Setelah hampir 8 bulan bertapak di laman sesawang, kami merasakan sudah tiba masanya untuk blog ini melalui proses penjenamaan semula bagi menyusun dan mengemas kini beberapa perkara. Mendapat inspirasi dari Harun Yahya Science Research Foundation, blog ini sebenarnya bermula dengan usaha separa serius dan sekadar cuba-cuba menghasilkan penulisan ilmiah. Walau bagaimanapun, kami tidak menyangka bahawa penulisan separa matang di blog ini menerima banyak komen dan kritikan yang meransang kami untuk terus melontarkan idea serta memperbaiki penulisan kami yang masih terdapat seribu kekurangan. Justeru, atas sambutan yang agak menggalakkan ini kami merancang memberikan blog ini satu nafas baru ke arah penulisan ilmiah yang lebih professional dan akademik.
Sekiranya Harun Yahya melancarkan perang terhadap Darwinism dan materialisme dan menjadikannya sebagai agenda utama, manakala kami pula memilih agenda pengislaman falsafah sains menurut kaca mata ahli sunnah. Hal ini bertitik-tolak dari kuantiti intelektual muslim yang masih terlalu sedikit keterlibatan mereka dalam mengetengahkan agenda pengislaman sains lantas mengakibatkan sebilangan besar masyarakat Muslim masih memandang sinis terhadap sains dan falsafahnya. Demi merealisasikan agenda tersebut, kami menggariskan beberapa objektif kami dalam merealisasikan ini iaitu:
- untuk mengembalikan semula tradisi sains dan falsafah yang tidak terpisah dari prinsip-prinsip Islam
- untuk menggalakkan kajian sains dan penyelidikan dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai salah satu sumber idea dan inspirasi
- untuk mengenali kerangka pemikiran para sarjana Islam ahli sunnah sama ada silam atau kontemporari dalam lapangan sains dan falsafah
Penjenaman semula ini juga termasuk memperbaharui akronim bagi blog ini dari MSH Research Foundation kepada MASHAREF yang kelihatan lebih komersial dan mudah diingati.
Tidaklah kami merasakan tugas ini mampu dipikul dalam jumlah kami yang sedikit ini. Justeru, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan sekiranya ada di kalangan para pembaca yang berminat dan bersungguh dalam penulisan ilmiah dan aktiviti idealisme, serta dapat konsisten dalam menghasilkan idea-idea baru dalam bentuk penulisan. Sekiranya berminat, segeralah emel ke bluetorch45[at]yahoo[dot]com supaya kami dapat menjemput anda sebagai penulis blog ini. Kami amat-amat memerlukan penyertaan dan komitmen dari anda.
10 comments:
oh ini senior kisas ape patut aku bahasakan diri aku? haha
pertama : saya harap komen dimudahkan dengan cara..pergi ke dashboard...klik settings...comments...pergi ke comment form displacement klik...below the post
kedua: ni blog yang sesuai dengan jiwa saudara htp://sosialiskanan.blogspot.com/
kalau setakat beza setahun dua umur, takde nilai pun senioriti tu. zaman sekolah menengah boleh la. anyway thanks.
Budak tu mau 3 tahun beza umur kot. Hehe. Kalau dulu kat SHAMS dah kena, "Selamba tak kenal senior!"
Haha.
Apa-apa pun aku tetap jadi pembaca blog nih. Cuma yang jadi malas bila tengok sorang tu je yang update.
"Cuma yang jadi malas bila tengok sorang tu je yang update."
Perli nampak? Haha. Entahlah, dah berbuih dah suruh pos artikel. Zaman mahasiswa ni zaman yang idealistik, sepatutnya banyak la idea-idea yang dihasilkan.
Kalau aku tak update, nanti jadi macam bulan Jun. Takde entry langsung. Haha. Dah la jiwa aku tengah caca merba masa tu. Sebab tu la aku buat group blogging, so kalau contohnya aku tengah down atau takde idea ke, ada orang lain pos artikel. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Haha.
Salam
Saya menanti artikel baru, tak kiralah siapa yang tulis! Jangan marah saya rujuk Blog Sdr Saifuddin (kerana
nama asala panjang sangat)
Ogh, dah renovate ye, makin bagus blog antum nih, cuma saya fikir yang dulu punya pun ok per.hehe, minat nak masuk tp spesialis saya bukan dalam bidang sains,
Kalau betul-betul berminat, selamba je. Tak kisah pun falsafah sains tu, secara general blog ni diskas tentang islamisasi ilmu.
mes sources acheter des répliques sacs en ligne parcourez ce site Web réplique dolabuy notre site Web réplique louis vuitton
ressources supplémentaires jetez un œil ici mon explication sacs de répliques AAA regardez plus d'informations Dolabuy Hermes
z6m22g3w23 u8h45i8i66 z3h17a0m50 z5c86n3u31 y8x29e5s75 b1k12d0y32
Post a Comment