmuwan atau ulama fiqh, kerana bidang tersebut lebih merupakan bidang keahlian mereka ber¬banding dengan bidang lain.

Tetapi jika anda merujuk topik ini kepada sumbernya yang asli, kepada sanad dan hakikat yang sebenarnya, maka akan anda dapati bahawa yang dikatakan 'manusia' oleh dua orang pemikir dan penyelidik Barat tersebut yang telah mengkaji tajuk, "Perkahwinan orang bukan Arab dengan perempuan Arab sewaktu dalam Syurga nanti", sebenarnya hanyalah seorang dari seluruh manusia yang berbangsa Arab, yang berasal dari kampung (badiyah). Lelaki Arab dari badiyah itu telah bertanya atau berkata kepada seorang Arab lain, yang didengar oleh al-Asmu'i, katanya, "Apakah kaufikir orang-orang 'Ajam (bukan Arab) ini akan menikahi perempuan kita (Arab) sewaktu di Syurga nanti? Jawab lelaki yang ditanya, "Aku fikir begitulah! Tetapi demi Allah dengan amal soleh". Kisah ini diriwayatkan oleh al-Mubarrad di dalam al-Kamil yang mengatakan riwayat tersebut adalah lemah.
Cuba perhatikan! Bagaimana pemikir Barat ini yang mendabik dada sebagai tokoh ilmiah, telah mengutarakan suatu perkhabaran yang telah diputuskan atau dipisahkan daripada sumbernya yang sebenar? Bagaimana pemikir Barat ini telah mengubah ayatnya atau sighah yang asal kepada bentuk yang umum, yang dipaksakan dan tidak dikatakan oleh sumber asalnya, semata-mata untuk membuktikan apa yang diingini oleh penyelidik Barat, yang kononnya penyelidik ilmiah yang bersih dan objektif ?
Contoh kedua, tertulis di dalam buku, Falsafah Pe¬mikiran Agama: Antara Islam dan Kristian, oleh Louis Gardet dan J. Qanawati, bahawa Sayyidina 'Uthman bin 'Affan r.a. semasa memegang jawatan Khalifah, telah memberi penuh perhatian kepada kitab al-Qur'an dan telah membahagikan al-Qur'an kepada surah-surah dan ayat¬-ayat, menyusun surah selepas surah yang lain, mengikut ukuran panjangnya surah. tersebut. Dimulakan dengan surah yang paling panjang membawalah kepada yang kurang panjang ... dan begitulah seterusnya.

Cubalah perhatikan metode yang menjadi pegangan dan amalan dalam memastikan kebenaran dakwaan atau andai¬an tersebut. Anda akan dapati tiada manhaj atau metode yang digunakan oleh kedua-dua penyelidik ini sejak asalnya. Cuma apa yang dikemukakan kepada kita adalah dakwaan kosong tanpa bukti dan dalil, seolah-olah memaksa kita supaya memejamkan mata dan terus meneri¬manya begitu sahaja tanpa mengambil kira bukti dan. dalil¬nya. Samalah seperti yang dirakamkan oleh seorang penyair:

Segala dakwaan tanpa keterangan dan bukti hanyalah seperti mengakui
si anak yang bukan dari zuriatnya sendiri.

Dari manakah sumber induktif atau istiqra’ atau sumber pembuktian ataupun sumber istintaj yang mengithbatkan bahawa Sayyidina 'Uthman r.a. itulah yang membahagikan al-Qur'an kepada surah dan ayatnya? Beliaulah yang menyusun dan mengatur surah mengikut hawa nafsunya sendiri, bermula dengan surah yang lebih panjang memba¬walah kepada yang kurang panjang, yang didasarkan hanya kepada kesedarannya sendiri? Beliaulah yang membuat keputusan dan penentuan bahawa surah yang ini panjang dan yang lainnya pendek?

Adapun kita, umat Islam, maka yang kita ketahui dan bertepatan pula dengan riwayat yang sahih dan yang sabit dengan Rasulullah s.a.w. daripada Sayyidina 'Uthman r.a. sendiri bahawa ayat-ayat dan susunannya, surah dan pem¬bahagian serta susunannya, pada asasnya adalah masalah tawqifiyyah di mana Rasulullah s.a.w. sendiri tidak campur tangan. Buktinya, apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sanad daripada Ibn al-Zubayr, katanya, "Aku ber¬tanya 'Uthman, ayat ini hing¬ga ayat ini telah dinasakhkan. oleh ayat lain, kenapa tuan masih menulisnya lagi?" Jawab 'Uthman, "Wahai anak saudarakul Aku tidak mengubah sedikit pun daripada tempatnya."

Demikian juga apa yang diriwayatkan oleh al-Qurtubi dan lain-lain dengan sanad yang sahih daripada Sulayman bin Bilal katanya, "Aku mendengar Rabi'ah ditanya, 'Mengapa didahulukan al-Baqarah dan Ali 'Imran sedang¬kan sebelum kedua-dua surah tersebut lebih lapan puluh surah telah diturunkan terlebih dahulu? Lagipun kedua¬-dua surah itu telah diturunkan di Madinah?' Jawab Rabiah, 'Kedua-duanya telah pun didahulukan, sesungguhnya al-Qur'an telah disusun berdasarkan ilmu. daripada 'orang yang menyusunnya.’
Dalam buku ini terdapat pengeliruan besar, hasil dari dua cara yang dipergunakan oleh setiap penulisannya. Pertama metode deduktif dan kedua keinginan untuk mencapai natijah tertentu. Barangkali dalam kesempatan lain dapat kita bentangkan dari pengeliruan tersebut sesuatu yang dapat menambahkan lagi penjelasan tentang nilai metodologi dan nilai objektivitinya di kalangan penyelidik tersebut.
Contoh ketiga, di bawah ini dicatat beberapa contoh lain seperti yang saya janjikan:

Seorang orientalis British bernama Gibb, di dalam bukunya, Modern Trends in Islam telah menulis bahawa Islam lahir adalah untuk members (mewarnakan) sifat keagamaan ke atas amalan bangsa Arab pada zaman silam yang dibentuk oleh adat tradisi dan alam sekeliling, setelah Muhammad s.a.w. tidak mampu melepaskan diri daripada¬nya. Beliau seterusnya menegaskan demikian dalam metode yang sungguh ganjil dan luar biasa dari segi kesungguhan¬nya berpegang kepada metode deduktif, bahkan selalunya dengan cara tekaan semata-mata.
Kesemua ini masih dianggap kecil jika dibandingkan dengan pernyataan berikut:
Antara kata-kata pendahuluan di dalam buku ini, Gibb mengatakan, "Idea yang menjadi asas dalam fasal-fasal ini bukannya daripada hasil otak saya tetapi telah pun didahu¬lui dan ditujukan oleh sekumpulan tokoh pemikir dan tokoh. Islam yang begitu banyak untuk disenaraikan namanya. Cukuplah hanya dengan menyebut salah seorang tokohnya, sebagai contoh sahaja, iaitu tokoh besar Syaykh Shah Waliyullah al-Dahlawi. Kemudian Gibb telah menukil daripada buku Hujjatu 'llah al-Balighah yang dikatakan atau didakwanya sebagai teks tulisan al-Dahlawi. Saya petik teks yang dinukil oleh Gibb:
Terjemahan: Bahawa Nabi s.a.w. telah diutus sekali yang mengandungi beberapa perutusan. Pertama hanya dlutus kepada. Bani Ismail (keturunan Nabi Ismail a.s.).... Pengutusan ini memastikan bahawa bahan syari`atnya adalah syi`ar-syi`ar, cara ibadat dan beberapa bentuk kebajikan, kerana syarak ialah memperbaiki apa yang ada pada mereka, bukan mentaklifkan mereka dengan perkara yang tidak di¬ketahui sama sekali oleh mereka.

Dalam hubungan ini kita ingin menegaskan bahawa Gibb tanpa ragu tentunya tidak ternampak ungkapan ini sahaja di dalam buku tersebut, tanpa melihat jumlah kata yang sebelum dan selepasnya. Hal yang demikian adalah mustahil, sebab ungkapan yang dinukil oleh Gibb itu ter¬masuk dalam pernyataan atau pendapat yang panjang, me¬ngandungi jumlah kata sebelum kata-kata yang dinukil dan juga sesudahnya. Di sini - dengan penuh rasa kesal - kita bertemu dengan satu pengkhianatan yang paling memba¬hayakan dalam bidang penyelidikan dan pengumpulan maklumat, iaitu perbuatan sengaja mengubah kata-kata yang dinukil daripada kedudukannya yang sebenar. Justeru itu, ia membebankan yang empunya kata-kata ter¬sebut dengan kesalahan yang tidak tertanggung dan cuba memaksanya bercakap dengan kata-kata palsu, walaupun sebenarnya dia bersih dan bebas daripada kata-kata tersebut.

Tetapi yang sungguh menakjubkan, jika kita cuba mencari jawapan yang memuaskan untuk menolak khaya¬Ian Gibb yang dimuatkan di dalam bukunya, kita tidak akan menemui jawapan yang lebih sempurna dan berkesan dari¬pada apa yang terkandung di dalam buku Syaykh Shah Waliyullah al-Dahlawi sendiri, iaitu Hujjatu'llah al-Balighah, iaitu dalam halaman yang sama mencatatkan teks yang dipetik oleh Gibb untuk menguatkan bukti pendapatnya. Seolah-olah Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepada al¬Dahlawi supaya dengan itu ia dapat menutup jalan dan ruang kepada orang terkemudian, seperti Gibb ini, daripada mentahmilkan kata-katanya dengan sesuatu yang tidak ter¬tanggung oleh ibarat katanya, atau memaksanya bercakap dengan kata-kata yang tidak dicakapkan. Jawapan tersebut ialah:

Terjemahan: Ketahuilah bahawa Nabi s.a.w. diutuskan dengan dasar-dasar agama Nabi Ismail (Hanifiyyah Isma`iliyyah) untuk menegakkan kebangkitannya, menghapuskan penyelewengannya, menyebarkan cahaya kebenarannya, seperti yang ditegaskan oleh firman Allah (dalam Surah al-Hajj 22:78.) 'Jika demikian hakikat kedudukannya maka wajiblah asas-asas agama tersebut diterima oleh semua, tanpa diperhatikan dan Sunnahnya tetap diperakui, kerana Nabi, apabila dibangkitkan kepada sesuatu kaum yang masih mempunyai saki-baki Sunnah yang besar, maka tiada makna untuk ditukar atau diganti. Bahkan yang sewajibnya hendaklah diperakul dan dipertegaskan kerana itulah yang lebih dipatuhi oleh jiwa mereka, lebih mantap untuk dijadikan hujah ke atas mereka. Keturunan Nabi Ismail mewarisi manhaj (syari'at) bapanya, Ismail a.s. Mereka terus berada di atas syari'at tersebut sehinggalah lahirnya seorang yang bernama 'Amru bin Luhayy, lalu memasukkan beberapa perkara, hasil daripada pendapatnya sendiri yang tidak laku dan tidak bernilal ke dalam syari'at tersebut. Maka berlakulah kesesatan lagi menyesatkan. Di syari'atkannya (diadakan) oleh beliau penyembahan berhala. Maka dari sini terbatallah agama, bercampur yang sahih dengan yang fasid. Mereka kemudian telah dikuasai oleh kejahilan, kesyirikan dan kekufuran. Maka Allah s.w.t. telah mengutus Sayyidina Muhammad s.a.w. untuk menegakkan kebongkakan mereka dan memperbetulkan kefasadannya. Dilihat oleh Nabi s.a.w. pada syari`at mereka. Mana-mana yang didapati bertepatan dan sesuai dengan manhaj Nabi Ismail a.s. atau dengan syi'ar Allah diperintah supaya dikekalkan. Mana-mana yang menyeleweng, rosak ataupun sama dengan syl'ar syirik atau kafir dibatalkan dan ditulis pembatalannya.

Sila lihat :Hujjatu'llah al-Balighah, oleh al-Dahlawi, Jilid 1, h1m. 97 - 99, bandingkan dengan buku: Modern Trends in Islam, oleh orientalis British, Gibb. hlm. 58.

Suatu perkara yang tidak diragukan adalah, Gibb mengetahui teks di atas, yang terdapat selepas petikan yang diambilnya, sebagai penjelasan secara lebih terperinci kepada kandungan makna dan maksudnya, seperti yang dapat difahami oleh setiap yang menelitinya. Bagaimana mungkin dia berbuat tidak tahu dan tidak mengambil endah kepadanya? Bahkan tidak cukup dengan itu sahaja, dia telah menjadikan al-Dahlawi sebagai sandaran dan sokongan ke atas buah fikiran (atau khayalan) yang dikemukakannya... sedangkan tokoh Islam ini telah mencantas habis khayalannya!

Inilah hakikat metode ilmiah atau saintifik yang diperakui dan diikuti serta dibanggakan oleh seluruh pemikir Barat. Sama ada ketika mereka mengadakan perbincangan ilmiah dengan pihak lain, atau ketika mahu mewujudkan suatu andaian atau hakikat tertentu, ataupun ketika cuba mengeluarkan ilmu atau memahami keyakinan daripada nas atau dokumentasi sejarah. Mula-mula mereka lakukan melalui cara atau metode deduktif dan kemudian menundukkan kajian dan penyelidikannya itu kepada kemahuan dan keinginan semata-mata, dan akhirnya menuju kepada penyelewengan dalam nukilan dan teks tulisan.

Apabila kita mengetahui hakikat ini, melalui sebahagian daripada contohnya yang banyak, maka kita terpaksa berterima kasih kepada penyelidik seperti Dr. Abd al-Rahman Badawi. Beliau telah memperingatkan kita dengan penuh perasaan kesufian, yang sungguh tinggi nilai akhlaknya - iaitu selepas membincangkan metode istirdadi di kalangan pemikir Barat - supaya tidak menafsirkan sesuatu teks sejarah tanpa memahami bahasa yang digunakan semasa teks itu ditulis, atau berpura-pura tidak tahu tentang gaya susunan kata dan bahasanya. Atau sikap tidak acuh dalam memahami gaya isyarat atau gaya ibarat tanpa mengikut panduan yang ditunjukkan oleh gaya atau tabiat susunan keseluruhan ibarat atau ungkapan katanya.

Cuma yang agak menghairankan daripada kata-kata peringatan Dr. Abd al-Rahman Badawi itu adalah bahawa beliau telah menujukan nasihat dan peringatannya itu kepada para ulama Islam, yang telah berjasa menyedarkan kita kepada ketelitian, kehalusan dan keamanahan ilmiah (amanah 'ilmiyyah), juga yang berjasa mempraktiskan atau menerapkan ketiga-tiga ciri penyelidikan itu dengan sem¬purna. Sepatutnya nasihat dan peringatan beliau itu ditujukan kepada pemikir-pemikir Barat, iaitu orang-orang yang telah memaparkan metode penyelidikan dan kajian mereka, yang sebahagian daripada contohnya telah menarik perhatian Badawi. Malangnya Badawi tidak berbuat demikian, sebaliknya, sebagai gantinya beliau telah menujukan nasihatnya itu kepada para ulama Islam dengan andaian atau lebih tepat dengan khayalan bahawa mungkin terdapat dari kalangan mereka (ulama Islam) yang mencuri sepotong ayat al-Qur'an atau Hadith - demikian ungkapan bahasa yang digunakan - untuk menguatkan pendapat baru yang tiada hubung kaitnya dengan realiti atau alam nyata kecuali pada zahir lafaznya sahaja.

Kita menaruh harapan kepada Dr. Abd al-Rahman Badawi yang seakan-akan tidak ambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh pemikir dan penyelidik Barat terhadap metode penyelidikannya, supaya menyebut kepada kita satu contoh sahaja daripada seorang penyelidik atau ulama Islam (yang tidak bertaqlid kepada metode istirdadi atau tawassumnya), yang telah memetik atau menukilkan suatu teks lalu diselewengkannya. Atau orang yang berusaha menimba dan mengeluarkan hakikat ilmiah yang penting melalui metode deduktif yang dibantu dengan tekaan dan andaian semata-mata!

Setelah anda memahami semua persoalan yang telah dibentangkan, maka sudah pasti anda akan berasa hairan terhadap orang yang menamakan hakikat keagamaan yang dicapai oleh para penyelidik dan ulama Islam, melalui metode ilmiahnya itu, sebagai akidah kepercayaan, manakala orang yang empunya kepercayaan tersebut diberi gelaran sebagai orang yang berakidah... . Tetapi manakala mereka melihat pendapat atau idea yang dihasilkan oleh ahli falsafah Barat dan golongan ateisnya, mereka menamakan itu ilmu, metodenya dinamakan ilmiah dan golongan yang mempunyainya disebut ilmuwan... . Ertinya, bahawa agama seperti yang difahamkan oleh Gibb umpa¬manya tanpa metodologinya yang ilmiah dan mawdu'iyyah (saintifik dan objektif) itulah i1mu, manakala pemikirannya itulah ilmiah. Tetapi agama seperti yang difahami oleh ulama Islam yang bertepatan dengan metodologi ilmiahnya yang sebenar hanyalah sebagai 'aqidah' atau kepercayaan dan pemikirannya itu hanya merupakan sesuatu yang bersifat kepercayaan semata-mata. (Penulis mengguna perkataan ini bukan untuk menghina akidah dalam pengertian yang sebenar. Tetapi perkataan akidah yang digunakan di sini ialah 'aqidah seperti yang difahami oleh pemikir-pemikir Barat. yang memandang akidah itu sebagai suatu perkara yang tidak ilmiah.)

Wahai pembaca yang berakal fikiran! Jadilah anda sebagai penyelidik yang objektif dan. bersih. Itulah sifat yang terkandung dalam pemikiran ilmiah yang bersih daripada unsur subjektif (al-nazar al-'ilmi al-mujarrad).
FAKTOR POKOK KEGAGALAN METODE PENGKAJIAN DI KALANGAN ORANG BARAT
Walaupun demikian, marilah kita ceritakan tentang sebab yang tersembunyi di sebalik fenomena yang ganjil dari kalangan manusia Barat.

Tentang sikap mereka terhadap agama Kristian, orang Barat terbahagi kepada dua golongan. Pertama, golongan beragama, yang menerima dan mempercayai semua kandungan dan ketentuan hukumnya. Kedua, golongan yang ingkar, yang tidak menerima dan tidak mahu menjadi pengikut atau penganutnya.

Golongan pertama tidak berupaya memahami akidah atau kepercayaan agama dan semua asasnya dengan mendalam berdasarkan ilmu dan logik (kerana terpaksa berhadapan dan bertembung dengan akal dan ilmu dalam. banyak perkara yang telah ditetapkan oleh agamanya yang sama sekali tidak dapat disesuaikan dan ditakwilkan). Tetapi mereka juga merasakan bahawa fitrah semula jadi kemanusiaannya tetap meronta dan meminta mereka mencari satu agama untuk menjadi pegangan, juga untuk menemui Tuhan sebagai sembahan yang boleh dipuja dan dipinta. Mereka juga yakin bahawa nilai-nilai akhlak itu tidak terjamin untuk dilaksanakan dan diamalkan tanpa jaminan daripada agama dan penguasaan agama tersebut dalam jiwanya. Natijah daripada keadaan ini, mereka terpaksa memilih salah satu daripada dua keadaan; sama ada menolak agama yang tidak benar atau menolak akal yang benar. Tetapi mereka lebih mengutamakan yang kedua, iaitu menolak akal yang benar tanpa menolak agama yang tidak benar. Dengan itu, mereka dianggap sebagai golongan yang benar-benar beragama atau berakidah.

Adapun golongan yang tidak beragama, maka mereka memilih untuk menolak agama daripada menolak akal yang benar. Tetapi dengan sikap itu, mereka telah mengkritik agama yang ada dalam masyarakat mereka dan memberi pelbagai takwilan dan tafsiran mengikut apa yang mereka fikirkan atau khayalkan, tanpa mengira dan melihat pada agama yang hak dan benar, yang memaksa akal dan ilmu sujud menerima segala asas dan dasar hukumnya. Selain itu, mereka dihalang oleh suatu perasaan iaitu rasa taasub, ego kebaratan, dan perasaan sentiasa waspada terhadap umat Islam, agar mereka tidak kembali semula memegang teraju dunia, seperti yang telah berlaku dalam sejarah tamadunnya. Golongan ini telah menggelarkan diri mereka sebagai 'ilmiyyin atau ilmuwan.

Selain itu, anda lebih mengetahui bahawa di Barat terdapat manusia Arab dan muslim. Mereka juga bercakap dan berfikir dan seterusnya menulis. Tetapi hakikatnya, mereka adalah bayang-bayang yang bergerak mengikut gaga Barat, bercakap dan berfikir mengikut pemikiran dan falsafah Barat.

Golongan manusia Arab dan muslim Barat ini berpen¬dapat bahawa agama mempunyai dua tafsiran: Pertama. tafsiran positif yang pada hakikatnya adalah tafsiran kepercayaan semata-mata, dan kedua tafsiran negatif, iaitu yang disebut oleh mereka sebagai tafsiran ilmiah semata-¬mata. Golongan manusia Arab dan muslim Barat ini telah membawa dua tafsiran tersebut kepada agama Islam, hanya untuk menyempurnakan bayang-bayangnya kepada Barat dan bertaqlid kepada cara pemikiran Barat. Inilah sebab yang tersembunyi di sebalik fenomena yang ganjil di kala¬ngan golongan, tersebut.

Pada kita, golongan manusia seperti ini tidak penting sama sekali, setelah kita dan juga setiap yang berakal fikiran yang sihat, yang bersih dan bebas mengetahui dari apa yang telah kita jelaskan dalam prakajian atau pendahuluan ini bahawa: Islam bukanlah dalam bentuk kepercayaan yang dimusuhi oleh akal Barat, tetapi Islam terbina di atas asas akidah yang kesemuanya berdasarkan metodologi ilmiah yang teliti dan bersih yang tidak tersentuh kecuali oleh daya kebenaran akal sahaja tanpa campur tangan daripada kekuasaan, rasa taasub atau rasa ingin beragama dan berakidah ataupun taqlid dan ikut-ikutan.

22 comments:

sharudin said...

Saya melihat isi sebagai pandangan dari dua sudut berbeza kepada satu pekara yang sama. Adalah lebih baik kita mencari keserasian bersama dan sesekali melihat dari arah mereka.

rauf said...

Pak Din,

Orientalisme mmg melihat Islam secara bias.. Dan Barat memang memerlukan sudut pandang alternatif untuk menilai mereka menggunakan nilai Timur, seperti mana mereka melihat Timur dengan nilai Barat..

Kajian-kajian oksidentalisme -pastinya bermodelkan paradigma keintelektualan Islam- amat diperlukan utk menyeimbangkan wacana keinteletualan yg selama ini diprojeksikan oleh Barat supaya mereka menjadi tuan kepada dunia ini.. seolah2 hanya mereka yg memegang kunci 'objektif' ataupun hanya mereka yang mengenali apa itu 'ilmu'..

Soal mencari keserasian itu satu soal yg lain.. Memang perlu dipikirkan. Tapi di sana, kita memerlukan paradigma keintelektualan kita sendiri untuk 'bangkit kembali' memegang tugas kekhalifahan di muka bumi ini.. Produk ilmu bukanlah produk yg bebas nilai untuk dipinjam dari satu budaya untuk digunakan oleh bangsa yang mempunyai budaya yg lain.. Hatta sains sendiripun tidak bebas nilai.. Jadinya, kita perlu merekonstruksi semula pendirian keinteletualan kita dalam setiap lapangan bidang ilmu pengetahuan.. Dan proses rekonstruksi itu mestilah berdasarkan 'turath' ataupun peninggalan tamadun kita yang agung itu yang disintesiskan semula untuk kegunaan semasa..

Ini soal identiti.. Ini soal jati diri.. Kita sibuk soal toleransi, sedangkan di sana, kita masih di peringkat inferiority complex.. Dan benda ni memang diprojeksikan oleh Orientalisme lama dahulu.. Ini serangan pemikiran..

Bukanlah bermakna kita buang terus Barat.. Cuba lihat kenyataan dr said ramadhan al-buti ttg metode dalam bidang sains.. dia tak menafikan pun.. Masalah yg lebih asasi adalah dalam bidang2 yg lain.. sains hanya alat.. Bidang2 sains sosial, kemanusiaan mengalami serangan yang begitu dahsyat sehingga ramai je yg tewas dengan peperangan kultural ini..

Kita memerlukan al-Ghazali dan Ibn Taimiyah moden untuk membersihkan dan mensintesiskan kembali imanul aqli (pendirian keintelektualan Islam dalam konsepsi-konsepsinya memandang hakikat alam ini) di zaman ini seperti mana ulamak-ulamak tersebut telah menghadapi dan menunaikan tugas di zaman mereka.

Atas maksud inilah petikan buku ini diletakkan di sini. untuk memberikan satu keyakinan tentang jati diri dan identiti kita, orang Islam -bila berhadapan dengan khazanah keinteletualan barat yang kelihatan agam, tetapi lemah dari sudut maknawinya..

sharudin said...

# 1 Pak Din Says: dari SI.
May 23rd, 2008 at 5:54 pm

“Dari sudut yang lain, sains sosial dibangunkan drp epistemologi dan metodologi sekular. Sejauh mana kajian empirikal yang didakwa berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif terhadap ’sample’ itu mampu menafsir gelagat dan tingkah laku sosial dan meletakkan hasil kajian itu dalam satu jadual yang seragam dan men’generalisasi’kannya untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia yang sememangnya kompleks dan rencam?”

Salam semua

Terima kasih Ustaz, hijau mendamaikan, biru melapangkan, merah meransangkan tetapi putih menyucikan ke arah kesempurnaan, kerana ia mengandungi semua warna yang lain, bagi Al Baab. Terima kasih juga kepada Asna, yang menyebabkan saya terlihat atrikel Ustaz yang mencabar ini.

Petikan dari Sdr Rauf (salam perkenalan) diatas perlu perhatian, tetapi tidak bermakna artikel asalnya tidak berkesan. Sudah pasti selaku tuan rumah Ustaz memikirkan yang terbaik. Malangnya kuda nampak rumput seberang sungai lebih hijau dan lupa nak minum! Bukan tak haus.

“ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”, saranan untuk memechahkan tembuk sangkaan, sebagaimana Ustaz menyimpulkan artikel di atas.

Menjadi Al Baab bukan sesuatu yang Tuhan baru cakap, melalui Al Quran. Kalau tidak secara suratnya di Kitab yang awal (tak dapat dibuktikan kerana tiada yang tinggal), kita perlu peka kepada peringatan yang serupa di semua Kitab yang telah diilhamkan kepada nabi-nabi yang ditugaskan, “Allah itu Satu” dan tiada Tuhan melainkan Dia. Jangan kita larikan focus daripada pandang makro atau menyeluruh, iaitu Islam dengan mengalih perhatian kepada Bagsa Arab. Bukan bermakna hendak memperkecil keberadaan Bangsa Arab, tetapi ingatlah bagaimana sebelum Arab, Isreal telah menjadi kesayangan Allah … sudah pasti perlu peringatan Isreal yang bagaimana?

Pertama sekali kalau dirujuk kepada “La hawla walaa kuwata illa biLah” dan “Faal Hamaha Fujuroha wataqwaha”, tidak mungkin ada ilham yang dicetuskan manusia atau mahluk lain (sebagaimana Al Quran mengatakan Allah memberikan wahyu kepada lebah dalam hal membuat rumah) termasuklah agen syaitan yang boleh berlaku atau ada, tanpa adanya atau hadirnya Allah membentuk Alam dan isinya (sebenarnya isinya itu juga Alam atau mahluk). Kesemuanya berakar kepada iradah Allah. Hanya sekarang ini kita, terlalu menyimpang dalam menerapkan sentiment baik sangka dengan Allah, sehinggakan semaca ada dua kuasa yang wujud, iaitu kuasa Allah (baik) dan kuasa syaitan (buruk).

Kalau masih ada di minda pemikiran dua kuasa, secara sedar atau tidak, kita sebenarnya telah membawa dua kayu ukur yang berbeza, dan sudah pasti akan terdapat perbezaan bacaan ukuran. Sampai bilapun kalau bacaan ini hendak disamakan ia tidak mungkin, kerana menentang Sunnah Allah. Hanya apabila kita bersetuju ada kesilapan cara mengukur atau apa yang ukur, dan bersetuju mencari perbezaan untuk disamakan, barulah bermakna pertukaran yang diushakan.

Allah sentiada bercakap dengan mahluk. “’Alamal bil Qalam”, Yang mengajar dengan Kalam, apa yang kita tidak tahu. Dan Kalam Allah itu adalah segala kejadian ciptaannya. Segala Sunnah Allah yang dapat kita rasai sepanjang hidup kita. Carakerja Allah yang tidak pernah mengantuk dan tidak tidur. Qodo dan QadarNya yang memastikan segalanya berjalan mengikut kadar yang telah ditentukan termasuklah mukjizat (yang baik) atau sihir {yang tidak baik). Kefaham kepada Quantum sains akan memberikan gambaran jelas kepada berlakunya mukjizat, sudah pasti pada Al Baab, dan bukan pada yang tidak percaya kepada wujudnya Allah.

Maka sekularnya pemikiran Muslim yang memisahkan kuasa baik dan kuasa jahat itu yang sebenarnya menjadikan mereka mendefinasikan “sains sosial dibangunkan drp epistemologi dan metodologi secular”. Pendekatan ilmu sains sangat telus, dan ikhlas. Sesiapa sahaja yang cuba menjalankan penipuan, akan dengan sendirinya dihukum oleh Sunnah Allah, di dalam bentuk tidak berjayanya mereka memperolehi keputusan yang baik, seperti diharapkan, di dalam menjalankan eksperiment.

rauf said...

Owh..

Pak Din qoute ulasan saya di saiful Islam ye..

Saya bersetuju dgn jawapan balas ust hasrizal.. tapi bukanlah sepenuhnya.. Ada lagi persoalan model islamisasi ilmu pengetahuan yg saya timbulkan tidak dijawab scr serius oleh beliau.. Pun begitu, saya memahami bahawa blog beliau utk sasaran dakwah, jadi beliau tidak mahu merumitkan audiens dengan perbahasan teoritikal yang agak kompleks

Sebelum tu, saya harap pak Din dapat bezakan disiplin sains yg objektif dengan disiplin sains sosial dan kemanusiaan yg spekulatif.. Barat pun mengakui kerelatifan dan ketakmutlakan disiplin ini.. Dan kegagalan mereka itu adalah 'abadi' kerana seperti yg tela ditunjukkan oleh dr said ramadhan al-buti, mereka tiada metodologi ilmiah yg benar2 objektif dan sampai kepada hakikatnya dalam memberikan kebahagiaan kepada manusia..

Saya tidak menolak sains barat.. sains adalah alat.. alat itu boleh sahaja digunakan oleh sesiapa sahaja.. kalau digunakan di dapur, ia memberikan manfaat.. tapi jika digunakan oleh pencuri, ia akan menjadi mudarat.. Jadi, nilai pd sains itu bergantung kepada pemiliknya.. sudah tentu la pemilik itu menggunakan sains itu berdasarkan konsepsinya dalam melihat alam ini.. Konsepsi itu terbentuk berasaskan akidah.. Sains sosial dan kemanusiaan adalah akidah yg dicipta barat bg menggantikan kristian.. inilah masalahnya

rauf said...

Barat, selepas mempelajari metode saintifik yang mengagumkan daripada khazanah Islam, terus terkilau dengan metode tersebut selepas mereka bejaya menundukkan alam ini daripada sekecil2nya hinggalah sebesar2nya.

Kemudian, mereka menaruh harapan agar penemuan baru tersebut (metode saintifik) dapat diaplikasikan di alam sosial dan persoalan kepercayaan kerana mereka telah menolak Kristian dalam sejarah mereka. Lahirlah Auguste Comte dan bapa-bapa sains sosial barat yang cuba mengaplikasikan metode saintifik itu dalam mentafsir alam sosial bagi mencari panduan untuk membahagiakan manusia selepas syariat Kristian ditolak.

Inilah point utamanya. Metode saintifik itu tidak akan memberikan natijah yg pasti apabila digunakan dalam mentafsir alam sosial kerana variasi tingkah laku manusia terlalu rencam dan kompleks. Alam tabii, batu sebagai contoh; mempunyai gelagat dan tingkah laku yang universal dan seragam sebab mereka benda beku dan jamad. Kita baling batu kat malaysia mahupun amerika, tetap akan jatuh ke bawah kerana terdapatnya tarikan graviti. Tetapi fenomena di alam sosial? kalau kita tumbuk seseorang sbg contoh; terdapat pelbagai variasi tindak balas yg 'mungkin'. Dan 'mungkin' juga individu yg sama akan bertindak balas dengan cara yg lain di tempat yg lain. Ini yg dimaksudkan sains sosial menghasilkan natijah yg spekulatif. Lebih2 lagi, ia digunakan untuk menggantikan syariat. Sbg contoh mudah; pemberian kondom dan jarum yg pernah kecoh satu ketika dahulu. Ini adalah contoh yg jelas dan nyata mengenai keilhadan dan kesekularan metode kita dalam membaca alam sosial.


Setakat ini; saya percaya tiada pertentangan antara pendapat saya dgn pendapat ust hasrizal sbg contoh dan lain-lain sahabat yang biasa dengan isu ini.


Apa yang menjadi pertikaian ialah apabila kita ingin menetapkan pendirian mengenai model pengintegrasian ilmu pengetahuan tersebut. Ramai je cendiakawan Islam yang mengemukakan model2 masing2. Inilah titik soalnya, iaitu kita ingin memilih model yg mana? Sudah tentu kita tidak menolak segala2nya dalam sains sosial, tetapi jika kita ingin melibatkan diri dengannya; mahu tidak mahu kita terpaksa menetapkan pendirian kita sejelas-jelasnya terhadap setiap aspek dalam perbahasan epistemologikal dan metodologikal bagi memperlihatkan setakat mana boleh dan tidak boleh menurut pendirian keintelektualan Islam.

Di sinilah saya meletakkan thiqah saya terhdap peranan usuluddin (dan menolak model2 cendiakawan lain yang tidak termasuk dalam senarai ini) kerana ulamak2 dalam bidang ini menjuarai aspek2 ini zaman berzaman.

andonesy said...

This is a great argument.
nta boleh gantikan Prof Hamka lepas ni rauf...

Ahmad Saifuddin Amran said...

Rauf wrote:
Sebelum tu, saya harap pak Din dapat bezakan disiplin sains yg objektif dengan disiplin sains sosial dan kemanusiaan yg spekulatif.. Barat pun mengakui kerelatifan dan ketakmutlakan disiplin ini

Setuju dengan Rauf. Psychology, social science atau apa-apa lapangan yang berkaitan dengan human behaviour, bukanlah sebagian daripada cabang sains. Sains adalah sesuatu yang monotonous dan predictable hasil atau keputusannya manakala sains sosial pula adalah sebaliknya.

Di sana terdapat kata-kata, "a psychiatrist know much yet treat less" lantaran perangai manusia yang berbeza antara satu sosia-budaya dengan yang lain malahan juga berubah-ubah. Sains sosial tidak diiktiraf sebagai sains kerana terhadnya eksperimen dan kajian yang dapat dilakukan terhadap manusia atas sebab wujudnya peruntukan human right yang menghalang segala bentuk eksploitasi. Justeru, kajian yang tidak dapat dilaksanakan ke atas manusia digantikan ke atas tikus makmal atau beruk yang sudah tentunya tidak mewakili perangai manusia dengan sebenar.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Recommended articles to read

Adakah Agama Sudah Lapuk?
Muhammad Sayyid Qutb

Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4

sharudin said...

Salam Sdr Rauf

Anda mampunyai pandangan yang luas. Saya setuju dengan saranan sdr.

Cuba fikirkan susahnya memehami "The science of Art" dan "The Art of Science" kerana kalau tidak Khaliq ianya Mahluk! Pada saya scince ada khusus unutk menceritakan tentang carakerja Allah dan Arts adalah untuk carakerja mahluk. Kita telah, di Dunia ini merojakkan segalagalanya. Tetapi sebagai manusia kita cuba memahami segalanya.

Komponen memiksimakan nafsu manusia yang digunakan di dalam sains kemanusiaan. Komponen akal diketepikan kerana tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi pulangannya. Kalau laymen tak faham tak apa ... tetapi ramai sarjana yang terpaksa ikut arus kuasa pasaran ekomomi. Hanyut dengan akal mereka sekali.

Senang berbincang dengan saudara! ... tapi mungik kalau tidak melibatkan Evolusi ... kan?

aizatnur said...

Kita tidak menolak sains sosial secara keseluruhanya. Jika itulah, maka ia satu kebodohan yang besar. Harus dibandingbezakan juga antara kehidupan dan dasar yg menggerakkan sains sosial tersebut.

rauf said...

Pak Din,

Zaman hari ini, semua orang berbicara mengenai kebangkitan Islam. Pelbagai model dan paradigma (ataupun mungkin versi Islam) yang membentuk pelbagai sekolah pemikiran di kalangan umat.

Dalam 'Petunjuk Sepanjang Jalan' Syed Quthb kata umat manusia sedang menuju kehancuran dan memerlukan kepimpinan baru. Barat telah menjalankan tugasnya. Zaman2 penemuan2 sains telah sampai ke kemuncaknya. Zaman komunis (telah diramalkan oleh Syed Quthb akan jatuh) juga telah tidak berguna lagi. Faham nasionalisme, kepitalisme dah berakhir. Umat manusia memerlukan kepimpinan baru yang mempunyai stok nilai yg baru.. Yg hanya ada dalam agama Islam.. Kekuatan itu adalah kekuatan akidah..

Jika kita nak kalahkan Barat dengan sains, Barat dah berlari meninggalkan kita dua tiga kurun yg lalu..di saat kita lalai memanfaatkannya untuk tamadun kita.. Bukanlah sains tidak penting.. Tetapi di sana terdapat faktor yang lebih asasi lagi iaitu akidah.. Ini kekuatan akhir yg ada yang membolehkan kita memimpin dunia ini semula..

Benda ni Syed Quthb cakap zaman hari tu.. Tahun 60-an.. Di lapangan dunia akademik, cabaran yg besar utk kita menerapkannya dalam setiap disiplin keilmuan..konsepsi2 akidah Islam.. Dan perkara ini pasti akan melibatkan 'perombakan struktur ilmu pengetahuan barat' yg telah mantap penggunaannya di dunia ini.. Cuba Pak Din lihat entri baru ttg pendidikan Islam.. Kita tidak boleh menyerah begitu sahaja untuk menerima struktur ilmu yg dibentuk barat.. Kerana ia mempunyai 'roh dan cara fikir Barat'..

Sbg contoh; sikap mengagung2kan sains sehingga menggeneralisasikan penggunaan metodenya pada bidang yang bukan dalam jangkauan skop metode tersebut.. Seperti sains sosial dan kemanusiaan.. Boleh tengok artikel Muhammad Quthb no.4 yang Saifuddin tunjukkan itu.

Itu je masalahnya. Jika kita dapat memahami perkara ini dengan baik, tidak timbul la isu 'kita merojakkan segala-galanya'. Kita letakkan metode ilmiah yang sesuai dengan bidangnya. kerana kita mempunyai metode ilmiah dalam sesetngah bidang (seperti kepercayaan/akidah, syariat -jika barat sains sosial-, dsb) yang benar2 ilmiah dan bersifat pasti.

Kita tak menafikan peranan akal..
Kita tak menafikan peranan pancaindera..
Kita tak menafikan peranan wahyu..

Ini tiga epistemologi (sumber ilmu) utama di dalam Islam.. Kita tak julang satu sumber, sehingga meninggalkan -atau menafikan- sumber yg lain seperti yang dialami sejarah barat..

Dari sudut metode ilmiah juga, kita meletakkannya sesuai dan serasi dengan tabiat bidang yg dikaji agar natijah yang terhasil benar2 pasti dan bersifat yakin.. Bukannya spekulasi semata2.

Sekadar contoh;

Jika bahas bab hukum, sumbernya wahyu, metodenya dalam disiplin usul fiqh dan natijah hukum2 fiqh yang ada sekarang.. Takkan kita nak masukkan metode sains sosial atau metode sains untuk tahu cara solat sebagai contoh..

Adapun, sains dimanfaatkan juga sebagai sokongan (bahkan sains berkembang atas faktor agama) seperti penggunaan ilmu falak dan astronomi untuk menentukan waktu solat dsb. Ia langsung tidak masuk campur dalam bab hukum kecuali dari sisi-sisi yang dibenarkan oleh kaedah2 syarak.

Dunia ini bukan sains semata2.. Banyak lagi lapangan kehidupan dan disiplin keilmuan yang perlu diteroka oleh kita..diberikan ruh islam.. Kerana kita digalaskan tanggungjawab itu -memimpin dunia.

Mohon maaf salah silap. Gembira juga dapat berdiskusi dgn Pak Din.

rauf said...

Saya tiada masalah walaupun dalam tajuk evolusi..

Pendirian saya dah saya jelaskan dalam komen entri yg lepas.. Saifuddin pun dah bersetuju nak tulis semula tajuk tersebut dgn mendefinisikan pendapat jumhur dan pendapat baru yg ingin dikemukakan. Jelaslah sedikit 'tempat khilaf' yg berlaku dan bolehlah kita buat keputusan sama ada perkara tersebut mmg 'ada wajah khilaf' ataupun tidak. Evolusi jika hanya ditakrifkan dari sudut bahasa je, terlalu umum. Jadi, kita khususkan takrif evolusi itu dari sudut pandangan jumhur dan kita bandingkan takrif pendapat baru yg ingin dikemukakan. Insya-Allah, kita akan sepakat dalam banyak perkara kerana Islam tidak pernah memusuhi ilmu pengetahuan yang bersifat yakin.

Cumanya; bila membahaskan sains saya lebih suka kalau kita mengkonstrak falsafah sains Islam yang membawa konsepsi2 akidah kita sendiri.. Mmglah sains tu dah objektif dari sudut metodenya.. Cumanya kalaulah kita boleh masukkan alam pandang Islam -terutamanya yg dibawa dalam pembahasan akidah- ini lebih baik.. Begitu juga dalam disiplin-disiplin keilmuan yang lain.. Ini keperluan semasa sekarang ini di saat umat Islam kehilangan identitinya sendiri.. Diserang dari segenap penjuru dan sudut..

saya rasa; kita lebih perlu menghabiskan masa, stamina, dan fikiran kita untuk ini..

rauf said...

Islam adalah realiti..

Sama ada mereka (baca : Barat) bersetuju dengan alam pandang kita atau tidak, Allah tetap wujud, Hari Kiamat tetap akan berlaku.. Realiti sebenarnya yang hakiki yang berlaku adalah yang berasal dari perspektif kita..

Usaha-usaha mencari keserasian dgn mereka perlu diteruskan.. Tetapi jgn sampai kita 'mengorbankan'kan prinsip-prinsip kita.. Syed Quthb bagi contoh dalam persoalan jihad.. Disebabkan kita terlampau nak bertoleransi dan tidak mahu dituduh ekstrimis, kita mengiakan kepada mereka bahawa jihad dalam Islam hanyalah bersifat defensif iaitu mempertahankan diri semata2.. Ini contoh bgmn prinsip dikorbankan.. Kerana di sana terdapat sudut 'ofensif' (menyerang) konsep jihad dalam Islam..

Prinsip-prinsip itulah jika di dunia akademik yg perlu kita strukturkan dalam setiap disiplin keilmuan agar paradigma keinteletualan Islam benar-benar nyata dan slogan-slogan 'Islam is the way of life' dan sebagainya tidak akan bersifat retorik semata2 dalam dunia yang semakin kompleks kini.. Inilah persediaan yg perlu kita buat untuk kembali memimpin dunia ini..

Islam ialah realiti..

sharudin said...

Salam semua,

Saya ada membalas tulisan Sdr Rauf 2 hari lepas ... tapi kemudian blackout.

"Sama ada mereka (baca : Barat) bersetuju dengan alam pandang kita atau tidak, Allah tetap wujud, Hari Kiamat tetap akan berlaku.. Realiti sebenarnya yang hakiki yang berlaku adalah yang berasal dari perspektif kita.." jelas Sdr Rauf.

Setuju benar dengna pandangan itu. Sebenarnya di dalam teori-teori sains yang dikemukakan Barat ianya tersirat tentang pekara-pekara ketuhanan seperti kewujudan Allah, hari kiamat dan sebagainya. Saya melihat sebagai Muslim kita jarang mahu memahami sepenuhnya apa yang tersirat disebalik sesuatu teori. Malah bukan teori sahaja. Al Quran (AQ) juga menjadi bahan bacaan yang dibaca pada tulisannya sahaja (yang tersurat) tetapi tidak membaca apa yang tersirat di dalam AQ. Sangat malang bagi Muslim. Ramai sainstis Barat menceduk idea asas dar AQ atau Kitab sebelum AQ. Sebagai Muslim sekiranya kita dapat menerangkan kepada Barat hal sebenar yang berlaku, sudah pasti mereka akan memahami segala yang perlu diimani.

rauf said...

Yup. setuju ngan Pak Din.

Cuma melalui bidang saya, fokus saya lebih kpd konstrak identiti kita sendiri melalui interaksi kita dengan khazanah barat. Jadi, pendirian-pendirian terpaksa ditetapkan untuk membezakan alam pandang kita dan mereka supaya intelektual kita tidak terpengaruh dgn alam pandang mereka. Fokus saya lebih kpd identiti sendiri..

Soal nak memahamkan mereka perkara kedua bagi saya. Walaubagaimanapun, kita boleh bekerjasama dalam hal ini. Revolusi internal dan eksternal.. :)

aizatnur said...

saya berharap saudara rauf dapat memberikan lagi contoh yg lebih jelas mengenai kesalahfahaman umat masa kini dalam menyeragaman islam dan tamadun barat seperti yg terjadi pada ulama silam.

p/s: selain jihad dan penyalahgunaan condom.

TQ

Anonymous said...

Sebelum kita berbicara secara panjang lebar seputar hubungan antara agama dengan ilmu dengan segala problematika yang bersifat kompleks yang ada didalamnya maka untuk mempermudah mengurai benang kusut yang terjadi seputar problematika hubungan antara agama dengan ilmu maka kita harus mengenal terlebih dahulu dua definisi pengertian ‘ilmu’ yang jauh berbeda satu sama lain,yaitu definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang Tuhan dan versi sudut pandang manusia yang lahir melalui kacamata sudut pandang materialist.
Pertama adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang materialistik yang kita kenal sebagai ‘saintisme’ yang membuat definisi pengertian ‘ilmu’ sebagai berikut : ‘ilmu adalah segala suatu yang sebatas wilayah pengalaman dunia indera’,(sehingga bila mengikuti definisi saintisme maka otomatis segala suatu yang bersifat abstrak - gaib yang berada diluar wilayah pengalaman dunia indera menjadi tidak bisa dimasukan sebagai wilayah ilmu).faham ini berpandangan atau beranggapan bahwa ilmu adalah ‘ciptaan’ manusia sehingga batas dan wilayah jelajahnya harus dibingkai atau ditentukan oleh manusia.
Kedua adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang Tuhan yang mengkonsepsikan ‘ilmu’ sebagai suatu yang harus bisa mendeskripsikan keseluruhan realitas baik yang abstrak maupun yang konkrit sehingga dua dimensi yang berbeda itu bisa difahami secara menyatu padu sebagai sebuah kesatuan system.pandangan Ilahiah ini menyatakan bahwa ilmu adalah suatu yang berasal dari Tuhan sehingga batas dan wilayah jelajahnya ditentukan oleh Tuhan dan tidak bisa dibatasi oleh manusia,artinya bila kita melihatnya dengan kacamata sudut pandang Tuhan dalam persoalan cara melihat dan memahami ‘ilmu’ manusia harus mengikuti pandangan Tuhan.
Bila kita merunut asal muasal perbedaan yang tajam antara konsep ilmu versi saintisme dengan konsep ilmu versi Tuhan sebenarnya mudah : kekeliruan konsep ‘ilmu’ versi saintisme sebenarnya berawal dari pemahaman yang salah atau yang ‘bermata satu’ terhadap realitas,menurut sudut pandang materialist ‘realitas’ adalah segala suatu yang bisa ditangkap oleh pengalaman dunia indera,sedang konsep ‘realitas’ versi Tuhan : ‘realitas’ adalah segala suatu yang diciptakan oleh Tuhan untuk menjadi ‘ada’,dimana seluruh realitas yang tercipta itu terdiri dari dua dimensi : yang abstrak dan yang konkrit,analoginya sama dengan realitas manusia yang terdiri dari jiwa dan raga atau realitas komputer yang terdiri dari software dan hard ware.
Berangkat dari pemahaman terhadap realitas yang bersifat materialistik seperti itulah kaum materialist membuat definisi konsep ilmu sebagai berikut : ‘ilmu adalah segala suatu yang sebatas wilayah pengalaman dunia indera’ dan metodologi ilmu dibatasi sebatas sesuatu yang bisa dibuktikan secara empirik.
Ini adalah konsep yang bertentangan dengan konsep dan metodologi ilmu versi Tuhan,karena realitas terdiri dari dua dimensi antara yang konkrit dan yang abstrak maka dalam pandangan Tuhan (yang menjadi konsep agama) konsep ‘ilmu’ tidak bisa dibatasi sebatas wilayah pengalaman dunia indera dan metodologinya pun tidak bisa dibatasi oleh keharusan untuk selalu terbukti langsung secara empirik oleh mata telanjang,sebab dibalik realitas konkrit ada realitas abstrak yang metodologi untuk memahaminya pasti berbeda dengan metodologi untuk memahami ilmu material (sains),dan kedua : manusia bukan saja diberi indera untuk menangkap realitas yang bersifat konkrit tapi juga diberi akal dan hati yang memiliki ‘mata’ dan pengertian untuk menangkap dan memahami realitas atau hal hal yang bersifat abstrak.dimana akal bila digunakan secara maksimal (tanpa dibatasi oleh prinsip materialistik) akan bisa menangkap konstruksi realitas yang bersifat menyeluruh (konstruksi yang menyatu padukan yang abstrak dan yang konkrit),dan hati berfungsi untuk menangkap essensi dari segala suatu yang ada dalam realitas ke satu titik pengertian.

Anonymous said...

Sebelum kita berbicara secara panjang lebar seputar hubungan antara agama dengan ilmu dengan segala problematika yang bersifat kompleks yang ada didalamnya maka untuk mempermudah mengurai benang kusut yang terjadi seputar problematika hubungan antara agama dengan ilmu maka kita harus mengenal terlebih dahulu dua definisi pengertian ‘ilmu’ yang jauh berbeda satu sama lain,yaitu definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang Tuhan dan versi sudut pandang manusia yang lahir melalui kacamata sudut pandang materialist.
Pertama adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang materialistik yang kita kenal sebagai ‘saintisme’ yang membuat definisi pengertian ‘ilmu’ sebagai berikut : ‘ilmu adalah segala suatu yang sebatas wilayah pengalaman dunia indera’,(sehingga bila mengikuti definisi saintisme maka otomatis segala suatu yang bersifat abstrak - gaib yang berada diluar wilayah pengalaman dunia indera menjadi tidak bisa dimasukan sebagai wilayah ilmu).faham ini berpandangan atau beranggapan bahwa ilmu adalah ‘ciptaan’ manusia sehingga batas dan wilayah jelajahnya harus dibingkai atau ditentukan oleh manusia.
Kedua adalah definisi pengertian ‘ilmu’ versi sudut pandang Tuhan yang mengkonsepsikan ‘ilmu’ sebagai suatu yang harus bisa mendeskripsikan keseluruhan realitas baik yang abstrak maupun yang konkrit sehingga dua dimensi yang berbeda itu bisa difahami secara menyatu padu sebagai sebuah kesatuan system.pandangan Ilahiah ini menyatakan bahwa ilmu adalah suatu yang berasal dari Tuhan sehingga batas dan wilayah jelajahnya ditentukan oleh Tuhan dan tidak bisa dibatasi oleh manusia,artinya bila kita melihatnya dengan kacamata sudut pandang Tuhan dalam persoalan cara melihat dan memahami ‘ilmu’ manusia harus mengikuti pandangan Tuhan.
Bila kita merunut asal muasal perbedaan yang tajam antara konsep ilmu versi saintisme dengan konsep ilmu versi Tuhan sebenarnya mudah : kekeliruan konsep ‘ilmu’ versi saintisme sebenarnya berawal dari pemahaman yang salah atau yang ‘bermata satu’ terhadap realitas,menurut sudut pandang materialist ‘realitas’ adalah segala suatu yang bisa ditangkap oleh pengalaman dunia indera,sedang konsep ‘realitas’ versi Tuhan : ‘realitas’ adalah segala suatu yang diciptakan oleh Tuhan untuk menjadi ‘ada’,dimana seluruh realitas yang tercipta itu terdiri dari dua dimensi : yang abstrak dan yang konkrit,analoginya sama dengan realitas manusia yang terdiri dari jiwa dan raga atau realitas komputer yang terdiri dari software dan hard ware.
Berangkat dari pemahaman terhadap realitas yang bersifat materialistik seperti itulah kaum materialist membuat definisi konsep ilmu sebagai berikut : ‘ilmu adalah segala suatu yang sebatas wilayah pengalaman dunia indera’ dan metodologi ilmu dibatasi sebatas sesuatu yang bisa dibuktikan secara empirik.
Ini adalah konsep yang bertentangan dengan konsep dan metodologi ilmu versi Tuhan,karena realitas terdiri dari dua dimensi antara yang konkrit dan yang abstrak maka dalam pandangan Tuhan (yang menjadi konsep agama) konsep ‘ilmu’ tidak bisa dibatasi sebatas wilayah pengalaman dunia indera dan metodologinya pun tidak bisa dibatasi oleh keharusan untuk selalu terbukti langsung secara empirik oleh mata telanjang,sebab dibalik realitas konkrit ada realitas abstrak yang metodologi untuk memahaminya pasti berbeda dengan metodologi untuk memahami ilmu material (sains),dan kedua : manusia bukan saja diberi indera untuk menangkap realitas yang bersifat konkrit tapi juga diberi akal dan hati yang memiliki ‘mata’ dan pengertian untuk menangkap dan memahami realitas atau hal hal yang bersifat abstrak.dimana akal bila digunakan secara maksimal (tanpa dibatasi oleh prinsip materialistik) akan bisa menangkap konstruksi realitas yang bersifat menyeluruh (konstruksi yang menyatu padukan yang abstrak dan yang konkrit),dan hati berfungsi untuk menangkap essensi dari segala suatu yang ada dalam realitas ke satu titik pengertian.

oakleyses said...

chanel handbags, christian louboutin shoes, tory burch outlet, oakley sunglasses, oakley sunglasses, tiffany jewelry, jordan shoes, air max, burberry pas cher, nike outlet, jordan pas cher, michael kors pas cher, louis vuitton outlet, nike free run, louis vuitton outlet, longchamp pas cher, louis vuitton, replica watches, christian louboutin, nike air max, prada handbags, nike free, polo ralph lauren, oakley sunglasses, sac longchamp pas cher, christian louboutin uk, tiffany and co, gucci handbags, ray ban sunglasses, longchamp outlet, ugg boots, replica watches, nike air max, uggs on sale, prada outlet, kate spade outlet, nike roshe, louboutin pas cher, polo ralph lauren outlet online, polo outlet, longchamp outlet, louis vuitton outlet, oakley sunglasses wholesale, ugg boots, cheap oakley sunglasses, ray ban sunglasses, christian louboutin outlet

oakleyses said...

burberry outlet, michael kors outlet online, ray ban pas cher, michael kors outlet online, hollister pas cher, converse pas cher, polo lacoste, coach purses, uggs outlet, true religion jeans, ray ban uk, true religion outlet, coach outlet, burberry handbags, replica handbags, nike air max uk, true religion outlet, michael kors outlet, michael kors, hogan outlet, nike tn, hollister uk, nike blazer pas cher, vans pas cher, north face, nike free uk, true religion outlet, michael kors outlet, coach outlet store online, nike air max, nike roshe run uk, north face uk, kate spade, abercrombie and fitch uk, michael kors outlet online, lululemon canada, michael kors, guess pas cher, oakley pas cher, sac hermes, nike air force, michael kors outlet online, sac vanessa bruno, mulberry uk, timberland pas cher, ralph lauren uk, michael kors outlet, new balance

oakleyses said...

herve leger, nike air max, nike trainers uk, chi flat iron, ray ban, oakley, wedding dresses, louboutin, gucci, hermes belt, bottega veneta, reebok outlet, new balance shoes, beats by dre, vans outlet, ghd hair, timberland boots, giuseppe zanotti outlet, hollister, ferragamo shoes, valentino shoes, hollister, converse outlet, instyler, babyliss, asics running shoes, converse, baseball bats, lululemon, nike air max, mcm handbags, north face outlet, north face outlet, jimmy choo outlet, iphone cases, mac cosmetics, nike roshe run, vans, insanity workout, soccer jerseys, p90x workout, ralph lauren, nike huaraches, soccer shoes, hollister clothing, nfl jerseys, longchamp uk, mont blanc pens, celine handbags, abercrombie and fitch

oakleyses said...

canada goose, moncler outlet, montre pas cher, louis vuitton, ugg uk, swarovski crystal, barbour, supra shoes, wedding dresses, pandora jewelry, marc jacobs, replica watches, pandora charms, pandora jewelry, lancel, moncler, canada goose outlet, moncler, links of london, canada goose uk, ugg,uggs,uggs canada, coach outlet, louis vuitton, swarovski, pandora uk, barbour uk, moncler, karen millen uk, doudoune moncler, ugg, moncler, canada goose outlet, juicy couture outlet, louis vuitton, canada goose, louis vuitton, moncler uk, hollister, ugg,ugg australia,ugg italia, ugg pas cher, canada goose jackets, canada goose outlet, thomas sabo, louis vuitton, moncler outlet, toms shoes, juicy couture outlet, canada goose