Showing posts with label Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Perubatan. Show all posts

Wednesday, December 24, 2008

Kondomisasi Gagal di Amerika Syarikat


Kondom masih menularkan HIV/AIDS kerana virus itu boleh menembusi pori-pori kondom. Di Amerika Syarikat (AS) terjadi kegagalan program kondom untuk menghindari AIDS, kerana para pemakai kondom masih tertular AIDS. Akhirnya kondom tidak dikempenkan lagi di AS. Ironisnya, di negara kita justeru dipromosikan.

Penelitian atas lima jenama kondom, dilaporkan dalam British Journal of Medicine Julai 11, 1987, menunjukkan kadar kegagalan 26% berpunca dari pecah (rupture) atau rosak (spillage) dengan sendirinya. Dan dalam New England Journal of Medicine Mac 23, 1989 turut melaporkan, kadar kegagalan kondom dalam mencegah kehamilan pada wanita dibawah umur 25 tahun mencecah 10-30%

Menurut H Jafe dari Pusat Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat atau United State Center of Diseases Control (US CDC) menyatakan, kondomisasi yang dijalankan sejak tahun 1982 terbukti gagal. Evaluasi pada tahun 1995 amat mengejutkan apabila angka kematian akibat AIDS menduduki tangga pertama, mengatasi penyakit jantung dan kanser di AS.

32 000 PINHOLES PER CONDOM

Kondom memiliki 32 000 cacat mikroskopik (pinholes) dan kebocoran 30%. Kondom memiliki pori-pori 1/16 mikron dalam keadaan tidak meregang, jika meregang pori-pori akan membesar. Sementara itu, ukuran virus HIV/AIDS 1/250 mikron. Jauh lebih kecil berbanding pori-pori kondom. Virus HIV mampu melaluinya semudah duit syiling sepuluh sen masuk ke jaring basketball. [Gambar adalah alat yang digunakan untuk mengenalpasti cacat mikroskopik pada kondom]

Kondom juga dinilai sebagai alat pencegah kehamilan yang tidak baik (mencatat kegagalan 15% pada penggunaan tahun pertama) dan tiada perlindungan terhadap chlamydia atau HPV (Human Papilloma Virus).

Kerana itu, pakar AIDS dari Harvard AIDS Institute, Amerika Syarikat, J Mann sejak 1995, tak lagi menganjurkan program kondomisasi. Rekomendasi ini diikuti para pakar lainnya dan pemerintah AS hingga sekarang.

NASIHAT DARI PEMIMPIN AGUNG DUNIA

Pada zaman Saidina Umar bin Khattab menjadi Amirul Mukminin, terjadi gempa besar di salah satu wilayah kekuasaannya yang sangat hebat dan luas sehingga mengorbankan banyak jiwa.

Umar mendatangi wilayah tersebut, bersua dan mengumpulkan para penduduknya. Kalimat yang pertama muncul dari bibir Umar bin Khattab bukanlah ucapan takziah. Dan bukan juga rasa simpati. Pernyataan pertama yang keluar dari Umar bin Khattab justeru ajakan untuk memuhasabah diri.

“Wahai semua dari kalian, apa yang telah kalian perbuat? Maksiat apa yang telah kalian lakukan, sehingga Allah menurunkan peringatan sedemikian rupa? Hingga Allah menurunkan musibah begini dahsyatnya?” Itulah ucapan Umar pada penduduknya.

Pernyataan serupa selayaknya kita tanyakan pada diri kita, pada seluruh penduduk dunia, para umara dan pemerintah kerajaan, kelalaian apa yang telah kita lakukan sehingga Allah Swt. mendatangkan virus serta pelbagai penyakit bertubi-tubi?

World Largest Condom- Apabila akal berada di atas landasan Wahyu?

Kerana itu, saya tersenyum dan gembira ketika mendengar seruan pimpinan Parti Islam Se-malaysia (PAS) supaya menguatkuasakan hukum Allah Swt. di Malaysia. La taqrabuzzina. Banteras perzinaan (seks bebas, perselingkuhan, penyimpangan psikoseksual lainnya). Saya setuju sekali. Sangat setuju.■

Oleh: Aizatnur @ Malaydentist

Rujukan:

[1] Are Condoms Foolproof,
[2] Dr Lo’Lo’ http://drlolo.wordpress.com/2006/06/18/30/
[3] Condoms and AIDS prevention,
[4] Medical News Today,
[5] Validation of a Corona Discharge Technique to Test Male Latex Condoms for Pinhole Defects
[6] World AIDS Day

Wednesday, December 10, 2008

Tongue piercing


“Bertindik sama seperti memakai aksesori seperti gelang atau rantai. Mengapa pandang hina kami yang bertindik? Ia sama saja dengan orang lain yang pakai gelang hingga ke siku,” – Lisa Adina, Harian Metro

Tongue piercing adalah body piercing melalui mulut yang biasanya dilakukan melalui bahagian tengah mulut.

Walaupun ia sudah berabad lamanya, budaya tongue piercing kini sangat popular dikalangan masyarakat Barat. Dampaknya, para remaja kita yang menjadi ‘mangsa’ sistem secular Negara jadi terpengaruh sehingga pusat yang menawarkan perkhidmatan menebuk lidah kian bercambah di sekitar ibu kota. Hari ini, anda hanya dikenakan kadar bayaran serendah RM50 bagi mendapatkan besi tindik yang diskru dengan ketat bagi mengelak ia tertanggal. It’s cool.

Mahu yang mana satu?

Pilih saja mahu jangkitan dan luka pada mulut (infection), nanah di otak (brain abscess) atau mati (death). Itulah harga yang perlu dibayar sekiranya remaja berura-ura menindik bahagian tubuh mereka seperti lidah, pusat, kening atau kemaluan. Malah, pelbagai komplikasi lain yang mungkin timbul adalah pembengkakan (swelling), jaringan parut (scar tissue formation), kerosakan saraf (nerve damage) dan penyakit periodontal (periodontal disease).

Sidney B. Eisig, Professor dan Pengarah Jabatan Bedah Oral dan Maxillofacial Universiti Columbia melaporkan, “Walaupun jarang berlaku, beberapa pesakit terpaksa masuk hospital dan mendapatkan ubat antibiotik intravena untuk mengatasi jangkitan pada lidah dan dasar mulut”

Antara ‘Berani Buat’ dan ‘Berani Tanggung’

12 Resiko yang timbul akibat oral piercing, dilaporkan oleh ADA (American Dental Association):

1. Perdarahan atau kerosakan saraf: Jika jarum menusuk saluran darah ketika dilakukan penindikan, perdarahan serius dan sukar dikawal dapat terjadi.
2. Jangkitan kuman: Mulut mengandungi jutaan bakteria dan jangkitan bakteria menjadi komplikasi dari adanya tongue piercing.
3. Kesakitan: Luka akibat penindikan baru sembuh dalam 4-6 minggu.
4. Pembengkakan: Lidah yang ditindik dapat membesar dan menutupi saluran pernafasan.
5. Penularan penyakit: The National Institutes of Health (www.nih.gov) mengenalpasti bahawa penindikan secara umum berperanan sebagai faktor penyebaran hepatitis (hepatitis B, C, D dan G) dan memungkinkan penyebaran penyakit lain seperti HIV.
6. Risiko tersedak: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah mungkin terlepas dan menyebabkan risiko tersedak.
7. Gigi retak: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah dapat menyebabkan gigi retak.
8. Terhakisnya enamel: Perhiasan yang digunakan pada tindik lidah dapat membahayakan enamel gigi.
9. Penurunan gusi: The Journal of the American Dental Association (JADA) melaporkan bahawa tongue piercing meningkatkan risiko terjadinya penurunan gusi.
10. Hilangnya gigi: JADA melaporkan bahawa tongue piercing meningkatkan risiko hilangnya gigi.
11. Pembentukan tisu parut: Tisu parut yang tebal dapat terbentuk dikawasan tindikan.
12. Gangguan bertutur: Adanya perhiasan pada lidah dapat mengganggu pertuturan.

Jangkitan kuman, memungkinkan kematian

Mulut mengandungi jutaan bacteria dan lidah mempunyai saluran darah major yang mampu meluaskan jangkitan ke otak dan tempat lainnya. Ia boleh mencacatkan atau membunuh ANDA.

Brain Abscess


Di atas adalah satu contoh kes seorang remaja perempuan yang mati akibat jangkitan daripada tongue piercing. Sebahagian dari tempurung kepalanya dibuang untuk mengurangi tekanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. This is rare, but it is real.

Islam sebagai suatu cara hidup yang terbaik berbanding pohon materialisme pragmatis yang lain, telah lama mengharamkan umatnya daripada melakukan perbuatan sia-sia yang mengancam nyawa ini. Antara firman Allah Swt. dalam surah Al-Baqarah Ayat 195, "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." Begitu juga dalam surah an-nisa' Ayat 29, “Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”■

Wallahua’lam.

Oleh: Aizatnur

Check out these pages from:

1. Tongue Piercing - Wikipedia
2. Artis Melayu- Harian Metro
3. Tooth Piercing and Associated Tooth Fracture
4. Dangers of Tongue Piercing


Friday, May 9, 2008

Solat tahajud menyembuhkan pelbagai penyakit


Video 1
Solat tahajud di Masjid Al-Kabir, Kuwait pada hari Khamis, malam 27 Ramadhan 1427.
Syeikh Mishary bin Rashid Al Afasi, Surah Ar-Rahman.
Sumber: Youtube


Secara akademik, stres terbukti dapat menggangu daya ketahanan tubuh imunologik. Dalam keadaan ini, tubuh mudah terserang aneka ragam penyakit. Dengan terkendalinya sekresi kortisol yang sering berlangsung secara berlebihan, terapi solat tahajud dapat berfungsi sebagai coping mechanism pereda stres dan akan memperbaiki sistem imun. Baiknya sistem imun akan terhindar dari infeksi dan kanser. Secara teori, pengamal solat tahajud pasti terjamin kesihatannya, baik secara fizikal mahupun mental.

p/s: Artikel masih di kemaskini

Monday, April 28, 2008

KFC: Kentucky Fried Cruelty


Ibnu Zakaria*
Madrasah Said Hawwa Research Foundation,
School of Dentistry,
North Sumatera University

Ayam disiat kulit hidup-hidup, paruhnya dicabut, cacat. Apa anda tidak tahu mengenai Resipi Rahsia Kolonel?

A. Tahukah anda?

Disebalik kelazatan ayam KFC hingga pengguna “menjilat jari”, apa sebenarnya yang berlaku? Hakikatnya, ia begitu mengerikan, sangat kejam! Tahukah anda, ayam yang di ternak untuk KFC dihentak-hentak, disepak dan dihumban ke lantai serta dinding?

Tidak cukup dengan itu, paruhnya di cabut dan kepalanya dipulas. Air tembakau di titik ke dalam mata dan mulut. Muka di cat, sementara tubuhnya di tekan dengan terlalu kuat hingga terkeluar najis.

Islam, Ad-din yang paling mulia disisi Allah Swt. menekankan bahawa spesies yang dianggap kurang penting atau berbahaya sekali pun berhak menerima layanan yang baik dari komuniti masyarakat. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
“Dan tiadalah binatang yang ada di bumi dan burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu.” (QS Al-An’am [6]:38)
“Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...” (QS Al-Baqarah [2]:168)
Inilah hasil siasatan di rumah sembelihan KFC di Moorefield, Virginia barat, Amerika Syarikat, yang dikeluarkan oleh People For The Ethical Treatment of Animals (PETA), pertubuhan hak binatang terbesar di dunia, pada 20 Julai 2004 yang lalu. Lokasi itu dipilih kerana merupakan tapak majlis penganugerahan “Supplier of the Year” KFC pada tahun 1997.



PETA melaporkan, “Penyembelihan paling kejam yang dialami oleh ayam di ladang dan rumah penyembelihan pembekal KFC, termasuklah disiat hidup-hidup dan lumpuh sepanjang hayat”

Dr. Ian Duncan, Profesor Ethologi Gunaan dan Pengerusi Universiti bagi Kajian Haiwan, Universiti Guelph berkata,
“Pita berkenaan memaparkan adegan-adegan paling kejam yang pernah saya saksikan ke atas ayam”.
Salah seorang bekas pekerja melaporkan kepada PETA, keserakahan itu berlaku sampai ayam terkeluar biji mata, tulang patah, bahagian tubuh hilang dan cacat, disiat kulit hidup-hidup dan tubuh dihancurkan.

B. Fakta mengenai KFC

KFC merupakan rangkaian makanan segera ayam terbesar didunia dengan pulangan di seluruh dunia sebanyak RM28.6 bilion pada tahun 2002. Di Malaysia, KFC adalah rangkaian restoran perkhidmatan cepat yang utama, dengan lebih daripada 330 restoran dan lebih 50% daripada pasaran saham.

Ia merupakan sebuah syarikat awam tersenarai di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur dan telah menjadi salah satu perintis dalam industri makanan segera Malaysia.

C. Adakah ia berlaku di sini?

Sejauh mana proses penternakan ayam kita berperikemanusiaan dan bersih? Mungkinkah penyiksaan di ladang ternakan ayam luar negara turut berlaku disini? Adakah kita mengalami risiko akibat implikasi kesihatan serupa?

Apabila memperkatakan mengenai layanan yang berperikemanusiaan, tiada siapa yang tahu betapa besarnya masalah itu. Namun, hasil pemeriksaan rambang CAP (Consumers Association of Penang) ke atas ladang ternakan ayam sering mendedahkan keadaan ladang yang kotor dan penyalahgunaan antibiotik secara berleluasa. Memicu kepada timbulnya pelbagai penyakit dalam masyarakat terutama para penggemar fastfood ini. Sebagaimana yang dilaporkan,
“CAP President S.M. Mohamed Idris cited one study (the Cardia study in the United States), which showed that fast-food consumption had strong positive associations with weight gain and insulin resistance, suggesting that fast food increases the risk of obesity and Type 2 diabetes.”
Menyokong usaha kerajaan Negeri Selangor, memperbaiki sistem penternakan khinzir dengan teknologi canggih bertujuan memelihara sumber gizi masyarakat non-muslim, justeru saya menyarankan kepada pihak berwajib agar turut membuat penyelidikan dan tindakan mengenai isu makanan halal lagi baik (halalan thoyyiban) seluruh Negara demi kepentingan semua pihak khususnya, umat islam. Bagi penggemar KFC pula, buatlah pilihan dengan bijak dan tepat. Tepuk dada, tanyalah selera.

B o i k o t p r o d u k Y a h u d i !

Al-fakir ila Rabbihi
Ahmad Aizatnur bin Zakaria

Rujukan:

1. Kentucky Fried Cruelty
2. KFC Holdings (Malaysia) Bhd.
3. Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
4. BBC News Online

Friday, February 15, 2008

BEKAM: Sunnah Nabi dan Mukjizat Medik [Siri2]

Bekam Menurut Perspektif Dunia Perubatan Moden


Oleh:
Ahmad Aizatnur Bin Haji Zakaria.

USU School Of Dentistry


Latar Belakang Bekam

"If there is any good in your medical treatments, it is in the knife of the cupper, drinking honey or cauterization with fire, as appropriate to the cause of the illness, but I would not like to be cauterized ."

(Ancient Islamic text dating back nearly 1500 years ago.)

Ilmu pengubatan hijamah/bekam warisan nabi ini ternyata dalam dunia perubatan barat sudah lebih popular dibandingkan masyarakat muslim dan lebih dikenali sebagai cupping atau istilah yang semakna dengannya. Buku “The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy In Cupping Therapeutic Method” yang di tulis oleh Kohler D (1990) menjelaskan betapa jaringan-jaringan penghubung di dalam tubuh manusia merupakan media fizik untuk menghantar suatu energi. Apabila terjadi gangguan dalam jaringan tersebut, maka metabolisme tubuh menjadi tidak seimbang dan tubuh akan merasa tidak nyaman. Bekam merupakan salah satu cara untuk mendapat kesembuhan.

verdana;">Tim Handley of the BBC 'had conventional acupuncture and cupping therapy for a painful shoulder. He told BBC News Online: "I had four treatments and it really knocked it on the head. It was brilliant. After the first time I had it I felt absolutely fantastic. The difference was so tangible. It was wonderful." '


Sebagai alternatif pengubatan, bekam merupakan kaedah yang paling tepat ketika dunia perubatan moden tidak mampu mengatasinya. Tanpa teknologi canggih, pembekaman pada satu poin di antara poin-poin istimewa di sekitar tengkuk sahaja dapat menyembuhkan 72 penyakit. Sebuah buku juga telah ditulis oleh Thomas W. Anderson (1985) yang berjudul “100 Diseases Treated by Cupping Method”, yang ternyata sesuai dengan hadith Nabi disekitar 600M yang diriwayatkan oleh At-Thobroni:

Rasulullah bersabda, “Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari tujuh puluh dua penyakit”

Poin-Poin Istimewa

Poin istimewa di atas setelah dilakukan penelitian ternyata merupakan “motor points” pada perlekatan neuromuscular (neuromuscular attachment) yang mengandungi banyak mitokondria, kaya salur darah, mengandung tinggi mioglobin, sebahagian besar selnya menggunakan metabolisme oksidatif, dan lebih banyak mengandung cell mast/basophils, lymph nodes, capillary, venule, bundle dan nerve plexus serta hujung saraf akhir, di banding dengan bukan poin istimewa. Callison menyatakan:

A motor point is defined as “the most electrically excitable area of the muscle, and represents the greatest concentration of nerve endings”. Motor points are not exact anatomical points, but follow a reasonable fixed pattern of locations. These points can be identified clinically as the site where a twitch may be evoked in response to minimal electrical stimulation without producing contraction elsewhere in the muscle. Motor points are located on the skin over the muscle and correspond approximately to the level at which the nerve enters the muscle belly. This area is known as the neuromuscular junction or zone of innervation.


Komunikasi Antar-Sel dalam Sistem Imun

Menurut pandangan Psikoneuroimmunologi, sistem imun tidak berdiri sendiri tetapi dipengaruhi oleh sistem lain, yaitu sistem saraf dan sistem endokrin. Pengaruh ini terlaksana melalui hantaran signal antar-sel (intercell-signalling) sehingga menghasilkan komunikasi antar-sel (cell-communication). Albert membezakan empat cara komunikasi antar sel:

  1. Komunikasi melalui molekul signal
  2. Komunikasi melalui molekul terpapar membran
  3. Komunikasi melalui hubungan celah (gap junction)
  4. Komunikasi melalui molekul signal masih dapat dibahagi lagi bergantung pada letak sel sasaran

Pengaruh Bekam Terhadap Respons Ketahanan Tubuh

Mereka membuktikan apabila melakukan pembekaman pada satu poin, maka di kulit (kutis), jaringan bawah kulit (sub kutis), fascia dan ototnya akan terjadi kerusakan dari sel mast/basofil dan lain-lain. Akibat kerusakan ini akan dilepaskan beberapa zat seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance (SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui. Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatasi (pengembangan) kapiler dan arteriol serta flare reaction pada daerah yang di bekam. Dilatasi kapiler juga dapat terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman. Ini menyebabkan terjadi perbaikan microcirculation salur darah. Akibatnya timbul kesan relaksasi otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum akan menurun tekanan darah secara stabil. Yang terpenting adalah dilepaskannya corticotrophin releasing factor (CRF), serta releaseing factors lainnya seperti adenohipofise. CRF selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin, dan corticosteroid. Corticosteroid ini mempunyai kesan penyembuhan peradangan serta menstabilkan permeabiliti sel.

Sedangkan golongan histamine yang ditimbulkannya mempunyai manfaat dalam proses reparasi (perbaikan) sel dan jaringan yang rusak, serta memacu pembentukan reticulo endothelial cell (REC), yang akan meninggikan daya resistensi (daya tahan) dan imunisasi (kekebalan tubuh). Sistem imun ini terjadi melalui pembentukan interleukin (IL) dari sel kerana faktor neural, peningkatan jumlah sel T kerana peningkatan enkephalin dan endorphin yang merupakan mediator antara susunan saraf pusat dan sistem imun, subsansi P yang mempunyai fungsi parasimpatis dan sistem imun, serta peranan kelenjar pituitary dan hypothalamus anterior yang memproduksi CRF.

Penelitian lainnya menunjukkan bahawa pembekaman di kulit akan menstimulasi kuat saraf permukaan kulit yang akan dilanjutkan pada cornu posterior medulla spinalis melalui saraf A-delta dan C, serta tractus spino thalamicus ke arah thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan bahagian rangsangan lainnya akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan menimbulkan reflek intubasi nyeri. Efek lainnya adalah dilatasi salur darah kulit dan peningkatan kerja jantung.

Pada sistem endokrin terjadi pengaruh pada sistem sentral melalui hypothalamus dan pituitary sehingga menghasilkan ACTH, TSH, FSH-LH, ADM. Sedangkan melalui sistem periferi langsung berefek pada organ untuk menghasilkan hormon-hormon insulin, thyroxin, adrenalin, corticotrophin, estrogen, progesterone, testosterone. Hormon-hormon inilah yang bekerja di tempat jauh dari titik yang di bekam untuk tujuan penyembuhan segala penyakit.

Ustaz Dr Ali Muhammad Muthowi, beliau adalah Dekan Pertama Fakulti Perubatan Al-Azhar dan Pakar Radiologi dan Tumor mengatakan tentang hijamah/bekam:

“Hijamah merupakan pengubatan yang popular dan banyak digunakan di Mesir hingga akhir-akhir ini. Ia memiliki landasan ilmiah yang cukup dikenal iaitu bahawa organ-organ dalam tubuh berhubungan dengan bagian-bagian tertentu pada kulit manusia di titik masuk saraf yang menyalurkan makanan kepada organ-organ tersebut di saraf tulang belakang. Dengan adanya hubungan ini, maka dengan rangsangan apapun yang di arahkan pada kulit mana pun pada bagian tubuh ini, akan mempengaruhi organ-organ internal yang berhubungan dengan kulit ini. Teori ini sama dengan yang digunakan untuk pengubatan jarum akupuntur China untuk mengubati penyakit-penyakit.”

Caroline Rea menyatakan mengenai terapi acupuncture:

“People often use acupuncture to relieve pain. Western medical researchers who have studied acupuncture believe that it may reduce pain through body chemicals that have calming effects (opioid peptides), or by affecting glands (such as the hypothalamus) that produce substances the body uses.”

Seorang peneliti Jerman pula menyatakan:

“Sungguh, bekam mampu memberikan hasil sepuluh kali lipat dibandingkan pengubatan dengan metod tusuk jarum China (Acupuncture)”

Dr Amir Muhammad Sholih (Pensyarah Undangan di Universiti Chichago, peraih penghargaan di Amerika di bidang pengubatan natural dan anggota Organisasi Alternative Medicine di Amerika) mengatakan:

“Pengubatan dengan bekam telah dipelajari dalam kurikulum-kurikulum perubatan di Amerika. Mereka yang menjalankan pengubatan dengan bekam boleh menggunakan peta titik-titik saraf di tubuh yang biasa digunakan oleh pelaku pengubatan tusuk jarum (acupuncture) untuk mengubati penyakit yang sama. Tetapi dalam acupuncture, yang dihasilkan hanyalah rangsangan terhadap titik saraf, sedangkan dalam bekam, selain dihasilkan rangsangan pada titik saraf, juga terjadi pergerakan aliran darah dan rangsangan terhadap organ kekebalan tubuh.”

(Artikel di Majalah berbahasa arab Al-Ahrom. Eds 218, Mei 2001M)

Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi, bahwa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan terpadu dengan pemakaian bahan-bahan alami seperti madu, habbatussauda, herba yang bersesuaian disertai zikir mahupun doa di setiap waktu dan setiap melakukan aktiviti. Diikuti doa-doa ruqyah syar’iyyah, mengamalkan islam secara nyata sebagai alternative untuk memperbaiki respons emosional positif dan mengefektifkan coping.

Kesimpulan

Orang barat mulai mengadakan pelbagai riset dan penelitian tentang pengubatan alternatif (thibbun nabawi) dengan hasil yang melampaui semua perkiraan, sementara kita masih menyembunyikan kepala di dalam pasir. Dunia sains perubatan moden menjadi ’tercengang’ dengan model pengubatan bekam kerana terbukti memiliki daya penyembuh segala penyakit bahkan yang tergolong dalam penyakit acute seperti penyakit jantung, ginjal, peparu, diabetes, tumor, stroke dan sebagainya. Usaha penulis ini ternyata masih memerlukan orang lain yang akan menyempurnakan kekurangannya dan meluruskan kesalahannya.

Justeru wahai Para Ilmuan yang terhormat! jika kita ingin membicarakan bekam sebagai salah satu cabang thibbun nabawi maka harus ada amanah dan tanggungjawab untuk melakukan perbandingan yang saksama antara perubatan moden dan alternatif sehingga kita memiliki landasan ilmiah yang kukuh. Apabila Quran & Sunnah difahami dan dihayati secara jelas maka iman umat islam dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Mudah-mudahan umat ini memahami bahawa dengan mengamalkan dan menegakkan keseluruhan syariat Allah SWT di muka bumi adalah kewajipan bertujuan mengaktualisasikan keislaman kita.

"Sesungguhnya pada Rasulullah SAW contoh teladan yang baik untuk kamu jadikan ikutan, bagi sesiapa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat, dan dia dalam keadaan baik mengingati Allah." (Surah Al-Ahzaab, ayat 21)


Wallahua’lam


Rujukan

  1. Al-Quran Terjemahan Syamil
  2. Al-Hijamah. Sunnah Nabawiyyah wa Mu’jizah Thoyyibah, Syihab Al-Badri Yasin
  3. Teknik Bekam [Al-Hijamah] Tingkat Dasar, Pn. Hjh Siti Jawiyah (HPA Malaysia)
  4. R. Ader, D.L. Felton & N.Cohen (eds)
  5. Callison, M. Motor Point Manual: An Acupuncturist Guide to Needling Motor
  6. Methode Pengubatan Nabi (At-Thibbun Nabawi), Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah
  7. Chusid, J.G. Correlative Neuroanatomy and Functional Neurology
  8. Health Encyclopedia
  9. www.sulhanudin.wordpress.com
  10. Hijama - Wikipedia, the free encyclopedia
  11. BBC News Online

Friday, February 8, 2008

BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik [Siri1]

Alat Hijamah/Bekam Moden

Sunnah Qauliyyah dan Nasihat Penghuni Langit

Sebelum saya memulai memberikan penjelasan mengenai BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik di Madrasah Said Hawwa Research Foundation ini, saya akan mengulang pertanyaan yang di lontarkan oleh Syihab Al-Badri Yasin dalam bukunya kepada para pembaca.

“Apakah anda pernah mendengar istilah bekam?”

“Apakah anda pernah di bekam?”

Berbahagialah apabila anda menjawab, “Pernah”. Sebab dari questioner yang ditujukan secara rawak kepada kaum muslimin menunjukkan bahawa yang belum mendengar istilah bekam (atau istilah bekam yang sejenis) adalah sebanyak 80% sedangkan yang belum pernah di bekam adalah 90%.

Saya menghadirkan di hadapan anda sebuah khazanah terpendam dan mutiara tersembunyi, sunnah yang semakin dilupakan banyak umat islam. Penyembuh kepada segala penyakit dengan izin Allah.

Islam Ajaran Yang Syumul

Islam adalah ajaran yang lengkap lagi komprehensif. Konsep kesempurnaan ini dikenali sebagai syumuliyah dalam islam. Hal ini dinyatakan Allah dalam surah al-Maidah ayat 3:

“Pada hari ini aku sempurnakan agamamu dan aku sempurnakan nikmat ku ke atas mu dan aku redhai islam menjadi agamamu”.

Bagi memperincikan lagi konsep ini, dalam Usul 20 Imam Hasan Al-Banna berkata:

“Ajaran islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang kehidupan. Islam adalah Negara dan watan atau pemerintah dan umat. Ia juga adalah pengetahuan dan undang-undang ataupun ilmu dan kehakiman. Islam juga menekankan aspek kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan. Di samping itu, islam mementingkan jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sah.”

Oleh itu, kesyumulan islam juga merangkumi dalam bidang perubatan. Ternyata, kaum muslimin jarang sekali yang mahu mendalami ilmu perubatan warisan Nabi SAW yang sangat lengkap. Antara sebahagian perubatan warisan Nabi yang dilupakan adalah bekam. Dunia barat pada hari ini telah melakukan pelbagai penelitian dan pembuktian saintifik terus-menerus yang akhirnya mereka terapkan dalam kehidupan seharian. Walaupun mereka tidak menamakannya sebagai bekam tetapi mereka tetap memakai prinsip kerja bekam yang sama. Menyedut darah, mengumpulkannya dan mengeluarkannya. Sudah tentu dengan teknik dan teknologi yang lebih canggih. Hingga muncullah ahli bekam dari Negara barat seperti DR. Michael Reed Gach dari California dengan bukunya Potent Poins, a Guide to Self Care For Common Ailments atau penelitian Kohler D (1990) dengan bukunya The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Ketika kaum muslimin mengetahui hal ini, mereka terhairan-hairan dan mengagungkan bahawa itulah methode perubatan barat yang canggih. Padahal ia adalah ilmu yang mereka tinggalkan dan diserahkan kepada barat. Imam Syafie pernah berkata sebagai menyayangkan pengabaian umat islam terhadap ilmu perubatan:

“Mereka (kaum muslimin) mengabaikan sepertiga ilmu dan menyerahkan kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani.”

Saya telah menghimpun sejumlah hadith Nabi Muhammad SAW daripada sebuah buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk ”Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu’jizah Thoyyibah”. (Peneliti amat menggalakkan kepada para pembaca supaya membaca tulisan beliau). Justeru, saya mendapati bahawa Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1400 tahun yang lalu. Suatu therapy yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap pada sekitar abad ke 20.

Sunnah Qauliyyah dan Nasihat Penghuni Langit

Hadith Pertama:

Diriwayatkan dalam Shohih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

”Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan ummatku melakukan pengubatan dengan besi panas” (Shohih Bukhari)

Hadith Kedua:

Dari Jabir Bin Abdillah ra ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

”Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan ’kay’ ” (Shohih Bukhari)

Hadith Ketiga:

Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi:

”Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, ’Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!’ ” (Shohihul Jami’: 5671)

Hadith Keempat:

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas’ud yang berkata:

”Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, ’Perintahkanlah ummatmu agar berbekam’ ”

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau, ”Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia” (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadith Kelima:

Rasulullah SAW bersabda, ”Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)” (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan kepada hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah daripada Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW (orang yang dikunjungi wajib menghormati orang yang mengunjungi). Bekam adalah nasihat emas dari para malaikat yang berbakti kepada ”penghulu manusia” pada malam yang diberkati. Adalah sangat tidak masuk akal sekiranya ummat islam mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Imam Al-Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr Yusuf Qardhawi pada hal. 235-236:

”Al-Hijamah/Bekam adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajipan dari yang lain”.

Dalil-dalil inilah yang menjadi green light bagi saya untuk terus menyelidik, mempelajari sekaligus mempraktikkan ilmu pengubatan bekam dalam kehidupan. Saya mesti mempelajari syariatullah dan sunnatullah. Pengkajian secara sistematik harus diteruskan kerana hanya selepas Quran & Sunnah difahami dan dihayati sahaja iman umat islam ini dapat meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan.

Saya perlu menyatakan bahawa terapi bekam adalah cukup sederhana iaitu pengumpulan darah dari kulit melalui hisapan pertama pada poin-poin istimewa dengan menggunakan alatan bekam. Kemudian penyayatan(tusukan) ringan dilakukan pada bahagian luar kulit, kemudian penghisapan sekali lagi, sehingga darah keluar dan terwujudlah kesembuhan dengan izin Allah.

Subhanallah.


Kaedah Mudah Terapi Bekam

Nantikan artikel selanjutnya, BEKAM: Sunnah Nabi & Mukjizat Medik [Siri2]. Bekam Menurut Perspektif Dunia Perubatan Moden.

Oleh

Ahmad Aizatnur Bin Zakaria.
Pelajar Tahun Dua.
Fakulti Pergigian.
Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

Rujukan

  1. Al-Quran Terjemahan Syamil
  2. Al-Hijamah. Sunnah Nabawiyyah wa Mu’jizah Thoyyibah, Syihab Al-Badri Yasin
  3. Keampuhan Bekam. Pencegahan dan Penyembuhan Penyakit Warisan Rasulullah. Ust Fatahillah
  4. Teknik Bekam [Al-Hijamah] Tingkat Dasar, Pn. Hjh Siti Jawiyah (HPA Malaysia)
  5. Usul 20, Imam Hasan Al-Banna
  6. Methode Pengubatan Nabi (Thibbun Nabawi), Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah
  7. www.bestcuppingtreatment.com

Wednesday, January 23, 2008

Manusia Akar

Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran

Dalam novel fiksyen The Lord of the Ring karya J.R.R Tolkien, terdapat satu makhluk fantasi yang diberi nama Ent. Ent adalah makhluk pokok gergasi yang seakan-akan manusia dan boleh bergerak seperti makhluk yang hidup.

Di Indonesia pula, gempar seorang nelayan yang bernama Dede ditumbuhi ketumbuhan yang kelihatan seolah-olah akar pokok pada tangan, kaki dan wajahnya. Beliau tidaklah digelar sebagai Ent, sebaliknya dipanggil sebagai Manusia Akar atau Manusia Pohon. Dede sebenarnya mengidap sejenis penyakit epidemik yang sukar diubati dan penyakit aneh itu dikatakan dua atau tiga kes di dalam dunia.

Punca

Menurut seorang pakar dermatologi warga Amerika yang mengkaji kes ini, Dr Anthony Gaspari, setelah mengkaji sampel darah Dede beliau membuat kesimpulan bahawa penyakit itu berpunca dari Human Papilloma Virus (HPV). Virus ini biasanya menyebabkan ketumbuhan kecil yang dinamakan ketuat atau kutil. Dalam masa yang sama pula, beliau mengalami gangguan sistem imunisasi berpunca dari kecacatan genetik. Hal ini menyebabkan sistem imun badan tidak dapat menghalang pertumbuhan ketumbuhan itu dari terus merebak dan membesar.

Segala-galanya bermula ketika Dede berumur 15 tahun, beliau tanpa sengaja telah mengalami kecederaan pada lututnya semasa bekerja di tapak pembinaan. Setiap bulan, ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 3 hingga 5 milimeter dan boleh membesar sehingga 5 sentimeter dalam setahun sehingga menyukarkannya melakukan pergerakan. Lebih malang lagi, beliau bukan sahaja tidak mampu lagi mencari nafkah sebagai nelayan malah beliau juga ditinggalkan isteri kerana penyakit tersebut (dan ini adalah hakikat perempuan yang hanya memandang material semata).

Rawatan



Setelah beberapa kali berulang alik ke Indonesia untuk melakukan diagnosis terhadap Dede dengan tujuan mencari rawatan untuk penyakit beliau, Dr. Gaspari mengemukakan penemuannya kepada lembaga pakar perubatan dan juga menghubungi syarikat pembuatan ubat untuk memberikan rawatan kepada Dede dengan percuma. Rawatan tersebut termasuklah dos vitamin A yang tinggi untuk membantu sistem imun berfungsi dan membekukan ketumbuhan yang tidak henti-henti bertumbuh dengan cecair nitrogen.

Baru-baru ini iaitu pada Khamis 24 Januari 2008, Dede telah pun menjalani pembedahannya yang ketiga dari 8 tahap yang telah dijadualkan. Pembedahan ini melibatkan 4 orang pakar bedah, seorang pakar dermatologi (kulit) dan seorang lagi pakar anestatik (pelalian) dan berlangsung selama 3-5 jam. Menurut Dr Hardi Siswo Soetedja yang mengetuai operasi pembedahan tersebut, pada asalnya pembedahan itu bertujuan untuk membuang ketumbuhan pada bahagian kaki namun tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan waktu. Operasi tersebut hanya membuang ketumbuhan pada bahagian belakang kepala, punggung, dubur, dan belakang paha seberat 700 gram.

Dede dijadualkan akan menjalani pembedahan yang berikutnya pada 3 minggu yang akan datang untuk membuang ketumbuhan pada bahagian kaki dan memasang tissue expander pada tangan.

Rujukan

1. The Sun - Half man, half tree, please help
2. Telegraph.co.uk -
Tree man 'who grew roots' may be cured
3. Wikipedia - Dede (Indonesian)
4. Departemen Kesehatan Republik Indonesia - Dede "Manusia Akar" Jalani Operasi Ketiga

Tuesday, January 15, 2008

Bayi Yang Berwajah Ular



Oleh:
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Anda pasti pernah melihat video tentang kelahiran seorang bayi yang berwajah ular di atas. Diceritakan bahawa kejadian yang pelik ini berlaku di sebuah hospital di Mekah. Berikut saya copy pastekan kisahnya.

Rakaman di Hospital Makkah. Kejadian ini benar2 berlaku di Makkah. Member office pergi ke Makkah menunaikan Umrah. Bertolak 10 Jun 2007 dan pulang ke Malaysia 27 Jun 2007.
Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doktor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular. Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular.

Sebagai seorang yang beraliran sains dan mempelajari ilmu perubatan, amat sukar sekali bagi saya untuk mempercayai cerita-cerita yang boleh dikategorikan sebagai tahyul edisi Mastika ini. Saya yakin dan percaya sesuatu yang berlaku meski perkara paling ajaib di dunia sekalipun pasti ada penjelasan logik dan saintifik kerana Allah tidak menjadikan dan mengatur alam ini melainkan dengan sunnah-Nya. Alhamdulillah, setelah melakukan pencarian akhirnya saya menemui punca berlaku kejadian tersebut. Dan hakikatnya kejadian di atas tiada kaitan dengan unsur-unsur mistik seperti yang digembar-gemburkan sebaliknya termasuk dalam ilmu perubatan.

Harlequin type ichthyosis


Harlequin type ichthyosis (atau sinonimnya harlequin ichthyosis, ichthyosis congenita, keratosis diffusa fetalis) adalah sindrom penyakit kulit yang paling parah dan hanya berlaku pada bayi yang baru lahir.

Ciri-ciri Harlequin dapat dilihat pada penebalan pada lapisan keratin kulit bayi yang membentuk sisik-sisik tebal kemerah-merahan dan berbentuk seperti berlian (diamond). Sisik tebal pada kulit bayi ini sangat membataskan pergerakan bayi malah menyukarkannya untuk bernafas dan makan.

Bayi Harlequin selalunya tidak dapat bertahan untuk hidup lama. Hal ini kerana rekahan-rekahan pada kulit yang mengeras tersebut memudahkan bakteria atau bahan tercemar menembusi badan seterusnya mengakibatkan jangkitan yang membawa maut. Untuk memanjangkan hayat, bayi Harlequin perlu dimasukkan ke dalam neonatal intensive care unit dengan segera.

Penyakit ini amat jarang sekali berlaku dengan kadar satu per 300 000 dan insidennya juga tidak cenderung pada mana-mana jantina atau bangsa.

Sejarah

Kelahiran pertama bayi Harlequin dicatatkan pada tahun 1750 oleh seorang Reverend Oliver Hart dari Charleston, South Carolina yang menulis dalam diarinya:

On Thursday, April ye 5, 1750, I went to see a most deplorable object of a child, born the night before of one Mary Evans in 'Chas'town. It was surprising to all who beheld it, and I scarcely know how to describe it. The skin was dry and hard and seemed to be cracked in many places, somewhat resembling the scales of a fish. The mouth was large and round and open. It had no external nose, but two holes where the nose should have been. The eyes appeared to be lumps of coagulated blood, turned out, about the bigness of a plum, ghastly to behold. It had no external ears, but holes where the ears should be. The hands and feet appeared to be swollen, were cramped up and felt quite hard. The back part of the head was much open. It made a strange kind of noise, very low, which I cannot describe. It lived about forty-eight hours and was alive when I saw it.

Punca

Kajian terkini oleh kumpulan pengkaji yang diketuai oleh Queen Mary's School of Medicine and Dentistry di London telah mengenalpasti bahawa penyakit ini disebabkan berlakunya mutasi pada gen ABCA 12. Dalam kajian ini, 11 dari 12 pesakit Harlequin dikenalpasti terdapat mutasi pada gen ABCA 12.

Gen ABCA 12 berfungsi menghasilkan protein yang diperlukan untuk pertumbuhan kulit yang normal. Walaupun protein yang dihasilkan itu masih belum lagi diketahui fungsi sebenarnya, namun para pengkaji percaya bahawa protein tersebut memainkan peranan penting dalam pengangkutan lipid ke bahagian paling luar kulit (epidermis).

Mutasi pada gen ABCA12 mengakibatkan protein ABCA12 kehilangan fungsi dalam menghasilkan epidermis yang normal. Hal ini menghalang kulit dari mendapatkan perlindungan yang berkesan lalu menyebabkan kulit menjadi keras dan bersisik.

Harlequin diwarisi secara autosomal recessive trait. Dengan kata lain, kedua-dua ibu bapa pesakit ini adalah pembawa penyakit akan tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom atau tanda penyakit.

Diagnosis


Diagnosis terhadap Harlequin mestilah dilaksanakan seawal 17 minggu selepas kehamilan. Tanda-tanda kelahiran Harlequin dapat dikesan apabila terdapat penghasilan keratin yang berlebihan (overproduction) dan titisan lipid yang abnormal dalam sampel cecair amniotik yang diperoleh. Pada 20 minggu selepas kehamilan pula, foetal skin biopsy perlu dilaksanakan untuk mengesahkan diagnosis sebelum ini. Ibu bapa akan diberi pilihan sama ada untuk menggugurkan kandungan fetus setelah diagnosis benar-benar disahkan. Kini, ciri-ciri umum Harlequin dapat dikenalpasti dengan bantuan alat ultrasound diikuti dengan pemeriksaan 3D ultrasound.

Rawatan

Bayi Harlequin memerlukan penjagaan yang intensif dan berterusan. Selain pengawasan yang berterusan, mata mereka perlu sentiasa dilindungi dengan ophthalmic lubricant (pelincir mata). Mereka juga memerlukan nutrien dengan cara intubation atau IV drips kerana sukar untuk memberi makan secara normal kepada mereka. Persekitaran yang steril perlu juga dikekalkan untuk mencegah jangkitan di samping memberi larutan garam disusuli dengan lubricant untuk melembutkan kulit dan membantu meluruhkan sel-sel kulit.

Keraguan Terhadap Kisah


Saya sangat meragui kebenaran kisah yang cuba disampaikan oleh sang penglipurlara. Pendapat saya, beliau sengaja mempergunakan alasan menunaikan umrah bagi meyakinkan pendengar terhadap hikayat beliau. Kononnya orang yang selesai menunaikan umrah tidak mungkin akan melakukan pembohongan. Apatah lagi hikayat tersebut berlaku di Mekah maka sudah tentu kejadian tersebut pasti berlaku kerana Mekah adalah tempat yang dimakbulkan doa.

1. Sekiranya benar berlaku pada Jun 2007 ketika umrah, sudah tentu kes ini akan menjadi gempar kerana penyakit ini adalah antara yang jarang sekali berlaku. Tapi kita tidak pula mendapati sebarang liputan berita tentang kelahiran ganjil tersebut.


2. Bagaimana pula beliau tahu secara terperinci tentang family history ibu yang melahirkan bayi tersebut sedangkan beliau datang ke Mekah bertujuan untuk melaksanakan umrah, bukan untuk menjadi doktor. Apatah lagi untuk menyambut bayi. Salah satu etika kedoktoran ialah merahsiakan maklumat pesakit kepada umum.


3. Ketika doktor memeriksa jantina fetus di dalam kandungan, apakah doktor tidak mengesan atau mengecam sebarang keabnormalan pada fetus? Dengan bantuan ultrasound pun sudah cukup untuk mengesan ciri-ciri Harlequin dan membolehkan ibu tersebut membuat pilihan sama ada untuk menggugurkan atau tidak.

4. Ibu mana yang tergamak mendoakan keburukan anak sendiri.

Keraguan-keraguan di atas jelas membuktikan sang penglipurlara tidak lebih melainkan cuma mengada-adakan cerita yang ingin meraih populariti murahan. Semoga Allah mengampunkan dosanya dan semoga umrahnya diterima.

Sikap Kita

Sesetengah masyarakat kita yang masih dibelenggui fahaman animisme dan khurafat gemar sekali mengaitkan kejadian-kejadian ganjil seperti ini dengan sumpahan, buatan orang, jin atau syaitan, kenan atau lainnya. Jauh sekali mereka mahu melihat perkara ini dari aspek saintifik. Lebih teruk lagi, terdapat mereka yang memanipulasikan perkara ini sebagai alat mainan untuk gurauan atau menakut-nakutkan masyarakat.

Sedangkan di Barat sudahpun ditubuhkan institusi-institusi yang menyelidik penyakit ini secara khusus demi mencari punca dan penawarnya. Kita pula masih rela dibodohkan dengan kisah-kisah khayalan dan kayangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malah dengan membuta-tuli mempercayai hikayat-hikayat tersebut tanpa berusaha memastikan kebenaran dan kesahihannya.

Bukanlah saya menafikan "kun fayakun" Allah, akan tetapi seperti yang saya jelaskan tadi Allah sekali-kali tidak akan melanggar sunnah-Nya dalam mencipta dan mengatur alam. Segala-galanya pasti terdapat penjelasan yang logik dan saintifik. Bukankah Allah banyak menekankan kita untuk memaksimakan penggunaan akal untuk menghayati ciptaan-Nya?

Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. [Az-Zumar : 21]

Rujukan

  1. WebMD -Ichthyosis, Harlequin Type
  2. Doctors Lounge - Harlequin Type Ichthyosis
  3. BBC - Ichthyosis Foetalis and Harlequin Babies
  4. Ispub.com - A Case Of Harlequin Fetus With Psoriasis In His Family
  5. Wikipedia - Harlequin type ichthyosis