Ahmad Saifuddin Amran
"...saya harap kawan-kawan bagi kerjasama untuk bagi sokongan kepada keADILan dan menerima beberapa kawasan yang dipertandingkan oleh DAP dan PAS. Tapi saya beritahu sini satu perkara yang penting. KeADILan dan saya beritahu kawan-kawan saya dalam pembangkang, this is not a war seperti mana yang cupa dipotret oleh UMNO. Malay government dan isu perkauman opposition. No. Saya tidak menyokong apa-apa tuntutan Islamic State. Saya tidak sokong tuntutan untuk Chinese opposition against Malay government. This is going to be Malay-Chinese-Indian opposition united front against goverment..."
Anwar membelakangi PAS! Anwar pembelot!
Anwar memperguna PAS demi kepentingan diri!
Pelbagai lagi kritikan dan cemuhan dihujani ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tatkala tersebarnya video ini di alam maya sama ada dari golongan pro-kerajaan, non partisan atau parti Islamik sendiri. Kadangkala pelik juga apabila kritikan tersebut keluar dari mulut mereka yang tidak pernah pun terjun ke dalam kancah politik apatah lagi dihumban ke penjara oleh undang-undang feudal Internal Security Act (ISA). DSAI yang kita tahu pernah menerajui PKPIM dan ABIM pada zaman mahasiswanya, pernah menganggotai kabinet ketika menyertai UMNO malah pernah menjadi mangsa ketidakadilan politik. Maka saya yakin dengan pengalaman beliau yang luas dan pelbagai itu, DSAI pasti ada sebab mengapa beliau mengatakan demikian.
Pertama kali melihat video ini saya langsung tidak berasa terkejut atau tiba-tiba naik angin. Malah sebelum wujudnya video tersebut, saya sudahpun lama berpendapat bahawa Negara Islam bukan lagi satu isu. Kali pertama DSAI mengeluarkan kenyataan demikian pada 28 November 2007 dan ada dilaporkan di Malaysiakini.com. Berikut adalah petikan berita,
Lebih kurang dua minggu sebelum DSAI mengeluarkan kenyataan ini, saya telahpun membuat sedikit kajian tentang penubuhan Negara Islam Madinah oleh Rasulullah dan hubungannya dengan politik semasa. Konklusi dari kajian tersebut, saya berpendapat yang sama seperti kenyataan DSAI.
Permintaan Rakyat Madinah
Mungkinkah Negara Islam didirikan di negara yang berdemografikan masyarakat majmuk dan berbeza agama? Ramai yang memberikan contoh standard, Negara Islam Madinah boleh, mengapa tidak Malaysia? Namun begitu, Piagam Madinah dengan Konsep Negara Islam tajaan PAS suatu ketika dahulu tidak mudah untuk diharmonikan. Tertegaknya Piagam Madinah dalam bentuk perlembagaan yang tidak tercabar manakala Negara Islam tajaan PAS hanyalah sebuah konsep dan tidak lebih hanya manifesto pilihanraya. Tidak sama.
Saya tidak mendapati sebarang persamaan antara Piagam Madinah dan Negara Islam PAS. Saya tidak mendapati sebarang persamaan antara sistem syura untuk pelantikan ketua negara Madinah dan sistem demokrasi berpilihanraya di Malaysia. Namun apa yang saya dapati hanya ada satu persamaan yang ketara antara pemberian mandat pemerintahan rakyat Madinah kepada Rasulullah dan sistem pilihanraya Malaysia; kesedaran politik rakyat Madinah untuk berubah dan keperluan mereka terhadap Rasulullah untuk berubah.

PAS’ intention to establish an Islamic state is no longer an issue, said PKR de facto leader Anwar Ibrahim today in a bid to close ranks between opposition parties ahead of the coming general election.
“The Islamic state issue is not an issue for PAS now. They have not talked about it or raised this issue for the past three years, I don’t think it’s relevant to take it up now,” he told reporters at his Petaling Jaya office.
Lebih kurang dua minggu sebelum DSAI mengeluarkan kenyataan ini, saya telahpun membuat sedikit kajian tentang penubuhan Negara Islam Madinah oleh Rasulullah dan hubungannya dengan politik semasa. Konklusi dari kajian tersebut, saya berpendapat yang sama seperti kenyataan DSAI.
Permintaan Rakyat Madinah
Mungkinkah Negara Islam didirikan di negara yang berdemografikan masyarakat majmuk dan berbeza agama? Ramai yang memberikan contoh standard, Negara Islam Madinah boleh, mengapa tidak Malaysia? Namun begitu, Piagam Madinah dengan Konsep Negara Islam tajaan PAS suatu ketika dahulu tidak mudah untuk diharmonikan. Tertegaknya Piagam Madinah dalam bentuk perlembagaan yang tidak tercabar manakala Negara Islam tajaan PAS hanyalah sebuah konsep dan tidak lebih hanya manifesto pilihanraya. Tidak sama.
Saya tidak mendapati sebarang persamaan antara Piagam Madinah dan Negara Islam PAS. Saya tidak mendapati sebarang persamaan antara sistem syura untuk pelantikan ketua negara Madinah dan sistem demokrasi berpilihanraya di Malaysia. Namun apa yang saya dapati hanya ada satu persamaan yang ketara antara pemberian mandat pemerintahan rakyat Madinah kepada Rasulullah dan sistem pilihanraya Malaysia; kesedaran politik rakyat Madinah untuk berubah dan keperluan mereka terhadap Rasulullah untuk berubah.
Sebelum pembentukan Negara Islam Madinah, kitab-kitab sirah merekodkan bahawa di Yathrib (nama lama Madinah) sering berlaku peperangan, pertentangan dan pertumpahan darah di antara bangsa Arab dengan Arab sendiri (Aus dan Khazraj) atau Arab dengan Yahudi. Sengketa yang berpunca dari masalah yang remeh ini boleh berlanjutan sehingga beratus tahun lamanya.
Fitrah manusia bencikan peperangan dan pertumpahan darah. Kebetulan ketika itu bangsa Yahudi dikenali sebagai ahli agama dan sains. Jika berlaku pertentangan antara bangsa Arab dan Yahudi, maka Yahudi akan berkata, "Sesungguhnya sekarang telah tiba saatnya akan dibangkitkan seorang Nabi. Kami akan mengikutinya, dan bersamanya kami akan memerangi kalian, sebagaimana pembunuhan 'Aad dan 'Iram."
Ucapan orang Yahudi ini menerbitkan satu macam harapan kepada penduduk Arab yang sedar dan bencikan peperangan supaya nabi yang disebutkan itu dapat menyelesaikan masalah negara mereka. Dengan izin Allah pada tahun kesebelas kenabian, ketika berada di Mekah untuk melaksanakan haji, mereka (penduduk Madinah) didatangi Rasulullah yang menyampaikan seruan dakwah. Natijahnya, pertemuan yang seketika itu seterusnya melahirkan Bai'at Aqabah Pertama dan Kedua dan akhirnya Negara Islam Madinah.
Apakah 'manifesto' Rasulullah dalam usaha pembentukan Negara Islam? Adakah dengan mempromosikan hudud? Atau dengan melaung-laungkan pembentukan Negara Islam untuk mendapat sokongan rakyat Madinah? Tidak. Rakyat Madinah tidak meminta hudud. Mereka tidak meminta Negara Islam. Mereka hanya minta penyelesaian untuk masalah mereka.
Rasulullah menjanjikan keamanan untuk negara mereka tapi bersyarat. Tidak menyekutukan Allah, tidak berzina, tidak mencuri, tidak membunuh anak-anak, tidak berdusta dan tidak membantah perintah Rasulullah. Rasulullah tidak mempromosikan apa itu Islam sebaliknya mempromosikan intipati Islam. Dalam keadaan kafir Quraisy menguasai media Mekah dan melontarkan pelbagai tuduhan keji terhadap Islam, Rasulullah tidak bertindak defensif kerana realiti dalam gelanggang tinju, peninju yang sentiasa defensif tidak akan menang. Sebaliknya Rasulullah mengambil langkah offensif dengan mempromosikan intipati Islam yang juga baik pada fitrah manusia yang selanjutnya membuka mata penduduk Madinah untuk menerima Islam secara keseluruhan.
Situasi Politik Semasa
Melihat keadaan politik semasa seolah-olah menonton filem mengulang tayang kisah perjuangan Rasulullah pada zaman jahiliyah. Cuma zaman dan wataknya saja yang berbeza. Bak kata Hamka, sejarah akan berulang kerana perangai manusia itu sama sahaja setiap zaman dan tempat.
Saya amat bersetuju dengan salah satu perenggan dalam artikel bertajuk 'Survival PAS sukar zaman Abdullah berbanding Mahathir' bertarikh 12 Disember 2007 hasil cetusan pendapat MF Othman di Harakahdaily.net,
Dalam keadaan UMNO mendominasi media massa dan mempergunakannya untuk mencetus propaganda menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan hudud, adakah satu langkah yang bijak dengan bersikap defensif dengan menerangkan kebaikan Hudud? Hakikatnya hudud tidak pernah pun terlaksana di Malaysia dan tidak pernah juga dilihat keberkesanannya.
Skop pemerintahan sebuah negara adalah luas. Tidak hanya membicarakan soal hudud yang tertumpu kepada jenayah sosial sahaja. Bagaimana dengan soal ekonomi, sosial, sains, pendidikan, kesihatan dan lain-lainnya? Mampukah PAS meyakinkan rakyat (apabila mengatakan rakyat, maka saya bermaksud Melayu, Cina dan India) bahawa Negara Islam dapat membawa perubahan dalam aspek-aspek tersebut?
Dapatkah Negara Islam mengatasi kenaikan harga minyak? Dapatkah Negara Islam mengatasi pencemaran sungai? Dapatkah Negara Islam mengatasi jenayah penyeludupan dadah? Dapatkah Negara Islam memenuhi tuntutan orang bukan Islam? PAS perlu betul-betul sedar bahawa negara yang ingin diperintah bukan hanya ada orang Islam saja. Dan tidak semua pengundi PAS yang mengundi atas dasar kewajipan terhadap Islam. Seperti mana penduduk Madinah, rakyat Malaysia mahukan apa yang mereka mahu. Bukan apa yang PAS mahu.
Mereka mahu harga minyak turun, bukan Negara Islam. Mereka mahu pendidikan percuma, bukan Negara Islam. Seek first to be understand.
Saya pernah baca dokumen Negara Islam dalam versi Inggeris yang dikeluarkan PAS suatu ketika dahulu. 28 daripada 37 muka surat penuh dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkisar tentang konsep Negara Islam. Hal ini pastinya tidak dapat menarik hati pengundi bukan Islam. Walaupun dasar dan konsepnya betul, tapi isu Negara Islam dipromosikan dengan cara tidak berstrategi dan meyakinkan.
Saya suka analogi yang diandaikan oleh ibnuzack dalam artikelnya 'Isu Negara Islam - Memahami Situasi Semasa' tentang strategi mempromosikan Islam,

"...orang bukan Islam tidak nampak bagaimanakah parti pembangkang seperti PAS boleh berperanan untuk mereka. Apa yang mereka nampak adalah, PAS ingin menubuhkan sebuah negara Islam yang dalamnya juga ingin dilaksanakan hukum-hukum Islam. Jadi, apakah 'bahagian' untuk mereka? Apakah yang PAS mampu perjuangkan untuk mereka? Kita kena akui bahawa pada zaman sekarang, orang bukan Islam berada dalam keadaan yang lebih baik daripada orang Islam, sama ada dari segi ekonominya, sosialnya, politiknya dan sebagainya."
Dalam keadaan UMNO mendominasi media massa dan mempergunakannya untuk mencetus propaganda menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan hudud, adakah satu langkah yang bijak dengan bersikap defensif dengan menerangkan kebaikan Hudud? Hakikatnya hudud tidak pernah pun terlaksana di Malaysia dan tidak pernah juga dilihat keberkesanannya.
Skop pemerintahan sebuah negara adalah luas. Tidak hanya membicarakan soal hudud yang tertumpu kepada jenayah sosial sahaja. Bagaimana dengan soal ekonomi, sosial, sains, pendidikan, kesihatan dan lain-lainnya? Mampukah PAS meyakinkan rakyat (apabila mengatakan rakyat, maka saya bermaksud Melayu, Cina dan India) bahawa Negara Islam dapat membawa perubahan dalam aspek-aspek tersebut?
Dapatkah Negara Islam mengatasi kenaikan harga minyak? Dapatkah Negara Islam mengatasi pencemaran sungai? Dapatkah Negara Islam mengatasi jenayah penyeludupan dadah? Dapatkah Negara Islam memenuhi tuntutan orang bukan Islam? PAS perlu betul-betul sedar bahawa negara yang ingin diperintah bukan hanya ada orang Islam saja. Dan tidak semua pengundi PAS yang mengundi atas dasar kewajipan terhadap Islam. Seperti mana penduduk Madinah, rakyat Malaysia mahukan apa yang mereka mahu. Bukan apa yang PAS mahu.
Mereka mahu harga minyak turun, bukan Negara Islam. Mereka mahu pendidikan percuma, bukan Negara Islam. Seek first to be understand.
Saya pernah baca dokumen Negara Islam dalam versi Inggeris yang dikeluarkan PAS suatu ketika dahulu. 28 daripada 37 muka surat penuh dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkisar tentang konsep Negara Islam. Hal ini pastinya tidak dapat menarik hati pengundi bukan Islam. Walaupun dasar dan konsepnya betul, tapi isu Negara Islam dipromosikan dengan cara tidak berstrategi dan meyakinkan.
Saya suka analogi yang diandaikan oleh ibnuzack dalam artikelnya 'Isu Negara Islam - Memahami Situasi Semasa' tentang strategi mempromosikan Islam,
"Andaiannya begini, tuan punya seorang anak berusia 6 tahun.Anak tuan ni tak suka makan sayur sebab katanya pahit.Maka apa yang tuan mahu buat agar anak tuan makan sayur? Adakah munasabah untuk tuan-tuan terangkan khasiat sayur secara mendalam kepada anak kecil ini? Apa dia peduli? Apa dia perlu ambil port? Kalau saya,saya akan campurkan sayur itu dengan mayonis yang dia suka. Kemudian bagi dia makan. Dia akan makan sebab dia suka mayonis.Bagaimana dengan sayur? Khasiat sayur yang dimakan tidak akan hilang. Kemudian kita kurangkan mayonis sedikit demi sedikit dan akhirnya si anak akan dapat makan sayur terus."
Begitu juga dengan Negara Islam. PAS perlu mempromosikan Negara Islam dengan berhikmah. Yakinkan rakyat untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan kenaikan harga barang, memberi pendidikan percuma. Yakinkan rakyat, sekiranya memilih PAS, mereka dapat apa yang mereka mahu.
Negara Berkebajikan
Welfare State atau Negara Berkebajikan adalah satu anjakan perubahan bagi PAS dalam mempromosikan Islam. Nama yang tidak islamik itu tidak menjadi masalah, yang utama adalah intipati. Sekiranya 'nama' yang diambil kira, 'Sohifah Madinah' atau 'Baiah Aqabah' itu juga tidak islamik kerana tiada kalimah Islam di situ.
Nama memberikan interpretasi yang berbeza. Apabila menyebut Negara Islam, apa yang terbayang di fikiran rakyat adalah Hudud (baling batu dan potong tangan) walaupun bukan isu itu sahaja yang dibicarakan dalam konsep Negara Islam. Tapi apabila menyebut Negara Berkebajikan, tanpa melihat manifesto pun rakyat pasti terbayangkan bahawa Negara Berkebajikan menjanjikan penurunan harga minyak, perubatan dan pendidikan percuma dan lain-lain lagi yang berorientasikan kebajikan rakyat. Hakikatnya itu jugalah yang dijanjikan dalam konsep Negara Islam.
Adakah PAS telah melupakan prinsip perjuangan dengan meninggalkan Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Berkebajikan?

Dalam keadaan Negara Islam telah disalah ertikan sebagai Hudud sahaja, mengapa masih lagi melaungkan Negara Islam? Ini langkah yang tidak bijak dan strategi. Buktinya, kehilangan parti seperjuangan DAP, pemindahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri di Terengganu pada 2004 dan kehilangan separuh kerusi di DUN Kelantan.
Politik juga seperti medan peperangan. Penuh muslihat dan tipu daya. Sekiranya pemimpin hanya tahu berprinsip tanpa berstrategi, nescaya dialah orang yang mula-mula terbunuh dalam medan peperangan. Prinsip itu penting. Tapi prinsip dengan berstrategi lebih utama.
8 Mac 2008, Pilihanraya Umum Ke 12. Kuasa di tangan anda.
Wallahua'lam.
Kempen 1 Kempen 2

10 comments:
Saat seperti ini anda tidak boleh mendalamkan isu yang boleh membawa kepada gagalnya matlamat untuk menambah jumlah suara yang mewakili marhaen miskin.Di tanah air menerusi pilihanraya sahaja kerajaan upaya diubah.Persoalan ini yang wajar difahami.Etnik yang pelbagai pendirian agama dan keturunan di tanah air telah lama dianjurkan dengan isu perkauman dan kSita menyerahkan urusan pentadbiran kepada elit yang secara tradisi menafikan pengagihan kekayaan yang wajar menjadi milik bersama marhaen lantaran tidak beramanah.
Kita wajar tidak memerangkapkan diri kepada jerat-jerat yang beragenda jika benar mahu berubah!Jika anda melihat secara global konspirasi yang sedia ada amat melelahkan dan seperti wujud aliran yang mengingini kita kecewa dan terus lemah terkulai sehingga wibawa ilmu tercemar oleh alahan kita pada perbezaan pendapat.Saya menolak untuk bersetuju dengan pendirian anda.
Terima kasih atas komen. Tapi saya tak faham apa yang anda katakan.
Speak to express not to impress
Saya ada satu soalan utk anda.
Kalau benarlah DSAI mahu menegakkan islam sehingga saudara terlalu berhusnuzhan, mengaitkannya dengan sejarah Negara Islam Madinah yang mulia itu dari sudut historikal, mengapa DSAI tidak masuk sahaja ke dalam PAS bersama konco-konconya secara beramai-ramai atau ada udang disebalik laksa penang :)?
Mohon Penerangannya. TQ
Saya rasa saya tak nyatakan apa2 statement pun tentang kemahuan DSAI menegakkan negara Islam. Dalam menulis artikel ini pula, saya lebih mengambil pendekatan strategi berbanding prinsip. Justeru, saya menisbahkan kenyataan DSAI tentang ketidak relevanan negara islam untuk menjadi isu sebagai satu strategi PAS untuk menarik pengundi bukan Islam dan Muslim yang tak faham Islam. Dengan kata lain, negara berkebajikan ialah cubaan untuk mengislamisasikan sosialisme. Bukankah memenuhi kebajikan dan keperluan rakyat juga salah satu ciri dalam sebuah negara islam?
oh ok.. setuju! Semuga ALLAH memberi kemenangan kepada Islam di Malaysia
sy b'setuju dgn artikel penulis.intelectual thinking!insyaAllah Islam akn menang jika semua mampu berfikiran sekritis ini.
aku pun tak faham apa yang THANAIF nak cakap
isu apa nak cakap
jangan lari tajuk dalam memberi pendapat
contoh orang tanya apa nama awak?jangan jawab samapai nama abang, nama adik, nama kakak
Setelah seribu kali baca, baru dapat faham apa kehendak thanaif. Dia maksudkan, isu ni sepatutnya takperlu diperincikan kerana berkemungkinan mempengaruhi undi marhaen.
Hahaha..masalahnya blog ni bukanlah utusan malaysia atau harakahdaily yang hari2 dapat berjuta2 hits. Then, ada ke marhaen yg nak masuk dalam blog ni? Setakat ni yg masuk semuanya golongan intelek. Rasanya takkan affect pun kat undi. Tengok jumlah visitor tu baru cecah 2000 lebih. Jumlah pengundi ada 10 juta lebih. Hahaha terima kasih komen anda kelakar.
Utk bacaan Sirah yang lebih tajam dan 'haraki', aku cadangkan "Manhaj Haraki lis Sirah Nabawiyyah" karangan Syeikh Muhammad Munir Ghatban.
Trimas
Post a Comment