Sunday, June 1, 2008

Adakah Tuhan Wujud?

Ketika melayari dunia internet, secara tidak sengaja saya terjumpa satu diskusi yang menarik di Al-Ahkam.net tentang topik yang jarang dibincangkan, Agnosticism. Topik ini telah dimulakan oleh seorang forumer yang menamakan dirinya budak-budak.

Pada mulanya, forumer ini mengadu tentang kerisauan dirinya yang semakin cenderung ke arah pemikiran agnosticist, dan mula mempertikaikan perkara-perkara ghaib termasuk kewujudan Allah.
saya sekarang dah start jadi agnostic,ragu-ragu tentang benda yang tak nampak, tuan-tuan ada nasihat2 untuk saya sebelum saya 'terkeluar'

Selepas beberapa balasan dari forumer lain yang saya lihat kurang membantu, secara mengejut dalam pos yang seterusnya forumer ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah murtad.
oh, saya dah murtad haha

Berikut ini adalah quote-quote dari beliau dalam pos berikutnya sebagai memudah cara.
oh saya tidak berlagak pandai, saya hanya budak kecik, belajar pun tak pandai dan saya penentang kuat scientology,saya start mecari kebenaran dah lama dah, dan saya rasa saya tidak akan kembali kepada islam, saya tak boleh 'unlearn the truth'.

Saya tidak menolak kewujudan tuhan secara terus, tapi saya lebih cenderung kepada personal god, macam spinoza's God, tapi saya menolak Bible dan Quran kerana mempunya banyak scientific errors macam 6 days creation dan dust-made-men

Dan saya ada baca articles ali sina, ada siapa2 boleh refute
http://www.faithfreedom.org/Articles.htm

ya saya tahu, dalam christian ada young earth creationist dan old earth creationist, tapi surah al-ma'rij ayat 4 pula contradict dengan ayat surah sajdah ayat 5

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah SERIBU tahun menurut perhitunganmu . (32:5)

jadi alam ini mengikut al quran samaada dijadikan dalam masa 6x1000=6000 tahun atau 6x50000=300000 tahun , dan dua2 bersalahan dengan science yang mengatakan alam ini dijadikan berbillions tahun

TanpanamaX,theory ialah idea dan pentafsiran fakta. Fakta takkan lari daripada otak para saintis yg cuba buat teori baru.
dalam masa yg sama, ini bermakna yg fakta tidak semestinye bermaksud ketepatan 100%. ( ingat, fakta itu sendiri adalah theory dan tidak 100% tepat ). kalau kitaa perlukan fakta dalam semua benda, kenapa matematik mempunyai logic dan cara pengiraan yg hanya berdasarkan teori?

biologists menganggap teori evolusi sbgi fakta ; sepertimana pakar fizik menganggap teori gravity sebagai FAKTA. walaupun, disebabkan proses dan isi2 kndungan teori evolusi tak diketahui dengan lebih lanjut ( dan sesetengah hanya terus mengiyakannya ) , maka ia hanya dipanggil teori saja.

theori ialah fakta yg tak lengkap. ' teori evolusi ' ialah theory dan blum ada fakta yg blh kukuhkannya. tapi, jika ditakdirkan theory ni lebih teruk daripada fakta, tetapi saintis tak boleh buat teori, apa yg terbaik? Fakta?

contohnya : evolutionists tak gunakan 100% benda yg tepat utk mencari sesuatu kebenaran. bagaimanapun, creationist sering menggunakan fakta walaupun pada asasnya mereka hanya berakhir dgn perdebatan yg tak rasional tetapi memuaskan mereka.

dalam sains, fakta bermaksud sesuatu yg hanya boleh dipastikan/diyakini utk sesuatu perkara yg logik dan mmpunyai kemungkinan.

Darwin menyentuh bab theori dan fakta dgn penekanan : membuat fakta utk evolusi dan menghasilkan teori. - dan benda ni yg akan menerangkan tentang proses evolusi

Perbincangan selanjutnya boleh diakses di sini.

Saya tidak berhasrat untuk memberi komen tentang isu ini sebelum menghabiskan pembacaan The God Delusion, Richard Dawkins. Anggaplah sebagai kerja rumah di waktu cuti nanti untuk kita sama-sama fikirkan.

4 comments:

Anonymous said...

Salam

Mencabar minda juga memikirkan cara fikir Sdr Budak-budak ni! Saya dah mulakan komen di AL Ahkam. Ada blog dia?

Terima kasih.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saya takde blog dia tapi ada jumpa friendster dia.

http://profiles.friendster.com/27795739

Kebanyakan komen dalam friendster dia tak banyak yang membantu untuk menyedarkan. 'Islam the truth', 'Quran is the truth'. Skepticism point of view never accept these kind of statements as facts. Kalau Quran betul, buktikan ia betul. Kalau Islam betul, buktikan Islam betul.

Dalam forum tu ada dia mengatakan punca Al-Quran mempunyai banyak scientific flaws antaranya tentang dust-made-man. Agaknya budak ni pun evolutionist jugak.

It is interesting to see that one side says God do exist and the others says God does not, while both are evolutionists.

Anonymous said...

dah masuk forum tu. budak tu seumur saya saja. menarik topik tu. setakat ni saya pun baca articles2 org barat, termasuk orang islam. Tapi saya harap suatu hari nanti, dua2 pihak ni mampu berhujah. Kalau boleh, rasional. That's needed.

Apepun, blog ini bagus. Theistic evolutionist? Great. Teruskan kajian anda. Pis.

Unknown said...

gucci outlet online
chanel handbags
adidas outlet store
cheap jordans
michael kors outlet
christian louboutin shoes
replica watches
replica rolex watches
hollister kids
cheap ray bans
2016.12.20chenlixiang