Friday, May 9, 2008

Solat tahajud menyembuhkan pelbagai penyakit


Video 1
Solat tahajud di Masjid Al-Kabir, Kuwait pada hari Khamis, malam 27 Ramadhan 1427.
Syeikh Mishary bin Rashid Al Afasi, Surah Ar-Rahman.
Sumber: Youtube


Secara akademik, stres terbukti dapat menggangu daya ketahanan tubuh imunologik. Dalam keadaan ini, tubuh mudah terserang aneka ragam penyakit. Dengan terkendalinya sekresi kortisol yang sering berlangsung secara berlebihan, terapi solat tahajud dapat berfungsi sebagai coping mechanism pereda stres dan akan memperbaiki sistem imun. Baiknya sistem imun akan terhindar dari infeksi dan kanser. Secara teori, pengamal solat tahajud pasti terjamin kesihatannya, baik secara fizikal mahupun mental.

p/s: Artikel masih di kemaskini

6 comments:

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Good article indeed. Is this your own, or copy paste from another author? Sounds very Indonesian to me :) No credit to the original author? Putting that aside, this is indeed an important work for Muslim. Even though specifically this type of study - that is to correlate solat tahajjud and stress level, is scarce; a lot of similar studies have been done, the only thing is that, they use general meditation/yoga/hypnosis as the independent variable. However, the results are relatively similar. The task is then, to differentiate between the two groups of method. [Solat tahajjud vs other techniques of meditation].

Another thing to consider; the bibliography should be updated. This year is 2008, but the nearest reference [original article] is in the year of 1999.

Anyway, keep it up. Wasalam.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Puan Shiha, penulisnya adalah student dental yg belajar di Indonesia. Sebab tulah bahasanya ada banyak pengaruh keindonesiaan.

Penulis adalah orang Malaysia.

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Assalamualaikum

TQ atas komen Puan Shiha. Alhamdulillah, ada juga intelektual melayu yang berminat terhadap kajian seperti ini.Artikel ini hanya “copy paste” drp beberapa bacaan ilmiah shj. Cuma saya rencahkan dengan sedikit idea bagi menyimpulkan beberapa kesimpulan penting.

Cadangan [Solat tahajjud vs other techniques of meditation]. Saya setuju. Dari sudut teori, tahajud adalah independent variable (variabel bebas). Sama seperti metode meditasi, hipnosis dan lainnya.

Namun, dari kaca mata Al-Quran dan hadith, Solat tahajud adalah hakikat yang final (akhir). Nabi hanya mengatakan, “Solat tahajud dapat menghapus dosa, mendatangkan ketenangan dan menghindarkan penyakit”. Kita tidak akan membahas hadith dengan kesimpulan ilmu pengetahuan untuk selamanya. Fakta exact (pasti) inilah yang membezakan antara Solat tahajud dengan meditasi Descartes, yoga Hindu dan sebagainya.

Masalah [Bibliography]. Saya akui adanya kekurangan dalam artikel ini. Dana, waktu, sumber rujukan dan keterikatan sebagai pelajar tahun dua sangat mempengaruhi hasil tulisan.

W/b, penelitian Solat tahajud terhadap respon imun tubuh harus diteruskan oleh peneliti muslim, seperti telaah atas limfosit, dengan seluruh subset populasinya T-helper (th-1 dan th-2), T-cytotoxic, T-suppressor, sitokin dan konfigurasi hormon stres (katekolamin, beta endorfin, ACTH, epinefrin dan norepinefrin).

wallahua'lam

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

oh.. berkenaan dengan bahasa, saya kira tiada masalah. Cara pemindahkan maklumat sahaja. Penulis mmg ada sedikit kesulitan untuk membezakan bahasa melayu (Malaysia) dengan bahasa melayu (Indonesia).

But it doesn’t matter for me to give it into the international form. Ws

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Terima kasih di atas respon2 kalian. Bagus semangat yg adik2 tunjukkan (saya ni dah pangkat kakak2 :), boleh panggil Kak Shiha aje). Saya faham, artikel sebegini bukannya termasuk dalam silibus pembelajaranpun. Maksudnya apa yg adik2 buat adalah hasil inisiatif sendiri, untuk mendalami ilmu kesihatan dari kacamata Islam; atau mencari scientifik value atas apa yg Islam sarankan. It goes both ways.

Kalau sudi terima kritikan membina dari saya:

Saya faham, utk permulaan ini, agak sukar nak elakkan dari copypaste info. In fact for me honestly, ini adalah step pertama untuk orang yang nak berjinak – jinak dalam dunia penulisan artikel ilmiah. Tak mudah! Tapi, perlu jugak take note akan isu plagiarism dan intellect property. Saya personally, tak kisah kalau tulisan saya ditulis semula dengan penulis itu berniat utk percambahan ilmu. Tapi tak semua orang berfikiran begitu. Tambahan pula di alam maya ni, di mana lebih mudah untuk penulis asal men’trace’ tulisannya di blog lain.

Jadi, ia membawa ke isu kedua, iaitu, bagaimanakah cara yg dibenarkan? Of course, one way is by listing down the reference (mcm yg Aizat buat tu). Satu cara lagi yg mungkin lebih baik, adalah dengan summarise semula / olahkan semula point2 dari author itu tanpa menggunakan ayat yg sama. Saya tak berkesempatan membaca original article yg disenaraikan itu, jadi maaf dipinta jika Aizat dah awal2 lagi tak copypaste sebijik2 dari original article.

Isu ketiga, bagus juga kalau dimasukkan konsep critical thinking. Argue dari segi pro dan contranya jugak (jika ada). Di sinilah kematangan fikiran kita akan dilihat. Dan juga menunjukkan keluasan bahan bacaan sendiri. Agakan saya, Aizat ada selitkan perkara ini di bawah tajuk ‘perbahasan’? Kalau benar, maka mungkin susun atur argument itu yg boleh diperbaiki. Untuk itu, cuba baca review article dari Lancet, BMJ, JAMA dll. Lihat bagaimana mereka mengolah perbahasan mereka untuk sesuatu original article yg disentuh.

Untuk bibliografi tu, saya tak pasti jika Aizat familiar dengan Pubmed dan Google Scholar? Itu antara merupakan medical search engine yang baik, up to date dan yg penting, free of charge . Bila dah dapat abstrak yang diperlukan dari search engine itu, maka bolehlah dapatkan artikel sepenuhnya dari koleksi e-journal pada library universiti sendiri. Sangat menjimatkan masa dan wang. Kadang2, ada juga original article yang dah sedia free (kalau pada pubmed, cari abstrak yang ada tag hijau di sebelahnya).

Satu lagi, what is your target audience? Memandangkan tulisan ini terpampang dlm blog, tidak dapat tidak, audiencenya adalah pelbagai – dari laymen ke scientist. Kalau dibaca dari pandangan seorang layman, mungkin ramai yang garu kepala kerana tak faham dengan medical jargon yang terdapat dalam artikel ini  contoh dalam salah satu perenggan di atas:

“Dalam keadaan stres, terjadi peningkatan kegiatan HPAA, iaitu peningkatan sekresi CRF, ACTH, dan kortisol. Peningkatan sekresi kortisol yang berlebihan dapat mencegah produksi IL-1, IL-2 dan makrofag, melalui sel T-helper atau dengan kata lain ia menurunkan respons sel T. Penurunan sel T-helper menyebabkan demam, sebaliknya penurunan sel-B dalam memproduksi antibody. Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa apabila sekresi kortisol menurun, produksi respons imunologik meningkat.”

Cadangan:
Dalam keadaan stress, terjadinya peningkatan kegiatan HPAA, iaitu peningkatan rembesan hormon CRF, ACTH dan kortisol. Peningkatan rembesan kortisol yang berlebihan dapat mencegah penghasilan sekumpulan molekul/protein seperti IL-1, IL-2 dan makrofaj. Dengan ini, ia menurunkan respons sel T (sejenis sel yang diperlukan untuk melawan penyakit, terutamanya penyakit berjangkit). [Penurunan sel T-helper menyebabkan demam, sebaliknya penurunan sel-B dalam memproduksi antibody – ayat ini kelihatan tergantung]. Jadi, yang sebaliknya berlaku apabila tiada stress, iaitu, rembesan hormon kortisol menurun dan kesan dari itu, penghasilan respons imun akan meningkat. Oleh itu, seseorang itu sukar mendapat demam atau dijangkiti penyakit.

Ini hanyalah cadangan, di mana, isinya tetap sama, tetapi diolah sedikit agar lebih ‘audience friendly’. After all, niat yang baik untuk memberi ilmu tidak akan tercapai jika pembaca tak faham apa yang ingin disampaikan.

Saya sendiri masih bertatih2 dalam bidang ini. Spect kerja saya memerlukan saya untuk menghadiri pelbagai kursus dan ceramah penulisan saintifik. Oleh itu, sedikit ilmu yang ada ingin dikongsi bersama agar sama2 dapat gain something out of it.

Diharap dapat membaca komen saya dengan pandangan yang terbuka. Boleh saja dibahaskan point2 saya ini, dengan harapan akhirnya dapat menambah ilmu dan nilai dalam kehidupan.

Wasalam

Pemasaran & Jualan (01115099848) said...

Alhamdulillah. Komentar yang baik

Terima kasih kerana sudi menjahit baju adik yang sudah terkoyak. Saya terima kritikan dari anda, Kak Shiha.