Fragmen kitab : Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyah Wujud al-Khaliq wa
Wazifah al-Makhluq (Keyakinan Hakiki Kewujudan Maha Pencipta dan Tugas
Makhluk di Alam Semesta)
Pengarang : Allahyarham ‘Allamah Dr Said Ramadan al-Buti
Penterjemah : Muhammad Sulaiman Yasin
Halaman : 179-203
Persoalan kaitan perbuatan manusia dengan qada’ qadar dan
persoalan keadilan Allah sering mengundang kerumitan, sehingga adakalanya boleh
menjerumuskan ke lembah kekufuran, wal’iyazubillah. Semoga fragmen di
bawah ini mampu memberikan jawapan permulaan kepada mereka yang benar-benar
mencari hakikat kebenaran.
Fragmen ini disedut dari perbahasan tentang Ketuhanan dalam
bab yang ketiga daripada kitab tersebut. Untuk menghayati dan mengikuti
perbahasan dengan lebih baik, adalah dianjurkan untuk membaca kitab tersebut
daripada permulaannya.
KEDUDUKAN IRADAT MANUSIA DI HADAPAN IRADAT ALLAH S.W.T.
Setakat ini kita telah pun mengetahui bahawa lradat
Allah s.w.t. adalah mutlak dan sempurna,
layak untuk berta’alluq dengan segala mumkinat atau segala yang mumkin.
Maka bagaimana kita dapat memahami atau menggambarkan bahawa di samping lradat
Allah s.w.t., manusia juga mempunyai iradat? Kita juga mengetahui dengan
yakin berdasarkan mushahadah dan percubaan atau pengalaman bahawa manusia
menghendaki dan bebas memilih dalam banyak perlakuan dan pemikirannya, maka
apakah bentuk Iradat manusia dan apakah hakikatnya? Seterusnya apakah
nasib kesudahannya di sisi Iradat Allah s.w.t.?
Jawabnya, ketika Allah s.w.t. mencipta manusia, Dia telah
menyediakan baginya dua tindakan.
Pertama, jenis yang sama seperti yang
ada pada semua makhluk lain dari jenis jamad(objek keras seperti batuan
dan logam), nabat (tumbuhan) dan haiwan. Bahkan juga jenis cakerawala, iaitu pergerakan atau perlakuan
yang di luar kemahuan dan pemilihannya. Sama ada yang berupa pergerakan yang
dikuasai oleh peraturan alam benda atau alam fizik, seperti sistem pertumbuhan
dan kesuburan serta segala yang berkaitan dengannya, seperti kuat dan lemah, kelahiran
dan kematian, sistem pernafasan, system penghadaman makanan, dan sistem lain
yang ada di dalam tubuh badan. Ataupun pergerakan yang berupa perasaan dan
emosi dalam jiwa manusia, seperti lapar, kenyang, dahaga, suka, duka dan
seumpamanya.
Kedua, pergerakan yang lahir daripada rahsia yang sungguh menakjubkan yang
khusus disediakan dalam diri manusia, iaitu tenaga lradat dan Ikhtiar.
Sesungguhnya lradat Allah s.w.t. telah berta’alluq untuk
menanamkan rahsia tersebut dalan batin diri manusia, yang menjadi titik pusatan
kepada taklif ke atas manusia. Juga untuk menjadikannya sebagai sumber
yang dapat melahirkan kebanyakan tindakan dan perlakuan. Itulah yang dinamakan bebas dalam membuat pilihan. Ini
bermakna bahawa Iradat Allah s.w.t. telah berta'alluq untuk menjadikan
anda {atau manusia itu) berkehendak atau mempunyai lradat. Dengan itu lradat
Allah s.w.t. telah melimpahi dan menyerapi ke arah apa yang anda kehendaki dan
anda bebas memilihnya.
Maka tiada percanggahan di antara Iradat Allah s.w.t. dengan
pilihan anda melalui iradat anda yang dilimpahkan oleh Allah s.w.t. Jika
diandaikan bahawa Allah s.w.t. tidak menghendaki sesuatu perbuatan atau
tindakan yang anda pilih dengan iradat anda, maka ini bermakna bahawa
Allah s.w.t. tidak menghendaki iradat anda yang anda arahkan kepada
perbuatan atau tindakan tersebut. Ketika itu telah berlaku percanggahan"
iaitu bercanggah dengan apa yang sabit bahawa Allah s.w.t. telah menghendaki
bagi anda untuk menjadi orang yang berkehendak (muridan) atau yang mempunyai iradat. Dan juga bercanggah dengan
hakikat bahawa Allah s.w.t. telah menyediakan secara khusus suatu rahsia dalam
kejadian manusia. Dengan itu maka sabitlah yang sebaliknya, iaitu terbatalnya
andaian bahawa Allah s.w.t. tidak menghendaki perbuatan atau tindakan di mana anda
bebas memilih untuk melakukannya.
Kita kemukakan satu contoh yang dapat mendekatkan hakikat ini
kepada kefahaman anda. Seorang pembantu rumah telah diterima bekerja di rumah
anda. Anda mahu mengetahui sejauh mana benar, jujur dan amanahnya dia dalam
menjalankan kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Untuk tujuan
itu anda memberi sejumlah wang dan menyuruhnya pergi ke pasar untuk membeli
barang-barang keperluan. Anda memberi kebebasan penuh kepadanya untuk
menyempurnakan apa yang anda pinta, tanpa diperhati atau tanpa suatu kawalan yang
dapat menyusahkan atau menyulitkan kebebasannya.
Anda bertindak demikian adalah kerana anda sengaja mahukan si
pembantu rumah itu berasa bebas sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan,
iaitu mengikut suara hati kecilnya atau
daya fikiran batinnya sahaja. Tegasnya, hanya berdasarkan sepenuhnya kepada
daya iradat yang dimilikinya, sehinggalah dengan itu anda mengetahui
benar-benar apa yang ada dalam isi hatinya. Jika dia kembali ke rumah dan anda
dapati dia tidak amanah tentang wang yang diberi, juga pada barang yang dibelinya,
maka dalam keadaan ini anda sebenarnya menghendaki natijah tersebut. Jika dia
kembali dan anda dapati dia telah berlaku begitu jujur dan amanah, maka dalam
keadaan ini juga anda menghendaki natijah tersebut. lni kerana anda tidak membiarkan
dia bebas bertindak dan melakukan tindakan seperti yang dikehendakinya melainkan
kerana anda juga mahukan atau menghendaki natijahnya, walau apa pun bentuk
natijah tersebut, sama ada anda menyukainya atau tidak.
Dengan penjelasan ini anda dapat mengetahui bahawa iradat
insan di sisi Iradat Allah s.w.t. diumpamakan seperti iradat
pembantu rumah tadi di sisi iradat tuannya. Hanya bagi Allah s.w.t. jua
contoh misalan yang Maha Tinggi. Iradat kita yang berta'alluq dengan segala
perlakuan atau tindakan yang bebas, adalah terkandung di bawah Iradat Allah
s.w.t. Tetapi bukan dengan cara paksaan atau digagahi, seperti Iradat
Allah s.w.t. yang berta'alluq dengan pergerakan di luar kemahuan dan
pilihan yang bebas (seperti pergerakan pelbagai sistem dalam susunan fizikal atau
tubuh badan manusia), sebaliknya melalui limpahan atau penyediaan 'Rahsia lradat dan lkhtiar'dalam
batin diri kita. Di antara hikmatnya supaya dengan ketentuan Iradat itu anda dapat mengusahakan apa yang anda
sukai tanpa paksaan, agar terjelma hal batin (kehendak, kemahuan dan pilihan)
anda dalam perlakuan anda, yang dengannya akan melayakkan anda menerima
ganjaran pahala atau balasan dosa daripada Allah s.w.t. Jelaslah bahawa dengan
sebab iradat inilah perlakuan atau perilaku anda itu menjadi salah satu
daripada muradatu llah.
Demikian juga anda mengetahui bahawa tiada suatu pun yang
berlaku dalam kekuasaan dan milik Allah s.w.t melainkan yang dikehendaki-Nya.
Ini tidak bercanggah dengan pemberian Iradat atau kehendak Allah s.w.t.
kepada anda, sebagaimana juga tidak bercanggahnya ilmu Allah s.w.t. yang
mengetahui segala sesuatu dengan ilmu yang diberi kepada anda yang dengannya
anda mengetahui sebahagian kecil daripada makhluk ciptaan-Nya.
PERBEZAAN DI ANTARA IRADAT DAN REDA
Mungkin anda masih ingin meneruskan soalan, "Mengapa pula
Allah s.w.t. memberi balasan kepada manusia atas perbuatan yang sebenarnya
adalah juga daripada muradatu 'llah (kehendak Allah)? Bahkan bagaimana
pula, pada waktu yang sama perlakuan atau perbuatan yang ditegah dan dilarang
oleh Allah s.w.t. itu adalah termasuk dalam muradatu IIah?"
Jawapannya, "Kemusykilan anda ini adalah pecahan daripada
sangkaan atau kewahaman yang seyogia anda berwaspada daripada termasuk ke
perangkapnya, iaitu anda menyangka bahawa Iradat Allah s.w.t. dan
suruhan-Nya adalah sama atau satu makna, dengan erti setiap satu melazimi yang
lain. Ini adalah satu kesilapan besar. Anda telah pun mengetahui bahawa tiada
suatu pun yang berlaku di alam semesta ini melainkan dengan lrodat-Nya
yang mutlak. Kalau tidak sudah pasti adanya suatu yang mawjud yang di luar atau
mengatasi kehendak atau lradat Allah s.w.t. Ini adalah gambaran yang
paling jelas kepada kelemahan dan kekurangan pada Allah s.w.t. yang termahasuci
Allah s.w.t. daripadanya. Anda Juga tahu bahawa Allah s.w.t. telah berfirman di
dalam Kitab-Nya:
وَلَا يَرۡضَىٰ لِعِبَادِهِ ٱلۡكُفۡرَۖ وَإِن
تَشۡكُرُواْ يَرۡضَهُ لَكُمۡۗ
Terjemahan: ... dan Dia tidak meredai kekafiran bagi
hamba-Nya, dan Jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredai bagimu kesyukuranmu
itu.
(Surah al-Zumar 39:7)
Jadi, kekafiran Abu Jahal umpamanya, termasuk dalam muradaru
'llah, tetapi tidak termasuk dalam senarai yang diredai Allah s.w.t. kerana
tidak termasuk dalam perkara yang disuruh dan diperintah oleh Allah s.w.t., berdasarkan
dalil yang jelas dan tegas dalam.ayat di atas.
Contoh pembantu rumah yang kita kemukakan sebelum ini dapat menyedarkan kita kepada hakikat
ini. Telah pun kita tegaskan bahawa ketika anda membiarkan pembantu rumah tadi
bertindak dan melakukan dengan sepenuh kebebasan ke atas wang yang anda berikan
itu, tidak lain dan tidak bukan bahawa anda menghendaki untuk mengetahui natijah
daripada pembantu rumah tersebut, apa pun juga natijahnya, sama ada natijah itu
anda suka ataupun tidak.... Hakikat ini dapat kita rasakan melalui pengalaman
atau kegiatan yang bersifat peribadi, ataupun melalui mu'amalah kita dengan
orang lain. Sebagai contoh lagi, tentu sekali saya tidak suka kalau ada
daripada pelajar di bawah penyeliaan saya yang tidak lulus atau gagal dalam mata
pelaJaran. Selalu saya ulangi supaya pelajar-pelajar saya berusaha dan mempertingkatkan
daya usaha mereka. Namun demikian, pada akhir tahun pengajian, saya akan membuat
ujian atau peperiksaan. Sudah pasti iradat saya atau kehendak saya
berjalan menuju kepada natijah yang akan diketahui melalui ujian tersebut.
Jadi, apabila saya mahu membuat ujian tersebut maka saya juga mahu mengetahui
natijahnya, walau apa natijahnya, berjaya ataupun gagal. Dalam contoh ini tiada
sesiapa pun yang berakal akan mengatakan adanya percanggahan di antara suruhan
saya kepada "pelajar-pelajar supaya bersungguh-sungguh dalam pelajarannya
dengan iradat atau kemahuan saya untuk melihat natijah sebenar daripada
ujian dan peperiksaan tersebut.
lni membuktikan bahawa iradat tidak melazimi atau memastikan
perintah dan suruhan dan juga tidak memastikan rasa reda atau rela kepada
sesuatu yang dikehendaki. Inilah antara kesilapan atau kegelinciran yang membingungkan
Mu'tazilah sehingga menghasilkan pendapat yang mengelirukan.
Jika anda cuba mendalamkan pengamatan kepada penjelasan yang
telah kita kemukakan, anda dapat memahami bahawa manusia, dalam semua perbuatan
dan tindakan yang di bawah pilihannya atau yang bersifat ikhtiari (ikhtiyariyyah),
bergerak dalam garis lingkungan Iradat
llahiyyah tanpa suatu pun yang terkeluar dari-Nya. Anda juga dapat memahami
tiada percanggahan di antara keadaan manusia ltu bebas berkehendak dan bebas memilih
dalam semua tindakan ini dengan keadaan manusia tidak terkeluar darlpada garis
lingkungan lradat Ilahiyyah.
Keadaannya tidak seperti yang disangka oleh sesetengah golongan yang cetek
fikirannya bahawa selama perbuatan manusla itu terhasil daripada lradat
Allah s.w.t. maka tiada kebebasan dan tiada usaha ikhtiar baginya. Hal yang
sedemikian itu hanya boleh dikatakan benar jika seorang pelajar yang gagal
dalam ujian yang diberi kepadanya itu boleh dan dibenarkan membantah gurunya
dengan mengatakan, “Saya telah dipaksa gagal, kerana tuan sememangnya mahukan saya
gagal, apabila tuan membuat ujian!" Keadaan tersebut juga tidak benar
kecuali jika pembantu rumah boleh dan dibenarkan membantah tuannya dengan
mengatakan, "Saya telah dlpaksa berlaku khianat kepada tuan di bawah kuasa
dan kemahuan tuan yang mahukan saya diuji dan diberi kebebasan penuh ke atas harta tuan!" Yang jelasnya, tiada
siapa pun daripada orang yang berakal dapat menerima kata-kata alasan tersebut,
bahkan tidak akan ada yang sudi mendengarnya.
Untuk menerangkan hakikat ini, al-‘Allamah Sa'du 'd-din al-Taftazani
(dalam Syarh al-‘Aqaid al-Nasafiyyah) menjelaskan, "Jlka dikatakan;
setelah menta'mimkan (mengeneralisasikan) ilmu dan Iradot ke atas Allah
s.w.t. maka al-jabr atau paksaan
adalah suatu kepastian, kerana kedua-duanya, jika berta'alluq dengan
perbuatan yang wajib, maka jadi wajiblah dia, ataupun jika berta'alluq
dengan yang tidak wajib maka tidak wajiblah ia. Tiada ikhtiar pada sesuatu yang
berserta dengan yang wajib dan yang tertegah." Kita jawab, "Dia (Allah)
mengetahui dan menghendaki bahawa hamba-Nya melakukannya atau tidak melakukannya
dengan pilihannya sendiri. Maka tiada kemusykilan dalam masalah tersebut."
Jika anda menghujahkan, "Apa yang dikatakan ini dapat difahami
dan diterima jika tiada ayat al-Qur'an yang membatalkan pendapat atau pandangan
yang anda katakan itu, kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa manusia tidak
mempunyai kehendak atau iradat melainkan dengan izin Allah s.w.t. dan
kehendak-Nya." Ayat tersebut ialah:
وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُۚ إِنَّ
ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
Terjemahan: Dan kamu tidak menghendaki (menempuh jalan
itu), kecuali bila dikehendaki AIIah. Sesungguhnya AIIah adalah Maha Mengetahui
lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-lnsan 76: 3O)
Jawapannya, ayat ini sebenarnya menjadi asas kepada pendapat
yang telah kita kemukakan. Ayat ini dengan tegas dan jelas menerangkan bahawa
manusia tidak memiliki atau menikmati daya iradat dalam batin dirinya,
yang dengan rahsia iradat tersebut mengarah supaya memilih perbuatan dan
tindakan yang dikehendaki, sekiranya Allah s.w.t. tidak berkehendak untuk
menyediakan atau meletakkan 'rahsia teragung' ini dalam batin diri manusia. Ini
adalah hakikat yang amat jelas. Saya sekarang memilih untuk menumpukan masa dan
waktu untuk menulis kajian penting dalam buku ini. Tetapi dari manakah saya mendapat
daya memilih itu yang merupakan rahsia teragung dalam batin diri saya,
sekiranya Allah s.w.t. tidak berkehendak untuk mencampakkan sesuatu daripada rahsia
tersebut, semata-mata dengan pemberian dan kurniaan-Nya!!!? Nah, sekarang Allah
s.w.t. telah menghendaki saya mempunyai iradat untuk melakukan tindakan
yang saya bebas memilihnya. Bukankah saya sekarang ini sudah menjadi orang yang
berkehendak dan bebas membuat pilihan?
Tidakkah perbuatan yang saya hasilkan itu adalah natijah daripada iradat
saya sekalipun saya meyakini bahawa iradat atau kehendak saya itu tetap berada
dalam lingkungan daerah lradat llahiyyah!?"
Demi Allah, kita sungguh berasa penuh hairan dan akan terus
berasa hairan dengan sikap manusla seperti ini, yang berpegang kepada ayat di
atas, kemudian terus-menerus cuba meruntuhkan anugerah kurniaan Ilahi yang
teragung kepada manusla, selepas anugerah kurnlaan akal fikirannya, iaitu
anugerah kurniaan iradat dan daya kebebasan memilih atau ikhtlar.
Dalam usaha tersebut, apakah gerangan yang akan mereka
lakukan terhadap firman Allah s.w.t. dalam ayat-ayat berikut:
وَنَفۡسٍ۬
وَمَا سَوَّٮٰهَا فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا
Terjemahan: Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
maka AIIah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
(Surah al-Syams 91: 7-8)
إِنَّا
خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٍ۬ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ
سَمِيعَۢا بَصِيرًا
Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia
daripada setitik mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan
perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.
(Surah al-Insan 76:2)
أَلَمۡ
نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ
وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Terjemahan: Bukankah Kami telah memberi kepadanya dua biji
mata, lidah dan sepasang bibir. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.
(Surah al-Balad 90:8-10)
Selain apa yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa
maklumat penting yang ada hubungannya dengan kajian yang terdahulu, iaitu
tentang masalah Qada’ dan Qadar yang akan kita jelaskan dalam bahagian
terakhir.
QADA' DAN QADAR
PENGERTIAN DAN HUKUM MENGIMANINYA
Keperluan atau kepastian beriman kepada Qada dan Qadar berpunca
daripada dua dalil:
Pertama: Hadith Sahih yang diriwayatkan oleh Muslim:
الإيمان أن تؤمن بالله وملائكته
وكتبه ورسله وباليوم الأخر وبالقدر خيره وشره
Terjemahan: Iman ialah beriman kepada Allah, para
malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para rasul-Nya, hari kiamat dan qadar baik dan
buruk.
Kedua: Natijah yang dipastikan oleh kemahasempurnaan Allah s.w.t., yang bersifat
dengan sifat Ilmu, Iradat dan Qudrat yang mutlak. Maka Qada’
adalah cabang sabitnya sifat Ilmu dan Iradat Allah s.w.t., manakala Qadar
adalah cabang daripada sabitnya sifat Qudrat bagi Allah s.w.t.
Pengertian Qada' dan Qadar
Qada’ ialah Ilmu Allah s.w.t. yang azali tentang segala sesuatu,
seluruhnya, menepati apa yang akan wujud atau akan berlaku pada masa akan
datang.
Qadar atau Takdir pula ialah mewujudkan segala sesuatu itu
benar-benar menepati Ilmu Allah s.w.t. yang azali yang berta'alluq
dengannya.
Sesetengah ulama atau pengkaji telah memberi pengertian yang
sebaliknya. Pengertian Qada’ diberi kepada Qadar dan pengertian Qadar diberi
kepada Qada’. Pengertian tersebut sememangnya mempunyai kemungkinan. Perbezaan
pendapat inl bukanlah merupakan masalah besar.
Makna wajib beriman kepada kedua-duanya -seperti yang
difahami oleh Ahl al-Sunnah wa'l-Jamaah -adalah wajib ke atas setiap yang mukallaf
nengimani bahawa Allah s.w.t. mengetahui segala perbuatan hamba-Nya sejak awal lagi
dan juga mengetahui segala yang berkaitan dengan seluruh makhluk, iaitu tentang
kebaharuannya atau berlakunya yang berterusan pada masa akan datang. Demikian
juga wajib ke atas setiap mukallaf mengimani bahawa Allah s.w.t. telah
menjadikan atau mengadakan ataupun mewujudkan, menepati dan mengikut kadar
penentuan yang khusus dan bentuk rupa yang tertentu yang telah pun ada lebih
dahulu dalam ilmu-Nya.
Daripada pengertian ini, anda dapat mengetahui bahawa tiada
hubungan sama sekali di antara Qada’ dan Qadar dengan fahaman Jabariyyah,
seperti yang disangkakan tanpa bukti oleh sesetengah golongan. Allah. s.w.t.
dengan kepastian sifat ketuhanan-Nya, atau bi mujib uluhiyyatihi mesti
mengetahui segala yang dilakukan oleh hamba-Nya dalam semua jenis atau apa pun
juga bidang perbuatannya; mengetahui akan segala apa yang akan berlaku ke atas segala
yang ada dalam milik dan kekuasaan-Nya. Kalau tidak, sudah pasti Allah s.w.t.
mempunyai kekurangan dalam sifat-sifat tersebut. Selain itu, semua ini berlaku dalam
keadaan yang menepati Ilmu Allah s.w.t. yang terdahulu tentang perkara atau
peristiwa tersebut. Kalau tidak, akan bertukarlah ilmuNya menjadi jahil. Dan
hal yang sedemikian adalah mustahil bagi Allah s.w.t.
Jelaslah bahawa semua ini tiada hubung kaitnya dengan keadaan
sama ada perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah terpaksa ataupun
semata-mata dengan kehendak dan daya kebebasan memilihnya. Kita telah pun mengetahui
(dalam perbincangan sifat Ilmu yang lalu –penyalin) bahawa Ilmu bersifat kashifah
(penyingkap, dan bukannya pemberi kesan yang merupakan tugas Qudrah,
atau pemilih yang merupakan tugas Iradah –penyalin) sahaja, yang tabiatnya
menyingkap segala perkara sepertimana hakikatnya, atau seperti apa yang akan
diwujudkan-Nya. Ilmu Allah s.w.t dalam pengertian ini tiada hubungannya dengan al-Jabr
atau ikhtiar.
Imam al-Nawawi rahimahullah dalam huraiannya tentang
kitab Sahih Muslim iaitu selepas memberi definisi Qada’ dan Qadar, telah
menjelaskan:
Kadang-kadang, ramai menyangka bahawa makna Qada’ dan Qadar
ialah Allah memaksa dan menggagahkan hambaNya dengan Qada’ dan QadarNya, sedangkan hakikatnya bukanlah
seperti yang disangkakan oleh mereka itu. Sesungguhnya makna keduanya adalah
memberitahu bahawa Ilmu Allah telah mengetahui terlebih dahulu tentang usaha
perbuatan hambaNya, dan keluarnya ia daripada taqdir daripadaNya.
Imam Ibn Hajar pula ketika menghuraikan Hadith dari Ibnu
'Umar tentang Iman, telah memberi definisi Qada’ katanya:
Qada’ ialah Ilmu Allah tentang perkara-perkara sepertimana
hakikatnya, dan Qadar ialah Dia menjadikan perkara-perkara tersebut bersesuaian
dengan Ilmu-Nya.
KHALIQIYYATU ‘L-LAH (PENCIPTAAN ALLAH) KEPADA PERBUATAN
MANUSIA TIDAK MENAFIKAN IKHTIAR
Mungkin masih ada yang mengemukakan kemusykilan dalam bentuk
pertanyaan, "Katakanlah bahawa Ilmu Allah s.w.t. tiada hubungan dengan
sesuatu melainkan dalam bentuk al-Kasyf seperti yang anda jelaskan.
Tetapi tidakkah kewujudan sesuatu itu yang ditentukan oleh Allah s.w.t. akan
wujud, iaitu yang diketahui oleh-Nya akan wujud dengan kepastian penciptaan-Nya
(bimujib khalqih) dan dengan kepastian lradat-Nya (bimujib
lradatih)? Jadi, perkara ini berakhir juga dengan terpaksa dan tergagah.
Kalaupun tidak bersangkut dengan Ilmu maka tetap bersangkut dengan penciptaan
dan lradat!"
Jawapannya, "Segala sesuatu tidak wujud dan berbentuk
melainkan dengan penciptaan Allah s.w.t., tidak juga sempurna melainkan dengan lradat-Nya.
Ini telah pun kita jelaskan sebelum lni. Adapun yang membawa kepada paksaan
atau tergagah seperti yang anda sangkakan itu maka berikut ini kita kemukakan
penjelasan tentang tidak benarnya sangkaan anda itu dari dua sudut. Pertama
dari sudut masalah penciptaan (al-khalq) dan kedua dari sudut Iradat
(al-Iradah)."
Makhluk ciptaan Allah s.w.t. terbahagi kepada dua:
Pertama, makhluk (yang dicipta) yang tidak diusahakan oleh seseorang pun atau di
luar usaha dan ikhtiar. Iaitu segala yang berlaku di alam semesta secara
terpaksa dan termesti, seperti pergerakan dan peredaran bintang dan cakerawala,
perubahan dan peralihan musim, pertumbuhan dan pembesaran pokok dan
tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia, perjalanan pelbagai sistem pada anggota
manusia dan pergerakannya. Dalam bahagian ini kita tidak akan membincangkan hal
ini kerana tidak mengandungi kemusykilan, terutama jika kita menyedari bahawa
manusia tidak ditaklif dengan perbuatan yang di luar kehendak dan ikhtiyarnya dan
tiada hubungan dengan ganjaran pahala atau dosa.
Kedua, perkara yang diusahakan, di mana manusia bersifat dengannya melalui
daya dan usaha yang bebas mengikut pilihannya, seperti perbuatan makan, minum,
belajar, bekerja dan lain-lainperbuatan atau tindakan yang dilakukan dengan
penuh kesedaran dan kebebasan memilih. Inilah bahagian yang ada kaitan dengan
kemusykilan dalam masalah Qada' dan Qadar.
Perlulah diketahui dan disedari bahawa perbuatan manusia
termasuk dalam kumpulan makhluk atau ciptaan Allah s.w.t. Maka AIIah s.w.t.
mencipta kesungguhan anda dalam pelajaran atau sebaliknya. Dialah yang mencipta
segala tindakan dan kegiatan di tubuh anda, sama ada yang bersifat ketaatan atau kederhakaan. Hakikat
ini terbukti dengan dalil akal yang jelas, kerana jika perbuatan dan tindakan
anda itu bukan penciptaan Allah s.w.t. dan Qudrat-Nya, nescaya Allah s.w.t.
tidak bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, juga bererti bahawa perbuatan
dan tindakan anda itu tercipta daripada kesan lain yang memberi kesan yang
bebas dan tersendiri. Hal yang sedemikian adalah mustahil atas Allah s.w.t. telah kita mafhum daripada dalil Naqli yang yakin :
وَخَلَقَ
ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا
Terjemahan: … dan Dia mencipta segala sesuatu dan Dia
menetapkan ukuran-ukuranya dengan serapi-rapinya.
(Surah al-Furqan 25:2)
Maka tidak syak dan tidak diragukan bahawa perbuatan itu
termasuk dalam keumuman perkataan ‘segala sesuatu’ atau kullu syay’in. Inilah
pegangan Ahl al-Sunnah wa 'l-Jamaah. Tanpa diragukan bahawa perbuatan atau
tindakan manusia termasuk dalam 'sesuatu'.
Penciptaan Allah s.w.t. terhadap segala perbuatan kita tidak
memastlkan kita terpaksa atau digagahi. Antara dua perkara tersebut, tiada ketalazumannya
yang pasti, cuma hanya dalam sangkaan atau kewahaman manusia sahaja. lni adalah
kerana tindakan anda ketika melakukan sesuatu perbuatan bergantung sepenuhnya
kepada dua perkara:
Pertama, Wujudnya perbuatan itu di alam luar, iaitu adanya bahan-bahan asasinya
bersifat material dan juga bersifat spiritual (maddi dan ma’nawi).
Kedua, Terdapatnya perbuatan tersebut pada anda melalui gerakan dan
kebangkitan iradat anda kepadanya. Jadi, anda adalah orang yang
berkehendak dan mempunyai kebebasan memilih sebagai sifatnya orang yang
mendapat perbuatan dan menggerakkan kemahuan kepadanya, bukan sebagai sifatnya
yang mencipta dan mengadakan bahan dan unsurnya.
Hakikat di atas dapat dijelaskan dengan contoh berikut:
Tangan dengan segala unsur pergerakan, sistem urat saraf dan
otot, sistem perjalanan darah, yang menyebabkan tangan dapat bergerak dan mempunyai
daya dan tenaga, kesemuanya itu adalah dengan ciptaan Allah s.w.t. Kertas yang
ada di hadapan anda dengan bentuk dan kandungan serta kekhususannya, adalah
ciptaan Allah s.w.t. Penerimaan yang ada pada pena (qabiliyyah) bagi
penggunaan menulis adalah juga daripada ciptaan Allah s.w.t. Pertemuan kesemua unsur
atau bahan di atas untuk mewujudkan tulisan, adalah juga daripada ciptaan Allah
s.w.t. Inilah makna ungkapan bahawa'Allah, Dialah yang mencipta perbuatan
manusia'.
Tetapi adakah hanya dengan terkumpulnya kesemua unsur tersebut
pada anda sudah dapat dinisbahkan bahawa anda telah melaksanakan perbuatan
menulis di atas kertas? Tentu tidak! Penciptaan Allah s.w.t. kepada semua unsur
dan bahan tersebut tidak bererti bahawa anda telah menulis. Untuk mewujudkan
tulisan mestilah anda berazam untuk menulis dan seterusnya tergerak iradat
anda untuk melaksanakannya. Ketika itu Allah s.w.t. mengizinkan tenaga yang
disediakan-Nya dalam tangan anda untuk menyahut kehendak atau iradat
anda tersebut, dan mengizinkan segala sistem yang ada di tangan anda untuk
membantu tujuan anda. Hasilnya, mata pena terus bergerak menulis huruf dan
menyusun perkataan, menurut apa yang anda kehendaki. Sementara kertas pula
tunduk menerima pergerakan pena di atasnya. Pada ketika itu anda disebut orang
yang menulis dan dihubungkan dengan hasil perbuatan menulis, sekalipun Allah
s.w.t. yang menciptakan segala-galanya. Jelasnya, qasad., azam dan usaha adalah
daripada anda (iaitu melalui, tenaga rahsia iradat yang diciptakan dan
disediakan oleh Allah s.w.t. dalam diri anda). Manakala perbuatan itu sendiri
dan sebab-sebab, sama ada yang terdekat ataupun yang jauh adalah daripada penciptaan
Allah s.w.t. Maka yang dibicara, dikira, diperhitungkan dan dihakimi adalah atas
qasad, iradat dan usahanya bukan atas penciptaan Allah s.w.t.
terhadap jalan, sebab dan diri perbuatan itu sendiri.
Ini adalah hakikat yang dapat kita alami dan kita lalui dalam
kehidupan sama ada dalam bidang perundangan atau kemasyarakatan. Pembicaraan di
mahkamah adalah atas usaha bukan atas hakikat perbuatan itu sendiri yang bersifat
bebas dengan dirinya sendiri. Seorang yang membawa keretanya lalu terlanggar
seseorang sehingga mati, tidak dibicarakan atas perbuatannya, kerana dia bukanlah
orang yang benar-benar melakukan perbuatan tersebut. Sebaliknya yang menjadi
pelaku secara langsung ialah kereta. Maka yang dibicarakan itu adalah kerana
usaha pemiliknya. Seseorang yang mengupah pekerja untuk menggali lubang di
tengah-tengah jalan sehingga menyebabkan kerosakan, tidak dibicarakan atas perbuatannya
itu kerana yang menggali lubang itu ialah orang lain, tetapi ia dibicarakan
atas sifatnya sebagai orang yang mengusahakan kerosakan itu. Seseorang yang membawa
seteguk racun lalu diletakkan di dalam bekas ubat di tepi seorang pesakit yang
kemudiannya meminum racun tersebut sehingga mati, akan dibicarakan dan dijalankan
hukum qisas, bukan kerana dia yang mencipta perbuatan tersebut, tetapi yang
mengusahakannya.
Allah s.w.t. membicarakan dan menghisab hamba-Nya atas apa
yang disebut al-kasb atau usaha, iaitu gerakan dari dalam batin atau jiwa
diri untuk bertindak dan melakukan perbuatan. Cuba perhatikan ayat-ayat yang
berikut:
لَا
يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا
ٱكۡتَسَبَتۡۗ
Terjemahan: AIIah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang
diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.
{Surah al-Baqarah 2:286)
ٱلۡيَوۡمَ
تُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا ڪَسَبَتۡۚ
Terjemahan: Pada hari ini setiap jiwa diberi balasan terhadap
apa yang diusahakannya.
(Surah Mu'min 40:17)
وَبَدَا
لَهُمۡ سَيِّـَٔاتُ مَا ڪَسَبُواْ
Terjemahan: Dan (jelaslah) bagi mereka akibat buruk
daripada apa yang telah mereka perbuat.
(Surah al-Zumar 39:48)
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَكۡسِبُونَ ٱلۡإِثۡمَ سَيُجۡزَوۡنَ بِمَا كَانُواْ يَقۡتَرِفُونَ
Terjemahan: Sesungguhnga orang-orang yang mengerjakan dosa,
kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang mereka
telah kerjakan.
(Surah al-An'am 6:120)
dan ayat-ayat lain yang menaskan bahawa tempat pergantungan
atau manat ganjaran pahala dan balasan dosa ialah al-kasb atau
usaha manusia yang merupakan gerakan rasa kemahuan dalam diri kepada sesuatu
yang disuruh atau ditegah. Dan Allah s.w.t. dengan kehendak-Nya telah
menjadikan penciptaan dan Qudrat-Nya sesuai dengan gerakan kemahuan manusia....
sehingga hal yang demikian itu merupakan rakaman atau pendaftaran yang membuktikan
atau mensabitkan gerakan rasa kemahuan manusia itu terjelma dalam bentuk
perbuatan.
Dengan penjelasan ini, maka dapatlah kita memahami bahawa ta'alluq
sifat al-Khalq (mencipta) dengan segala yang diketahui oleh Allah s.w.t.
akan kewujudan sejak azali tidak memastikan manusia melakukan perbuatan atau
tindakan secara terpaksa dan digagahi.
Adapun tentang ta'alluq sifat Iradat dengan
segala perbuatan manusia maka tiada kemusykilan nisbah kepada bahagian pertama,
iaitu segala mahkluk atau ciptaan Allah s.w.t. yang di luar daripada kemahuan
dan pilihan. Hanya dari bahagian kedua iaitu makhluk atau ciptaan Allah s.w.t.
yang iktisabiyyah yang diasaskan kepada usaha pilihan manusla, yang
nampaknya ada kemusykilan. Penjelasan mengenai kemusykilan ini telah pun
diterangkan dalam masalah keempat. Seperti yang telah kita jelaskan bahawa Iradat
Allah s.w.t. berta'alluq dengan mencipta suatu rahsia teragung di dalam
batin diri manusia, iaitu ‘IRADAT'. Dengan penciptaan ini maka ia
memastikan bahawa lradat Allah s.w.t. berta’alluq dengan segala
urusan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusla dengan kemahuan dan pilihannya
yang bebas. Tetapi yang demikian ini tidak memastikan manusia itu mujbar
dan mukrah atau terpaksa dan digagahi dalam segala tindak-tanduk dan
perlakuannya.
Bagaimana pula dengan firman Allah s.w.t:
وَلَوۡ
شَآءَ لَهَدَٮٰڪُمۡ أَجۡمَعِينَ
Terjemahan: Dan jika Dia menghendaki, tentulah Dia
memimpin kamu semuanya (ke jalan yang benar).
(Surah al-Nahl 16:9)
وَلَوۡ شَآءَ
رَبُّكَ لَأَمَنَ مَن فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ
ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ
Terjemahan: Dan Jika Tuhanmu menghendaki, tentuIah semua
orang yang ada di muka bumi ini beriman seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak)
memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?
(Surah Yunus 10:99)
dan banyak lagi ayat yang mengandungi makna yang sama.
Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa iradat manusia adalah dalam
genggaman Iradat Allah s.w.t.
Untuk menjelaskan kemusykilan ini, maka kita tegaskan bahawa
ayat tersebut tiada kaitannya dengan masalah yang sedang kita bincangkan.
Sebaliknya, ayat tersebut menjelaskan suatu hakikat lain yang tersendiri yang
tidak diragukan dan dipertikaikan, iaitu sekiranya Allah s.w.t., menghendaki
nescaya Dia akan mengurniakan kelutfian kepada semua manusia seluruhnya
yang menjadikan manusla itu hanya akan memilih untuk beriman, mentaati dan
memilih yang hak sahaja, tanpa sebarang pilihan padanya, tanpa keinginan untuk
menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan; ataupun terhala kepada menyakini
kebenaran sahaja tanpa daya pilihan baginya. Tetapi Allah s.w.t. tidak
menghendaki demikian, sebaliknya Allah s.w.t. menghendaki supaya manusia itu
mempunyal iradatnya, mempunyai daya kebebasan memilih di antara dua
realiti yang sentiasa saling bertarikan, iaitu tarikan keinginan nafsu dan daya
pemikiran akalnya, supaya dalam mentaati Allah s.w.t. terserlah makna jihad dan
taklif yang sebenar. Tanpa hakikat ini, para mujahidin dan mereka yang lurus dalam
perjalanan hidupnya tidak akan mendapat apa-apa ganjaran atas jihad dan
ketaatannya, kerana sememangnya tiada jihad langsung sejak asal lagi.
Inilah yang ditunjukkan oleh ungkapan di dalam ayat di atas.
Apakah hubungan maksud yang terkandung di dalam ayat ini dengan tajuk yang kita
bincangkan? Telah kita buktikan bahawa manusia mempunyai kebebasan dan berkehendak
nisbah kepada tindakan dan perbuatan ikhtiyariyyah atau yang di bawah
pilihannya.
IRADAH MANUSIA TUNDUK KEPADA KELUTFIAN ALLAH S.W.T. ATAU
SEBALIKNYA
Selain penjelasan dan keterangan yang telah kita kemukakan,
seyogialah juga kita mengetahui bahawa iradat manusia yang menerima
hembusan daripada kelutfian Allah s.w.t., lalu sentiasa mendapat taufik
daripada-Nya. Antara kesannya adalah keinginan sesetengah manusia pula diselubungi
kemurkaan dan balasan Allah s.w.t. semasa di dunia lagi. Kemahuan dan
keinginannya hanya terbuka kepada kejahatan dan sentiasa menuju ke jalan-jalan
yang membawa kepada penderitaan. Cuma sudah menjadi Sunnatu 'llah ke
atas hamba-Nya bahawa Lufu ‘llah itu mempunyai sebab-sebab tertentu yang
diusahakan oleh manusia, sebagai mana balasan Allah s.w.t. itu juga mempunyai
sebab-sebabnya.
Sesiapa yang telah berazam sejak awal dalam perjalanannya
untuk tidak menentang dan membantah hakikat kebenaran yang telah dilihat dan
diyakininya, untuk tidak mensia-siakan akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.,
sehingga dia mengimani hakikat teragung iaitu Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang
hak dan dirinya hanya sebagai hamba, seterusnya dengan penuh kerendahan diri dan
kelemahan dia memohon dan merayu dengan sepenuh harapan agar diberikan pertolongan
dan taufik dari Allah s.w.t. untuk terus berpegang kepada hukum dan
peraturannya, untuk menambah daya dan tenaganya bagi melaksanakan harapan dan
cita-citanya yang murni itu. Dia mungkin akan menerima Lutfu 'llah dan Inayah-Nya.
Lalu dengan tawfiq dan hidayat-Nya, semakin bertambah tenaga, daya akal dan
kesedaran persepsinya semakin kukuh dan mantap, terlukis makna keazaman dan
kesungguhan dalam iradatnya.
Kepada golongan ini Allah s.w.t. merakamkan dalam firman-Nya:
وَٱلَّذِينَ
ٱهۡتَدَوۡاْ زَادَهُمۡ هُدً۬ى وَءَاتَٮٰهُمۡ تَقۡوَٮٰهُمۡ
Terjemahan: Dan orang-orang yang mendapat petunjuk, Allah
menambahkan petunjuk kepada mereka dan memberi (balasan) kepada mereka atas
ketakwaan mereka.
(Surah Muhammad 47:17)
وَيَزِيدُ
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهۡتَدَوۡاْ هُدً۬ىۗ
Terjemahan: Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka
yang telah mendapat petunjuk.
(Surah Maryam 19:76)
يَهۡدِى
بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ
رِضۡوَٲنَهُ ۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ وَيُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى
ٱلنُّورِ بِإِذۡنِهِۦ وَيَهۡدِيهِمۡ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Terjemahan: Dengan kitab (al-Qur'an) itulah AIIah
menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan
(dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu daripada kegelapan
kepada cahaya yang terang-benderang . . . .
(Surah aI-Ma'idah 5: 16)
إِنَّ
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ يَہۡدِيهِمۡ رَبُّہُم
بِإِيمَـٰنِہِمۡۖ
Terjemahan: Sesungguhnga orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal-amal soleh, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka kerana
keimanan mereka.
(Surah Yunus 10:9)
dan dalam Hadith Qudsi, Allah s.w.t. berfirman:
يا
عبادي كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهدكم
Terjemahan: Hai hamba-hamba-Ku, setiap kamu sesat kecuali
mereka yang mendapat petunjuk-Ku. Maka mohonlah petunjukk
daripada-Ku, nescaya Aku menunjuki kamu.
(Riwayat Muslim, Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Yang terpenting adalah kita pasti sedar dan mengetahui bahawa
Allah s.w.t. telah menjadikan dari tekad dan benarnya hasrat dan cita-cita
untuk mengetahui hakikat kebenaran. Juga dari sikap kelemahan diri serta kesungguhan
doa dan permohonannya kepada Allah s.w.t., suatu daya akal lain dikurniakan
kepadanya untuk memahami hakikat ketuhanan-Nya dan kesedaran untuk menghayati
dan mewarnai dirinya dengan hakikat kebenaran tersebut dengan penuh ketaatan
dan kepatuhan.
Manakala orang yang sejak awalnya telah menyimpul azam untuk
menentang dan membantah dasar dan prinsip yang tidak disukainya, walaupun pada
hakikatnya perkara itu benar; yang sengaja memekakkan telinga daripada petunjuk
akalnya, sengaja tidak mahu menyahut kecuali seruan hawa nafsunya, kemudian
terus -menerus membawa dirinya mengikuti liku-liku perjalanan yang menepati keazaman
dan kesungguhan dengan mengatakan dari awal-awal lagi kepada sesiapa sahaja
yang cuba mengingatkan kepadanya tentang hakikat ketuhanan bahawa dia tidak
faham dan sememangnya sengaja tidak mahu memahaminya, maka Sunnahtu 'llah
ke atas hamba-Nya menetapkan bahawa orang seperti ini akan semakin jauh
terperosok dan semakin dalam terjunam dalam kesesatan dan kebingungan pemikiran,
semakin membahang iradatnya dalam kepanasan api hawa nafsunya, dan
semakin lemah daya kesedaran, pendengaran, pandangan dan persepsinya terhadap
apa jua peringatan dan nasihat, kepada dalil dan bukti atas kebenaran Allah di
alam semesta. Khusus kepada manusia dari golongan ini, al-Qur'an telah
merakamkan:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ
مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡہَا وَنَسِىَ مَا قَدَّمَتۡ
يَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَڪِنَّةً أَن يَفۡقَهُوهُ وَفِىٓ
ءَاذَانِہِمۡ وَقۡرً۬اۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن يَہۡتَدُوٓاْ
إِذًا أَبَدً۬ا
Terjemahan: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang
yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Iantas dia berpaling
daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua belah tangannya?
Sesungguhnga Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka (sehingga mereka
tidak) memahaminya, dan (Kami Ietakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan walaupun
kamu menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat
petunjuk selama-Iamanya.
(Surah aI-Kahfi 18:57)
سَأَصۡرِفُ
عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن
يَرَوۡاْ ڪُلَّ ءَايَةٍ۬ لَّا يُؤۡمِنُواْ بِہَا وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلرُّشۡدِ
لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً۬ وَإِن يَرَوۡاْ سَبِيلَ ٱلۡغَىِّ يَتَّخِذُوهُ
سَبِيلاً۬ۚ
Terjemahan: Aku akan memalingkan orang-orang yang
menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda
kekuasaan-Ku. Jika mereka melihat setiap ayat-(Ku), mereka tidak beriman
kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka
tidak mahu menempuhnya, tetapi jlka mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus
menempuhnya.
(Surah al-A'raf 7:146)
يُضِلُّ
بِهِۦ ڪَثِيرً۬ا وَيَهۡدِى بِهِۦ كَثِيرً۬اۚ وَمَا يُضِلُّ بِهِۦۤ إِلَّا
ٱلۡفَـٰسِقِينَ
Terjemahan: ... dengan perumpamaan itu banyak orang yang
disesatkan AIIah, dan dengan perumpamaan itu juga banyak orang yang diberi-Nya
petunjuk. Dan tiada yang disesatkan AIIah kecuali orang-orang yang fasiq.
(Surah al-Baqarah 2:26)
وَمَا
ڪَانَ ٱللَّهُ لِيُضِلَّ قَوۡمَۢا بَعۡدَ إِذۡ هَدَٮٰهُمۡ حَتَّىٰ يُبَيِّنَ لَهُم
مَّا يَتَّقُونَۚ
Terjemahan: Dan AIIah sekaIi-kali tidak akan menyesatkan
satu kaum sesudah AIIah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada
mereka apa yang harus mereka jauhi.
(Surah al-Tawbah 9 : 115)
Sunnah llahiyyah ini, iaitu sama ada lutfiyyah
atau maqtullah adalah tafsiran yang praktikal kepada firman Allah
s.w.t.:
فَإِنَّ
ٱللَّهَ يُضِلُّ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُۖ
Terjemahan: ... maka sesungguhnya AIIah menyesatkan
sesiapa saja yang dikehendaki-Nya dan menunjuki sesiapa saja yang
dikehendakiNya.
(Surah Fatir 35:8)
وَمَن
يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ۬
Terjemahan: Dan sesiapa disesatkan Allah, maka baginya
tiada seorang pun yang akan memberi petunjuk.
(Surah al-Ra'd 13:33)
yang bermakna bahawa Allah s.w.t. tidak digagahi oleh sesuatu
pun untuk mencampakkan sebab-sebab yang membawa kepada hidayat ke dalam hati
orang-orang kafir secara paksa sebagaimana juga untuk mencampakkan sebab-sebab
yang membawa kepada kesesatan ke dalam hati hamba-Nya yang soleh. Tetapi Allah
s.w.t. telah menulis ke atas dirinya, semata-mata atas keihsanan-Nya bahawa Dia
(Allah) tidak menyesatkan manusia melainkan yang mengambil sebab-sebab yang
menyesatkan, yang sengaja memalingkan diri daripada segala jalan dan peluang
untuk mendapat hidayat. Demikian juga Dia (Allah) memberi atau memperdekatkan
jalan dan peluang untuk mendapat hidayat dan tawfiq-Nya kepada manusia yang
rela membuka hati dan fikirannya serta berazam untuk mencari dan menerima
hakikat kebenaran, menerima dan mematuhi kebenaran hukum dan peraturan-Nya,
suruhan dan tegahan-Nya, di samping sentiasa menadah tangan memohon pertolongan
dan limpahan kurnia-Nya.
Bahkan mungkin sesaat amalan soleh, yang segera dilakukan
oleh seorang yang durjana dan bajingan dalam detik-detik kesedaran kepada
hakikat diri keinsanan dan kefitrahannya boleh menjadi salah satu sebab yang
membawa kepada hidayat Allah s.w.t. kepadanya dan menjadi salah satu faktor
terbesar yang membawa kepada perubahan dalam perjalanan dan sejarah hidupnya.
Demikian juga sebaliknya mungkin satu daripada perbuatan keji
di sisi Allah s.w.t. yang dilakukan oleh seseorang yang soleh, tanpa
mempedulikan akibatnya kepada Islam dan umatnya, kemudian tidak berasa kesal dan
sesal, lalu lupa untuk kembali bertawbat kepada Tuhannya, boleh menjadi salah
satu sebab kepada maqtu 'llah dan menjadi salah satu faktor terpenting
kepada perubahan dalam sejarah hitam hidupnya.
Fenomena dari peristiwa seperti ini adalah sesuatu yang dapat
dilihat dan disaksikan dalam kehidupan manusia dan sejarahnya. Inilah yang dimaksudkan
oleh Hadith Sahih:
Terjemahan: Demi yang diriku ini berada dalam tangan-Nya,
sesungguhnya seorang dari kamu beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak di antaranya (syurga) dengan (diri)nya sehasta, lalu aI-Kitab mendahului
atasnya, maka beramallah dia dengan amalan ahli neraka, IaIu dia memasukinya. Dan
demi yang diriku dalam tangan-Nga; sesungguhnya seorang dari kamu beramal
dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak di antara (diri)nya dengan neraka itu
sehasta, lalu al-Kitab mendahului atasnya. Maka beramallah dia dengan amalan
ahli syurga lalu dia memasukinya.
(Muttafaq 'Alayh)
Untuk mengakhiri fasal ini, mungkin anda mendengar ungkapan
yang selalu diulangi oleh pengamal tasawwuf (al-mutasawwifah) pada hari
ini iaitu manusia pada hakikatnya tidak memiliki sesuatu pun, samalah halnya
seperti bulu burung di udara. Manusia adalah diperjalankan sahaja segala
urusan, dan perbuatan mereka adalah dalam genggaman hukum Tuhan. Adapun yang
kita lihat dari mereka dan keadaan mereka hanyalah sebagai bayangan kepada
Qada’ Allah s.w.t. ke atas mereka. Mereka sering menyebut firman Allah s.w.t.
ini sebagai dalil atas pendapat dan pandangannya:
وَمَا
رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰۚ
Terjemahan: ... dan bukan kamu yang melempar ketika kamu
melempar, tetapi Allahlah yang melempar.
(Surah aI-AnfaI 8:17)
Dalam hubungan ini perlulah dijelaskan bahawa ungkapan
seperti ini tidak bersandarkan bukti atau ilmu ataupun nas Ilahi yang menjadi
asas dalam syarak yang kudus dan suci. Tetapi hanya bersandarkan (menurut
pendapat orang yang soleh dari kalangan mereka) kepada'hal-ehwal' yang dialami
mereka ketika memikirkan dan mengamati keagungan Allah s.w.t., lalu mereka
tenggelamdalam kejiwaan yang merasakan kedahsyatan dan kebingungan atau
kehilangan diri sehingga menyebabkan mereka mengeluarkan ungkapan seperti ini.
Ungkapan tersebut pada hakikatnya bukanlah suatu rumusan atau laporan ilmiah
yang dicapai oleh hasil pengkajian dan pemikiran, tetapi hanya suatu gambaran
dari hal diri jiwa mereka yang merasakan kedahsyatan tersebut, yang menguasai
seluruh perasaannya.
Adapun dari kalangan lain yang bukan soleh, maka ungkapan atau
ucapan seperti ini hanya bersandar kepada ikutan semata-mata. Demi sesungguhnya
jika golongan yang pertama itu dimaafkan (ma’dhurin) dengan sebab
ungkapan yang di luar daripada kesedaran akalnya namun golongan kedua tetap
tidak dimaafkan dengan sebab sikap dan tindakan berdasarkan ikutan yang
disengajakan.
Namun demikian, bagi golongan tokoh ahli tasawwuf yang
terbesar, yang telah melewati peringkat Ahwal, tidak akan mengeluarkan
ungkapan kata sedemikian. Mereka tetap iltizam dengan apa yang telah ditetapkan
oleh zahir aI-Nas, yang telah dibuktikan secara ilmiah dan diperakui
secara ijma’ oleh umat Islam. Mereka tidak lupa kepada makna dan maksud sebenar
yang terkandung ayat di atas iaitu merakamkan sesuatu peristiwa khusus yang
menjadi salah satu daripada mukjizat luar biasa yang diperlakukan oleh Allah
s.w.t. ke atas tangan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wassalam. Mukjizat
tersebut ialah ketika Rasulullah sallallahu ‘alayhi wassalam mengambil segenggam
batu kecil (atau pasir yang kasar) lalu dilemparkan ke arah kaum musyrikin
dalam perang Hunayn. Pasir yang sebanyak itu telah memenuhi udara membawa dan
mengenai mata pihak musuh, sehingga membawa kepada kemenangan kepada pihak
Islam dan kekalahan kepada pihak kafir musyrikin. Maka ayat tersebut adalah
untuk memperingatkan kita kepada suatu peristiwa yang sungguhluar biasa, atau
mukjizat iaitu walaupun hanya dengan bilangan batu-batu kecil atau pasir yang
segenggam tangan Rasulullah sallallahu ‘alayhi wassalam telah memenuhi
ruang udara dan mengenai seluruh mata musuh. Pada hakikatnya peristiwa luar
biasa ini adalah mukjizat, sebagai tanda pemuliaanAllah s.w.t. ke atas
Rasui-Nya dan para mukmin. Jadi, apakah hubungan maksud ayat tersebut dengan
kebebasan tindakan manusia dan tidak bebasnya mereka? Dengan inisaya flkir
tidak perlu penjelasan yang lebih lanjut lagi dalam masalah yang kita bincangkan
ini.
*TAMAT fragmen kitab Kubral Yaqiniyyat al-Kawniyyah.
Untuk mengikuti lagi perbahasan tentang topik ini, ‘Allamah al-Buti
rahimahullah telah menulisnya secara khusus dalam bukunya yang lain yang
berjudul “al-Insan : Musayyar am Mukhayyar?” (Manusia : Terpaksa atau
Bebas?)
2 comments:
Salam mohon perkongsian
kat mana nak dapat kitab al-Insan : Musayyar am Mukhayyar bahasa melayu or english? pening mencari ....
Post a Comment