Wednesday, May 14, 2008

Al-Quran dan Evolusi 2

Atas nasihat beberapa orang sahabat yang prihatin, saya menulis artikel ini sebagai respon secara langsung artikel lepas bertajuk 'Benarkah Islam Menolak Evolusi?'. Setelah melihat respon yang diterima, saya rasa adalah sangat perlu untuk menulis satu lagi artikel sebagai menampal lompong-lompong pada artikel lepas.

Jujur saya mengaku adalah kesilapan saya kerana tidak berjaya membawa penulisan yang dapat difahami dengan mudah untuk semua peringkat. Isu ini adalah terlalu berat dan agak offensive bagi sesetengah pihak. Namun begitu, selagi ia tidak dibawa kepada umum sampai bila-bila masyarakat Muslim akan memandang Teori Evolusi dengan penuh prejudis.

Terima atau Tolak

Memaksa untuk diterima adalah kesombongan. Tidak cuba untuk menerima juga adalah keangkuhan. Sedang dalam agama tiada paksaan. Sama ada anda menerima atau menolak, bukan urusan saya. Tugas saya hanyalah mencerah, manakala anda pula menilai dan membuat pilihan.

Kebenaran itu bukan milik saya. Akan tetapi kebenaran itu terletak pada pemilik akal, hati dan mata.

Saya menolak untuk membicarakan aspek sains teori ini. Bukanlah kerana ia tidak penting. Akan tetapi, apa gunanya membincangkan evolusi dari aspek sains berjela-jela panjangnya tapi sikap ignorance Muslim terhadap teori ini masih belum ditinggalkan.

Oleh kerana itu, sekiranya ada pembaca yang agak advanced, saya kira pendamkan terlebih dahulu enthusiastic anda dari membincangkan teori ini dari kaca mata sains. Hal ini dikhuatiri tidak lebih dari menambahkan kekeliruan di kalangan pembaca yang masih baru.

Tiada Soal Akidah

Paranoid dan prejudis semberono terhadap evolusi sebahagian besarnya adalah bertitik-tolak dari pengajaran yang silap dalam institusi tarbiyah. Kita didoktrin untuk menolak segala yang dari Barat. Darwinism, nasionalisme, liberalisme, kapitalisme dan isme-isme lain dibakulkan sekali sebagai ideologi yang menyesatkan. Walhal kesemua ideologi ini diulas dengan pandangan yang begitu bias dan sinis tanpa mengambil kira aspek politik dan sosia-budaya masyarakat Barat. Tiada bezanya kita dengan Geert Wilders yang memandang Islam dengan penuh prejudis.

Berdasarkan artikel tersebut, saya menyimpulkan bahawa tiada satu dalil pun yang bercanggah dengan Teori Evolusi dari aspek kejadian manusia kerana di sana terdapat ruang untuk Teori Evolusi bertoleransi dengan Al-Quran. Sama ada Adam AS diciptakan sedia manusia ataupun evolusi dari beruk, kedua-duanya tidak bercanggah dengan akidah dan prinsip Al-Quran.

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan. (Saifulislam.com, Sharudin.com)

Sekiranya anda bertegas pendirian dalam mempertahankan idea Creationism, tiada masalah. Tapi pastikan penolakan anda adalah dari dalil sains. Bukan dalil agama. Kerana Islam sendiri telahpun memberi ruang kepada penganutnya untuk berkhilaf dalam aspek ini. Dan perbanyakkan juga sumber rujukan.

Harun Yahya dan Harun Yahya

Saya salah seorang peminat buku-buku karangan Harun Yahya dan saya sangat menghormati beliau atas sumbangan beliau yang besar dalam dunia Islam kini. Akan hal ini tetapi tidak bermakna beliau sempurna dari kesilapan.

Harun Yahya dalam bukunya Miracles of the Quran dalam tajuk The Coming of the Universe into Existence, telah menerimapakai Big Bang Theory oleh Stephen Hawking kerana adanya sokongan Al-Quran terhadap teori ini.

Al-Quran bukanlah kitab ilmu pengetahuan. Al-Quran adalah kitab panduan. Adanya sokongan Al-Quran tidak bererti Big Bang Theory itu benar. Big Bang masih di peringkat teori. Sama juga dengan Evolusi. Akan tetapi mengapa dalam hal ini Harun Yahya telah tidak berlaku adil dalam penyampaiannya?

Dalam Al-Quran bahkan ada penyokongan bahawa Allah menciptakan hidupan di muka bumi ini dari air. Tapi mengapa rata-rata kita menolak Evolusi sedangkan Big Bang diterima? Hal ini adalah bias yang tidak sepatutnya berlaku.

Ubah Mindset

Saya boleh bertoleransi dengan penolakan anda terhadap Teori Evolusi (tapi biarlah sebab penolakan itu berasaskan sains). Apa yang saya mahukan ialah perubahan mindset kita terhadap so-called ideologi Barat khususnya Teori Evolusi. Mengkaji politik dan sosio-budaya Eropah, anda pasti dapat memahami sebab timbulnya pemikiran-pemikiran seperti ini.

Tidak mustahil fenomena ini akan menular di Malaysia sekiranya tiada perubahan minda yang berlaku di dalam masyarakat Muslim kita khususnya golongan konservatif agama. Malah sudahpun kita lihat tempias-tempias fenomena tersebut seperti Sister in Islam dan Islam Liberal.
Apa yang membimbangkan saya ialah, sikap orang agama terhadap isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah sebagaimana pemuka agama Kristian yang sombong, telah membiakkan manusia sains yang menjauhi agama. Soal agama mereka betul atau salah, tidak sempat untuk dibicarakan kerana sikap sombong dan simplistic minded mereka telah menyebabkan agama tidak lagi dilihat sebagai sumber kebenaran. Manusia beralih kepada sains kerana muak dengan kelakuan orang agama yang jumud. (Saifulislam.com, Sharudin.com)

Mahukah kita situasi tersebut berlaku? Apabila Islam sudah tidak lagi dilihat sebagai cara hidup yang merangkumi kehidupan secara kolektif hanya kerana sikap sesetengah masyarakat Muslim kita yang terlalu jumud dan rigid dalam mengadaptasi dengan perubahan arus semasa?

Kesimpulan

Jika umat Islam mengambil jalan mudah dengan mengatakan semua ini mengarut, maka lebih mudahlah Islam akan dianggap mengarut, apabila gagal berinteraksi dengan pencapaian sains dan teknologi genetik hari ini. Saya bimbang dengan jumlah anggota masyarakat kita yang menarik diri dari masyarakat dan memencilkan diri kerana tertekan dengan trend perdana yang selesa dengan anggapan bahawa sains dan agama itu saling bertentangan. (Saifulislam.com, Sharudin.com)

Justeru,saya menyeru para pembaca sekalian dan diri sendiri, buangkan sikap prejudis. Tiada manfaatnya menjahilkan diri terhadap musuh.

Allah knows best. Selamat periksa.

60 comments:

Abdulla said...

Bagus.Setuju ngan pendapat Saifuddin dalam hal ini.Kita kene open minded dan yaqeen yang Allah boleh melakukan apa sahaja.Tapi dalam mengkaji kena pandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Maka mari kembali pada perbincangan theory evolusi Saifuddin dengan aman.

Abdulla said...

Oops sebenarnya nak tulis mari kembali mem"fine-tuning"kan theory Saifudin.Isi mana yang lompong.Perkuatkan apa yang lemah.Kita kene bantu saudara se-Islam untuk berani menyuarakan pendapat.As long as x bertentangan ngan Aqidah.Fikiran kene objective.Jangan emo.Baru leh majukan Islam dan mempertahankan Islam.Zaman sekarang orang attack Islam salah satu caranya dengan Sains.So kita defend dengan Sains.Baru nampak berilmu.Bukan orang kutuk sket je terus umat Islam mengamok tunjuk perasaan sana sini bakar sana sini.Its time for a change.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Theori evolusi saifuddin? Tak pernah dengar pun. Hehe

Betul tu. Rasa-rasanya ramai je pembaca kat sini yang selalu masuk saifulislam.com. Rajin-rajinkan la baca artikel tentang sejarah di Eropah tu. Baru open sikit minda kita.

Ni asyik fikir nak kahwin je. Bila keluar buku Aku Terima Nikahya, berebut-rebut nak beli. Sampaikan yang dok kat jordan pun siap minta org malaysia belikan. Siap eksport ke UK pun ada. Dahsyat betul.

Ops...no offense

Anonymous said...

pasal teori evolusi yg saudare saifuddin nyatekan, saye tak nak komen lanjut...

tetapi bg pendapat beliau (menghargai jase nih) dlm perenggan TIADA SOAL AKIDAH; perenggan yg pertama...
[apabila kite menolak segalenye drp barat, darwnism, nasionalisme, LIBERALISME, kapitalisme dan isme-isme lain --> ideologi2 yg menyesatkan...]

saya setuju ngan pendpt beliau, yg menyatekan idoelogi ini diulas dengan pndgn yg begitu bias dan sinis...

smpaikan apebile ade saranan agar kite cube mengamalkan sikap berfikiran terbuka... terus kite dicop LIBERAL, terus jatuh hukum kite membawa gagasan ISLAM LIBERAL.

tak paham la saya ngan pemikiran masyarakat melayu yg beragama Islam nih. terlalu senang jatuhkan hukum salah, haram dn berdosa kat seseorg.. FIKIR2 kan la..

Anonymous said...

salam

saya bkn nk memanjangkan issue ni tp sekadar nk berbincang...kl ada silap harap dibetulkan...

bagus en. saifuddin nak buka minda masyarakat..sy sgt setuju ngan anda...kita mmg kena open minded..

tp mereka yg menyokong theory of evolution juga kena open minded..dan tidak menuduh semua org yg menolak theory tersebut sbg jumud etc...kerana saintis2 yg menolak theory tersebut mereka menggunakan dalil2 sains bkn menolak membuta tuli..harap maklum

skang ni yg saya nampak ada 2 persoalan utama berkaitan hal ni...

1.adakah ia bertentangan dgn aqidah?

soalan ni dah dijawab oleh en saifuddin...dan menggunakan tafsiran2 alternatif ayat2 alquran yg dikemukakan oleh en saifuddin kita dpt membuat konklusi bahawa kita sbg muslim ADA RUANG utk menerima theory of evolution dan tidak bercanggah dgn aqidah...

tp harus diingatkan ayat2 al-quran yg dikemukakan oleh saifuddin itu bknlah dalil bhw theory of evolution itu benar kerana tafsirannya dibuat pd ayat yg mutasyabihat yg masih samar2 maknanya...duma ayat2 itu ada kemungkinan merujuk kpd theory of evolution...

tapi ada satu lg persoalan

2. adakah theory of evolution itu 100% benar dari sudut sains sehingga kita perlu menerimanya dan sesiapa yg tidak mahu menerimanya dianggap jumud kerana menolak sains?

evolutionist percaya bahawa nenek moyang manusia dulunya adalah satu sel yg terjadi secara kebetulan...kemudian sel2 itu berkembang berkembang lama-lama jd binatang laut iaitu ikan yg sempurna bentuknya...ada jantan ada betina...kemudian ikan itu pula lama2 mengalami evolusi dgn menumbuhkan kaki yang cantik..lama2 tumbuh jari jemari yg tersusun rapi...kemudian dr insang bertukar sikit2 menjadi paru2 dan akhirnya dapat hidup di darat...itu semua berlaku melalui proses random selection...

kemudian berjuta2 thn lepas tu binatang darat itu mengalami proses evolusi sehingga menjadi beruk...pastu berjuta2 thn lepas tu jadi manusia....satu proses yg cukup hebat...dr satu sel microb menjadi ikan...kemudian jadi beruk ...last2 jd manusia..

tetapi adakah proses ini benar dr sudut sains...

menurut evolutionist species yg mengalami evolusi hanya akan mengalami sedikit sahaja perubahan berbanding generasi yg sebelumnya...
maksudnya utk seekor beruk evolve menjadi manusia mesti terdapat berjuta2 intermediate being dalam proses tersebut..yg mana intermediate being itu mempunyai ciri beruk+manusia sehinggalah akhirnya btol2 berubah menjadi manusia

adalah mustahil menurut sains sekiranya seekor beruk terus evolve kpd manusia atau melahirkan anak mempunyai rupa manusia ...mustahil...beruk itu mesti melalui perubahan yg sikit2 barulah lama2 jd manusia...

tp pada hari ini yg menjadi masalah kpd evolutionist termasuklah darwin ialah di manakh intermediate being itu yg sepatutnya ada berjuta2? kita tak pernah jumpa species yg memiliki phenotype sedikit beruk sedikit manusia...malah tidak ada satu pon fossil intermediate being yg dijumpai utk membuktikan bhw mereka itu pernah wujud...kalau ada pon last2 fossil itu didapati fake...maka evolutionist menggunakan alasan yg famous ini

"tidak ada intermediate being/transitional form tidak bermakna theory itu salah"

jika dilihat dr sudut molecular biology pula ia adalah "unimaginable" bak kata henses crake pakar tentang molecular biology..adalah mustahil menurut sains sekiranya mutasi dlm gene boleh menghasilkan phenotype yg begitu sempurna...

ini adalah sbhgn hujah saintifik yg menolak theory itu

inilah sebenarnya yg diperjuangkan oleh saintis yg menolak theory tersebut...termasuklah harun yahya

kenapa en saifuddin mempersoalkan harun yahya menerima pakai theory big bang tp menolak theory of evolution sedangkan kedua2nya ada ayat al-quran yg menyokongnya?

betol ke ada ayat yg menyokong bahawa manusia evolve drpd beruk?

"dan kami jadikan drpd air segala jenis hidupan"

adakah ayat ini menjelaskan manusia berasal dr beruk?

janganlah menuduh beliau tidak adil kerana tidak mahu menggunakan dalil seperti ini untuk menyokong theory tersebut...kerana bg harun yahya theory itu adalah mengarut...dan dia buktikan secara saintifik dlm bukunya.

mungkin anta boring dgr harun yahya harun yahya harun yahya...hehe oklah saya bagi contoh nama lain...Owen Gingerich, professor of astronomy and history of science at Harvard University; Carl Friedrich von Weizsacker, professor of physics at Germany's Max-Planck-Gesellschaft University; Donald Chittick, professor of chemistry at Oregon State University; Robert Matthews, professor of physics at Oxford University; Michael J. Behe, professor of biology at Lehigh University; David Menton, professor of anatomy at Washington University; S. Jocelyn Bell Burnell, professor of physics at the Open University in England; and William Dembski, associate professor in the conceptual foundations of science at Baylor University....
plus saintis2 yg disebutkan oleh zakir naik sblom ni

ini adalah mereka yg menolak theory tersebut secara saintifik dan mereka ada hujah saintifik yg kuat utk menolak theory itu

tp pada hari ini ramai ahli agama cuba utk mengahrmonikan theory of evolution dgn agama supaya ahli sains tidak akan lari dr agama dan tak memandang rendah akan agama...lalu mereka mengatakan bahawa tuhan yg menjadikan proses evolution...dan ada juga yg mula mencipta idea yg ghareeb yg blom pernah disebut oleh nabi atau shbt contohnya roh nabi adam dan hawa dimasukkan ke dlm tubuh homo sapiens yg sudah evolve dr beruk..

kenapa perlu buat begitu sedangkan theory itu masih blom ada solid proove utk ia diterima sbg fakta.

janganlah menjadi org yg menerima sesuatu berita secara membuta tuli..

akhir sekali pada pendapat saya...memandangkan theory ini blom menjadi fakta dan masih ramai saintis2 menolak theory ini janganlah kita cuba nak harmonikan dgn agama...tak perlulah nk sebarkan idea bahawa nabi adam dan hawa diturunkan secara pemindahan roh ke dlm jasad 2 org homo sapiens berjuta2 thn dahulu yg evolve drpd beruk...tak perlulah berpegang kpd sesuatu yg tidak ada dalil yg jelas utk disandarkan...

apa yg perlu kita buat ialah melihat theory itu dr sudut sains sehinggalah kita temui jawapan yg sebenar...tidak perlu takut percanggahan dgn agama dlm mencari kebenaran dalam sains kerana agama tidak akan sekali2 bercanggah dgn fakta sains...

kl kita menilai theory ini dr sudut sains, saintis yg menyokong theory evolution tidak akan menuduh kita sbg jumud/ignorance etc dan saintis yg menolak theory tersebut tidak akan menuduh quran sbg nonsence kerana menyokong theory yg nonsence pd pandangan mereka

Anonymous said...

Salam semua,

Terima kasih kerana mengkreditkan kepada Sharudin.com tiga petikan tersebut. Tetapi saya kena kreditkan kesemuanya kepada Saifulislam.com kerana kesemuanya bermula dengan kenyataan berikut,

"1. Blog ini dimulakan atas cadangan Ustaz Hasrizal, Saifulislam.com. Ia sebagai memberikan pendapat berhubung isu Teori Darwin, yang di kemukakan oleh Ustaz Hasrizal. Saya terpanggil untuk memberikan pendapat, berdasarkan garis panduan (Saifulislam.com) berikut,"

- dari Sharudin.com, tetapi 7 para seterusnya (a-g) adalah hakmilik Saifulislam.com.

Anonymous said...

Salam sekali lagi,

Amat besarlah hati saya sekiranya hal kredir ini bukan hanya berhubung harta intelek, kalaulah boleh di perpanjangkan sedikit ke harta Dinar atau setara. Klik cawan kopi Ustaz di Saifulislam.com, semuga bererti kehidupan kita. Saya peminat kopi.

Ahmad Saifuddin Amran said...

2. adakah theory of evolution itu 100% benar dari sudut sains sehingga kita perlu menerimanya dan sesiapa yg tidak mahu menerimanya dianggap jumud kerana menolak sains?

Saya sudah cakap, bukan soal kebenaran atau penerimaan. Tapi soal persepsi. Belum lagi mengemukakan hujah utk menyokong Teori Evolusi, sudah dituduh syirik, kufur dan sesat.

betol ke ada ayat yg menyokong bahawa manusia evolve drpd beruk?

"dan kami jadikan drpd air segala jenis hidupan"

adakah ayat ini menjelaskan manusia berasal dr beruk?


Sebab itu saya kata ADA RUANG. Selanjutnya biarlah para saintis yg menentukan kebenarannya.

kl kita menilai theory ini dr sudut sains, saintis yg menyokong theory evolution tidak akan menuduh kita sbg jumud/ignorance etc dan saintis yg menolak theory tersebut tidak akan menuduh quran sbg nonsence kerana menyokong theory yg nonsence pd pandangan mereka

Saya tak dapat nak setuju lebih dari itu (I can't agree more). Biarlah saintis buat kerja mereka. Tak perlu campur tangan golongan agama.

Anonymous said...

#37 Sharudin Says:
August 16th, 2007 at 3:50 am
Jutaan terima kasih kepada ust kerana membincangkan isu ini.

Saya menyokong penuh pendapat ust yang mirip kepada mengiakan sains. Tidak ramai yang sanggup mededahkan diri kepada kontrovesi isu Darwin terutama mereka yang memikirkan risiko ekonomi yang mungkin timbul dari mengambil pehak.

Allah sentiasa menyuruh kita berfikir … terutama tentangNya (zikrullah) … semasa berdiri duduk dan berbaring (24 jamm walaupun di dalam mumpi) bagaimanapun awas “Jangan berfikir tentang zatNya tetapi fikirkanlah tentang feal-perbuatanNya (Sunahtullah).

Sains itu adalah ilmu tentang Alam Semulajadi (Nature) bagi mereka yang tidak beriman dan sebenarnya ilmu tentang Sunahtullah (cara Allah bekerja) bagi mereka yang percaya (beriman). “Di dalam penciptaan langit dan bumi, pertukaran siang dan malam terdapat ayat2 (tanda2 adanya Allah) bagi orang2 yang berfikir (Al-Bab).

Sains mengambil pendekatan empirikal (sesuatu yang boleh diekspiriman berulangkali) dari sesuatu yang hypotetikal (yang diilhamkan oleh akal). Oleh itu kedudukkan sains seperti ilmu membuat rumah, tidak dapat membuktikan tidakadanya Allah dan ilmu sains itu bersifat neutral - tidak kafir. Ketidakfahaman (selalunya prasangka) mereka yang mempelajari sains itu yang sebenarnya boleh mempunyai charge -ve atau +ve.

Menggunakan ilmu membuat rumah untuk mengenal Allah sudah pasti tidak dapat diterima ramai kerana ilmu mengenal Allah ialah ilmu Tauhid. Ilmu membuat rumah itu memerlukan ilmu sains (dan teknologi) untuk menjadikannya lebih berkesan. Orang purbapun pandai buat rumah tetapi dengan sains rumah yang dihasilkan jauh berbeza. Begitu juga pengabungan ilmu tauhid dan sains juga memberikan keberkesanan yang lebih dalam mengenal Allah kerana sifat ilmu sains itu.

Darwin mengemukakan teorinya melalui ilmu sains dengan membuka kunci2 rashia yang Allah pegang. Allah maha adil dalam memberikan ilmu kepada mahlukNya, samada dia beriman atau tidak kepadaNya. Kita tidak dapat nafikan sainstist2 yang tidak percaya (beriman) kepada Allah itu lebih kenal cara2 Allah bekerja, dengan memerhatikan alam semulajadi (yang semuanya adalah tajjalli Allah).

Penafsiran ayat2 Allah perlu dibuat dengan cermat. Kitab Al-Quran itu adalah pintu kepada Kitab Alam (yang jauh lebih banyak ayat2 di dalamnya) sebagaimana Al-Fatihah itu pintu (pembukaan) kepada Al Quran. Seperti di atas tadi dalam penelitian kita kepada penciptaan langit/bumi siang/malam adalah contoh ayat2 Allah yang perlu diteliti pada setiap masa (Zikrullah). Terlalu ramai yang hanya terpegun dengan kecantikkan Pintu (seniNya yang halus) sehingga tidak mahu keluar mengkaji ayat2 Allah yang di luar. Alangkah malunya umat Islam membiarkan kunci2 rashia ditemuai oleh orang2 yang mereka gelar kafir.

Kita sering didedahkan dengan “Kan Al Quran dah kata begitu! … 1400 tahun dahulu”. Malangnya kata2 tersebut kebanyakannya keluar setelah orang Kafir membuat kajian atau penemuan. Kalau nak kata ramai yang tak pandai Arab, mana pergi orang2 berbahasa Arab yang “membaca” Al-Quran. Membaca yang tersurat sahaja dengan meninggalkan yang tersirat, tidak menjadikan Al-Quran itu Rahmatal Lil Alamin (tidak menjadi petunjuk).

Hakikatnya ialah membaca alam itu sangat rumit dan memerlukan pemikiran yang tajam. Ketekunan dalam membuat penelitian, keterbukaan dalam menerima ilham, kepekaan kepada kejadian/perubahan semulajadi, kesabaran menegakkan kebenaran adalah antara ciri2 yang diperlukan dalam merungkai kunci2 kepada yang ghaib. Ciri2 ini kurang diterap kepada muslimin oleh penyampai2 ilmu agama. Ramai yang mengasingkan sains dan agama disebabkan ketidakfahaman ilmu sains itu sendiri kerana jauh lebih mudah menghalal-haram sesuatu dari mengkaji alam.

Ramai yang mengatakan mereka suka sains. Tetapi sains yang bagaimana? Ramai yang suka hasil kerja sains (iaitu teknologi). Ramai yang suka BMW, kereta2 mewah, handset2 canggih dan pelbagai consumer products yang dihasilkan oleh sains dan teknologi tetapi jauh lebih ramai yang tidak minat untuk mengetahui cara2 products itu dihasilkan. Mengguna hasil sains tak kafir kata mereka, tetapi ramai yang tidak sedar hasil sains itu banyak dicipta atau ditemui oleh orang2 kafir. Membaca buku orang kafir, menjadi kafir kata mereka (alasan untuk malas membaca). Hasil kerja orang kafir itu kafir kata mereka. Tetapi apabila hasil sains itu memberi manfaat kepada mereka, tolak tepi isu orang kafir yang menghasilkannya.

Darwin sendiri mengatakan sekiranya ada yang menemui penjelasan yang lebih baik dari teori yang dia kemukakan maka buanglah teori dia. Begitu “ikhlas” sainstist kafir ni, tetapi oleh kerana belum ada teori lain yang dapat menandingi teori beliau dan telah banyak saintist2 zaman ini mendapati teori itu kearah yang betul, maka keterbukaan muslimin menafsir teori tersebut sangat2 diperlukan. Darwin seperti Newton, Eienstien, dan saintist2 lain bekerja keras membuka satu demi satu kunci2 rasia Allah (walaupun mereka tak percaya kepada Allah) dan hasil dari mereka ini yang memberikan kemewahan hidup kepada muslimin. Kita perlu ingat “La hawla walaa Kuah illa bi-Llah”. Tiada satu teori atau penemuan saintist2 di atas yang boleh menghasilkan sesuatu manfaat tanpa adanya Allah. Allah yang memberikan kunci rasia kepada mereka kerana ketekunan mereka.

Darwin mengatakan alam dijadikan secara kebetulan, natural selection, the fittest survive kemudian disokong Karl Mark dengan materialismnya setelah membaca buku Darwin. Kenyataan2 tersebut tidak membuktikan tiadanya Allah. Ianya semua berasaskan sains dan begitulah displine dalam sains dan sebagaimana tadi bukan ilmu sains yang menjadi teras mencari keesaan Allah. Ilmu Tauhid yang patut digunakan tetapi ilmu tauhid sahaja menghasil Iman yang Taqlid dan hanya apabila digabungkan dengan ilmu sains iman yang taklid menjadi iman ilmu dan kearah iman yakin dan seterusnya.

Mewar-warkan ilmu sains (yang mempunyai displin yang tinggi) sebagai tidak relevent dan remeh adalah seperti mengatakan kita mengenal seseorang tanpa mengetahui jasa2 (kerja2) yang telah dia lakukan. Kita kata kita kenal si Ali (contoh) tapi tak pernah nak ambil tahu apa Ali pernah buat atau Ali boleh buat. Maka timbullah konsep mengingati seseorang dengan “Ali, Ali, Ali … x33) dan tidak pernah mahu mengambil tahu apa dia buat (cara dia bekerja). Atau yang baik sedikit dia tahu Ali itu hebat boleh buat rumah tapi tidak mahu mengambil tahu bagaimana susahnya Ali merancang, membena, mengatasi masaalah, menanggung risiko dan sebagainya semasa membuat rumah.

“Game of chances (goc)” kata Darwin. Al Quran mengatakan “Tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan satu permainan”. Dalam mathematik goc ada probability. Eienstien kata “God plays dice”. Belajar probability (kebarangkalian) dimulakan dengan baling duit syiling atau buah dadu untuk memahami konsep kebarangkalian. Kita nampak macam kebarangkalian tetapi pada tahap quantum ia bukan kebarangkalian. Ia menjadi kebarangkalian kerana keterbatasan pemikiran kita dalam mengolah pekara2 halus (quantum). Contoh kita rasa kedudukan syling sama setiap kali baling - 30.123 darjah dari kuku tetapi Allah mengira dalam 30.12343783975823652366 darjah dan lebih tepat dari itu. Hasilnya berbeza antara 30.123 dengan 30.1234 atau 30.12345 dan seterusnya.

“The fittest survived” yang menjadikan Karl Mark kagum pada Darwin, adalah cara Allah menulis (menentukan) super-programNya (yang tiada bugs) sebelum adanya alam ini. Dengan pemberian nikmat yang paling besar kepada manusia dalam bentuk akal, Allah kemudian memberitahu “sekiranya engkau percayakan Aku, Aku tak redha mahluk yang diberikan akal menyalahgunakan keonsep tersebut”. Keizinan diberikan juga sekiranya ada yang mahu menggunakannya tetapi diberi amaran “pembersihan” di hari Akhirat kelak. Jadi tak salah Darwin mengatakan itu setelah membuat penelitian kepada alam semulajadi melalui the school of science.

“Natural Selection” mengatakan mahluk berevolusi, berubah mengikut keadaan persekitaran. Yang tidak boleh berubah mengikut keadaan dan zaman akan pupus. Satu kenyataan yang amat benar. Semua ini adalah code2 program yang terkandung di dalam superprogram Allah yang kemudian dia tajalikan kepada alam semulajadu (nature). Bagi mereka yang faham tajalinya Allah di dalam Nature akan merujuk kepada “Allah Selection” dan yang tak nampak mereka lebih selesa dengan “Natural Selection”. Bukan salah Darwin atau sains … salah kita yang melihat dengan mata tapi tak nampak. Bukankah Allah mengatakan ruginya manusia yang diberikan akal tapi tak dapat berfikir begitu juga indera yang lain.

Di Barat, debat Evolusionist vs Creationist (evs) melahirkan idea baru “Intelligent Design (id)” yang mana Turki baru sahaja mengadakan persidangan berhubungnya dengan bantuan sainstist2 kafir dari USA. Setelah bertahun menentang evolusionist, Harun Yahya kini turut mengemukakan id. Apa yang jelas setelah ada orang berlari maka barulah muslim belari kalau tidak kosonglah padang. Ilham2 dari Allah telah turun kepada mahluknya sejak manusia pertama Nabi Adam (Adam-Adam belum balig lagi sebelum itu). Bilakah muslim boleh menerajui ilmu Sunahtullah dan tidak menyorok dibelakang. Pada tahap minimanya muslim patut berfikiran terbuka menerima dan bukan menjadi pembangkang dalam ilmu sains. Yang lebih daif bila muslim mengheret ummahnya sekali dengan terus hanya mendalami ilmu halal-haram berbanding ilmu negenal Allah.

Manusia itu dipanggil baliq apabila mencapai kewarasan pemikiran. Jadi manusia-baliq (mb) itu berbesa dari manusia-belum-baliq (mbb), walaupun mbb itu mempunyai tubuh phisikal yang sama dengan mb. Syarat sah kesemua ibadah adalah baliq dan ke syurga semua yang mati sebelum baliq. Apa yang membezakan mb dan mbb hanya kesempurnaan akal. Pada tahap kesempurnaan akal, Allah menngangkat si-pelupa (AnNaas) menjadi khalifah dengan mengajarkan nama2 (sebagai simbol berilmu). Pada masa itu Allah jadikan manusia pertama (tubuh phisikal yang sebelum itu sudah ada), tidak bermakna tubuh phisikal pertama.

Mengatakan Adam dijadikan dari tanah dan dari (unsur2) tanah, mempunyai implikasi berbeza. Al-Quran juga mengatakan semua mahluk melata (termasuk manusia) dari air. Secara lafaziah air bukan air-mani dan tanah bukan (unsur2) tanah. Di sinilah yang tersirat membantu menghurai yang tersurat. Di sini juga membezakan antara Al Bab (ayat atas tadi) dengan mereka yang tidak mahu berfikir. Al-Quran menanya “Adakah sama mereka yang berilmu dengan yang tidak?”. Untuk mendapat jawapan muslim tidak dapat tidak, perlu keluar menggunakan Pintu (Al-Quran) untuk merujuk kepada Kitab Alam.

Mengkaji Al-Quran adalah Fardu Ain sementara keluar melalui Pintu Al Quran ke Kitab Alam adalah Fardu Kifayah. Janganlah muslim hanya mementingkan diri sendiri sahaja dengan tidak mengambil tahu keutamaan/kepentingan ummah. Lidi perlu bergabung membentuk penyapu untuk keuatan bersama dan mengurangkan kepentingan diri, kerana penyapu yang dapat menghalang kemusnahan lidi yang satu.

Allahu A’lam

[Reply]

Anonymous said...

salam

saya harap takde org yg salah faham dgn komen sy sblom ni...

saya memang bersetuju dan faham dgn apa yg nak disampaikan oleh en. saifuddin..umat islam perlu lebih terbuka dan tidak terburu2 menuduh kafir atau haram terhadap sesuatu theory sains semata2 mereka merasakan theory itu bercanggah dgn agama...padahal masih ada ruang utk kita menyokong theory itu...

sy cuma agak kurang bersetuju dlm entry sblom ni dlm 2 perkara:

1. bila en saifuddin menggunakan tafsiran alternatif ayat2 al-quran utk menyokong theory of evolution sehingga en saifuddin berkata

"Dengan penjelasan di atas, kita tahu bahawa kita adalah keturunan Adam dan Hawa secara roh. Disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi. Ketika mereka berdua masih berada di Syurga, Homo sapiens ini sedang menumpahkan darah, melakukan kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi. Dengan sebab itu, Allah meniupkan roh Adam dan Hawa ke dalam diri Homo sapiens supaya mereka menjadi manusia."

seolah2 idea bahawa adam dan hawa diturunkan ke bumi secara pemindahan roh adalah satu fakta..sedangkan idea itu hanyalah kebarangkalian berdasarkan tafsiran alternatif terhadap ayat al-quran yg masih samar maksudnya..

mungkin ayat2 itu merujuk kpd theory lain yg masih blom dijumpai oleh manusia..who knows

2. en saifuddin berkata "Menolak evolusi bererti menolak biologi secara keseluruhan. Justeru, buang yang keruh ambillah yang jernih."

sbb tu sy timbulkan persoalan

adakah theory of evolution itu 100% benar dari sudut sains sehingga kita perlu menerimanya dan sesiapa yg tidak mahu menerimanya dianggap jumud kerana menolak sains?

utk menjelaskan bahawa menolak evolusi bukan bermakna menolak sains dgn syarat penolakan itu mestilah dengan menggunakan hujah2 sains...

itu saje..

tahniah kerana menulis tentang tajuk ini dgn mantap...

begitu juga en sharudin..tulisan beliau juga memang bernas...harap lebih ramai org islam yg mempunyai pemikiran2 seperti ini barulah boleh maju...

Abdulla said...

Just for clarification,adakah theory Darwin explains the Origin of Life?

Origin of Life tu sendiri mempunyai beberapa theory.

Diantaranya:
1.Clay theory.
Saudara2 boleh baca sendiri tentang theory ini lebih lanjut.Tapi nak ditekankan bahawa ada banyak theory untuk origin of life,dan ini semua hanyalah theory.

Saya nak tanya,kalau contohnya kereta itu dibuat dari banyak komponen eg body stereng engine dsb,tp kebanyakan komponen itu datang dari metal,maka bolehkah kita katakan kereta itu dari metal?

Correlationnya disini adalah KALAU(notice the word kalau supaya x timbulkan kontroversi) manusia evolve dari organism lain yang juga evolve dari organism lain yang ultimately datang dari clay(jika kita guna clay theory),maka adakah ini compatible dengan Quranic accounts?

Terima kasih daun keladi.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Ok saya mengaku saya silap.

Justeru, bacalah artikel saya yang sebelum ini dengan menambahkan perkataan 'mungkin' di depan.

Terimalah ia sebagai satu kemungkinan (yang boleh diterima dan ditolak), bukan satu fakta.

Sekian dimaklumkan.

Anonymous said...

Salam

Kehidupan itu sendiri luas maknanya bila kita membincangkan tentang kejadian Allah. Bila Allah menjadikan Alam, Big Bang itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan keseluruhan, walaupun ia belum memenuhi definasi life atau living things. Tanpa thing tidak akan ada living things, tidak akan ada life atau kehidupan kerana ia satu kesimbungan.

Dr Nazatul Shiha said...

Salam...

Pak Din, kejadian Allah ke, kejadian ciptaan Allah?

Ahmad Saifuddin Amran said...

1. adakah theory of evolution itu 100% benar dari sudut sains sehingga kita perlu menerimanya dan sesiapa yg tidak mahu menerimanya dianggap jumud kerana menolak sains?"

Saya bagi contoh mudah. Linnaean tTaxonomy adalah sebahagian dari implementasi Teori Evolusi dalam biologi. Sekiranya anda tidak menerima Teori Evolusi, justeru secara tidak langsung anda menolak taxonomy (kaedah penamaan dan pengkategorian organisma).

Hal ini akan menyebabkan efek yang besar dalam dunia biologi bahkan medic kerana taxonomy dipelajari pada awal bab lagi (domain, kingdom, phylum, class, order, family, genus species)

Sekiranya Creationist ada kaedah baru dan lebih efficient selain taxonomy, sila kemukakan. Tapi jika nak buat perubahan silibus, sangat mustahil. Taxonomy sudah diterima pakai dalam semua cabang biologi.

2. Kritikan Barat terhadap Harun Yahya.

http://eteraz.wordpress.com/2007/07/17/refuting-harun-yahya-islamic-creationism-and-who-is-funding-this-pseudo-science/

http://www2.truman.edu/~edis/writings/articles/hyahya.html

Ahmad Saifuddin Amran said...

Tokoh Muslim silam yang mula-mula mencadangkan teori evolusi, Ibn Miskaweih

http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Miskawayh

http://www.muslimphilosophy.com/ip/rep/H042

Anonymous said...

Thanks a lot Shiha, betul tu, lebih teruk dari langit dengan bumi.

Saya kira banyak lagi jigsaw pieces yang telah sediada, dan sebahgian besarnya telah menghasilkan teknologi atau kemudahan yang kita gunakan sekarang. Jangan kita lupa kenderaan, hand phone, bla bla yang guna setiap hari itu adalah hasil dari kefahaman kepada carakerja Allah iaitu hasil kajian ilmu sains. Hasil penat lelah saintis. Kiranya mereka menipu, secara sedar atau tidak, sudah pasti Sunnah Allah akan menjalankan tugas menidakkannya. Contoh, meletupnya shuttle Nasa adalah kerana berlakunya penipuan (secara tidak sedar) kepada Sunaah Allah.

Menjadi evolutionist bermakna kita merancang serapi-rapi nya kehidupan kita, sebagai mana tarbiah Allah dalam AlamNya. Creationist tidak mempunyi mind set begitu. Mereka memperjuangkan berterima kasih kepada Allah tanpa mahu tahu apa yang dia faham tentang perlunya berterima kasih. Sebenarnya mereka Creationist, tak mahu mengkajipun siapa itu Allah hakiki, kerana pada mereak dah dapat, terima kasih sahajalah.

Kita bukan tidak mengucapkan terima kasih. Kita cuba memahami secara mendalam kategori terima kasih. Bukan atas dasar satu sen terima kasih, satu juta terima kasih yang sama. Dengan menjadi evolutionist kita meletakkan diri dihadapan kertas putih, melihat ke Alam dan melakar (bukan membuat kelakar) kejadian ciptaan Allah (terima kasih Shiha) dengan betul-betul mahu mengetahui carakerja Allah kerana kita tidak mungkin menemui zat Allah. Lainlah kalau kita kaji Kambing, zatnya ada, jadi tak payah nak susah mengendap kambing buat apa, literally speaking.

Saya pernah sentuh bahawa, sikap creationist akhirnya membentuk masyarakaat penerima tongkat. Mental subsidi. Mereka mengharapkan lahir di dunia semua dah ada. Dah siap. Termasuklah Adam dah jadi, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Negara dia lahir pun tak ada, kalau tidak kerana orang yang bersikap evolutionist. Negara perlu dibena. Satu konsep yang susah nak diterima generasi baru yang lahir jumpa tikus atas meja. Islam terus ada? Solat terus wajib? Semuanya berevolusi.

Kalau kita takutkan evolusi kerana akhirnya perlu berevolusi Islam atau agama nenek moyang kita, itu adalah pemikiran yang salah. Dari dulu kita makan. Masa duduk dalam gua jadi hunter gather kita makan. Dah jadi crocodile hunter pun kita makan. Dalam gua garpu asli, dah duduk gua cement kenalah evolve ke garpu tiruan. Kemajuan kan? Jadi hal makan tak berubah, hal cara makan berubah.

Kehidupan itu evolusi. Adaptasi. Yang tidak beadaptasi mati. Pupus. KO. Ya lah memang kadar kepupusannya tak sama. Ada cepat ada lambat, tapi tunggu sahajalah, creastionist akan mati. Sebagaimana matinya Matahari mengeliling Bumi. Memang ramai yang kata, apa mengeliling apa tak perlu, tak berkaitan dengan akidah. Kalau kita berpegang kepada Iman Taklid memang semua tak boleh diubah. Iman pun perlu evolusi kalau tidak iman kita pun mati. Jadi sebelum kita mati, berevolisilah sebelum minda anda mati dulu. Kesian Muslim tanpa minda.

Anonymous said...

quote en saifuddin:
"Saya bagi contoh mudah. Linnaean tTaxonomy adalah sebahagian dari implementasi Teori Evolusi dalam biologi. Sekiranya anda tidak menerima Teori Evolusi, justeru secara tidak langsung anda menolak taxonomy (kaedah penamaan dan pengkategorian organisma)."

Saya pon nak bg satu contoh mudah. "Tuhan itu satu" adalah sebahagian dari kepercayaan agama yahudi dan termaktub dalam taurat.Sekiranya anda tidak menerima agama yahudi, justeru secara tidak langsung anda menolak bahawa tuhan itu satu.

......................

anda perlu tahu theory of evolution itu adalah gabungan theories and facts..apabila seseorang saintis menolak theory itu anda perlu tahu bahagian mana dr theory itu yg ditolak...

Michael J. Behe, professor of biology at Lehigh University pon menolak theory of evolution tp itu tidak bermakna dia menolak biology sbb dia sendiri seorang professor biology..

berkaitan linnaean taxonomy...
Linnaean taxonomy is a method of classifying living things, originally devised by (and named for) Carl Linnaeus, although it has changed considerably since his time. The greatest innovation of Linnaeus, and still the most important aspect of this system, is the general use of binomial nomenclature

dalam hal ni takde apa yg nk diarguekan...manusia dikelaskan dalam dominion terroa kerana mempunyai double helix DNA, dikelaskan dalam domain eukaryota kerana sel manusia mempunyai nucleus...etc

nomenclature sebegini tidak perlu diargue...tp bila evolutionist mengatakan bahawa manusia, lembu, gajah, zirafah, burung dan beribu2 species haiwan kelas atasan itu semuanya berasal dr satu sel micro yg mengalami berbillion2 mutasi sehingga menjadi haiwan yg sempurna...takde cacat sikit pon pada phenotype walaupon melalui proses natural/random selection...
ini yg diargue oleh saintis...

org yg menyokong theory of evolution juga perlu mengubah mindset dan persepsi mereka terhadap org yg menolak theory tersebut..dan berdiskusi dari sudut sains bkn terburu2 menuduh jumud/menolak sains etc

Anonymous said...

berkaitan harun yahya...

org barat mengkritik harun tahya tidak bermakna hujah dia terhadap evolution itu salah

org barat mengkritik islam juga tidak bermakan islam itu salah..

dan kritikan harun yahya dan saintis2 lain terhadap theory of evolution juga tidak bermakna theory itu salah..

p/s:komen sblom ni sy terperasan sy silap eja "nonsense" jd "nonsence"..huhu

Anonymous said...

org barat mengkritik islam juga tidak bermakan islam itu salah..

salah eja lg..bkn bermakan tp bermakna...huhu

Ahmad Saifuddin Amran said...

nomenclature sebegini tidak perlu diargue...tp bila evolutionist mengatakan bahawa manusia, lembu, gajah, zirafah, burung dan beribu2 species haiwan kelas atasan itu semuanya berasal dr satu sel micro yg mengalami berbillion2 mutasi sehingga menjadi haiwan yg sempurna...takde cacat sikit pon pada phenotype walaupon melalui proses natural/random selection...
ini yg diargue oleh saintis...


Seberapa perkara yang senior seifu perlu tahu tentang evolusi.

1. Evolusi adalah pewarisan genetik yang berubah sebagai adaptasi dgn environment dari induk kepada off-spring-nya.

2. Tiada istilah perfect phenotype dalam evolusi. Hidupan berevolusi sesuai pada zaman itu. Akan tetapi tidak semestinya bentuk yang sama sesuai pada 10 juta tahun akan datang. Justeru, evolusi diperlukan untuk adaptasi dengan sekeliling.

3. We talk about billion of years. Kita lihat manusia sendiri, kalau kita kira tamadun manusia bermula dari Adam AS, maka sejarah dunia baru berusia lebih kurang 5500 tahun. Itupun kita sudah lihat evolusi pada warna kulit, paras rupa, rambut, ketinggian tubuh di kalangan manusia. Inikan pula dalam billion tahun.

4. Evolusi tidak dapat diterangkan dengan hanya satu cabang sains. Ilmu genetik tidak cukup menerangkan keseluruhan proses evolusi. Aspek fizik, astronomi, arkeologi dan falsafah contohnya adalah sebahagian dari terbinanya teori evolusi.

Saya cuba untuk mengubah mindset dan memakai kasut golongan Creationist ni. Tapi hujah mereka yg dipenuhi pseudoscience menyebabkan sukar nak berbuat demikian. Saya tak kata pun golongan Creationist ni jumud. Mereka bagus kerana menggunakan pendekatan science walaupun sebahagiannya adalah pseudo.

Tapi yang dimaksudkan dgn jumud ialah untuk mereka yg menolak, tapi tak tau sebab apa dia tolak. Dan tak tau pun apa benda sebenarnya yang dia tolak tu. Saya buka ruang perbincangan, tapi biarlah betul-betul tahu apa itu teori evolusi. Contoh yang baik ialah senior seifu sendiri. Walaupun saudara dari group Creationist, tapi pendekatan sains yg digunakan utk menolak evolusi itu saya terima.

Anyway, label jumud itu jauh lebih baik dari kafir dan sesat.

"Seburuk-buruk nama adalah fasik setelah beriman"

Kalau melabel kafir, muktazilah dan sesat apatah lagi.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saya masih kecil hati dengan satu komen.

Anonymous said...

salam

sy ada satu cadangan..apa kata en saifuddin tulis pasal theory of evolution lak..

entry ni dan yg sebelumnya en saifuddin lebih tumpukan kpd mindset dan persepsi umat islam..so why not en saifuddin explain sikit pasal theory of evolution kpd pembaca2...

last sekali nk tanya en sharudin...

ni sekadar bertanya sahaja sbb sy kurang faham kenyataan en.

"Saya pernah sentuh bahawa, sikap creationist akhirnya membentuk masyarakaat penerima tongkat. Mental subsidi. Mereka mengharapkan lahir di dunia semua dah ada. Dah siap. Termasuklah Adam dah jadi, sedangkan hakikatnya tidak begitu."

maksud en. sharudin adam yg kat syurga tu je yg Allah jadikan terus...tp adam yg kat dunia ni (homo sapien yg dimasukkan roh adam)mengalami evolusi..itu ke maksud en.?

kalau begitu apakah species yg paling2 awal sekali yg mana adam evolve drpdnya?adakah microb?

sekadar bertanya

p/s: bestnye kl ada time machine =)

Ahmad Saifuddin Amran said...

Lepas man-made natural selection minggu depan ni, inshaAllah saya buat FAQ tentang evolusi.

Anonymous said...

en. saifuddin

sy faham dgn apa yg anda nk sampaikan...sy tak kata sy dr golongan creationist..

sy study pasal evolution melalui 2 view...creationist ngan evolutionist...tp setakat ni sy tak golongkan diri sy dlm mana2 puak...sbb sy masih nk menilai dari sudut sains...

mungkin komen sy je nampak seperti golongan creationist...itu cuma sbg provokasi sahaja utk melihat reaksi org lain..kot2 ada hujah2 yg bermanfaat dr kedua2 pihak..

p/s:anta ada kecil hati ngan komen sy ke?sori sgt2 kl ada..sy tarik blk mana2 komen yg sebegitu...anta delete la ye..

Anonymous said...

Salam Sdr Seifu,

Saya suka dengan keterbukaan sdr. Saya seronok membaca komen sdr. Saya terbuka minda untuk berbincang dengan sdr. Bukan memuji tapi melihat daripada komen yang telah anda berikan. Kalau yang sebegitu dapat diteruskan, sudah pasti kita akan sampai kepada satu titk pertemuan. Pada saya titik pertemuan itu bukan bersetuju bulat-bulat tentang Teori Darwin, tetapi lebih penting dari itu, iaitu titik pertemuan bahawa kita akan menjawab segala apa yang kita perkatakan di Dunia. Kita bertemu kerana bersetuju bahawa Allah mempunyai carakerjaNya sendiri, yang disebut Sunnah Allah. Kita bertemu kerana Teori Darwin mengarah kepada DARWIN. Saybas sdr kerna membuka minda menuju ke arah itu.

20 bahagian telah saya tulis berkaitan Teori Darwin. Memang betul ia lebih kepada mindset atau falsafah atau sebenarnya melihat teori tersebut dari pandang macro, pandang burung bukan pandang mikro, kerana apakah Islam itu bermakna kita jadi Arab, contohnya. Mikronya Arab, pasal Nabi Muhammad saw itu orang arab. Macronya Islam, kerana Islam itu bukan dibawa hanya oleh Nabi saw, malah 124,000 nabi-nabi terlibat menyebar dan mengajarnya, dari pelbagai bangsa dan keturunan, seperti yang di sebut di dalam Al Quran. Maka melihat makronya sangat penting, kerana pandang burung luas jangkauannya. Tetapi ingat jangan jadi burung yang tak pandai turun ke Bumi, setelah diilhamkan adanya rezeki yang telah disediakan Allah!

Kita perlu jelas apa yang hendak dibincang, pasal makan atau cara makan? Pasal kenyang hasil dari makan atau selera tekak yang berbeza mengikut bangsa? Tanpa kejelasan kita sendiri tidak tahu sebenarnya apa yang kita tanya, .. apa yang kita buat. Solat untuk beribadah kepda Allah, atau solat untuk menuju ke arah mengenal Allah? Ada perbezaannya. Perlu kyusuk dalam solat ke atau perlu kyusuk dalam ibadah atau lanjutanya dalam kehidupan? Tanya baik-baik diri kita, sebelum menyanakan soalan-soalan lebih mencabar. Bukan setakad mencabar kefahaman kita kepada carakerja Allah, malah mencabar aqidah yang kita pegang. Bila kita pasti dengan itu maka masuklah gelanggang dengan minda terbuka dan tidak emosi.

Bahagian satu, saya merumuskan tiga pekara asas tersirat di dalam Teori Darwin, Game of chances, The fittest survived dan Natural Selection berserta dengan beberapa huraian pendek. Kalau kita faham apa yang tersirat di dalam ketiga-tiga terma ini maka bolehlah kita menganggap bahawa kita sedang di dalam perlumbaan ke arah garis penamat. Jangan cerita terlalu awal pasal, tangan saya lebih awal dari badan dia, untuk mempertiakai siapa sampai dahulu. Apa kita perlu sangat dengan menjadi pemenang atau kita bersyukur diberikan kudrah dan iradah bersama-sama menyertai pertandingan. Betulkan niat anda dahulu!

Kemudian kesemua 20 bahagian itu bersynergi untuk membena satu kesimpulan, iaitu adanya Teori Darwin itu memperkuatkan lagi keimaan dan pembuktian keimanan kita terhadap Allah swt. Kalau ada yang mengambil jalan pintas dengan niat yang tidak tepat, saya kira ramai lagi orang lain yang suka berbuat demikian. Maka sudikanlah pergi berbahas dengan mereka, kerana saya membincang Teori Darwin untuk mengenal Allah dan mengenal diri. Bukan untuk degree atau makan gaji!

Anonymous said...

terima kasih en sharudin atas komen tersebut...

tetapi ada soalan sy yg en. blom jawab..

menurut evolutionist
"Despite the uncertainty on how life began, it is clear that prokaryotes were the first organisms to inhabit Earth,[157] approximately 3–4 billion years ago.[158]
No obvious changes in morphology or cellular organization occurred in these organisms over the next few billion years.[159]

The eukaryotes were the next major innovation in evolution."

prokaryotes dikatakan organisma pertama kemudian evolve menjadi eukaryote dan akhirnya setelah berbilion2 thn menjadi manusia..

so soalan sy adakah en. mengatakan adam berasal dr prokaryote?

jika ya dari mana pula asalnya prokaryotes?

bg golongan atheist mereka akan mengatakan prokaryotes terjadi secara kebetulan..(satu pendapat yg sukar diterima kerana struktur prokaryotes begitu complex)

bg golongan agama yg mempercayai theory itu mereka akan mengatakan bahawa tuhan yg menciptakannya...dan tuhan juga yg mengevolusikannya...

so apakah pandangan en. sharudin dalam hal ni?

dari mana datangnya prokaryotes itu?
kl en sharudin kata prokaryotes itu sudah sedia ada yg diciptakan oleh tuhan drpd material2 tertentu maka tidak ada beza pandangan en. sharudin dgn golongan creationist...

creationist mengatakan manusia sudah sedia ada yg diciptakan tuhan dr material2 tertentu...seperti tanah dan sbagainya

kalau Allah boleh menjadikan terus prokaryote tanpa perlu proses evolusi maka tidak mustahil bg Allah utk menjadikan terus manusia,kambing,lembu dan beribu2 haiwan yg lain tanpa perlu proses evolusi...

sbb tu sy tanya en. sharudin apa maksud en sharudin bila en tulis
"Mereka mengharapkan lahir di dunia semua dah ada. Dah siap. Termasuklah Adam dah jadi, sedangkan hakikatnya tidak begitu"

maka tidak ada salahnya jika golongan creationist mempercayai bahawa manusia ini dijadikan terus oleh Allah tanpa perlu kpd proses evolusi...sepertimana en. sharudin mempercayai bahawa prokaryotes sudah sedia ada dan diciptakan Allah tanpa proses evolusi.

sbb itu sy minta penjelasan en.

terima kasih

p/s:harap en. sharudin terus straight to the point...komen encik sebelom ni sy agak kurang faham...huhu...thanx

Ahmad Saifuddin Amran said...

p/s:anta ada kecil hati ngan komen sy ke?sori sgt2 kl ada..sy tarik blk mana2 komen yg sebegitu...anta delete la ye..

Takla. Orang lain. Setiap kali baca angin satu badan. Terus tak dapat berfikir dengan rasional.

Abdulla said...

Jap jap..saye ade satu soalan yang masih kurang faham disini.Kalau start dari satu organism,and evolve,apsal bukan semua makhluk di muka bumi ni evolve skali?

Apsal masih ada prokaryote,dan eukaryote,walhal kalau ikut theory segala makhluk sekarang evolve dari diorng.And dikatakan bahawa mereka evolve adalah untuk fit to the surrounding.So yang tak evolve adakah tak fit to the surrounding,dan patutnye tidak wujud lagi.Tapi mengapa still ada makhluk2 primitif sampai sekarang lagi.Kenapa mereka x evolve?

Tolong terangkan kepada saya ye.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Sdr Abdulla kena faham maksud Natural Selection.

Natural selection is the process by which favorable heritable traits become more common in successive generations of a population of reproducing organisms, and unfavorable heritable traits become less common.

Tak bermakna prokaryotes semua evolve.

Anonymous said...

hehe..acap (abdulla) dah tanya...
ingat nk simpan soalan tu utk tajuk evolution dlm entry akan dtg...so sy nk menambah terus la kpd soalan tu...

en saifuddin kata

"We talk about billion of years. Kita lihat manusia sendiri, kalau kita kira tamadun manusia bermula dari Adam AS, maka sejarah dunia baru berusia lebih kurang 5500 tahun. Itupun kita sudah lihat evolusi pada warna kulit, paras rupa, rambut, ketinggian tubuh di kalangan manusia. Inikan pula dalam billion tahun."

kl itu dikira evolusi kita dpt lihat bahawa manusia still manusia...tak jauh dr ancestor sblomnya...cuma berlaku variasi sahaja...takde manusia tumbuh sayap ke seperti burung yg dikatakan berasal drpd seekor dinosaur darat yg mengibaskan tgnnya lama2 menjadi sayap...bukan dia sekor je ramai lagi kawan2 beliau yg evolve...ada yg evolve jd ikan paus...semua itu hasil drpd cubaan utk adapt ngan persekitaran...

bayangkan drpd satu sel eukaryote dia adapt adapt adapt ngan environment dia berbilion2 tahun.... lama2 jd itik...

ada yang jadi kambing...

ada yang jadi tenuk..

ada yang jadi manusia...

semuanya menjadi binatang yg mempunyai system yg complex...dr system pernafasan sampailah system pembiakan...semuanya sgt complex...semuanya disebabkan nak adapt ngan persekitaran..

dan mereka juga evolve menjadi 2 sex...jantan betina...dan hebatnya yg jantan mempunyai system pembiakan yg sesuai ngan yg betina...mcm dah janji dah "kau pompuan develop vagina...aku yg laki develop penis...pastu kat bhgn dalam ko develop rahim dan ovary...aku develop vas deferen ngan testis"

harap dpt tunjuk ajar dr en. saifuddin

Ahmad Saifuddin Amran said...

kl itu dikira evolusi kita dpt lihat bahawa manusia still manusia...tak jauh dr ancestor sblomnya...cuma berlaku variasi sahaja...takde manusia tumbuh sayap ke seperti burung yg dikatakan berasal drpd seekor dinosaur darat yg mengibaskan tgnnya lama2 menjadi sayap...

Manusia makhluk yang istimewa satu-satunya evolved organism yang dikurniakan akal. Dengan akal manusia tidak perlu evolve bentuk tubuh badan untuk adapt dengan surrounding.

Akal membolehkan manusia 'evolve' dengan lebih drastik. Kalau panas, ada aircond hasil akal manusia. Kalau sejuk ada sobah. Kalau nak terbang ada kapal terbang. Setelah menjadi Homo sapiens, evolution dari segi teknologi sahaja yang berlaku pada manusia.

bayangkan drpd satu sel eukaryote dia adapt adapt adapt ngan environment dia berbilion2 tahun.... lama2 jd itik...

Ya, seolah-olah nampak seperti melanggar The Second Law of Themodynamics. Tapi hakikatnya tidak.

Fetus evolve daripada unisel. Bagaimana satu sel bisa berubah menjadi multisel dan kemudiannya menjadi manusia? Itu dalam masa 9 bulan. Apatah lagi billion tahun.

Harap soalan terjawab.

Anonymous said...

AMARAN:KOMEN INI DITULIS DALAM KEADAAN MENGANTUK...BAIK JANGAN BACA...KALAU NK BACA JUGAK AMPUN MAAF KALAU ADA SILAP DAN SALAH...


"Akal membolehkan manusia 'evolve' dengan lebih drastik. Kalau panas, ada aircond hasil akal manusia. Kalau sejuk ada sobah. Kalau nak terbang ada kapal terbang. Setelah menjadi Homo sapiens, evolution dari segi teknologi sahaja yang berlaku pada manusia."

tp sy takde duit nak beli tiket flight...kenapalah sy takde kebolehan mcm dinosaur dulu tu ye...sy cuba kibas2 tgn saya tp tak keluar lak sayap...hehe...just kiding...

"Fetus evolve daripada unisel. Bagaimana satu sel bisa berubah menjadi multisel dan kemudiannya menjadi manusia? Itu dalam masa 9 bulan. Apatah lagi billion tahun."

tu la kan...9 bulan je... kl mak kita mengandung berbilion2 tahun mesti dalam perut mak kita tu kita akan bertukar jadi ikan, pastu beruk last2 jd manusia...hehe...just kidding


proses development embryo dr unisel kpd manusia melibatkan proses mitosis dan penterjemahan segala kod2 genetik yg terdpt pd chromosom yg diwarisi dr parents...segala kod2 adalah tetap dan mmg sudah sedia ada dlm chromosom...tinggal lg nk terjemah menjadi mata, hidung jantung dan segala organ yg lain...jika ada kesilapan pada bilangan chromosom maka tidak akan lahir manusia yg normal...

sgt berbeza dgn evolution dr prokaryotes kpd manusia...lihat contoh ikan(kita bg nama dia nemo)...

bagaimana nemo hendak hidup atas darat?ya dia mesti develop sistem pernafasan haiwan darat iaitu paru2...so dr manakah gene yg encoding sistem paru2 itu datang...nenek moyang nemo tidak ada gene seperti itu...

SANGAT BERBEZA dgn fetus di dlm uterus yg boleh membina paru2,jantung,hati dan segala organ dgn selamba mengikut masa2 tertentu berdasarkan kod2 genetik yg sedia ada,dan sudah tahu hasilnya akan menjadi manusia... nemo tak mampu buat begitu...

nemo tak mampu utk terus bertukar menjadi makhluk yg memiliki paru2...

nemo perlu mengalami proses natural selection...kl dia bernasib baik maka dia akan terpilih utk develop paru2...kl tidak terpaksalah nemo kekal dalam air...

kl nemo mengalami mutasi utk develop paru2 skalipon, nemo tidak dpt develop paru2 camtu je..hanya akan berlaku sikit je perubahan...nemo akan mati sebelom dia btol2 develop paru2...tp takpe anak2 mereka akan mewarisi gene yg sudah berubah itu...

dipendekkan cerita akhirnya cucu nemo memiliki gene utk develop paru2...

tp bg cucu nemo macamana dia nak membiak apabila dia evolve menjadi haiwan darat?ada tak ikan pompuan lain yg dah develop paru2 sama ngan dia n naik ke darat bersama2?dan mereka dpt membiak dan melahirkan anak yg juga ada paru2...

kesimpulannya...development zygot menjadi embryo then fetus then baby adalah proses yg berbeza tiada mutasi tiada natural selection dan tiada adaptation...cuma proses penterjemahan kod2 genetik sahaja..


P/S:ni mungkin komen sy yg terakhir kot... dah nk exam...tunggu entry evolution lak...terima kasih kpd semua...bye

Anonymous said...

oh terlupa satu perkara...

sy menunggu jwpn en. sharudin...dlm komen sblom2 ni sy ada tanya soalan kot2 en sharudin tak terperasan...

sy puji penulisan en. sharudin bila bc blog beliau..tp bab2 selain evolution la...berkaitan evolution sy blom bc lg..hehe...nanti pas exam la kot...

Ahmad Saifuddin Amran said...

Sori, saya jawab dari point of view Law of Entropy. Genetically memang tiada kaitan.

Kita tunggu jawapan falsafah Pak Din.

Anonymous said...

Salam semua,

Wahai pemikir-pemikir sekelian, anda semua telah diberikan kekuatan jasmani dan rohani untuk merantau mencari ilmu di negeri orang. Malang semasa di negeri sendiri dahulu, ketika berada di pendidikan awal, seperti saya juga, kita melalui system yang tidak melatih mengunakan minda sepenuhnya. Bukan salah sepenuhnya ketidakterbukaan, tujuannya bagi membendung kalau ada penyalahgunaan kebebasan, kerana manusia dengan penagaruh emosinya boleh menyalahgunakan akal untuk tujaun tidak bermanfaat, menjadi terbaik dalam hal carakerja manusia (maker), dan tidak berusaha terbaik mencari makna carakerja Allah.

Fahamkan betul-betul kedua-duanya arts (carakerja mahluk) dan sains (carakerja haliq). Sebagai panduan carakerja manusia diwahyukan di Al Quran dengan beberapa ayat mengarah kita menjadi Al Baab, dengan keluar melalui pintu Al Quran ke Kitab Alam. Bilangan ayat di Kitab Alam tidak terkira sehinggakan, kiranya kita tambah beberapa kali sejumlah air lautan, tidak akan dapat menulis sepenuhnya ilmu atau iradah atau carakerja Allah. Bayangkan, kalau anda hafiz Al Quran sekalipun, terlalu sedikit ayat-ayat yang dihafal itu berbanding ayat-ayat yang menguasai perjalanan Alam.

Nah, sekarang apa bezanya graph y=mx2 (square) + 1 atau higher order equation, kau dilihat dari graph berbanding numerial method dalam penyelesaian manyak masaalah-masalah physics. Satu analogue dan satu lagi digital (quantumised). Tertapi perlu diingat walaupun digital tidak memaparkan data graph setiap masam ia adalah usaha terbaik mengambarkan graph tersebut. Sesat?, jangan! … tak jumpa jalan, tak apa!. Pinjam kata-kata Ustaz SI. Maknanya jangan diharap semua jigsaw puzzle sudah tersedia sekarang, untuk menceritakan peristiwa 15 billion tahun, tanpa menggunakan time machine. Kalau semua dah tersedia, anak anda nanti yang belajar apa lagi? “Bapak dah siapkan semua! Kau duduk mesjid aja lah!”

Masa British rampas Wright punya design, dia gunakan untuk melihat si Hitler yang tak sabar nak nyebrang. Kenapa tak guna bot, sampan? U boat? Kerana kapalterbang macam burung, pandangannya luas. Kalau gitu, hero sangat Airforce, suruh dia sahaja, jaga semua! Mana pergi kerjasama? Fahamkan ia dengan kerja sama-sama. Jauh bezanya. Dari atas, pandangn makro, dengan jigsaw yang belum siap sepenuhnyapun kita sudah boleh buat projection, bukan prediction. Prediction ni hal jumpa bomo Siam! Puh kanan puh kiri, siap satu! Tetapi projection atau interpolation adalah element penting dalam ilmu sains selepas observation dan data collection.

Si Tom buat obserbation, datang si Dick buat data collection dan kemudian Harry lupa buat projection, pasal Charles hantar somewhere, hehe. Datanglah si Ahmad, buat projection. Ahmad ok, no hankie pankie, tapi kawnnya yang baru jupa bomo tadi yang menyocok!. Iktibarnya kuatkan jatidiri, pada masa yang sama decentralize work load, dengan centralized monitoring, macam dalam Central Nervous System dengan decentralize budy parts. Kalau kita tak percaya pada subkontraktor kita, kerana kita kurang mahir dengan decentralized system atau ineffective monitoring system, itu bukan salah, subkontraktor. Kita bertanggungjawab keseluruhannya. Lagi sesat?
Evolisi adalah tentang blueprint, DNA. Kita tak boleh rujuk satu cell sperma dengan egg berevolusi menjadi orang dewasa, kerana DNAnya tidak berubah. Mutation DNA itu yang dipelajari sebagai evolusi. Semua benda ada DNA, mudah atau complex! Allah yang design semua ni .. dan dia letak dalam CD Dia bernama Qodo dan Qadar. QQ Melayu atau kebanyak Muslim banyak salah kefahaman. Bukan Melayu yang ditakdirkan mundur. Tetapi sesiapa yagn mengunakan cirri-ciri Melayu itu yang di Sunnah kan akan mundur. Sunnah Allah berlaku setiap masa dan tak pernah tertunggak.

Baca Bhg 6 Fi sitatah ayyam saya, untuk mula perbincangan Adam dari mana. Buangkan fikiran sempit, segala-segala perlu dah ada sekarang. Tak perlu tunggu generasi akan datang menyambungnya. Bukan saya kata kita tak boleh membuatnya, tetapi sebagai manusia kena makan, solat, dan bermacam ibadah dan kerja lain yang perlu dibuat. Yang belum terbukti, jangan pula dijadikan alas an oh Darwin tu gila, macam kaum Nabi Noh kata kat dia. Akhirnya jadi kapal. N Noh punya jati diri. Kalau dia ikut kata kawan tok moh tu tadi? Hanyutlah dia dengan isteri dan anak-anaknya sekali. Kuatkan jatidiri!

Creationist ke Evolitionist, bila cerita tang kuasa dan tenaga, tiada siapa yang ada melainkan Allah. Kita tolak Creationist kerana puzzle-puzzle yang ada cukup (walupun belum sepenuhnya ada) untuk membuat ectrapolation kepada evolisi. Sebaliknya Creationist tidak buat apa-apa untuk membuktikan apa-apa. Puh kanan puh kiri. Baik ke jahat ke? Semuanya dari Allah. ‘Faalhamaha Fujuroha wataqwaha’. Yang baik disaluran melalui agen malaikah dan yang jahat dari agen syaitan. Tapi perlu ingat syaitan itu sifat, yang memungkinkan penggunakan manusia atau jin, seperti Surah An Naas.

Ingat kita baru mula perlumbaan kan? Bukan nak cari kalah menang, tapi mencari Tuhan hakiki!

Anonymous said...

Salam

Sdr Seifu, semuga menjadi Sifu.

Tujuan jangka pendaknya memang betul, nak lulus exam. Tanamkan azam itu. Jangan sampai belajar di negeri yang berabuk itu, balik bawak abuk.

Jangka sederhana perlu mengandungi, sebagahian sebar, mencari kerja, sumber rezeki sebagai asas survival, kalu tak macamana nak cerita pasal survival of the fittest.

Jangka panjang ialah belajar yang berterusan, hanya kerana hendak maarifatullah. Sampai khatam, kalau sempat, sebelum dikahatamkan.

Saya masih simpan peluru-peluru anda sebahagiannya.

Anonymous said...

salam

terima kasih pak din atas jawapan tersebut...walaupon sy tak faham...huhu...

sy mengantuk lak nak study... sy nak buat komen konklusi ni...hehe(mengada2)

ni pesanan ustaz sy dulu...

bila timbulnya khilaf dalam apa jua perkara kita jangan angkuh mendabik dada mengatakan aku btol dan ko salah... tp igtlah pesanan imam ghazali spy setkan dlm minda kita

"Aku yakin bahawa pandangan aku ini adalah betol...tetapi BOLEH JADI ianya salah...

dan aku yakin pandangan yg lain adalah salah tetapi BOLEH JADI ianya betul..."

dengan itu minda kita akan sentiasa bersedia utk mendengar dan berdiskusi bukannya mengutuk dan mengkeji

janganlah bersikap prejudice antara satu sama lain...

bukanlah open minded itu dgn menjadi evolutionist...

dan bukanlah close-minded itu dgn menjadi creationist...

tp open-minded adalah org yg menilai dgn akal dan ilmu...

dan close-minded adalah menggolongkan diri dlm satu2 puak dan menjadi pak turut yg berfikir dgn otak org lain...

jangan golongkan diri anda menjadi evolutionist sehingga segala2 benda anda bersetuju termasuklah dinosaur menjadi burung setelah mengibas2kan kaki depannya semasa mengejar mangsa...beruang menjadi ikan paus setelah berenang2 dlm air..jadilah org yg mengkaji...begitu jugak golongan creationist...jangan ko main ikut je...use your own brain man...


p/s: saya sebenarnya agak sedih bila penulis menggolongkan sy dlm golongan creationist semata2 kerana komen saya...padahal mungkin saya punyai theory sy sendiri ttg origin of species yg tak sama dgn evolutionist ataupon creationist...sapa tahu......hehehe...(cam bagus)

Ahmad Saifuddin Amran said...

Cognitive dissonance, bermaksud seseorang itu cenderung membuat pilihan yang majoriti walaupun dia sendiri tahu yang pilihan tersebut adalah salah.

Semoga perbincangan kita yang panjang lebar ini bisa membuka dan mengupas ruang otak supaya lebih terbuka, sama ada evolutionist atau creationist.

Kalau en seifu nak buka satu lembaran mazhab yang baru tentang origin of species, boleh saja. Kita namakan Ajaran Haji Seifu amacam?

Anonymous said...

tak mngerti...

Blog ini seperti tanggapan sesetengah pihak bukanlah bermotifkan sains semata. Adapun blog ini mengumpulkan penulis-penulis dalam pelbagai lapangan seperti syariah, kejuruteraan, perubatan, sains komputer, sains aktuari dan lain-lain. Oleh kerana hanya beberapa penulis saja yang aktif, maka penulisan dalam blog ini kelihatan seolah-olah bermotifkan sains. Sekian dimaklumkan.

Kalau bukan sains semata, kenapa dalam setiap blog anda terlalu mengarah ke sains, terlebih lagi dalam pencitraan tafsiran ayat. Semakin tidak mengerti saya... harap tulisan diatas dapat direfleksikan dgn sebaik-baiknya...

Saye stuju, dgn pndapat bbrape comment, bahwa Al Quran tidak memihak teori apapun, manusialah yang terlalu berlebihan dalam mengsaikapi Al Quran, sehigga Al Quran dipandang sbagai buku panduan... Masha Allah

Al Quran itu sains Allah, sering kali Allah memeperingati hamba-Nya supaya BERPIKIR terhadap apa yang telah difirmankan... dengan hati dan ridha.. bukan hawa nafsu mencari sensasi yang tak ade gunanye...

Sains buktikan dengan sains... terhadep data sejarah??? apakah kredibilitas dpt dipertahankan tanpa analisa???

Semoga, kita, umat muslim, tidak meniru golongan lain yang "meniulis kitab" dgn tangan sendiri...

Amin

Ahmad Saifuddin Amran said...

Kalau bukan sains semata, kenapa dalam setiap blog anda terlalu mengarah ke sains, terlebih lagi dalam pencitraan tafsiran ayat. Semakin tidak mengerti saya... harap tulisan diatas dapat direfleksikan dgn sebaik-baiknya...

Oleh kerana hanya beberapa penulis saja yg betul-betul aktif...

Baca dengan cermat. Saya bukan orang agama untuk menulis tentang Islam

Saye stuju, dgn pndapat bbrape comment, bahwa Al Quran tidak memihak teori apapun, manusialah yang terlalu berlebihan dalam mengsaikapi Al Quran, sehigga Al Quran dipandang sbagai buku panduan... Masha Allah

Surah Al-Baqarah ayat 2 sendiri pun kata Al-Quran adalah kitab panduan.

Al Quran itu sains Allah, sering kali Allah memeperingati hamba-Nya supaya BERPIKIR terhadap apa yang telah difirmankan... dengan hati dan ridha.. bukan hawa nafsu mencari sensasi yang tak ade gunanye...

Alam semesta ini adalah sains Allah. Al-Quran bukan kitab sains. Al-Quran is a book of signs.

Sains buktikan dengan sains... terhadep data sejarah??? apakah kredibilitas dpt dipertahankan tanpa analisa???

Anda keliru apa itu sains. Sains dibuktikan dengan eksperimen. Eksperimen itu adalah analisa. Eksperimen memerlukan data untuk dianalisa. Justeru, sains adalah analisa terhadap kumpulan data.

Anonymous said...

haha..

Saya start dengan gelak ketawa.. Seperti inilah mahasiswa yang sibuk mencari kebenaran. Masing-masing mahu membantu islam. Ada yang kena cara, ada pula yang tersalah cara.

Nk kata hebat dalam sains, saya lihat, tiada pun penelitian ilmiah disini. At-least, buatlah thesis dengan methode penulisan ilmiah. Bukan susah sangat. Cuma ambil masa sikit. Barulah benar2 jelas!

Yang saya lihat hanyalah rujukan daripada web-web yang separa ilmiah. Kesalahan bukan pada saifudin saja. Yang paling fatal adalah sumber rujukan saifudin tu. Jika perbincangan dilanjutkan, hanya akan berlaku kepincangan biologi sahaja. Kebenaran susah diterima, konon nak bincang pakai akal tapi mengarut (x semua).

Tntg penafsiran al-Quran tu memang bahaya lah kawan. Bagaimana suatu hakikat yang mutlak (al-Quran&hadith) mahu dibahaskan oleh suatu hakikat yang tidak mutlak, relatif dan selalu sahaja berubah itu? Mereka yang sihat akalnya pasti tidak dapat menerimanya

Membebani al-quran untuk mendukung hipotesis dan teori manusia ibarat mem'perkosa' ayat al-Quran.

(Syed Qutb)Semua teori manusia bukan hakikat ilmiah. Ia hanya teori dan hipotesis. Manfaat paling utamanya boleh digunakan untuk mentafsirkan fenomena alam, haiwan, jiwa dan sosial sehingga muncul hipótesis baru yang mampu mentafsirkan lebih banyak lagi fenomena alam dengan lebih teliti lagi. Oleh itu, ia selalu diubah, disemak, dikurangi, dan di tambah. Bahkan boleh berubah 180 darjah sama sekali. Setiap upaya mentafsir isyarat umum al-Quran dengan teori dan hakikat ilmu yang tidak mutlak mengandung kekeliruan metodogi dan tiga makna yang tidak layak dengan kebesaran al-Quran.

Pertama: Kelemahan jiwa yang membuat orang menyangka ilmu pengetahuan sebagai imam sedangkan al-Quran sebagai makmum. Kerana itu, mereka berusaha untuk menguatkan al-Quran dengan ilmu pengetahuan.

Kedua: Pemahaman yang buruk terhadap tabiat al-Quran dan fungsinya. Al-Quran membina manusia menurut kadar keleluasaan yang diberikan tabiat manusia dengan tabiat alam ini dan undang-undang ilahi untuknya. Hingga ia tidak berlanggaran dengan semesta disekitarnya. Ia memandu penyelidikan, penelitian, percubaan menurut petunjuk akal dalam melaksanakan tugas kekhalifahan. Bukan menerima pengetahuan-pengetahuan material secara membabi buta.

Ketiga: Penakwilan terus-menerus dengan cara dipaksakan terhadap nash al-Quran sehingga kita boleh membebaninya menjadi hamba hipotesis dan teori-teori yang tidak tetap.

p/s Ust syed Qutb adalah seorang yang telah menjalankan penelitiannya di barat selama 20 thn.

Anonymous said...

Al-Quran n teori manusia

Teori Evolusi Lewis dan Darwin yang mengatakan bahawa kehidupan dimulai dari satu sel dan sel ini tumbuh di air, kemudian ia berkembang hingga menjadi manusia. Kemudian, dengan serta merta kita pun membebani nash al-Quran dengan makna teori ini dan memaksanya menjadi pengikut teori ini dengan mengatakan “inilah yang di maksud oleh al-Quran.”

Tidak… sebab teori ini tidak mutlak. Ia telah disemak kurang dari seabad sejak kemunculannya dengan sesuatu yang hampir-hampir mengubahnya secara total. Telah tampak padanya kekurangan yang hampir-hampir memporak-perandakannya, kekurangan yang dibangun atas landasan data-data yang tidak sempurna tentang kesatuan herediti yang menjaga karakter-karakter tiap-tiap jenis dan yang tidak memperkenankan perpindahan satu jenis ke satu jenis yang lain. Teori Evolusi ini juga boleh dibatalkan dikemudian hari. Sedangkan al-Quran adalah hakikat yang mutlak dan akhir.

Mugkin, saifudin ingin mencari titik temu atr sains (kini digerakkan oleh barat)dengan agama. Samalah ibnu sina, al-farabi ingin mencari titik antara falsafah (yang digerakkan ahli falsafah yunani) dan agama. Kemudian, telah dibantah oleh Imam Al-Ghazali sehingga mati ajaran falsafah. Islam kembali suci. Puak orientalis/islam lib./muslim yg terpengaruh akan dan 'wajib' menolak pandangan Al-ghazali ini dan cuba mengagungkan ibnu sina, al-farabi, ibnu rusyd dll. Nampak ilmiah, tapi membantutkan ummah.

Oleh kerana anda bukan ahli dibidang falsafah (berdasarkan komen2 anda), saya rasa membazir waktu sahaja disini melainkan anda sudah siap menerimanya. Anda pasti mengatakan sains timur dan barat adalah sama. So, tak guna saya komentar lebih.

Dan, mugkin anda juga terpengaruh dengan artikel ust has. Beliau mengemukakan beberapa nama ilmuan islam yang membahas evolusi. tapi tanpa membezakan antara yang terpengaruh dengan ajaran emanationism (wikipedia) dengan yang bukan... maaf saya katakan, Hanya pukul rata. Tidak cukup tangan ulama nak serang sekularisme. Tiba-tiba ada pula yg mahu mghidupkan ajaran evolusi Darwin yang sudah lusuh. Ulama kene study buku darwin pulak kerana kasihkan umat.

ok ws.

p/s: Bagus saudara kata secara biologi, kemungkinan besar saya evolve dari babi kerana gen babi paling hampir dengan manusia. Dalam perubatan, transplant part dari babi kepada manusia giat dijalankan di barat.

Scr logik, mungkinkah insang ikan tiba-tiba berubah menjadi peparu haiwan reptilia yang sihat? Hal yang sangat tidak dapat diterima akal bagi mereka yang memamahi ilmu anatomi tubuh.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saya tinggalkan laman web sebagai rujukan supaya mudah pembaca dapat lanjutkan pembacaan dalam web tu. Kalau nak lebih kefahaman, bacalah.

Sasaran saya ialah masyarakat umum. Terlalu ilmiah, orang tidak akan baca. Terlalu santai, orang susah untuk menilai. Menurut analisa Google analytics, artikel yang ditulis dengan paling ilmiah adalah paling kurang dibaca. Mahu salahkan pembaca ataupun kita yang tidak faham kehendak dan tabiat pembaca?

Saya lebih dari gembira (I am more than happy) sekiranya saudara datangkan bahagian mana yang mengarut. Supaya saya boleh nilai balik dan betulkan. Kalau saya rasa saya betul dan orang lain semua salah, saya takkan adakan ruangan komen untuk perbincangn. Adanya ruangan komen ini adalah untuk refinement pada sesuatu idea. Membaca dan menilai, bukan membaca dan menelan.

Saudara bukanlah orang pertama memberikan komen tentang pentafsiran ayat Quran tu. Walaubagaimanapun, terima kasih dengan komen membina.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Scr logik, mungkinkah insang ikan tiba-tiba berubah menjadi peparu haiwan reptilia yang sihat? Hal yang sangat tidak dapat diterima akal bagi mereka yang memamahi ilmu anatomi tubuh.

Hal yang lebih lagi tidak dapat diterima akal jika haiwan reptilia itu tiba-tiba wujud sedia lengkap dengan anatomi dan fisiologi seekor reptile.

Anonymous said...

salam

igt tanak komen dah...tp sementara tgh rilek jap ni...nak menyemak sikit kat blog en saifuddin...hehehe


"Hal yang lebih lagi tidak dapat diterima akal jika haiwan reptilia itu tiba-tiba wujud sedia lengkap dengan anatomi dan fisiologi seekor reptile."

ada lagi hal yg lebih lg tak boleh diterima akal..iaitu kelahiran nabi isa tanpa bapa pada zaman yg masih blom ada teknology klon...maka ahli arkeologi mengeluarkan teori mengatakan bahawa nabi isa adalah anak luar nikah hasil penzinaan maryam dgn seorang askar rom (saya dah lupa nama askar rom tu)...naudzubillah...

manusia akan mencipta pelbagai2 teori untuk menjelaskan perkara yang tidak masuk akal...

tiada yg mustahil bg Allah...kalau Dia boleh menjadikan prokaryote(makhluk pertama di muka bumi)yg mempunyai struktur yg begitu complex tanpa proses evolution maka tidak mustahil bg Allah utk mencipta reptilia yg begitu complex tanpa proses evolution...

sekian terima kasih

Ahmad Saifuddin Amran said...

Allah SWT menjadikan alam ini dengan hukum kausaliti (cause dan effect). Cause yang pertama ialah Big Bang. Kemudian dari Big Bang ini berterusanlah rantaian effect yang akan menjadi cause dan begitulah berikutnya.

Sesuatu yang terjadi dengan tiba-tiba adalah menyalahi kausaliti. Tiada cause, sudah ada efek. Creationist berkata alam ini terjadi secara tiba-tiba. Tup-tup semua dah siap. Ini bukan cara kerja Allah.

Penurunan Adam AS juga dengan cause. Allah SWT tidak menurunkan Adam AS secara tiba-tiba. Akan tetapi Allah SWT menurunkan baginda dan Hawa dengan cause iaitu termakan buah khuldi, effectnya ialah mereka diturunkan ke dunia.

Kita boleh menerima alam terjadi dengan beberapa peringkat. Dalam Al-Quran sebut 6 peringkat/masa. Penurunan ayat Al-Quran juga kita kata berperingkat-peringkat. Akan tetapi bila kejadian haiwan, kita kata tup-tup sudah ada. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang?

Adakah kita lahir terus pandai berlari? Terus pandai bercakap? Terus pandai mengira? Tidak. Semuanya pun ada evolusi.

rauf said...

Tahniah Din kerana membuka satu perspektif baru dalam perbincangan mengenai teroi evolusi. Ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan.

Sebelum tu, Jalan Kebenaran & Jalan Kebeneran?, boleh dedahkan identity anda? Bagaimana saya dapat menghubungi anda?

Ok. Maaf jika persoalan-persoalan ini kembali kepada artikel yang pertama.

Mengenai material tubuh manusia yang berbeza di syurga/neraka dengan di bumi, ada sedikit perkara yang aku nak timbulkan.

“Surah At-Takwir ayat 7 memberikan klu kepada kita bahawa ketika Hari Kebangkitan nanti, roh-roh akan dipertemukan dengan tubuh ‘dari material yang berbeza’. Tubuh manusia di Bumi tidak dapat menahan kepanasan Neraka di Akhirat. Malah di Bumi pun tubuh manusia akan mencair apabila dicampak ke lava gunung berapi, apatah lagi apabila dicampak ke Neraka yang jauh lebih panas. Oleh itu, bagaimana seksaan hendak dilaksanakan di Neraka sekiranya baru campak saja sudah hancur?”


‘Dari material yang berbeza’ tu tiada dalam nas asal. Aku dah semak al-Quran walaupun tak sempat nak baca tafsirnya. Kalau ada dalam mana-mana tafsir bagitahu la ye. Ok, hujah lain yang dinyatakan ialah ‘tubuh manusia di bumi tidak dapat tahan kepanasan neraka di akhirat kerana baru campak dah hancur, jadi seksaan tak dapat dilaksanakan’. Dalam ayat yang lain Allah dah jelaskan bahawa Allah akan gantikan kulit yang telah dibakar itu agar manusia merasai kesakitan. Oleh yang demikian, seksaan tersebut dapat dilaksanakan.

Hujah lain yang dikemukakan tentang perbezaan material ini ialah :

“Muslim percaya bahawa material di Syurga berbeza dengan material di Bumi. Dalam surah Al-Baqarah ayat 25, Allah menyebutkan bahawa ketika orang-orang beriman memasuki Syurga (selepas Hari Pembalasan), mereka menyangkakan bahawa buah-buahan di situ adalah buah-buahan yang sama ketika mereka hidup di dunia. Allah memperbetul kefahaman mereka dengan mengatakan bahawa ia hanya nampak serupa. Dengan kata lain, material bagi buah-buahan berbeza dengan material di Bumi.”

Terjemahan al-Quran yang aku peroleh utk ayat tersebut berbunyi begini :

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu”. Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.”

Lepas tu, ada nota kaki yang berbunyi : kenikmatan di syurga itu adalah kenikmatan yang serba lengkap baik jasmani mahupun rohani. Sekali lagi –maaf. Yang aku gunakan hanyalah terjemahan al-quran raja saudi (ni je yang ada skrg ni –aku menaip ni di cc). Tolong tunjukkan qarinahnya ttg perbezaan material buah-buahan itu. Ok, secara maknanya pun betul la , biasalah kita dengar yang buah-buahan di syurga sedap sangat2 yang tak dapat dibandingkan dengan buah-buahan di dunia. Tapi, lebih sedap tidak bermakna ia berasal daripada material yang lain daripada material yang wujud di bumi. Boleh je material yang sama (yang wujud di bumi) dengan komposisi yang berlainan misalnya. Dan 1001 kemungkinan lainnya boleh diandaikan. (kalau graviti kuat, material buah pun lebih keras dan tebal ke?)

Ok, tentang hujah graviti pula:

“Secara logiknya, material untuk tubuh Adam dan Hawa mula-mula diciptakan di Syurga adalah berbeza dengan material di Bumi. Menurut aspek pandangan fizik, kita tahu bahawa masa berlalu dengan sangat lambat di Syurga/Neraka, 1 hari di sana bersamaan dengan 1000 tahun di Bumi, maka kita dapat tahu bahawa betapa kuatnya tarikan graviti di sana. Untuk keadaan yang sangat berbeza itu, material untuk mencipta tubuh Adam mestilah berbeza di Syurga dari Bumi. Ini bermakna, secara hakikatnya tubuh Adam di Bumi tidak mungkin sama dengan tubuh Adam di Syurga walaupun kelihatan seolah-olah sama."

Kita tak tahu ttg bentuk sebenar syurga neraka (adakah berbentuk sfera, mempunyai atmosfera –supaya wujud gas yang diperlukan utk proses pembakaran seperti oksigen agar dapat membakar tubuh manusia yang terbina daripada material yang lain itu pula, dan bergerak pada paksinya -untuk membentuk graviti) adakah syurga neraka juga tertakluk dengan ruang dan masa -sedangkan kita tahu bahawa masa di sana infiniti ataupun tidak berakhir. Bolehkah teori kerelatifan diaplikasikan di sana?

“Al-Quran menyebutkan sesuatu yang khusus tentang nenek moyang kita: Jika Dia berkehendak, Dia mampu menjadikan keturunan kita bukan manusia seperti nenek moyang kita.
Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain. (Q 6:133)

Al-Quran secara spesifik menggunakan perkataan 'ma' iaitu 'apa' dalam ayat tersebut. Walaupun 'ma' diterjemahkan sebagai 'siapa' seperti di atas, akan tetapi 'siapa'/'ma' itu tidak boleh dirujuk sebagai manusia. 'Ma' adalah perkataan yang hanya digunakan untuk bukan manusia. Perkataan Arab yang merujuk kepada manusia ialah 'man'.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah jika Dia berkehendak, maka dia mampu mengembalikan keturunan kita dari manusia kepada bukan manusia, seperti mana Dia menciptakan kita dari nenek moyang kita. Hal ini bermakna, tubuh badan yang kita miliki sekarang ini adalah dari keturunan nenek moyang kita yang bukan manusia!”


Lafaz ‘Ma’ adalah isim mausul dalam ilmu nahu. Kebanyakan lafaz ma digunakan untuk yang tidak berakal. Namun ma mausul ini juga digunakan untuk makhluk yang berakal (manusia) seperti dalam firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 3 : Fankihu [b]ma[/b] taaba lakum min al-nisa’…. (Secara literalnya bermaksud : Maka kahwinilah apa yang disenangi bagimu dari perempuan..) ma di sini digunakan untuk manusia. Kadang-kala juga ma ini digunakan untuk yang berakal dan tidak berakal sekaligus.


Banyaklah lagi persoalan boleh ditimbulkan tentang hal ini. Tetapi memadai rasanya setakat ini dahulu. Apa pun, semua ini mengundang kita untuk berfikir kembali. Bolehkah kita jangkakan alam ghaib di syurga dan neraka tertakluk dengan hukum fizik yang sama dengan penemuan hukum-hukum fizik di alam syuhud ini? atau dengan kata lain, dapatkah kita pastikan hukum fizik yang kita kembangkan di dunia ini terpakai dalam alam ghaib? Walau bagaimanapun, soalan-soalan ini bukanlah bermaksud untuk mengatakan bahawa hal ini tidak boleh dikaji langsung. sebaliknya, hujah-hujah yang lebih teliti perlu dicari berdasarkan dalil-dalil dari nas untuk membuktikan kewujudan hukum-hukum yang terpakai di alam ghaib tersebut seperti konsep masa, graviti, kausaliti dan sebagainya. dan pastinya ruang jangkauan kajian seperti ini terbatas dalam ruang lingkup nas-nas yang ada kerana pengetahuan kita dalam hal ini terbatas kepada perkhabaran nas semata-mata. Teruskan pengkajian.

Hal-hal ini telah dijelaskan oleh ulama-ulama tauhid sepanjang zaman, dulu seperti Imam al-Ghazali dan kini seperti Sheikh Abdul Halim Mahmud dan Sheikh Said Ramadhan al-Buti. Sebagai contoh, sedikit petikan daripada Hujjatul Islam Imam al-Ghazali Rahimahullah di dalam kitabnya 'Al-Maqsadul Asna Fi Asmaa'il Husna' menjelaskan:
"Sesungguhnya akal tidak terdaya untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu sehinggalah ia membatasinya dulu di dalam dua perkara: Masa dan tempat, maka dia berkata bila dan di mana. Selama mana sesuatu itu tidak dibatasi di antara dua perkara ini maka akal tidak ada sebarang daya ke atasnya. Maka akal tidak berdaya untuk membuat ketetapan terhadap Allah (Tabaraka wa Taala) dan tidak juga ke atas sifat-sifatNya, begitu juga ke atas qadha' dan qadarNya. Akal adalah terbatas, ia tidak mampu menanggapi sesuatu yang tidak terbatas dan tidak mampu untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu yang infiniti. Allah Azza Wa Jalla adalah tiada dibatasi maka akal tidak mampu untuk membuat ketetapan mengenaiNya. Akal juga tidakmampu untuk menggambarkan sesuatu yang abadi dan timbangan akal akan menjadi goyang sekiranya ia cuba untuk membuat ketetapan ke atas sesuatu yan dak dibatasi dan ia akan terjebak ke dalam pertentangan yang mustahil paradoks), dan akal tidak mampu untuk membuat ketetapan dan tidak akan benar ketetapannya melainkan pada perkara- perkara yang materialistik sahaja, ada pun (perkara yang disebalik benda) alam ghaib maka akal tiada sebarang kebolehan untuk membuat sebarang ketetapan mengenainya. "

Secara keseluruhannya aku setuju jika kita katakan sains perlu membincangkan hal ini. Teruskan kajian. Tapi ia bukan wilayah sains semata-mata kerana persoalan hakikat asal usul manusia dan alam keseluruhannya adalah persoalan fundamental yang diperlukan oleh semua manusia. Jadi, tunduk pada metodologi penyelidikan yang diiktiraf oleh Islam.

Seperti yang dijelaskan oleh Harun Yahya iaitu faktor yang mendorong dia mengkaji perkara ini adalah disebabkan fenomena manusia menafikan nilai dan agama. Pensyarah-pensyarah yang terpengaruh dengan fahaman komunis di universitinya menggunakan alasan ‘teori evolusi darwin’ untuk menafikan kewujudan tuhan, keperluan untuk berakhlak dan sebagainya. Isu yang timbul bukan semata-mata ‘sains tidak pasti yang bersifat teori yang memerlukan kajian lanjut’ tetapi falsafah materialisme yang memusuhi agama yang telah berkembang beribu tahun dahulu semenjak Demokritus lagi.

Sikit lagi.

“Sekiranya anda bertegas pendirian dalam mempertahankan idea Creationism, tiada masalah. Tapi pastikan penolakan anda adalah dari dalil sains. Bukan dalil agama. Kerana Islam sendiri telahpun memberi ruang kepada penganutnya untuk berkhilaf dalam aspek ini. Dan perbanyakkan juga sumber rujukan.”


Kebenaran hakiki bukan hanya milik metode saintifik yang berasaskan emperikal ataupun rasional semata-mata. Orang yang berpegang begini dah terpengaruh dengan saintisme barat. Perbahasan dalam ilmu kalam yang juga banyak menggunakan induksi kebanyakannya tidak memihak kepada teori evolusi. Malah, nas-nas yang berkaitan dengan persoalan ini juga perlu digunakan dalam pendalilan selagi mana ia difahami berasaskan kaedah-kaedahnya yang tersendiri lagi muktabar. Hal ini memerlukan satu ruang khusus yang lain untuk dikemukakan. Jadi, kalau ada ahli-ahli sains muslim yang masih nak mempertahankan teori ini, adalah tidak wajar mereka membuat pendikotomian atau pemisahan antara agama dan sains (dalam erti kata saintisme barat) kerana hal ini bertentangan dengan hakikat kebenaran. (kenapa pula metode sains sahaja yang dipertahankan? Bukankah isu ini melibatkan perbahasan mengenai alam ghaib yang hanya boleh diketahui berdasarkan wahyu?) Lebih jauh lagi, hakikat mengenai asal-usul kehidupan manusia adalah persoalan fundamental dalam kehidupan manusia. Sepatutnya saintis muslim tidak melakukan seperti ini Jika hendak berlaku adil, lihat juga perbahasan ulamak sekitar persoalan ini. Dalam perbahasan ilmu tauhid, teori evolusi yang ditentang adalah mazhab tabi’I, yang mengatakan alam ini terjadi dengan sendirinya. Siapa yang beri’tikad begitu memanglah jadi kafir. Kalau tak, kenapa ulamak dulu-dulu menyusahkan diri menjawab persoalan-persoalan falsafah yang berat-berat. Ia adalah bertujuan untuk menjaga keaslian tauhid. Jadi, adilkah kalau kita kata persoalan evolusi ini adalah wilayah sains semata-mata, dan agama tidak boleh masuk campur?



Saintis muslim juga sewajarnya membersihkan pengaruh falsafah materialisme tersebut bahkan memeranginya dalam setiap interpretasi mereka mengenai teori evolusi agar umat tidak keliru. Beri juga penegasan dalam penerangan mereka bahawa perkara ini merupakan sains tidak pasti yang bersifat teori yang belum terbukti benar dan masih dalam kajian. Hal ini penting kerana sekiranya ada orang awam yang mengi’tikadkan bahawa teori evolusi adalah benar, bukankah hal ini akan mengganggu akidahnya? Sedang semua orang Islam perlukan jawapannya. Jadi, hakikat sebenar perlu diterangkan dengan lebih terperinci.


Ok, yang terakhir aku nak ulas sedikit tentang institusi tarbiah.

“Paranoid dan prejudis semberono terhadap evolusi sebahagian besarnya adalah bertitik-tolak dari pengajaran yang silap dalam institusi tarbiyah. Kita didoktrin untuk menolak segala yang dari Barat. Darwinism, nasionalisme, liberalisme, kapitalisme dan isme-isme lain dibakulkan sekali sebagai ideologi yang menyesatkan. Walhal kesemua ideologi ini diulas dengan pandangan yang begitu bias dan sinis tanpa mengambil kira aspek politik dan sosia-budaya masyarakat Barat. Tiada bezanya kita dengan Geert Wilders yang memandang Islam dengan penuh prejudis.”

Model usrah Imam Hassan al-Banna adalah untuk menangani semua jenis kelompok manusia daripada tahap taakulan yang rendah hinggalah pada tahap pemikiran yang tinggi. Ia bertujuan untuk memberikan penjelasan yang memadai terhadap Islam dalam segala aspeknya terutamanya yang menyentuh hal-hal yang berlaku di dunia moden. Ok lah, aku setuju jika kita nak kata content usrah yang terlampau luas itu sesetengahnya gagal dihuraikan oleh naqib-naqib apatah lagi jika naqib itu pun baru bersekolah menengah atau tidak pernah mendapat pendidikan yang memadai yang memberikan ia kelayakan untuk membicarakan topic tersebut. Dalam hal ini, sebahagian daripada mereka mungkin tidak dapat menjelaskan dengan baik aspek-aspek pertentangan di antara ideology moden dengan Islam. Namun, umum (setiap golongan kelompok manusia dari setiap tingkat akal fikiran) perlu mengetahui hal-hal seperti ini agar kehidupan beragama di zaman moden ini selamat daripada serangan-serangan pemikiran dari segenap penjuru. Pun begitu, adalah lebih baik juga jika topik ini diberi kepada ustaz dalam jurusan Usuluddin agar penjelasan yang diberikan lebih berautoriti dan tidak timbul bias ataupun merendahkan ketinggian intelek ahli-ahli usrah yang lebih advance.

Walaupun begitu, bukanlah institusi tarbiah maksum dari sebarang kesilapan dan tidak boleh dikritik. Namun, kritikan yang dibuat haruslah lebih membina daripada hanya meruntuhkan. Dalam soal ini, sekali lagi aku mencadangkan model liqa’ fikri Syed Quthb perlu ditambah dalam manhaj tarbiah di mana-mana pun khususnya untuk kelompok yang lebih advance dan tinggi tingkat pemikirannya. Mereka ini tidak akan puas dengan ‘jawapan yang memadai untuk orang awam’ dan ingin meneroka lebih jauh lagi. Dan sewajarnya mereka perlu dibimbing oleh ustaz yang berkepakaran dalam bidang usuluddin –kerana mereka menjuarai epistemology dan metodologi ilmiah Islam dan interaksinya dengan khazanah keintelektualan barat- agar perbincangan tidak menjurus kepada liberalisme beragama dan sebagainya. Barulah diskusi yang dibuat masuk melalui pintunya yang betul.

K. Mohon maaf salah silap. Sekadar berdiskusi dan mencari kebenaran.

rauf said...

Maaf, tiba-tiba terperasan ada komen yang belum dibalas.

Allah SWT menjadikan alam ini dengan hukum kausaliti (cause dan effect). Cause yang pertama ialah Big Bang. Kemudian dari Big Bang ini berterusanlah rantaian effect yang akan menjadi cause dan begitulah berikutnya.

Sesuatu yang terjadi dengan tiba-tiba adalah menyalahi kausaliti. Tiada cause, sudah ada efek. Creationist berkata alam ini terjadi secara tiba-tiba. Tup-tup semua dah siap. Ini bukan cara kerja Allah.


Sila lihat semula konsep kausaliti Islam yang sebenarnya. Ia bukan cause & effect yang tiada faktor penengahnya, iaitu Allah. Dalam hal ini, Ahl Sunnah berpegang bahawa kausaliti di alam ini hanyalah hukum adat semata-mata, iaitu lazim melazimi. Bukanlah bermakna Ahl Sunnah menolak sains jika sebegitu, cumanya pegangan Ahl Sunnah memancarkan intepretasi tauhid terhadap setiap penafsirannya terhadap alam. dalam konteks kausaliti, Ahl Sunnah tidak memisahkan dimensi 'fizik' dan dimensi 'metafizik' agar saintis muslim terselamat daripada mengeluarkan intepretasi yang menyalahi hakikat yang sebenarnya lantaran belum memperoleh jawapan mengikut dimensi fizik (pastinya terbatas dalam ruang lingkup dan tabiat subjek yang boleh dikaji oleh metode saintifik) dalam sebarang permasalahan pun.

Jadinya, setiap golongan beriman tidak perlu menunggu kajian sains untuk mengabsahkan keyakinan mereka dalam persoalan mukjizat dan perkara-perkara khawariqul adat misalnya. Walaupun begitu, bukanlah perkara ini tidak boleh dikaji dari prinsip sains langsung. Cumanya, ia tidak harus menjangkau ruang lingkup yang boleh dicapai oleh akal ataupun metode saintifik itu sendiri seperti alam ghaib dan metafizik. Metode untuk mencapai hakikat keyakinan dalam persoalan seperti ini hanyalah melalui pendalilan nas mengikut kaedah-kaedahnya yang tersendiri lagi muktabar. Sebarang campur tangan metode lain walaupun 'metode saintifik' tidak akan mencapai hakikat ilmiah kerana telah lari daripada tabiat dan jenis subjek yang dikaji. Jika tidak, berlakulah kecelaruan epistemologi. Inilah pengaruh saintisme barat di kalangan saintis muslim yang perlu dibersihkan semula.

Atas sebab ini juga Imam al-Ghazali menyerang ahli-ahli falsafah yang berpegang kepada konsep kausaliti seperti ini dan lain-lain pendapat falsafah yang bertentangan dgn akidah Islam.

Aristotle telah menjadikan Allah SWT hanya sebagai First Mover -Penggerak Pertama. Kemudiannya, Allah seolah-olah 'menswastakan' segala urusan pentadbiran alam ini kepada hukum sebab dan akibat, dan mereka menegaskan bahawa Allah 'wajib' mengikut hukum itu. Seolah-olah jika Allah menjadikan perkara yang bertentangan daripada hukum kausaliti tersebut, ini menunjukkan tiadanya hikmah. Justeru, mereka beriman dengan dengan hukum kausaliti sehingga menafikan kekuasaan Allah SWT utk menyimpang daripada prinsip kausaliti seumpama itu. Dalam falsafah, mereka dipanggil kumpulan al-gha'iyyah. Mereka ini seumpama sekular sederhana la, masih iktiraf Allah. Lawan kepada mereka ini ialah kelompok sekular yang lebih ekstrem, iaitu materialisme yang didukungi oleh Demokritus yang menafikan langsung kewujudan Tuhan dan mengatakan alam terjadi dengan sendirinya. Mereka ini lebih dikenali dgn nama mazhab tabi'i ataupun dahriyyun.

Islam menolak kedua-duanya. Islam mengambil juga pendekatan al-gha'iyyah tetapi dalam keadaan yang memancarkan ketauhidan dalam setiap penafsiran terhadap tadbiran Allah di alam ini.

Sekali lagi ditegaskan di sini. Ini bukan wilayah sains semata-mata. Marilah kita memperdalamkan pengetahuan kita terhadap setiap konsepsi Ahl Sunnah yang berkaitan agar tidak menjerumuskan kita kepada saintisme yang diharungi oleh sejarah hitam barat.

rauf said...

Sekadar cadangan.

Apa kata kelompok saintis muslim yang membawa intepretasi baru teori evolusi berdasarkan ruang yang ada dalam Islam -jika benar terbukti- menggunakan istilah baru untuk menamakan diri mereka agar tidak timbul kekeliruan di kalangan umat. Evolutionist telah mempunyai konotasi makna yang mantap penggunaannya yang disejajarkan dgn mazhab tabi'iyyun dalam Islam.

Sekian. Sekadar cadangan.

rauf said...

Sedikit pesanan.

Bila saya membawa persoalan falsafah di sini, ia haruslah dirujuk kembali kepada perbahasan tauhid secara ilmu kalam seperti yang terdapat dalam perbahasan sifat 20.

Tidak salah untuk anda mencarinya di dalam internet, tapi rata-rata perbahasan bercampur aduk dengan teologi Kristian, Yahudi, ataupun masih mengekalkan madrasah asalnya iaitu Aristotle dan ahli-ahli falsafah Yunani. Seringkali juga melalui kacamata ahli falsafah Islam yang telah terpengaruh dengan falsafah Yunani seperti Ibn Sina dan Ibn Rushd. Justeru, adalah lebih selamat anda mempelajarinya setelah atau bersama-sama dengan pengajian tauhid. Tidak timbul di sini persoalan merendah-rendahkan ketinggian intelek sesiapa. Sebab perkara ini bukan perkara main-main. Ia berhubung kait dengan persoalan akidah. Justeru, kita perlu masuk melalui pintunya yang betul.

Semoga nasihat ini difahami dalam konteksnya yang betul.

Anonymous said...

Salam semua,

Saya boleh dihibungi di sharudin.com walaupun selalu merayu di saifuislam.com.

Sangat bernas hujah saudara-saudari. Syabas kerana anda semua telah menggunakan minda kea rah sepatutnya. Dari pelbagai isu yang di timbulkan saya napak isu yang paling kritikal is aqidah. Memperbetul aqidah kea rah kefahaman Qoro dan Qadar, QQ. “Ia bukan cause & effect yang tiada faktor penengahnya, iaitu Allah.” Cantik sungguh penerangan dari Sdr Rauf (salam pekenalan). Maknanya masaalah ini (kefahaman Darwin dan Big Bang dan ilmu sains yang lain) boleh di pertemukan dengan seserasinya, yang tidak boleh hanyalah apabila kedua belas membawa kayu ukur yang berbeza. Maari kita cari perbezaan kayu ukur kerana 1m = 1.xx ela, setuju. Xx tu kerana kita perlu kepada pendapat pakar yang ahli dlam bidangnya.

Sdr Saifudin dan Sdr Rauf bersetuju dengan kehadiran cause and effect atau QQ. Kita semua telah ditanamkan dengan aqidah perlu beriman kepada QQ. Yang percaya atau tidak percaya, QQ akan menghukumi mereka. QQ ini yang selalunya saya rujuk sebagai Sunnah Allah atau carkerja Allah. Kita rujuklah dengan apa nama sekalipun akhirnya ia akan menjurus kepada QQ dan dia milik Allah. Tidak timbul kefahamp[an bahawa QQ telah diswastakan atai di subcontrakkan kepada yang lain dari Allah. Kerana Dialah, Legislative, Dialah Jurisdictive dan Dialah Executive. Saya serahkan kepada pengkaji bahasa Arab untuk memberikan kata sinonimnya.

Jadi kita bersetuju dengan adanya QQ. Yang kita tak setuju ialah siapa punya. Sebagai Muslim sudah pasti ia milik Allah. Yang tidak muslim, dan tidak percaya kepada adanya Tuhan dan tuhan, mereka gemar mengatakan ini sebagai nature, semulajadi. Alam semulajadi. Mother Nature. “zhab tabi'i ataupun Dhriyyun” penjelasan dari Sdr Raub. Adakah kita mahu menngambil pendekatan menjauhkan mereka, atau bermusuh dengan mereka, hanya kerana mereka tak nampak atau kurang jelas dengan pemilik kepada QQ atau Nature atau Tabii atau Dhriyyun? Adakah kita mahu berkeras kepada anak kita yang beium balig, kerana ingin meneruskan bermain api. Apakah kita musuhi anak belum samapi balig itu? Adakah kerana anak itu menangis sehingga terpaksa di masukkan ICU, contohnya, maka kita bertekad untuk memerangi mereka?

Balig syarie kita selalu dengar, bila manusia mumayyiz, mukallaf atau Melayunya Balig atau apa sahaja yang setara denganya. Balig hakiki yang susah nak dapat. Bukan sahala si Darwin dan kuncu-kuncunya belum Balig Hakiki, malah ramai Muslim. Yang menggelar diri Muslim belum Balig Hakiki. Balig Hakiki ini adalah apabibila kita dapat menterjemah di dalam kelakuan seharian kita, bahawa bukti wujudnya Allah adalah wujudnya Ala mini, wujudnya nature ini. Jadi tidak guna kita berkeras kepada yang belum balig, samada Syarie atau Hakiki. Berlembutlah dengan mereka, mungkin kalau tidak kerana yang belum balig itu anak kita, dia adalah mahluk Allah, yang sedang bekerja keras memahami carakerja Allah.

Kalau ada sesuatu yang salah diperkatakan oleh mereka (Barat, Sainstis, Belum Balig Hakiki), kita perlu ingat tiada sesuatu yang akan berlaku, terutama hasil kajian kerja Allah, sekiranya tidak mendapat keizin dari Allah. La hawla wakuwata illa biLah. Jang kita sekali-kali lupa pada itu. Allah menyiapkan Alam ini dengan peraturan dan kadar, dan tidak sekali-kali kamu akan dapati ianya berubah. Samada kami percaya atau tidak kepadaNya dan nya. Maka mereka tidak boleh menipu kita, mereka tidak boleh buat-buat hasil kajian mereka. Malah dari pengamatan saya, mereka tealh banya memahami carakerja Allah dan menghasilkan teknologi yang berguna kepada kita. Kalau tidak tak dapatlah kita nak berhujjah di internet ni!

MArilah sama-sama bekerjasama dan menjemput saudara-saudara ke rumah saya, teratak buruk, tak payah bayar sewa, yang disediakan mereka yang kita musuhi ini. Malangnya tiada kopi atau teh, malah air bujang pun tak dapat nak bagi, sebeb tu guna rumah percuma. Saya suka ke rumah Saifulislam.com pasal rumah itu lebih bermakna pada saya. Lama saya menumpang di sana. Selain dari menumpang di Bumi Allah, menumpang di Alam Allah, menumpang idea orang-orang yang mengkaji carakerja Allah, samaada mere sedar atau tidak. Datanglah tak kena tambang kan? Lagi rendah dari Air Asia atau MAS atau mana-mana. Jangan lupa minda terbuka. Yang tertutup kunci di almari rumah.

Anonymous said...

salam..

Alhamdulillah, hujah dari saudara rauf sudah sangat mantap. (Nanti sahaja kita berkenalan ya!). Hujah anda merangkumi pendirian Ahli Sunnah di bidang falsafah. Bahasa yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan 'orang sains' ini akan mengambil langkah mudah dengan meminta 'orang agama' memakai kasutnya....???

Skepticism (keraguan) Descartes yang meresap dalam sains modern menyebabkan manusia sibuk mencari ilmu pengetahuan. Hujah demi hujah 'wajib' diutarakan untuk menolak, memperbaiki, menambah teori orang lain. Tiada penghujungnya. Itu lah hakikat sains modern. Sentiasa saja relatif. Justeru, Al-Quran meletakkan penetapan yang tidak dapat dicapai oleh kesimpulan akal manusia. Alam ghaib, kemanusiaan dan ukhrawi. (Merujuk pandangan Al-Ghazali di rauf)

Berbicara mengenai penciptaan adam di syurga adalah perkara ghaib. Hakikat kelemahan akal manusia tidak mungkin dapat mengkajinya pakai akal atau sains modern. Justeru, metode saintifik yg betul adalah membongkar ilmu dari al-Quran dengan ilmu al-Quran. Itulah metode saintifik yg sebenarnya kerana al-Quran langsung dari ALLAH. Bukan bincang pakai ilmu biologi. Salah metologi tu, bagi orang yang berakal.

Punca anda mengatakan "Hal yang lebih lagi tidak dapat diterima akal jika haiwan reptilia itu tiba-tiba wujud sedia lengkap dengan anatomi dan fisiologi seekor reptile" adalah kerana anda merasakan al-Quran itu tidak lengkap. Dan, ahli sains perlu meluruskannya dan mengkajinya. Banyak peristiwa dalam al-Quran yang berlaku di luar adat kawan. Allah mampu ciptakan dari tiada kepada ada. Itu lebih mutamad/final daripada kepincangan tidak habis2, skeptis, biologi karut-marut dalam evolusi anda!

Allah menciptakan manusia secara kun fayakun. Teori PENCIPTAAN yang disertai olehnya beberapa tahap proses kejadian supaya manusia dapat mengenal kebesaran ALLAH. Dan, dalam setiap proses itu adanya keikutsertaan TAUHID. Anda akur dengan teori darwin, manusia dari beruk. Ia berbeza jauh dengan konsep zigot menjadi janin (kejadian manusia). Janin dapat di analisa oleh manusia kerana masih sebatas masa dan tempat. evolusi Darwin? Adam di syurga? Dinasour karut? dapat anda analisa?... yg saya tahu byk penyimpangan dan pembohongan sains yg dilakukan dalam membenarkan darwin. Dari penipuan fosil, lukisan palsu, hingga OTA BENGA bunuh diri kerana dianggap manusia mirip beruk.

Saya kagum dengan konsep tauhid jemaah tabligh. Kadang saya rasa mereka lebih saintifik kerana meletakkan metode saintifik pada tempatnya. Dalam BAYAN saya dengar, Allah mampu memasukan seekor gajah dalam lubang jarum sekalipun. Ya, benar. Inilah konsep tauhid dalam setiap proses kejadiannya. Tiada yg mustahil bagi ALLAH untuk merubah sunnatullah di setiap SAAT. Sunnatullah itu hanya membuat manusia berfikir dan mengenal ALLAH. klu tiada sunatullah bgaimana Allah mahu dikenal? Namun manusia sering melupakan-NYA kerana angkuh terhadap penemuan yg cetek itu.

Kejadian tsunami, gempa, angin taufan yg berupa azab ALLAH dapat anda analisa bila terjadinya dengan metode saintifik anda? Dapat anda jelaskan dari kaca mata sains modern yang sebatas masa dan tempat itu? Faktanya, manusia sentiasa dalam keadaan tidak bersedia di saat azab itu terjadi. Jsteru, menganalisa azab allah adalah melalui al-Quran dengan ilmu -ilmu alquran juga.

Isu HIV, apakah anda mahu mengelak HIV dengn metode sains modern semata? Analisa yg kononnya saintifik menjumpai bahawa kalau kita mahu elak HIV hendaklah diberi kondom dan jarum suntik percuma. Nampak macam ilmiah tp apa kesannya? Penderita AIDS semakin meningkat tahun demi tahun. Dari al-Quran, utk elak azab ALLAH mestilah elakkan maksiat. Itulah solusi paling ilmiah. Golongan yg kononnya saintifik ini sukar menilainya.

petik ayat imam syafie: Punca perpecahan umat islam ini adalah kerana umat islam mula meninggalkan lisan arab dan mengguna pakai lisan aristo (aristotles). Semoga kita dijauhinya. Ameen

p/s 1: satu lagi, penelitian darwin itu sangatlah tidak ilmiah. Analogi mudah, saya membuat hipotesis bahawa buaya mengangkat rahang bawah. Maka, melalui metode saintifik saya menganalisa buaya di selangor, johor, dan pahang. Berdasarkan bukti statistik saya membuat kesimpulan bahawa buaya didunia ini semuanya mengangkat rahang bawah. Ini PUKUL RATA namanya. Saya belum menganalisa buaya di jordan, indonesia, mesir, rusia dll. Inilah hakikat pseudoscience darwin selama 20 thn dalam menganalisa tulang2 manusia yg mirip beruk. Karut!

p/s 2: tntg ras... kita bukan faham rasisme kawan. RAS bukan evolusi seperti dakwaan darwin. Ia tidak sampai mengubah DNA pada manusia itu. Anda tidak akan sulit membezakannya kerana anda di bidang perubatan. Analogi mudah, tangan saya tercucuk pisau. Maka sistem imun saya bekerja, proses inflamasi terjadi, terjadi haematoma, kreatinisasi dll. Anda lama berada di kawasan panas, melanin anda bekerja, BMI anda berubah dll. Tidak lain ia hanyalah proses adaptasi manusia terhadap lingkungan yg telah sedia ada dalam tubuh manusia. Bukti kebesaran ALLAH terhadap kesempurnaan ciptaannya.

Jika anda akui ras manusia adalah evolusi dari beruk-beruk maka suatu hari anda juga akan akui pandangan NAZISME seperti: "Manusia asal dari binatang, dalam mencari kebahagiaan manusia harus memenuhi sifat kebinatangannya itu seperti menguasai, penuhi hawa nafsu, mengalahkan dll" -Tidak mustahil disaat teori darwin menjadi asas pendidikan jerman, tentera NAZI menjadi lebih keji dari haiwan itu sendiri.

p/s 3: Setuju dengan alternatif rauf juga. CADANGAN: Anda boleh asaskan teori Evolusi Terbatas. Kaitkan keikutsertaan TAUHID dalamnya. Konsep kun fayakun. Batas-batas kajian akal manusia sehingga memerlukan pemahaman yg mendalam terhadap ilmu AL-QURAN dan SUnnah. Anda mengaku anda orang sains. Tidak menjadi masalah besar bagi anda.

#jwab komen rauf dulu kalo boleh. WS

rauf said...

Jalan Kebenaran.
Emel saya raufmpr@yahoo.com

Sdr. Sharudin.
Selamat berkenalan

Mengenai komen sdr, saya suka menjawabnya dengan mengambil pendekatan memahami perbezaan di antara bidang usuluddin dan dakwah.

Bidang usuluddin mengambil metode 'perdebatan yang sihat' untuk mencari kebenaran sedangkan bidang dakwah menggunakan metode 'nasihat yang baik'. Ini terumus daripada ayat 125 Surah An-Nahl.

Jika ahli-ahli sains yang 'belum baligh' tersebut memang jujur dan objektif, hanya membahaskan dan menerangkan kebenaran yang hakiki sahaja sudah memadai untuk menjinakkan mereka dengan keimanan.

Masalah yang timbul apabila mereka tidak jujur dan objektif serta tidak mahu menerima kebenaran. Untuk golongan begini, jika kita tidak perangi akan memudaratkan orang kebanyakan di kalangan orang-orang non-muslim lainnya untuk melihat kebenaran Islam. Dan dari sudut ini, bidang dakwahlah yang kena mengambil peranan.


Dalam perbahasan tauhid, golongan yang berpegang kepada 'cause' boleh memberi bekas kepada 'effect' dianggap jadi kafir tanpa khilaf -kerana memperlecehkan qudrat Allah swt dalam mentadbir alam ini. Golongan yang berpegang kepada Allah menciptakan khasiat di dalam 'sebab' untuk memberi bekas kepada 'akibat' pula dianggap mubtadi' -ahli bidaah yang tidak menjejaskan iman. Hal ini kerana sekurang-kurangnya mereka mengiktiraf qudrat Allah walaupun dengan konsepsi yang salah. Ahl Sunnah berpegang kepada 'sebab' tidak memberi bekas kepada 'akibat' dan kedua-duanya dicipta oleh Allah SWT dan ditadbir secara langsung oleh Qudrat Allah SWT. Hubungan sebab dan akibat adalah hukum adat semata-mata, kerana telah lazimnya Allah jadikan sebegitu dan bila-bila masa sahaja Allah boleh buat sesuatu di luar hukum tersebut seperti yang kita boleh lihat dalam peristiwa mukjizat dan khawariqul adat yang lainnya. Ahli falsafah dan sains moden hari ini tidak mahu menerima hakikat ini. Falasifah pegang Allah menswastakan pentadbiran alam secara mekanistiknya kepada kausaliti tersebut dan peranan Allah hanya sebagai Prime Mover/First Mover/Unmoved Mover. Selepas itu, Alla seolah2 tidak masuk campur dengan urusan alam ini. Jadi ahli falsafah berpendapat, dengan mengkaji hukum sebab akibat ini, mereka dapat merungkai ilmu Allah yang hakiki ini yang dinamakan hikmah. Hal ini menafikan qudrat Allah SWT bahawa Allah mentadbir setiap urusan alam ini. Ini perbezaan kausaliti di antara Ahl Sunnah dan Falasifah. Saje saya terangkan lagi untuk beri lebih kefahaman.

Kembali mengenai evolusi.

Jelas di dalam Al-Quran, Allah telah menyebutkan tentang evolusi manusia dari setitis air (atau sperma) hingga menjadi manusia yang sempurna tubuh badan.

Perubahan rupa bentuk adalah evolusi. Perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi. 'Wa ma nahnu bimasbuuqeen' dalam ayat di atas bermaskud 'Kami sekali-kali tidak akan dikalahkan'. Di sini Allah menyebut bahawa Dialah yang mengevolusikan manusia dan tiada yang dapat mengalahkan-Nya dalam evolusi.

Kini, manusia berjaya melakukan evolusi terhadap haiwan dan tumbuhan dengan teknologi cross-breed (kahwin campur). Lembu dikahwinkan dengan seladang, melahirkan off-spring selembu, satu contoh evolusi. Bagaimanapun, Allah telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi-Nya dalam evolusi kerana Allah-lah yang mengevolusikan manusia sebelum manusia berjaya mengevolusikan haiwan dan tumbuhan.

Kita adalah dari keturunan evolusi Homo sapiens. Bezanya kita memiliki roh.


Kejadian daripada sperma, dan kahwin campur pun evolusi ke?

Bagi saya, kita kene mentakrifkan kembali istilah evolusi. Terdapat kecelaruan istilah dalam perbahasan di sini memandang setiap orang menggunakan takrif yang mereka fahami. Adakalanya takrif tersebut lari daripada takrif yang telah dipegang oleh jumhur.

Bagi saintis muslim yang melihat ada ruang dalam Islam untuk teori evolusi -yang perlu dijelaskan takrifnya kembali-, mereka yang sepatutnya menjelaskan hujah-hujah untuk mengabsahkan pendapat mereka, dan bukannya dengan menyerang pendapat jumhur. tidak adil la jika kita melontarkan separuh-separuh sahaja, dan kemudiannya kita nak runtuhkan pendapat jumhur.

Kemudian, selepas dah jelas kembali takrif evolusi di kalangan jumhur dan juga takrif baru yang hendak dikemukakan, kita lihat pula sejauh mana makna yang terkandung dalam takrif tersebut merosakkan ilmu biologi secara keseluruhan ataupun sebahagiannya. (ini sebab utama penulisan artikel 'Adakah Islam Menolak Evolusi?' -supaya Islam tidak dilihat anti-ilmu)

Dengan demikian, barulah kita bersikap adil kepada semua.

Ok. Selamat berdiskusi.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara Jalan kebenaran

p/s 1:satu lagi, penelitian darwin itu sangatlah tidak ilmiah.

Charles Darwin ada menjawabnya dalam the origin beliau.

This Abstract, which I now publish, must necessarily be imperfect. I cannot here give references and authorities for my several statements; and I must trust to the reader reposing some confidence in my accuracy. No doubt errors will have crept in, though I hope I have always been cautious in trusting to good authorities alone. (The Origin of Species)

Darwin meninggalkan wasiatnya dalam The Origin of Species supaya para saintis, biologis atau naturalis pada zaman seterusnya sama ada melengkapkan teori ini ataupun menolaknya. Di sini tergambar kejujuran Darwin dalam kajiannya yang walaupun memakan masa 20 tahun namun masih mengaku terdapat kekurangan.

p/s 2: tntg ras... kita bukan faham rasisme kawan. RAS bukan evolusi seperti dakwaan darwin. Ia tidak sampai mengubah DNA pada manusia itu.

Saya bukanlah seorang ahli dalam bidang genetics. Hal ini membataskan saya untuk menjawab soal-soal DNA dan gene. Di sini saya meletakkan kepercayaan yg sepenuhnya kepada para geneticist dan juga evolutionist seperti Dr Hermann Joseph Muller dan Dr Francis S Collins. Genetics adalah lapangan kepakaran mereka. Saya mengesyorkan saudara membaca tulisan mereka untuk menjawab persoalan tersebut.

Saudara Rauf

Bagi saya, kita kene mentakrifkan kembali istilah evolusi. Terdapat kecelaruan istilah dalam perbahasan di sini memandang setiap orang menggunakan takrif yang mereka fahami. Adakalanya takrif tersebut lari daripada takrif yang telah dipegang oleh jumhur.

Setuju dengan sdr Rauf supaya dimasukkan sekali interpretasi yang dipegang oleh jumhur. Dalam hal ini, tidak dapat tidak saya perlu merefine semula artikel sebelum ini atau start from the scratch semula memandangkan terlalu banyak kelemahan dalam artikel tersebut.

Apapun terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada penambaikan artikel ini, Abdulla, Pak Din, seifu, Jalan kebenaran dan Rauf. Hanya kerana 2 artikel yang banyak lompong, telah berjaya mengumpulkan pemikir-pemikir Islam seperti anda.

Maaf tidak dapat respon kepada semua komen. Ada peperiksaan yang perlu ditumpukan. Apa pun selepas tamat peperiksaan, seperti yg dicadangkan saya akan menulis artikel baru dgn disiplin dan metod yang lebih reliable tanpa meninggalkan penelitian terhadap Quran dan Sunnah (perkara ini saya memerlukan bantuan anda semua).

Selamat berdiskusi.

Anonymous said...

Salam semua

http://sharudin.wordpress.com/2008/05/21/s011-manhaj-ulil-al-baab/

Anonymous said...

What's up to all, how is the whole thing, I think every one is getting more from this site, and your views are good in support of new viewers.
Feel free to visit my page ... fotograf

Anonymous said...

[url=http://www.payloansonline.com]payday advance loans[/url]
This is the best way to get all your health products online like green coffee, african mango, phen375 and others. Visit now

[url=http://www.prlog.org/12045081-triactol-bust-serum-christmas-offers-buy-6-bottles-get-2-bottles-absolutely-free.html]Buy Triactol[/url]

Anonymous said...

biz member, Ed Bankos' personal invitation, I invite you to check out the site. The good news is that normally they are benign tumors that won't affect your
health. Females and males have the same chance of developing them.


My homepage skin tags on inner thigh :: ::

Anonymous said...

Another available treatment option that can be done at home without a prescription is a topical ointment.
Once you do, you will know which type of remover to buy that will
not irritate your skin. Click OK and wait a second or two for the effect
to be applied.

Feel free to surf to my homepage ... skin tags In dogs
(nintendonm.com)