Wednesday, September 3, 2008

Al-Quran dan Evolusi 3

Teori evolusi dapat diringkaskan dengan akronim VISTA, iaitu Variation (tiada dua organisma atau individu yang serupa), Inheritance (organisma mewariskan trait-trait genetik kepada keturunan), Selection (organisma yang bervariasi berpotensi untuk terus hidup dan membiak berbanding organisma yang tidak bervariasi di sesebuah persekitaran), Time dan Adaptation (dalam tempoh beberapa keturunan, trait yang mempunyai kelebihan dalam sesuatu persekitaran akan berhimpun di dalam satu organisma untuk penyesuaian).

Allah telah memberi klu kepada kita di dalam Al-Quran bahawa dalam penciptaan manusia, Dia telah menjadikan manusia melalui transformasi dalam tempoh yang tertentu.

وَلَقَدْ خَلَقْنَـكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَـكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لأَدَمَ فَسَجَدُواْ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. (7:11)

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan ثُمَّ bererti suatu tempoh yang panjang. Perkataan صَوَّرَّْ pula memberi maksud membentuk sesuatu. Hal ini selari dengan konsep evolusi yang memerlukan masa yang panjang dan berlaku perubahan bentuk dari satu generasi ke generasi yang lain. Allah juga menggunakan perkataan كُمْ yang sepatutnya ditujukan kepada sekumpulan manusia, untuk merujuk kepada Adam.

الَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ, فِى أَىِّ صُورَةٍ مَّا شَآءَ رَكَّبَكَ

Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. (Q 82: 7-8)

لَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَـنَ فِى أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Q 95:4)

Perkataan تَقْوِيمٍ bermaksud menyusun sesuatu dengan sebaik-baik perancangan, menunjukkan penciptaan manusia melalui satu aturan yang sangat rapi dan terancang.

Sekadar artikel pendek. Wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Hmm mungkin ayat 12-16 dari surah mukminun berikut boleh menjadi dalil kapada apa yang anda cuba sampaikan..

{ وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلإِنْسَانَ مِن سُلاَلَةٍ مِّن طِينٍ }

And, by God, We certainly created man, Adam, from an extraction (min sulālatin, derives from [the verbal expression] salaltu’l-shay’a mina’l-shay’, ‘I drew one thing out of another’, meaning, ‘I extracted it therefrom’) his [Adam’s] substance being, of clay (min tīnin is semantically connected to sulālatin, ‘an extraction’).

{ ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ }

(Then placed him as a drop (of seed) in a safe lodging) in the womb of his mother for forty days;

{ ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَاماً فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَامَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقاً آخَرَ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَالِقِينَ }

(Then fashioned We) then We transformed (the drop) into (a clot) for another forty days, (then fashioned We) then We transformed (the clot) into (a little lump) for forty days, (then fashioned We) the We transformed (the little lump) into (bones) without flesh, (then clothed the bones with flesh) joints, veins and other things, (and then produced it another creation) and then We placed in it the spirit. (So blessed be Allah, the Best of Creators) the Best of Transformers!

{ ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتُونَ }

(Then lo! after that ye surely die.

{ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ }

Then lo! on the Day of Resurrection ye are raised (again)) you will be given life again.

WaLLahu A'lam.

Anonymous said...

Salam

Wajah baru!

"Apa itu evolusi? Secara amnya evolusi adalah kemajuan (progress) atau perkembangan (development). Secara khususnya, bermula dari Darwin, evolusi dikhususkan kepada kemajuan dan perkembangan yang berasaskan kepada perubahan (mutation) kepada DNA (the blurprint of life). Dari sesuatu yang khusus, hanya untuk menceritakan perkembangan tentang jasmani kehidupan, tidak disangkal evolusi atau Darwinism berkembang ke seluruh kehidupan, samada jasmani atau konsep pemikiran (ideology)." - Dari http://saifulislam.com/?p=776#comment-30684