Saturday, May 10, 2008

Al-Quran dan Evolusi 1



"Evolusi menafikan kewujudan Tuhan. Justeru Evolusi mesti ditolak!"

"Kita berasal dari Adam AS, bukan dari beruk!

Apabila membuka perbincangan tentang Evolusi, rata-rata respon yang diterima adalah negatif. Bahkan agresif. Tidak ramai yang bersetuju dan mahu bersetuju dengan hasil kajian Charles Darwin ini. Lebih mendukacitakan apabila perbincangan menjadi terlebih emosi dari rasional.

Bila ditanya mengapa menolak Evolusi, dengan cukup mudah menjawab 'bacalah buku Harun Yahya. Sudah ada panjang lebar penerangan tentang Evolusi'. Sekiranya begini juga jawapannya apabila ditanya non-Muslim, 'mengapa memilih Islam?', pastinya tiada siapa yang akan berminat untuk mengkaji Islam.

Benarkah Islam menentang Evolusi? Ataupun kita sendiri yang sebenarnya terlebih lajak menentang dengan nafsu dan emosi?

Allah itu Maha Pengevolusi

Allah SWT setakat yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, memiliki 99 Nama. Al-Khaliq ( ) dan Al-Bari' adalah dua Nama antara 99 Nama Allah. Al-Khaliq bermaksud Maha Pencipta, Al-Bari' pula Maha Penjadi/Pengevolusi.

Kita tahu dan percaya dengan 'Kun fayakun' Allah, yang menjadikan alam ini dari tiada kepada ada. Tapi mengapa bila masuk ke dalam bab Evolusi yang pada pandangan Allah itu tersangat mudah dan tidak mustahil, kita menolaknya? Bukankah ini menolak sifat Maha Kuasa Allah?

Dalam Al-Quran sendiri jelas Allah SWT menerangkan tentang sifatnya yang Maha Pengevolusi apabila Dia:
Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Q 24:45)

Allah SWT yang Maha Pencipta menciptakan air dari gabungan atom hidrogen dan oksigen membentuk molekul H20. Dan daripada air itu, Allah yang Maha Pengevolusi telah menjadikan hidupan yang melata di muka bumi ini bermula dari proses pasang surut Bumi dan kemudian menjadi organisma unisel. Seterusnya sedikit demi sedikit Allah mengubah susunan nucleotide base dalam DNA untuk mengevolusikan organisma satu sel tadi menjadi multisel dan seterusnya jadilah haiwan yang kita lihat pada hari ini.

Proses ini memakan masa sehingga ratusan juta tahun. Namun kesemua ini tidak mustahil bagi Allah kerana Allah juga Tuhan yang Maha Hidup.

Sangkaan sesetengah orang , Evolusi menafikan sifat kesempurnaan Allah kerana menjadikan sesuatu yang tidak lengkap. Jawapan saya tidak. Bahkan Evolusi menjadi bukti Allah itu Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.

Sebagai analogi mudah, anda seorang pembuat komputer pada tahun 80-an. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, tibalah tahun 2008. Dengan bebanan kerja yang kian meningkat, apakah masih relevan lagi anda beroperasi menggunakan komputer tahun 80-an? Apa yang perlu anda buat ialah membuat modifikasi supaya komputer tahun 80-an itu sesuai dengan tahun 2008.

Begitu juga yang berlaku dalam Evolusi. Organisma perlu berubah kerana keadaan sekeliling berubah-ubah. Organisma yang tidak berubah mengikut suasana tidak akan survive. Maka di sini siapakah yang sempurna? Makhluk atau Khaliq?

Material Penciptaan Adam

Al-Qur'an menyebut bahawa Adam AS dan Hawa telah diciptakan di Syurga sebagaimana firman-Nya:
Dan Kami berfirman:
"Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (Q 2:35-36)

Berdasarkan ayat ini, kita tahu bahawa Bumi menjadi tempat tinggal Adam dan Hawa setelah diusir dari Syurga. Dengan kata lain, Adam dan Hawa diciptakan di syurga.

Muslim percaya bahawa material di Syurga berbeza dengan material di Bumi. Dalam surah Al-Baqarah ayat 25, Allah menyebutkan bahawa ketika orang-orang beriman memasuki Syurga (selepas Hari Pembalasan), mereka menyangkakan bahawa buah-buahan di situ adalah buah-buahan yang sama ketika mereka hidup di dunia. Allah memperbetul kefahaman mereka dengan mengatakan bahawa ia hanya nampak serupa. Dengan kata lain, material bagi buah-buahan berbeza dengan material di Bumi.

Secara logiknya, material untuk tubuh Adam dan Hawa mula-mula diciptakan di Syurga adalah berbeza dengan material di Bumi. Menurut aspek pandangan fizik, kita tahu bahawa masa berlalu dengan sangat lambat di Syurga/Neraka, 1 hari di sana bersamaan dengan 1000 tahun di Bumi, maka kita dapat tahu bahawa betapa kuatnya tarikan graviti di sana. Untuk keadaan yang sangat berbeza itu, material untuk mencipta tubuh Adam mestilah berbeza di Syurga dari Bumi. Ini bermakna, secara hakikatnya tubuh Adam di Bumi tidak mungkin sama dengan tubuh Adam di Syurga walaupun kelihatan seolah-olah sama.

Evolution in Five Minutes
Sumber: Youtube


Siapa Sebelum Adam

Al-Quran tidak pernah menyebut bahawa Adam dan Hawa adalah makhluk pertama di muka bumi. Al-Quran menyebut, ketika Adam dan Hawa sedang tinggal di Syurga, telah pun ada makhluk yang membuat kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi,
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Ayat seterusnya dalam surah yang sama menyatakan bahawa Malaikat mengaku bahawa mereka tidak tahu melainkan apa yang diajarkan oleh Allah (iaitu masa depan). Hal ini memberi maksud Malaikat pastinya merujuk kepada makhluk yang sedang membuat kerosakan di Bumi sedang Adam dan Hawa tinggal di Syurga. Maka Allah hendak menjadikan Adam dan Hawa sebagai Khalifah di muka bumi untuk menggantikan makhluk yang tidak menyembah Allah yang sedang berada di muka bumi.

Penurunan Adam Ke Bumi

Berdasarkan panduan hadis, kita mengetahui bahawa ketika Allah menciptakan Adam dan Hawa, mereka mempunyai tubuh yang berkali ganda saiznya berbanding manusia di Bumi ketika ini.
Narrated Abu Huraira: The Prophet said, “Allah created Adam, making him 60 cubits tall... (Sahih Bukhari 4:543)

Persoalannya, bagaimana perubahan saiz, material dan lokasi berlaku? Sekiranya mereka dihantar secara terus dari Syurga ke Bumi, itu hanya perubahan lokasi. Bagaimana pula dengan perubahan saiz dan material berlaku?

Al-Quran mengatakan, Malaikat mencabut roh manusia dalam dua keadaan. Ketika sudah sampai ajal dan setiap kali tidur.
Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Q 39:42)

Dengan ini menurut Al-Quran, manusia boleh hidup, bernafas dan memiliki tubuh yang berfungsi penuh tanpa adanya roh. Homo sapiens memiliki tubuh dan DNA yang serupa dengan manusia, tapi bagaimana pula dengan roh? Adakah roh manusia pertama (Adam dan Hawa) telah ditiup masuk ke dalam tubuh Homo Sapiens ini?

Bagi Allah tiada yang mustahil. Justeru, kita boleh melihat penurunan Adam ke Bumi dari banyak aspek. Antara kemungkinannya, Allah mampu menciptakan Adam dan Hawa untuk kali kedua di Bumi. Ataupun, Dia menjadikan transformasi yang istimewa ke atas tubuh mereka. Walaubagaimanapun, material yang diperlukan tentulah berbeza.

Surah At-Takwir ayat 7 memberikan klu kepada kita bahawa ketika Hari Kebangkitan nanti, roh-roh akan dipertemukan dengan tubuh dari material yang berbeza. Tubuh manusia di Bumi tidak dapat menahan kepanasan Neraka di Akhirat. Malah di Bumi pun tubuh manusia akan mencair apabila dicampak ke lava gunung berapi, apatah lagi apabila dicampak ke Neraka yang jauh lebih panas. Oleh itu, bagaimana seksaan hendak dilaksanakan di Neraka sekiranya baru campak saja sudah hancur?

Jawapannya tentulah dengan material yang berbeza. Pada Hari Kebangkitan nanti, Allah akan membangkitkan manusia dengan bentuk yang sama tapi dengan material dan saiz yang berbeza kerana keadaan di Akhirat yang gravitinya jauh lebih tinggi dengan graviti di Bumi.

Persoalannya kini, apakah mungkin roh Adam dan Hawa itu ditiup ke dalam Homo Sapiens di Bumi ketika mereka diturunkan dari Syurga?

Nenek Moyang Manusia

Al-Quran menyebutkan sesuatu yang khusus tentang nenek moyang kita: Jika Dia berkehendak, Dia mampu menjadikan keturunan kita bukan manusia seperti nenek moyang kita.
Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain. (Q 6:133)

Al-Quran secara spesifik menggunakan perkataan 'ma' iaitu 'apa' dalam ayat tersebut. Walaupun 'ma' diterjemahkan sebagai 'siapa' seperti di atas, akan tetapi 'siapa'/'ma' itu tidak boleh dirujuk sebagai manusia. 'Ma' adalah perkataan yang hanya digunakan untuk bukan manusia. Perkataan Arab yang merujuk kepada manusia ialah 'man'.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah jika Dia berkehendak, maka dia mampu mengembalikan keturunan kita dari manusia kepada bukan manusia, seperti mana Dia menciptakan kita dari nenek moyang kita. Hal ini bermakna, tubuh badan yang kita miliki sekarang ini adalah dari keturunan nenek moyang kita yang bukan manusia!

Ancaman ini telah Allah buktikan dalam Al-Quran bahawa Allah telah mengubah kaum Bani Israel yang ingkar dari beribadat pada hari Sabtu kepada rupa asal manusia iaitu kera. Sesungguhnya bagi Allah tiada yang mustahil sama ada menjadikan manusia daripada kera atau merubah manusia kepada kera.
Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". (Q 2:65)

Dengan penjelasan di atas, kita tahu bahawa kita adalah keturunan Adam dan Hawa secara roh. Disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi. Ketika mereka berdua masih berada di Syurga, Homo sapiens ini sedang menumpahkan darah, melakukan kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi. Dengan sebab itu, Allah meniupkan roh Adam dan Hawa ke dalam diri Homo sapiens supaya mereka menjadi manusia. Bukankah Allah telah menyebut bahawa Allah mahu manusia menggantikan mereka yang membuat kerosakan dan ingkar terhadap-Nya di muka bumi. Bagaimana kita boleh menjadi pengganti sekiranya kita bukan dari keturunan mereka?

Evolusi Manusia Dari Air

Jelas di dalam Al-Quran, Allah telah menyebutkan tentang evolusi manusia dari setitis air (atau sperma) hingga menjadi manusia yang sempurna tubuh badan.
"Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?" (Q 56:62)

Perubahan rupa bentuk adalah evolusi. Perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi. 'Wa ma nahnu bimasbuuqeen' dalam ayat di atas bermaskud 'Kami sekali-kali tidak akan dikalahkan'. Di sini Allah menyebut bahawa Dialah yang mengevolusikan manusia dan tiada yang dapat mengalahkan-Nya dalam evolusi.

Kini, manusia berjaya melakukan evolusi terhadap haiwan dan tumbuhan dengan teknologi cross-breed (kahwin campur). Lembu dikahwinkan dengan seladang, melahirkan off-spring selembu, satu contoh evolusi. Bagaimanapun, Allah telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi-Nya dalam evolusi kerana Allah-lah yang mengevolusikan manusia sebelum manusia berjaya mengevolusikan haiwan dan tumbuhan.

Kita adalah dari keturunan evolusi Homo sapiens. Bezanya kita memiliki roh.

Pandangan Islam

Ketepikan dahulu soal sains. Cuba kita menilai Evolusi dari aspek pandangan Islam, bahagian manakah di dalam Evolusi yang bertentangan dengan Aqidah Islam? Adakah Evolusi menolak kewujudan Tuhan? Untuk pengetahuan anda, di kalangan Evolutionist sendiri ada yang percaya bahawa adanya Tuhan. Professor Francis Collins adalah antara contoh Evolutionist yang tidak menolak kewujudan Tuhan.

Sheikh Nuh Ha Mim Keller berpendapat bahawa beliau tidak merasakan bahawa Evolusi itu membawa kepada kekufuran dan syirik. Adakah dengan mempercayai bahawa organisma berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain adalah kesyirikan? Malah menurut beliau, Aqidah Islam adalah dengan meyakini bahawa segala yang tidak mustahil bagi Allah sama ada mustahil itu mustahil dhati atau mustahil 'aradi (mustahil kerana Allah memberitahu kita bahawa sesuatu itu takkan berlaku walaupun pada hakikatnya Allah mampu melaksanakan)

Evolusi mungkin mustahil pada pandangan sesetengah kita, namun apakah ia mustahil bagi Allah? Kalaupun Evolutionist masih belum menemui missing link antara transitional form, apakah bermakna Evolusi itu tidak berlaku dan ia mustahil?

Kesimpulan

Islam mengajar umatnya untuk sentiasa mengambil jalan yang sederhana atau moderat. La tafridh wa la ifradh. Jangan berlebih-lebihan dan jangan pula bermudah-mudah, meskipun dalam Evolusi.

Terlalu menentang evolusi, maka tiada bezanya kita dengan Kristian yang taksub agama dan buta sains. Terlalu akur dengan Evolusi, samalah kita dengan golongan atheist dan Marxist yang menolak kewujudan Tuhan. Islam mengajar kita supaya mengambil jalan tengah.

Terdapat ruang dalam Evolusi yang boleh diterima Islam. Evolusi adalah fundamental kepada cabang-cabang ilmu biologi. Menolak evolusi bererti menolak biologi secara keseluruhan. Justeru, buang yang keruh ambillah yang jernih.

Allah knows best.

Rujukan

1. Islam and Evolution
2. Evolution in the Light of Qur'an
3. Does Islam Refute Evolution?
4. Evolution, Creation or BOTH?
5. God Made Evolution
6. Evolution and Islam - Nuh Ha Mim Keller
7. Were Men Really 60 Cubits tall?

Bacaan Tambahan

1. 'Adam-adam' Sebelum Adam
2. Forum diskusi tentang Evolusi di Al-Ahkam

Falsafah Teori Darwin

Bahagian 1 - Pembukaan
Bahagian 2 - Isi dan Kulit
Bahagian 3 - Keadilan pada Pintu
Bahagian 4 - Sains dan Arts
Bahagian 5 - Menumpang di Bumi Allah
Baca selanjutnya di sini.



59 comments:

Abdulla said...

menarik..tp ade bebrapa soalan sket.
1)quote : "Al-Quran menyebut, ketika Adam dan Hawa sedang tinggal di Syurga, TELAH pun ada makhluk yang membuat kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi,"

Tapi bukankan ayat Al-Quran tu menyebut "Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang AKAN membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah"

Bukankah AKAN tu bermaksud perbuatan yg akan datang?

2)quote : "Homo sapiens memiliki tubuh dan DNA yang serupa dengan manusia"

Bukankah manusia skang ni dari species homo sapiens?iaitu manusia=homo sapiens.Maka saya kurang jelas dengan maksud statement tu.Mungkin adakah dimaksudkan dengan home erectus atau species2 lain sebelom homo sapiens?

3)If I understand it correctly this article suggest that the Roh was descended into the body of one of the Homo Sapiens at a specific period of time.Kalau camtu,sudah tentu time tu ade banyak lagi homo sapiens di muka bumi ni,tp bukankah kite mengakui bahawa nabi Adam adalah Bapa manusia,so ape jadik pada keturunan Homo Sapiens yang laen2?Adakah mereka pupus serta merta?

Ahmad Saifuddin Amran said...

1) Dalam bahasa Arab, dia sebut 'man yufsidu fiiha' kalau literally diterjemahkan yang sedang membuat kerosakan. Alkisahnya saya copy-paste saja terjemahan Al-Quran tu. Mungkin ada tafsiran ttg ayat tu yang lain bg penterjemah.

2)Kita Homo sapiens yang ada roh. Kalau Homo sapiens yang takde roh, kita panggil binatang. Homo erectus dan spesis2 homo lain adalah transitional form sebelum menjadi Homo sapiens.

3) Yes, you understood correctly. Berdasarkan ayat Q 6:133, mungkin Homo sapiens lain tu dah dipupuskan Allah SWT. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Baru ternampak di SI.

Nak ambil anak dulu ... kemudia baru nak baca ... interesting ni!

hilmi falih said...

http://www.bismikaallahuma.org/archives/2005/were-men-really-60-cubits-tall/

ni ada huraian hadis pasal adam yg bersaiz 6cubic... just sharing...

Anonymous said...

Salam semua,

Saya mengucapkan syabas kepada usaha Sdr Saiffudin ke arah memperjuangkan kebenaran carakerja Allah, khususnya apa yang dirujuk sebagai evolusi. Saya menyokong penuh keberanian Sdr mengutarakan hujah-hujah yang dikemukakan. Sebagai manusia yang telah diberikan nikmat akal, semestinya kita bersyukur pada pemberian itu dengan menggunakannya pada kadar sedaya mungkin (maksima).

Tidak dinafikan terdapat perbezaan tahap keupayaan menggunakan akal atau minda, sebagai mana terdapatnya perbezaan kekuatan jasmani. Maka sudah pasti semestinya si lemah tidak megungut sekiranya yang berdaya membantu mengangkat beban yang tidak terangkat olehnya. Malangnya saya melihat, kefaham itu tidak dilanjutkan kepada kekuatan minda. Kalau yang kuat atau kaya tidak membantu yang tidak berdaya, kita tahu ramai yang akan mengatakan itu tidak sepatutnya.

Memang benar, “Apabila membuka perbincangan tentang Evolusi, rata-rata respon yang diterima adalah negatif. Bahkan agresif. Tidak ramai yang bersetuju dan mahu bersetuju dengan hasil kajian Charles Darwin ini. Lebih mendukacitakan apabila perbincangan menjadi terlebih emosi dari rasional.”

Saya melihat ini sebagai punca utama kelemahan Muslim dewasa ini. Sudahlah tidak boleh menggunakan minda kepada tahap yang digunakan oleh bukan-Muslim, yang ingin membantu untuk berfikir dan mencari kebenaran ini, endapat tentangan dengan cemuhan dan kata-kata berasaskan emosi. Ibarat tadi tak kuat nak angkat beban, dia caci kita angkat beban tak betul cara. Manusia beginikah yang dikehendaki Allah?

Marilah sama-sama kita memahami tugas mencari kebenaran atau berusaha mengukuhkan keprcaya yang telah ada dengan mencari bukti-bukit kebenaran. Itulah yang dikehendaki oleh Al Quran, agar kita peka dalam pemerhatian tentang kejadi-kejadian alam sekeliling. Marilah kita menjadi Ulil Al Baab dengan menjadikan ilmu sains itu sebagai zikrullah atau cara mengingati Allah dan carakerjaNya.

Abdulla said...

Thanks for the replies.Tp still ade beberapa soalan.

1)Setakat ni semua terjemah yang saye bace cakap ayat diatas sebagai AKAN.Di sini saye bagi contoh terjemah2 yang saye jumpe kat internet.

YUSUFALI: Behold, thy Lord said to the angels: "I will create a vicegerent on earth." They said: "Wilt Thou place therein one who will make mischief therein and shed blood?- whilst we do celebrate Thy praises and glorify Thy holy (name)?" He said: "I know what ye know not."

PICKTHAL: And when thy Lord said unto the angels: Lo! I am about to place a viceroy in the earth, they said: Wilt thou place therein one who will do harm therein and will shed blood, while we, we hymn Thy praise and sanctify Thee? He said: Surely I know that which ye know not.

SHAKIR: And when your Lord said to the angels, I am going to place in the earth a khalif, they said: What! wilt Thou place in it such as shall make mischief in it and shed blood, and we celebrate Thy praise and extol Thy holiness? He said: Surely I know what you do not know.

Dalam 3 terjemahan diatas semua menggunakan perkataan WILL iaitu akan yang membawa maksud masa depan.Jika saudara ada terjemahan lain silalah tunjukkan saye ingin melihatnya.

2)Jika kita menerima hujah diatas,adakah saudara memaksudkan bahawa Homo Sapiens sebelum ditiupkan kedalamnya roh manusia mereka tidak membuat kerosakan seperti manusia kerana mereka bukan manusia walhal mereka hanyalah sejenis binatang dari kalangan binatang2 lain di muka bumi ini.Mungkin keterangan ini boleh diterima gamaknye.hehe

3)Saudara mengatakan Homo Sapiens lain mungkin dipupuskan oleh Allah s.w.t apabila roh manusia ditiupkan ke dalam satu Homo Sapien.Memandangkan blog saudara adalah bersifat saintifik,adakah bukti dari kajian science yang menunjukkan mass extinction atau perkara yang would fit in this theory?

Setakat ini sahaja.SOalan lain akan menyusul kalau ade soalan laen.

Saye tanye ni bukan nak membangkang atau apa hanyalah untuk check and balance dan macam orang medic kate peer review lah katakan haha.

Salamat

IshaQHaniS said...

Salam.

Tahniah kerana dapat menulis dengan baik.

Saya rasa, tak ada kekeliruan dalam artikel ini, bahkan ianya betul iaitu 'Islam Tidak Menolak Evolusi'.

Sebab setiap perkara yang berkembang itu dinamakan evolusi. Dalam bahasa arab lebih dikenali dengan nama 'at-tatawwur'.

Hatta perubahan dari sebuah pekan kepada bandar juga dinamakan evolusi. Namun perkataan 'evolusi' ini nampak lebih sesuai dipakai untuk menunjukkan perkembangan biologi.

Tetapi, ada sedikit kekeliruan. Anda tidak memisahkan istilah 'evolusi' dengan istilah 'teori evolusi'.

Kita memang sedia maklum bahawa Islam memang sejak dahulu tidak menolak istilah 'evolusi', tetapi terang-terang menolak 'teori evolusi' yang dibawa darwin.

Sebenarnya apa yang ditulis oleh Harun Yahya dalam bukunya itu adalah penolakan tentang 'teori evolusi' ciptaan darwin, bukan penolakan tentang konsep 'evolusi' secara umum.

Saya rasa, jika anda tidak membuat pemisahan antara istilah 'evolusi' (secara umum) dengan 'teori evolusi' (ciptaan darwin), maka akan mudah untuk membawa orang yang membaca artikel ini kepada tahap kekeliruan...

Mungkin kekeliruan itu wujud pada dasar untuk memahami apakah dia istilah evolusi. Adakah ia menunjukkan makna 'evolusi' (secara umum) atau 'teori evolusi' (ciptaan darwin).

(sekadar berpendapat)

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara Abdulla

1) Daripada terjemahan yg sedara bagi, bagaimana mungkin Malaikat mengetahui masa depan? Hal itu adalah mustahil. Malaikat tidak lain tidak bukan pastilah merujuk kepada perbuatan makhluk yang sedang/pernah mendiami Bumi. Dan makhluk tersebut pastinya serupa dengan rupa bentuk manusia. Sekiranya bentuk Adam tidak serupa dengan Homo sapiens, tidak mungkin Malaikat akan mempersoalkan sedemikian.

2) Saya kurang faham ayat ini. Tapi rasanya saudara salah faham kot.

Kita tidak dapat tahu exactly siapa yg sedang membuat kerosakan di muka bumi sama ada Homo erectus, Homo ergaster atau Homo sapiens. Akan tetapi, disebabkan Malaikat telah mempersoal kehendak Allah utk menjadikan Adam sebagai khalifah, maka di sana kita dapat tahu bahawa makhluk yang sedang membuat kerosakan adalah Homo sapiens.

3) Ada. Lebih kurang 70 - 75 ribu tahun dahulu telah berlakunya letupan gunung berapi di Danau Toba, Indonesia. Fenomena ini dinamakan sebagai Toba Catastrophe theory yang mana kekuatan letupan volcano adalah 3000 kali ganda lebih kuat dari Gunung Vesuvius di Italy.

Bukti kajian genetik menyebut bahawa fenomena ini telah menyebabkan bottleneck dalam population species Homo (human lineage) sehingga tinggal hanya 1000-10000 pasangan saja.

Boleh search di internet tentang teori ni.

IshaQHaniS said...

Seperkara lagi,

Dalam tajuk 'Siapa Sebelum Adam', ada menyatakan bahawa ketika Adam dan Hawa masih lagi berada di syurga, telah ada makhluk yang membuat kerosakan di bumi. Ia ditafsirkan menerusi ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah, ayat 30.

Ternyata bagi saya ia adalah tafsiran yang salah. Ayat tersebut menunjukkan maksud bahawa malaikat berkata 'Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah'.

Perkataan 'yufsid' dan perkataan 'yusfiq ad-dimak' itu adalah dengan lafaz fe'el (mudhari') yang menunjukkan waktu yang akan datang.

Maknanya, malaikat bertanya kepada ALLAH s.w.t mengapa dijadikan manusia sebagai khalifah sedangkan nanti (pada waktu yang akan datang) akan berlaku kerosakan di muka bumi. Bukan seperti tafsiran dalam artikel yang menunjukkan bahwa telah ada 'makhluk yang sedang membuat kerosakan di Bumi sedang Adam dan Hawa tinggal di syurga'.

Tambahan lagi, dalam tajuk 'Nenek Moyang Manusia' saya nampak beberapa keraguan.

Artikel manulis bahawa 'disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi'.

Bagi saya ini adalah sesuatu yang bercanggah dengan al-Quran (itupun jika anda golongan yang masih mengiktiraf al-Quran).

Suka saya bawakan 2 potong ayat dari surah al-Hijr ayat 28 dan 29. Ini adalah pandangan Islam mengenai kejadian manusia:

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang 'manusia' dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud (tanda hormat)".

Bagi saya Allah s.w.t telah meniupkan ar-ruh ke dalam manusia yang diciptakan dari tanah (kerana selari dengan maksud al-Quran), bukan memindahkan ar-ruh itu ke dalam Homo Sapiens yang berevolusi dari monyet (seperti teori dalam anda). Kalaupun anda menerima pandangan manusia itu berevolusi dari seekor monyet, maka pendirian anda tidak banyak bezanya dengan pendirian Charles Darwin!

Mengharap adanya pencerahan.

(sekadar berpendapat)

Ahmad Saifuddin Amran said...

Lafaz fe'el mudhori' untuk waktu yang akan datang?

Kalau begitu, perjelaskan kepada saya bagaimana Malaikat boleh mempersoal kehendak Allah menjadikan Adam sebagai khalifah. Jelaskan kepada saya bagaimana Malaikat mengetahui masa akan datang.

Bercanggah dengan Al-Quran? Saya tak nampak di mana percanggahan tersebut. Allah menjadikan Adam daripada tanah di Syurga. Tapi, bagaimana pula Adam dipindahkan ke Bumi? Adakah Allah mencipta Adam buat kali kedua? Ataupun Allah meniupkan roh Adam ke dalam tubuh Homo sapiens di Bumi?
Kedua-dua kemungkinan ini tidak bercanggah dengan Al-Quran kerana dalam Al-Quran sendiri tiada dalil yang spesifik menceritakan bagaimana berlakunya perpindahan Adam.

Maka, tiada apa-apa percanggahan pun antara Teori Darwin dengan Al-Quran.

Abdulla said...

Saudara Saifudin,

Berkenaan soalan saudara di post diatas
'Kalau begitu, perjelaskan kepada saya bagaimana Malaikat boleh mempersoal kehendak Allah menjadikan Adam sebagai khalifah. Jelaskan kepada saya bagaimana Malaikat mengetahui masa akan datang.'

Bukankah pada ayat ke 32 surah Al-Baqarah bermaksud;
They said: "Glory to Thee, of knowledge We have none, save what Thou Hast taught us: In truth it is Thou Who art perfect in knowledge and wisdom."

Maka jawapannya adalah Allah yang memberi pengetahuan kepada Malaikat2 tersebut.Dan Allah boleh memilih apa sahaja ilmu yang hendek di ajarkan.

Anonymous said...

jadi saifudin
anda mengatakan manusia dari berok?

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara Abdulla,

Dalam hal ini, kita perlu memahami konteks cara kerja Allah dari sudut Allah memberi pengetahuan/mengajar.

Dalam Aqidah Islam, Allah-lah yang mengajarkan kita segala benda sejak kita lahir sehingga dewasa. Daripada belajar bertatih, kita belajr berlari. Daripada belajar bercakap kita belajar berhujah dan berdebat.

Manusia BELAJAR adalah cara kerja Allah dalam mengajar manusia.

Salah satu cara belajar, adalah dengan pengalaman. Allah mengajar Malaikat tentang makhluk yg melakukan kerosakan di Bumi dengan pengalaman. Dengan kata lain, Malaikat telah 'melihat' makhluk tersebut.

'Melihat' dalam konteks ini perlu difahami sebagai belajar dan tentulah yang mengajarnya adalah Allah.

Konklusinya, Allah memberi pengetahuan kepada Malaikat dengan memaparkan perbuatan makhluk yang membuat kerosakan di muka bumi, dengan itu Malaikat belajar dan mendapat pengalaman dan dengan pengalaman itu Malaikat membuat hipotesis bahawa Adam juga akan melakukan kerosakan seperti makhluk di bumi tersebut.

Harap faham lah ye.

Saudara anonymous,

Kita adalah manusia dari sudut akal, kita adalah keturunan Adam AS dari sudut roh. Tapi dari sudut tubuh badan, kita adalah Homo sapiens.

Secara biologi, ya kita berasal dari beruk. Tapi biologi sahaja tidak cukup untuk menghuraikan soal-soal perkara ghaib seperti roh. Maka itu adanya Al-Quran sebagai panduan untuk memperjelaskan hal-hal yang tidak tercapai dek akal.

IshaQHaniS said...

Saudara Saifuddin.

Berhubung persoalan 'bagaimana malaikat boleh tahu perihal yang akan datang?'

Malaikat tak perlu belajar atau mendapat pengalaman dari bumi pun.

"Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang".
(Surah al-Hijr : 18)

Jika syaitan pun mampu curi dengar tentang perihal2 yang tertulis di Luh Mahfuz, sesuatu yang tidak mustahil bagi malaikat yang menjaganya dan melaksanakan perintah yang telah tertulis di sana.

Berhubung artikel ini, saya cadangkan anda lebih menggunakan metodologi 'mengiktiraf kecetekan ilmu manusia berbanding menduga-duga perkara yang manusia tidak tahu'....

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara IshaqHanis

Kalaulah semudah itu Malaikat mendapatkan information tentang perihal akan datang, mengapa tidak saja Malaikat melihat di Luh Mahfuz sebab mengapa Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi?

Bahkan Allah menjawab, "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." yang membatalkan hipotesis Malaikat dan sekaligus menafikan kebolehan Malaikat mengetahui perihal akan datang.

Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk mengiktiraf kecetekan ilmu manusia. Sebaliknya, titik temu antara Islam dan Teori Darwin itulah yang saya cari.

Darwin sebagai seorang pemerhati alam (saintis), Allah ilhamkan kepadanya Kitab Manzur (ilmu alam) Kita sebagai seorang Muslim Allah menurunkan Kitab Mastur (Al-Quran) sebagai panduan.

Apakah mungkin ada percanggahan antara Kitab Mastur dan Kitab Manzur yang kedua-duanya berasal dari sumber yang sama? Mustahil.

Dengan sebab itu, pastinya terdapat ruang dalam Teori Evolusi untuk diharmonikan dengan Islam.

Abdulla said...

Tapi,bukankah theory hanyala theory sehingga disahkan kebenarannya?Kalau dah sah dipanggil law.So x semestinya Darwin nye theory of evolution betul,walaupon evolution memang ade seperti yang kita sendiri leh lihat.

Penah dengar tak konsep Intelligent Design.Pasti penah kan.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Pada kacamata umum, perkataan theory bererti sesuatu yang belum dibuktikan kebenarannya, sama ada benar ataupun tidak.

Akan tetapi pada kacamata sains, makna theory adalah lebih definite. Dalam metod saintifik, langkah pertama ialah pengumpulan data dan maklumat. Setelah data dikumpulkan, langkah seterusnya ialah membentuk hipotesis yang boleh menghuraikan data tersebut. Kemudian hipotesis tadi dibandingkan dengan data sama ada baru atau lama untuk dilihat kesesuainnya untuk dijadikan fakta.

Sekiranya hipotesis itu bercanggah dengan data, ia perlu dimodifikasi atau dicuba semula, atau dibuang terus dengan menggantikan dengan hipotesis yang baru. Sekiranya hipotesis telah melepas ujian pengesahan berdasarkan data tadi, barulah ia menjadi teori saintifik.

Teori tadi dah jadi satu framework yang establish yg boleh menginterpretasikan kaitan antara kumpulan data. Dari teori ini, hipotesis baru boleh dibentuk, then data-data baru dapat dikumpul. Jika teori tadi dapat menjelaskan data-data baru tadi dgn betul, maka teori ini dikatakan mempunyai reliability peringkat tinggi.

Teori seperti ini bukanlah sekadar agak-agak atau tekaan, ia adalah hipotesis yg sudah disahkan dengan eksperimen dan mempamerkan reliability yang tinggi.

Therefore the theory of evolution is not a mere assumption or guess.

Intelligent Design adalah pecahan dari Creationist yg telah gagal di mahkamah US untuk menjadikan doktrin mereka sebagai silibus biologi.

Kalau anda lihat doktrin ID, jauh lebih mengarut daripada Teori Evolusi (sekiranya anda menganggap Evolusi tu mengarut la).

Anonymous said...

salam

dr zakir naik cakap : "i know muslim scholars who tried to prove darwin's theory from the quran...nonsence!"

anta jangan campur adukkan theory of evolution ngan darwin's theory ...sbhgn aspek dr theory evolution mmg tidak bertentangan ngan aqidah...tp theory darwin yg mengatakan kita berasal dr beruk adalah mengarut...

p/s:
aku malas nk komen panjang sbb nak exam...cuma aku nk bgtau satu dunia yang moyang aku yg berjuta2 tahun dahulu bukan beruk...samaada secara biology atau chemistry ataupun organic chem whatever...hehe

Anonymous said...

pembetulan

(sama je theory of evolution ngan darwin's theory....silap ...hehe)...tapi sbhgn aspek dr theory of evolution mmg tidak bertentangan ngan aqidah...cuma theory darwin yg mengatakan kita berasal dr beruk adalah mengarut...

Ahmad Saifuddin Amran said...

Mungkin perspektif sesetengah orang Teori Darwin mengarut. Itu saya tak kisah.

Tapi adakah bertentangan dengan akidah since Allah tak cerita khusus macam mana Adam diturunkan ke Bumi?

Anonymous said...

salam

tak bertentangan dgn aqidah doesnt mean darwin's theory is 100% right...sehingga ke hari ini theory manusia berasal dr beruk masih kekal sbg theory dan tak boleh dikira sbg fakta kerana lack of evidence...even darwin sendiri pon akui memang terdapat missing links antara 4 stages lucy,homo erectus bla bla bla tu...tp dia berharap agar fossil intermediate beings antara stages tu akan ditemui...tp sampai hari ni masih blom dijumpai...

so konklusi yg paling tepat yg boleh dibuat ialah...

"theory darwin yg mengatakan bhw manusia berasal dr beruk ada kemungkinan benarnya dan tidak bertentangan dengan aqidah"

perlu diingatkan bhw theory itu boleh jd betol n boleh jd salah...

tp anta dgn yakin berkata

"Secara biologi, ya kita berasal dari beruk."

seolah2 anta membenarkan theory tersebut sedangkan hari ini masih ramai saintis yg reject theory tu kerana blom ada bukti yg kukuh utk membuktikan manusia evolve dr beruk

mmg takde dalil yg detail ttg bagaimana nabi adam n hawa turun ke bumi...tp kita juga tidak ada dalil bahawa homo sapiens tu berasal dr beruk....boleh jd manusia evolve drpd katak atau kambing...sapa tahu

kesimpulannya janganlah terburu2 mengatakan kita berasal dr beruk secara biology ke biostatistic ke....sbb blom ada bukti yg kukuh...

Anonymous said...

tambahan

...komen tu sekadar pendapat sy saje...kalau salah tolong tunjukkan...hehe...thanx kerana tulis ttg evolusi ni...mmg tajuk yg menarik

Ahmad Saifuddin Amran said...

Alhamdulillah, rasa lega dengan komen ni.

Ok, maybe kesimpulan saya terlalu terburu-buru dan ayat tak lengkap. Izinkan saya betulkan ayat tu.
"Ya, berdasarkan penemuan-penemuan fosil dan kajian saintis tentang the origin of life, berkemungkinan besar human lineage pathway adalah dari beruk"

Di Barat, ramai saintis yang reject bukan kerana theory ni masih belum kukuh (ya dari satu aspek memang masih belum kukuh). Tapi sebab theory ni contradicts dengan ajaran Bible. Mereka percaya Tuhan menciptakan makhluk already in original form, tup-tup dah jadi lembu atau kambing.

Evolutionist menolak rejection macam ni sebab basis fahaman creationism ni tidak unreliable berbanding theory of evolution yg telah diterimapakai dalam silibus hampir 200 tahun.

Saya bagi contoh, ada seorang ni dia dituduh membunuh di Mahkamah. Hakim meminta penjelasan kenapa dia membunuh. Pastu dia kata "Menurut Bible, Tuhan yg tentukan takdir. Tuhan dah tetapkan aku akan membunuh, nak buat macam mana". Adakah kenyataan ini boleh pakai di Mahkamah?

Same goes with evolution. Kalau berkenaan cara hidup atau morality, kita memang akan gunakan Al-Quran. Tapi untuk mengkaji alam, bukankah Allah sendiri memerintahkan kita untuk memerhatikan tanda kekuasaan-Nya kat muka bumi ni?

Terima atau tak terima, itu belakang cerita. Yang penting mindset. Ingat, ramai saintis yg dah jadi atheist sebab ajaran Kristian yg terlalu narrow-minded dan mengongkong.

Anonymous said...

salam

saintis bkn reject theory of evolution semata2 ia bertentangan dgn bible..tp disebabkan theory itu masih boleh didisprovedkan dgn ilmu sains...

berkaitan fossil2 yg ditemui masih blom ada satu fossil pon yg boleh dijadikan bukti bahawa manusia berasal dr beruk...kl anda baca sejarah2 fossil yg dijumpai semuanya fake...

contohnya penemuan fossil rangka species yg dikatakan intermediate being antara beruk dgn manusia yg sy dah lupa namanya...saintis pd mulanya percaya itu adalah intermediate beings sbb tulang tersebut sedikit berbeza berbanding tulang manusia biasa...tp setelah dikaji rupanya tulang tersebut mempunyai bentuk yg agak berbeza disebabkan penyakit rickets...maka fossil itu direject...

satu lg fossil gigi yg dijumpai..then saintis siap pamer kat muzium lg...dr penemuan gigi tu mcm2 lukisan telah dibuat tentang rupa species yg memiliki gigi tersebut...maka byklah lukisan2 yg menggambarkan manusia yg mempunyai wajah seakan2 beruk dan dipercayai sbg intermediate being antara 4 stages yg dikemukakan oleh darwin...tp malangnya saintis akhirnya mendapati bhw gigi itu adalah gigi khinzir...

last skali ni nk kongsi apa yg dr. zakir naik cakap...

.......................
dr. zakir:

If you read the book by Charles Darwin ‘The Origin of Species’ - It says that… “Charles Darwin went on an island by the name of ‘Keletropist’ on a ship named as ‘HMS Beagel’ and there he found birds pecking at niches. Depending upon the Ecological niches they peck, the beaks kept on becoming long and short. This observation was made in the same species - not in different species”. Charles Darwin wrote a letter to his friend Thomas Thomtan, in 1861 saying ‘I do not believe in ‘Natural Selection’- the word that you use - I don’t believe in ‘Theory of Evolution’ because I haven’t got any proof. I only believe in it because it helps me in classification of Embryology, in Morphology, in rudimentary organs’. Charles Darwin himself said that , there were missing links. He did not agree with it - He himself said that there were missing links. Therefore , if I have to insult someone that if you were present at Darwin’s time this theory would been proved right, trying to insinuate that he looks like an Ape. It is a joke we make. The reason that this theory in most parts of the world - it is taught as good as fact - You know why? Even I was in school - I learnt about Darwin’s theory - and even today they are taught - You know what the reason is sister? The reason is because, that if you analyse, the Church… the Church was against Science previously - and you know the incidence that they sentenced Galileo to death. They sentenced Galileo to death - Why? Because he said certain statements in the Astronomy, etc., which went against the Bible - So they sentenced him to death , for which the Pope apologized now. So when Charles Darwin came up with a theory which goes against the Bible, they did not… they did not want any sufficient proof - An enemy of my enemy is my friend. So all the Scientists… most of them - they supported the theory, because it went against the Bible - not because it was true. They only supported it because it went against the Bible`. All the stages you have mentioned sister… all the stages… ‘Lucy’ - there were four ‘Homonites’. Science tells us today that there were four ‘Homonites’ - first is ‘Lucy’ along with its guy ‘Dosnopytichest’, which died about 3 and a 1/2 million years - the Ice Age. Then next came the ‘Homosepians’, who died about 5 hundred thousand years ago. Then came the ‘Neanderthal Man’, who died hundred to forty thousand years ago. Then came the fourth stage, ‘the Cromagnon’. ‘There is no link at all between these stages’ - According to P. P. Grasse in 1971 who held the Chair of Evolutionary Studies in Paris, in Sojerion University. He said… ‘It is absurd - We cannot say who were our ancestors based on fossils’. I can give you a list of hundreds of scientists and Noble Prize winners who speak against Darwin’s theory… Hundreds. If you know of Sir Albert George who got the Noble prize for inventing… for inventing the Vitamin ‘C’ - He wrote the book ‘The Can’t Ape and Man’, against Darwin’s Theory. Again if you read, Sir Fred Hoyle’s work - he wrote several works against Darwin’s Theory. If you know about Ruperts Albert, this person wrote a new theory of evolution against Darwin’s Theory. Its unthinkable… you cannot think that we are created from the Apes. If you know of Sir Frank Salosbury… he was a biologist. He said… ‘It is illogical to believe in Darwin’s theory’. If you know about Whitmeat… Sir Whitemeat, he wrote a book against Darwin’s Theory - He was also a Biologist. Several ! you can give a list of hundreds. Today it is taught in the schools - Why? … I told you - Media is in their hands. Otherwise there is no proof at all. There are certain proofs at lower level - an Ameba, at lower species level… Ameba can change to Paremishia. Qur’an does not say…‘Ameba cannot change to Paremishia’ - Qur’an does not say. If they have got proof… It cannot be possible… It is not against the Qur’an. But there is no proof at all. People talk about Molecular Biology Theory - they talk about Genetic coding. According to Henses Crake who is a authority in this field - he said… ‘It is unimaginable’. Again if you do that ratio, the probability of one DNA forming, ‘from Ape to Human being, is again Zero’. If I start calculating, I think you will get bored again - You know the calculation. I told you… for one Protein Molecule, it is some what similar from one DNA. It is not possible at all. You know there is theory recently… ‘that homosexuality is Genetic’. And when I read in the Times of India, I thought, surely the moment I attend the next lecture on Sunday at I.R.F, I will be asked this question. ‘If homosexuality is Genetic, how can Allah blame us? - Qur’an speaks against homosexuality’. And I said that see…‘This is a theory wait till it gets established…It is a theory - don’t comment on that

Anonymous said...

sbg konklusi kita mmg tidak mahu menjadi ahli agama yg jumud...

tp itu tidak bermakna kita mesti bersetuju dgn semua theory sains...perlu diingatkan bhw islam tidak akan bercanggah dgn established sains yg memang sudah menjadi fakta...tp theory atau hypothesis yg masih boleh didisprovedkan kita tidak perlu utk mencari dalil2 dr al-quran utk menyokongnya...nonsence...

jalan yg terbaik yg kita boleh buat ialah dgn melihat theory tersebut dr sudut sains...mcm saintis2 yg disebutkan oleh zakir naik td...mereka reject theory darwin dgn mengemukakan dalil2 sains bkn dalil2 dr bible atau al-quran...begitu juga dgn harun yahya...walaupun dia selitkan unsur agama dlm buku beliau tp beliau ttp menggunakan dalil sains utk menolak theory tersebut

dgn cara ini kita tidak akan dipandang jumud....

Ahmad Saifuddin Amran said...

jalan yg terbaik yg kita boleh buat ialah dgn melihat theory tersebut dr sudut sains...mcm saintis2 yg disebutkan oleh zakir naik td...mereka reject theory darwin dgn mengemukakan dalil2 sains bkn dalil2 dr bible atau al-quran...begitu juga dgn harun yahya...walaupun dia selitkan unsur agama dlm buku beliau tp beliau ttp menggunakan dalil sains utk menolak theory tersebut"

Yes, inilah poin yang saya tunggu2. Two thumbs up for the comment.

Nak pegi jamiah dulu jap baru komen.

Anonymous said...

maaf saudara said yang menulis artikel tentang terori evolusi....anda kebanyakan keliru mengartikan ayat-ayat alqur'an... Perlu saya beritahu tolong hati-hati menerjemahkan ayat-ayat alqur'an...banyak sekali ayat alqur'an yang sederhana untuk diartikan malah anada sangat jauh penalarannya...ada ayat2 alqur'an yang tidak perlu diartikan secara mendalam jika sudah tau apa yang dimaksud. jadi jangan sampai pemikiran anda menyesatkan seperti itu.... Jelas2 Teori evolusi itu tidak benar karena kalau kita bicara pada tingkat sains...dari hukum thermodinamika I,II dapat disimpulkan bahwa segala sesuatu didunia ini bergerak dari tingkat ketidakteraturan yang tinggi ke tingkat ketidakteraturan yang rendah, ketidakteratura manusia malah lebih tinggi dari hewan kalau kita tinjau dari segi logika,Jadi tidak mungkin manusia berasal dari hewan...karena hal itu sudah melanggar hukum thermodinamika..Tolong hati2 menulis artikel bisa2 hal ini mnyamarkan hal2 yang sudah jelas dalam alqur'an

Anonymous said...

Salam
Thermodynamic Law 2, TL2, mengatakan segala sesuatu di Alam (bukan dunia) bergerak dari ketidakaturan (entropy) yang rendah kepada tinggi http://en.wikipedia.org/wiki/Second_law_of_thermodynamics
Law ini membuktikan kiamat akan berlaku, tidak bermakna segala-galanya begitu. Manusia berada di apex penciptaan. Penciptaan manusia ke arah ketinggian (baik) menghasilkan by product entropy, iaitu sesuatu yang baik itu tidak dapat tidak, menghasilkan sampingan tidak baik. Anda terlalu teliti mengkaji Harun Yahaya. Evolisi itu kebenaran.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara Kawa

"maaf saudara said yang menulis artikel tentang terori evolusi"

Nama saya Saifuddin. Harap maklum.

anda kebanyakan keliru mengartikan ayat-ayat alqur'an... Perlu saya beritahu tolong hati-hati menerjemahkan ayat-ayat alqur'an...banyak sekali ayat alqur'an yang sederhana untuk diartikan malah anada sangat jauh penalarannya

Boleh saja kalau saya tidak mahu mengambilkira pandangan agama terhadap teori ini. Tapi saya pasti anda tahu apa itu Sekularisme. Lagipun, memamg tujuan artikel ini adalah untuk mencari titik temu antara Teori Darwin dan Al-Quran. Maka perlulah dimasukkan ayat Al-Quran.

"Jelas2 Teori evolusi itu tidak benar karena kalau kita bicara pada tingkat sains...dari hukum thermodinamika I,II dapat disimpulkan bahwa segala sesuatu didunia ini bergerak dari tingkat ketidakteraturan yang tinggi ke tingkat ketidakteraturan yang rendah,"

Adakah anda betul-betul faham dgn The Second Law of Thermodynamics/ Law of Entropy? Saya pasti rujukan anda hanyalah Harun Yahya, Harun Yahya dan Harun Yahya.

The Second Law seperti yg anda faham hakikatnya tidak berapa tepat. Pembentukan berlian (diamond) daripada carbon adalah melalui Second Law. Maka adakah itu bermakna carbon itu ketidakaturan tinggi dan berlian itu ketidakaturan rendah?

Order (keaturan) dan disorder (ketidakaturan) ni ada compensation dia. Kalau ada disorder di satu bahagian, di satu bahagian yang lain ada order. Perubahan muka bumi adalah satu bentuk disorder. Maka compensate order di satu tempat yang lain. Dan order itu adalah evolusi. Ini namanya survival of the fittest. Siapa yang dapat melepasi disorder, maka dia survive.

Terima kasih dengan komen anda.

Anonymous said...

Kata-kata anda:

"Boleh saja kalau saya tidak mahu mengambilkira pandangan agama terhadap teori ini. Tapi saya pasti anda tahu apa itu Sekularisme. Lagipun, memamg tujuan artikel ini adalah untuk mencari titik temu antara Teori Darwin dan Al-Quran. Maka perlulah dimasukkan ayat Al-Quran."

Saya fikir, lebih baik anda tak perlu ambil kira pandangan agama terhadap theory ini. Itu barangkali lebih baik bagi anda daripada mengambil pandangan agama namun mengemukakan dalil dengan tafsiran anda sendiri untuk menguatkan hujah anda.

Kalau mahu kaitkan dengan agama, silalah beri adil kepada Al-Quran.

tafsir mengikut hawa nafsu adalah sesuatu yang tidak diterima dalam Islam dan saya kira anda telah menzalimi kalam Allah. Barangkali, menjadi sekularisme adalah lebih mulia dari menjadi penzalim al-Quran.

Anonymous said...

ak juz mmandang bnda ni sbg pnjelasan alternatif saje. mmandangkan we will never know what happened. bnda ni akn terus mnjadi misteri.. dan slagi kita prbahsakan, slagi tu xkan abes. org yg sokong akn trus de bukti utk sokong. dan org yg bangkang pon ttap akn trus de bukti nak bangkang. so kita baca jelah bnda yg pudin tulis ni sbagai pnjelasan alternatif, krana slagi xde bukti konkrit yg suggest teori ni btol/salah..im afraid this theory will remain a mystery.

Anonymous said...

tp fi3il mudhori3 mmg boleh merujuk kpada perbuatan sdang dan akan dtg..dan mmg kalo baca pon..sume tafsiran akan sebut "akan datang". ak peraya mufassirin zmn dahulu dah wat kajian yg mndalam sblom dia tafsirkan quran.

psl pnjelasan pudin yg kata kita blajar dr pngalaman..ak rasa bnda ni xdela leh mnjelaskn bhawa tuhan mngajar malaikat mlalui pngalaman. krana hakikatnya kita jugak tau bbrapa perkara yg akan dtg..cthnya akhirat? so xmustahil tuhan tu mngajar(memberitahu) malaikat bhawa manusia akan mlakukan kerosakan.

so, brbalik kpada ksimpulan asal. bnda ni akn trus jd misteri wat masa nih. hakikatnya isu ni di laur batas ilmu kita sume. namun kupasan pudin leh tahan la. pnjelasan alternatif.

Anonymous said...

Salam

Sdr revolusioner,

Kesan membaca mengikut hawa nafsu (ie tidak mendalami apa yang tersirat) adalah lebih teruk, ibarat kedudukan munafiq berbanding kufur. Ayat yang menjelaskan Ulil AlBaab, sangat jelas mengarahkan kita melihat, memerhati kemudian membuat kesimpulan dari pemerhatian itu, bahawa segala kejadian yang berlaku di alam adalah tanda-tanda atau ayat-ayat Allah.

Sangat jelas Al Quran tidak menghurai kebanyakan pengajaran sains yang dibelajar di IPT, tetapi Al Quran mengatakan itulah yang melayakkan seseorang menjadi Ulil Al Baab.

Maaf Saifuddin mengarabkan nama anda. Begitu juga Ustaz SI. Betul juga kerisauan Menteri Kebudayaan berhubung terlalu Arabnya Melayu.

Anonymous said...

Assalamu`alaikum wrt wbt...
teori yg BAHAYA, SANGAT RAPUH DAN BOLEH DIPERTIKAI...penghujjahan menggunakan aqal semata-mata dalam mentafsirkan ayat-ayat al-quran sama seperti mu'tazilah!!!
di mana pentafsiran IMAM TOBARI???di mana IBN `ATIYYAH??di mana AR-RAZI??ABU HAYYAN, QURTHUBI,ABU SU`UD, ALUSI, IBN `ASYUR, SAYYID QUTB DAN MUFASSIR2 YG LAIN???????
CUKUPKAH SEKADAR PENGUASAAN BAHASA ARAB ROJAK DI ANTARA FUSHA DAN `AMIAH KITA MENTAFSIR AYAT2 ALLAH KEMUDIAN MENDAKWA INI ADALAH MAKSUD AL-QURAN (KALAMULLAH) YANG SERASI DENGAN TEORI INI YANG RAPUH????MA`AZALLAH!!!Allahu yahdina...
iAllah ana akan datangkan hujjah2 yg menolak teori ini...sekarang ni sibuk sikit dgn asgment n exam...wallahua`alam...

Amman

Ahmad Saifuddin Amran said...

Dalam banyak-banyak nama yang disebut, ada tak yang ahli sains?

Saya bukan nak mempertikaikan, tapi kalau tak faham Evolusi jangan buat-buat faham.

Orang agama buat kerja orang agama. Orang sains buat kerja orang sains.

Sekian.

Anonymous said...

Saudara yang tak sempat tulis nama.

Ramai yang fasih Arab, tak beriman juga. Abu Lahab dan kawan-kawannya.

BAgaimana nanti kalau dalam exam anda lupa bawa aqal? Sebenarnya anda diajar untuk tidak menggunakan dengan sepenuhnya. Anda marahkan mu'tazilah pun bukan kerana anda kenal apa yang dia buat, anda hanya buat-buat faham, untuk exam, bukan kerana Allah.

Saya suka orang agama nak tahu apa sains buat, tapi tak terpikul beban (susah nak fikir pasal fizik dan hukum Alam) ujangan marahkan kami nak membantu memahaminya. KAmi guna Al Quran dengan aqal yang diberikan Allah. Segalanya diilhamkan oleh Allah.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Komen anonymous menyebabkan saya terfikir

Adakah hak mentadabbur ayat-ayat Allah hanya layak bagi golongan agamawan? Bukankah Al-Quran itu indah pada siapa pembacanya? Bagi orang yang tak reti bahasa arab macam saya tidak dapat lihat di mana cantiknya susunan bahasa Al-Quran. Tapi bukankah Al-Quran ini bersifat universal?

Kalau orang sains tak layak mentadabbur isi Al-Quran, maka saya pun boleh berkata saudara anonymous tak layak menjelaskan tentang Evolusi. Apatah lagi menolaknya. Saudara kenal Charles Darwin? Kenal Erasmus Darwin? Tahu kisah kehidupan dia? Pernah baca The Origin of Species? Tau pecahan Darwinism?

Belum lagi masuk perdebatan antara Evolution dan ID, Neanderthal Man, Cambrian Period, Second Law of Thermodynamics.

Saya bukan nak berlagak, tapi kefahaman ini saya ekstrak dari komen saudara sendiri. Orang sains tak layak tafsir Al-Quran. Maka orang agama pun tak layak tafsir Law of Nature.

Berdasarkan kefahaman di atas, saya menolak statement saudara yang mengatakan Teori Evolusi adalah bahaya, sangat rapuh dan boleh dipertikai.

Anonymous said...

Boleh bergabung,
hendak bercakap dipostingan terbaru, tapi di sini lebih tepat rasanye...

Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Q 24:45)

Letak Allah Maha Pengevolusi itu dimane?


Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian BERUBAH berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) BERUBAH berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Q 24:45)

Kalau begini boleh bung...('afwan, merobah ayat, demi kejelasan makna)

Hal ini memberi maksud Malaikat pastinya merujuk kepada makhluk yang sedang membuat kerosakan di Bumi sedang Adam dan Hawa tinggal di Syurga. Maka Allah hendak menjadikan Adam dan Hawa sebagai Khalifah di muka bumi untuk menggantikan makhluk yang tidak menyembah Allah yang sedang berada di muka bumi.

Ini keliru, saudaraku.
Bahwa makhluk yang dimaksud adalah kita ini, malaikat berkata mengapa manusia yang dijadikan khalifah, sedangkan ia, diberi hawa nafsu, dan pasti akan melakukan kerusakan dibumi. Prediksi malaikat seperti itu. Tapi, ini kehendak Allah.
Saudaraku, ini ayat sangat sederhana, jangan dibikin rumit.

Al-Quran mengatakan, Malaikat mencabut roh manusia dalam dua keadaan. Ketika sudah sampai ajal dan setiap kali tidur.

Masha Allah, perkara bahwa Malaikat mencabut roh manusia pada saat ajal, yah benar. Tetapi ketika, tidur, aku baru tahu malaikat mencabut juga...
Yang bisa saya katakan... Kuasa Allah yang berkehendak...

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan[1313]. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Q 39:42)

Dengan ini menurut Al-Quran, manusia boleh hidup, bernafas dan memiliki tubuh yang berfungsi penuh tanpa adanya roh.


Bukan menurut Al-Quran, tetapi masih hypotesis anda, jangan terbalik. Bagaimana dengan perkara mimpi, bagaimana dengan perkara igau, bagaimana dengan perkara mimpi basah?

Al-Quran menyebutkan sesuatu yang khusus tentang nenek moyang kita: Jika Dia berkehendak, Dia mampu menjadikan keturunan kita bukan manusia seperti nenek moyang kita.

Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain. (Q 6:133)


Astagfirullah... Sungguh ini adalah ayat yang sangat mutlak dikatakan oleh Allah, tiada tersisip maupun menyisip, hanya Ahli Kitablah yang mengartikan dengan tangan mereka sendiri.

Yang diberi cetak tebal, sebaiknya, ditelaah kembali secara nlar, bukan dan jangan dengan hawa nafsu. Allah memperingatkan serta meminta agar hamba-Nya berpikir, bagaimana anda bisa lahir dari Bapak-ibu anda? Darimanakah ibu anda? Darimanakah bapak anda? Lalu bagaiman mereka bertemu, sehingga anda ada? Inilah penjelasan ayat Allah itu supaya mereka berpikir.

Evolusi adalah fundamental kepada cabang-cabang ilmu biologi. Menolak evolusi bererti menolak biologi secara keseluruhan. Justeru, buang yang keruh ambillah yang jernih.

Sungguh, umat muslim pada bangga Nabi Muhammad SAW, bahwa diajarkan bahwa disetiap perkara yang masih dalam keadaan ijtihad semu, maka hendaklah is berada pada jalan yang tegah lagi jauh akan mudharat yang di ambil.

Sehingga, apa yg tercetak tebal diatas sangat tidak tergambar pada anjuran Rasulullah.


BLOG KE 2

Akan tetapi Allah SWT tidak menjelaskan di dalam al-Quran bagaimanakah Adam itu dicipta. Adakah dia dicipta secara berperingkat atau dengan satu proses sahaja? Sebahagian ahli Tafsir mendatangkan pandangan bahawa ketika Allah SWT mencipta Adam, tubuh Adam itu dibiarkan selama 40 tahun sebelum ditiupkan ke dalamnya roh. Di sini kita boleh melihat dengan jelas pengaruh tradisi Ancient Persian terhadap tafsiran berkenaan. (Sharudin.Com)

Mari berpegang teguh pada Al Quran dan Hadis Rasulullah bukan terhadap hipotesis yangmasih semu dan bersifat praduga. Siapakah saksi akan peristiwa rujukan itu?

Saudaraku... dan untuk saudaraku...

Mari kita telaah sains dan ilmu pengetahuan hingga ke ujung langit, tiada larangan bahkan merupkan tantangan ridha dari Allah. Terlepas perihal ini, sungguh bijak jika sains tersebut meruuk pada kalam Allah, Al Quranul karim BUKAN Al Quranul karim yang merujuk sains. Jangan terbalik.

Apa bedanya dengan ahli kitab yang brbuat berlebihan dengan tangannya sendiri. Segera istigfar.

Pendekatan sains dan pendekatan teologi sangatlah berbeza. Jika kolaborasi anatar kedua itu serasi maka sungguh itulah karunia Allah yang harus disyukuri. Jika tidak selaras, maka kesesatan yang terjadi, dan malapetaka yang akan terazabkan.

Baik, sekarang mari kita merdekaakan sains dengan pendekatan sains...

Saya seorng yang menarik dgn dunia biologi, teori evolusi masih dipelajari sebatas pengetahuan dan sejarah teori di negeri kami, kerana itu adalah apresiasi terhadap saintis terhadap partisipasi didunia ilmu, pernah dikatakn bahwa

SEMAKIN DEKAT NILAI GENETIKAL SPECIES, MAKA SEMAKIN DEKAT PULA KEKERABATANNYA.

Gen manusia dibandingkan dengan species primata dan species babi yang herbivor, lebih dekat persenyawaan gen manusia dengan gen babi, daripada primata. Adakah hal ini menandakan kekerabatan babi lebih dekat dengan manusia, daripada primata. Bolehkah, berhipotesa bahwa nenek moyang manusia adalah babi, bukan bangsa primata?

Lalu, berdasrkan dalil teori evolusi diatas apakah dapat dibenrkan? Wallahu alam bisawab...

Tak adil, bila hanya mengkritisi dalil harun yahya, kerana ilmu tak hanye ade di karya harun yahya, tengoklah library terdekat.

Tidak ada yg pasti, kerana yang pasti hanya milik Allah, manusi bisa berkehendk, tetapi kuasa hanya milik Allah.

Tak baik jika kita melangkahi border kekuaasaan Allah itu, kerana manusia memiliki ilmu hanay sejengkal jari kelingking. Jikalau kita masih memeprkarakan hal yang tidak dapat dijangkau manusia? Sungguh apa beda kita mempertnyakan, apa rupa Allah? Naudzubillahi min zalik.

Anonymous said...

Salam Pedagang Jamu

Falsafahnya begini, sebelum adanya orang yang mengiatkan kajian sain (saintis) Muslim tidak berminat untuk memasuki padang. Kalau ada yang bermainpun setakad main kampungan, dengan mode main-main., sehinggalah datang pengkaji yang serious, yang tidak kenal penat, terus membuktikan satu demi satu, apa yang dahulunya kepercayaan sahaja kini menjadi kepercayaan yang boleh dibuktikan. Muslim tidak berminat cara begitu. Kebanyakan Muslim terlalu reaktif, langsung tidak proaktif. Hanya membaca bahawa Al Quran telah mengatakan begitu begini 1400 tahun dahulu. Kenapa perlu kita tunggu sehingga sekarang atau sehingga saintis (yang menggunakan akal semaksimanya) datang dan membuat kejian dan kesimpulan, baru kita mempertikai apa yang mereka lakukan. Dunia ini Allah jadikan untuk Muslim, tetapi oleh kerana Muslim lebih suka menyebukkan diri dengan ayat-ayat tidak perlu bukti, dari ayat-ayat yang mengarah kita mencari bukti dengan menggunakan akal, maka Muslim menjadi tertutup mindanya untuk menjadi proaktif, selalu hanya menjdi pembangkang yang beremosi.

Ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang kita tahu ada pembentuknya. Ada cara-cara membentuknya, Ada carakerja yang perlu dilaksanakan, walaupun pada perlaksanaannya Allah hanya sebut jadi maka jadilah, tidak perlu menggunakan alat atau sesuatu. Bagaimanapun Allah mengingatkan kita melalui Al Quran, bahawa di dalam semua kejadian atau pembentukan itu, terdapat tanda-tanda kekuasaanNya, tanda-tanda carakerjaNya telah dilaksanakan. Dan hanya orang yang berfikir atau Ulil Al Baab sahaja yang dapat menangkapnya. Yang mendapat kunci ghaib yang menutup pengetahuan itu kepada unum. Allah Maha Adil dan Dia memberikan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, samada orang itu kenal padaNya atau percaya padaNya atau tidak. Itulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Segala hakmilik adalah milikNya, tetapi hakguna diberikan kepada mahlukNya. Kita bebas memilih untuk melakukan apa sahaja dengan hanya terbatas kepada peraturan carakerjaNya, SunnahNya.

Saya tidak hairan dengan kadar pembangkangan yang berlaku kepada kebenaran. Manusia yang bertamadun telah hidup dengan kepercayaan yang salah sejak 10,000 tahun dahulu tentang Matahari yang mengelilingi Bumi. Hanya apabila saintis membuktikan bahawa kebenarnya adalah sebaliknya, kurang dari 500 tahun dahulu, barulah Muslim membaca ayat yang sama dengan pengertian yang berbeza. Dahulunya sebelum kebenaran diketengahkan, mereka membaca dengan tidak memahami apa yang dibaca, kerana pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah seperti itu sejak turun temurun. Ini semua kerana Muslim tidak mahu menggunakan akal dengan cara terbaik dan maksima, dan hanya bergantung kepada orang lain untuk membuat kajian. Apabila kajian dah ada, mereka datang untuk hanya mempertikai dan berbalah tentangnya. Betapa egonya Muslim sebegini? Apakah itu yang Allah mahu dari Seorang Muslim? Terus hidup dalam kepercayaan taklid semata-mata, tanpa mahu berusaha mencari kebenaran. Kalau kita memilih yang ini dan menolak yang itu, di mana kedua-duanya diperolehi dari asas pengkajian yang sama, iaitu ilu sains, maka jadilah kita orang yang berpura-pura. Saya tak kata teori itu dah sempurna tetapi marilah kita berkerjasama mencari kebenaran ayng tersirat di dalamnya. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Perbincangan yang menarik. Saya hanya sempat speed reading kerana keterbatasan masa (anak tengah menangis). Namun, saya berharap anda semua dapat memikirkan perkara berikut:

1. Hujah yang disulami oleh emosi tidak memberi keupayaan akal untuk berfikir dengan rasional (tak semua post, tapi ada).

2. Sukar untuk memahami pandangan orang lain selagi kita tak memakai kasut yang sama.

3. Maka, bagi anda yang belajar sains (BSc, MBBS, etc) berikan ruang di dalam otak untuk membuat double degree - ambillah pula degree Pendidikan Islam (Usuluddin, Tauhid, etc).

4. Begitu juga bagi anda yang belajar agama, jika dah ada degree atau bakal menamatkan pelajaran, ambillah jurusan sains pula.

5. Kalau rasa tak mampu, mulakan dengan sijil, kemudian diploma, kemudian degree. Nak sambung Masters dan PhD, terpulanglah (tapi lagi bagus).

6. Dengan itu, kita dapat memahami dengan sebaik - baiknya dari kedua - dua persepsi. Dengan harapan, tiada lagi unsur tuduh - menuduh dan berburuk sangka dari kedua - dua pihak. Kita punya misi yang sama.

7. Untuk saudara mondo, semuanya akan kekal menjadi misteri, sekiranya kita sendiri tidak proaktif mencari jawapannya. Maka, mulakan kajian anda (start doing your research), bukannya dalam library, tapi turun ke padang dan korek fossil di mana - mana, hatta di belakang rumah kita.

8. Bercakap mengenai teori ini merupakan permulaan yang baik, tapi langkah seterusnya adalah untuk kita sendiri terlibat secara aktif samada untuk approve or disprove the theory - bukan sekadar berbahas tapi walk the walk.

9. Dalam limitation yang saya ada, saya sedang berusaha ke arah itu. Harapnya bukan saya seorang, tapi kita semua.

Wasalam.

Anonymous said...

@ Sharudin

Falsafahnya begini, sebelum adanya orang yang mengiatkan kajian sain (saintis) Muslim tidak berminat untuk memasuki padang. Kalau ada yang bermainpun setakad main kampungan, dengan mode main-main., sehinggalah datang pengkaji yang serious, yang tidak kenal penat, terus membuktikan satu demi satu, apa yang dahulunya kepercayaan sahaja kini menjadi kepercayaan yang boleh dibuktikan. Muslim tidak berminat cara begitu.

Tidak saudaraku, jikalau saudara berpikiran seperti itu, maka apa yang mereka lakukan? Tiada minat yang dilatarbelakangi oleh niat, tiada keseriusan yg dilatarbelakangi main-main. Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah). Dimaklumkan anda berucap seperti ini kerana ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton.Hal sama ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya.

Kebanyakan Muslim terlalu reaktif, langsung tidak proaktif. Hanya membaca bahawa Al Quran telah mengatakan begitu begini 1400 tahun dahulu. Kenapa perlu kita tunggu sehingga sekarang atau sehingga saintis (yang menggunakan akal semaksimanya) datang dan membuat kejian dan kesimpulan, baru kita mempertikai apa yang mereka lakukan. Dunia ini Allah jadikan untuk Muslim, tetapi oleh kerana Muslim lebih suka menyebukkan diri dengan ayat-ayat tidak perlu bukti, dari ayat-ayat yang mengarah kita mencari bukti dengan menggunakan akal, maka Muslim menjadi tertutup mindanya untuk menjadi proaktif, selalu hanya menjdi pembangkang yang beremosi.

Bukan pembangkang yang emosi, dan juga bukan muslim itu tiada proaktif, banggalah pada semua tantangan ini, baik dahulu maupun sekarang, muslim adalah umat yang kritis menanggapi sesuatu kerana kita berpedoman. Saye tak menyangka, jika anda berbuat bijak, setidaknya set pemikieran anda dgn point of view yang bernafaskan suasana positive, bukan negative. Bukan menunggu juga, karena tanpa ditunggu pasti akan terkuak juga. Istigfar saudaraku, tak ada pembangkang yang emosi dalam silang pendapat apalgi sains, jikalau termakan emosi, tentu bisalah kita membezakan dalam hal-hal yang diujarkan.


Ilmu sains itu adalah ilmu mengkaji Alam, yang kita tahu ada pembentuknya. Ada cara-cara membentuknya, Ada carakerja yang perlu dilaksanakan, walaupun pada perlaksanaannya Allah hanya sebut jadi maka jadilah, tidak perlu menggunakan alat atau sesuatu. Bagaimanapun Allah mengingatkan kita melalui Al Quran, bahawa di dalam semua kejadian atau pembentukan itu, terdapat tanda-tanda kekuasaanNya, tanda-tanda carakerjaNya telah dilaksanakan. Dan hanya orang yang berfikir atau Ulil Al Baab sahaja yang dapat menangkapnya. Yang mendapat kunci ghaib yang menutup pengetahuan itu kepada unum. Allah Maha Adil dan Dia memberikan ilmu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, samada orang itu kenal padaNya atau percaya padaNya atau tidak. Itulah Maha Pengasih dan Penyayangnya Allah. Segala hakmilik adalah milikNya, tetapi hakguna diberikan kepada mahlukNya. Kita bebas memilih untuk melakukan apa sahaja dengan hanya terbatas kepada peraturan carakerjaNya, SunnahNya.

Oleh kerana itu, bebas dalam artian tidak dipaksakan, melainkan adanya sikap tanggung jawab dan kesahajaan.

Saya tidak hairan dengan kadar pembangkangan yang berlaku kepada kebenaran. Manusia yang bertamadun telah hidup dengan kepercayaan yang salah sejak 10,000 tahun dahulu tentang Matahari yang mengelilingi Bumi. Hanya apabila saintis membuktikan bahawa kebenarnya adalah sebaliknya, kurang dari 500 tahun dahulu, barulah Muslim membaca ayat yang sama dengan pengertian yang berbeza. Dahulunya sebelum kebenaran diketengahkan, mereka membaca dengan tidak memahami apa yang dibaca, kerana pengajaran yang diberikan kepada mereka adalah seperti itu sejak turun temurun. Ini semua kerana Muslim tidak mahu menggunakan akal dengan cara terbaik dan maksima, dan hanya bergantung kepada orang lain untuk membuat kajian. Apabila kajian dah ada, mereka datang untuk hanya mempertikai dan berbalah tentangnya. Betapa egonya Muslim sebegini? Apakah itu yang Allah mahu dari Seorang Muslim? Terus hidup dalam kepercayaan taklid semata-mata, tanpa mahu berusaha mencari kebenaran. Kalau kita memilih yang ini dan menolak yang itu, di mana kedua-duanya diperolehi dari asas pengkajian yang sama, iaitu ilu sains, maka jadilah kita orang yang berpura-pura. Saya tak kata teori itu dah sempurna tetapi marilah kita berkerjasama mencari kebenaran ayng tersirat di dalamnya. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Saya juga tidak hairan dengan kadar keteguhan hati yang berlaku pada sumber hipotesa klinis. Semua itu hak manusia. Sehingga tak wajar bila dikatakan hipotesa itu dpt diadikan dalil untuk membuat kesimpulan. Kerana ada 1 metode lagi yg terlangkahi, yaitu analisis. Inilah yang sering terlupakan oleh manusia yang mengangga dirinya saintis.

Sepeti yang saya katakan...

Pendekatan sains dan pendekatan teologi sangatlah berbeza. Jika kolaborasi anatar kedua itu serasi maka sungguh itulah karunia Allah yang harus disyukuri. Jika tidak selaras, maka kesesatan yang terjadi, dan malapetaka yang akan terazabkan.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Saudara pedagang jamu

Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).

Nama-nama yg anda sebut ini adalah nostalgia silam wahai sahabatku. Berdepanlah dengan realiti, umat Islam telah beratus tahun ketinggalan dalam arena sains dan teknologi.

Bilangan saintis Islam yg telah menerima Nobel Prize hanya dua orang.

Kalaupun Ibnu Firnas orang pertama yg menemui konsep penerbangan, apakah kini umat Islam menguasai industri pembuatan jet?

Kita telah lama lena dgn mimpi nostalgia silam. Bangunlah saudaraku.

Anonymous said...

Nama-nama yg anda sebut ini adalah nostalgia silam wahai sahabatku. Berdepanlah dengan realiti, umat Islam telah beratus tahun ketinggalan dalam arena sains dan teknologi.Bilangan saintis Islam yg telah menerima Nobel Prize hanya dua orang.

Kalaupun Ibnu Firnas orang pertama yg menemui konsep penerbangan, apakah kini umat Islam menguasai industri pembuatan jet?

Kita telah lama lena dgn mimpi nostalgia silam. Bangunlah saudaraku.


Astagfirullah,mudah-mudahn bukan sifat keangkuhan,,, sampai hati anda men-cap hal tersebut sebuah nostalgia. Rubahlah sedikit sikap anda, bahwa kerana nostalgia itu, mari menjayakan kembali dunia keilmuan yang islami, bukan menengok dari sisi bathil terhadap sesama muslim, ini tidak solutif, renungkanlah kembali...

Muslim tidak perlu nobel seutuhnya , kerana nobel hanya sebuah duniawi belaka, oleh kerana itu, banyak orang-orang tamak, yang berkeras kepala menjunjung sains dgn dalil nobel,,, astagfirullah,,,

Padahal tanpa ada nobel, mereka juga sudah mendapatkan nobel dari yang Maha Nobel,,,

Inilah yang harus dibina, Sains untuk umat, bukan untuk Nobel...

Kalau anda menegok skala industri, tengoklah juga kondisi umat tersendiri,

contoh
salah satu negeri timur tengah, yang baru saja mau mengembangkan tekologi nuklir, sudah dikecam habis oleh negare yg sama sekali mayoritas bukan muslim,,,,

ada ape gerangan?

Jgn terlarut akan kehausan sains dari segi duniawi saja, kerana sebaik-baiknya sains adalah untuk umat.

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

It is interesting to see that with one sentence or one paragraph, people can interpret it so differently. And both parties think that they are right. It is nothing to be ashamed of, it is like that. Just like looking at the same picture, but some will see it as an old lady, while some will see it as a young woman. Think win - win guys.

Wasalam.

Ahmad Saifuddin Amran said...

It is interesting to see that with one sentence or one paragraph, people can interpret it so differently."

Ulama dalam mengistinbat hukum feqh dari Al-Quran, mempunyai interpretasi yg berbeza terhadap satu ayat yg sama.

Dgn kata lain, sebagai org sains sudah tentu interpretasinya juga berbeza (sdgkan ulama yg dlm satu bidang pun berbeza).

Ahmad Saifuddin Amran said...

Letak Allah Maha Pengevolusi itu dimane?

Saudara pedagang jamu

Saudara telah tersilap faham dalam memahami perenggan tersebut. Atau pun saya culas dalam menjelaskan keterangan.

Allah Maha Pengevolusi itu maksudnya nama Allah Al-Bari', bukannya tafsiran kepada ayat Al-Quran tersebut.

Dr Nazatul Shiha said...

Salam..

Ahmad Saifuddin said:
"Bilangan saintis Islam yg telah menerima Nobel Prize hanya dua orang."
= sefaham saya, saifuddin ingin menyatakan betapa rendahnya kualiti dan kuantiti saintis muslim sekarang (dengan menggunakan Nobel Prize sebagai indikator)

Sebaliknya Pedagang jamu said:
"Muslim tidak perlu nobel seutuhnya , kerana nobel hanya sebuah duniawi belaka, oleh kerana itu, banyak orang-orang tamak, yang berkeras kepala menjunjung sains dgn dalil nobel,,, astagfirullah,,,
Padahal tanpa ada nobel, mereka juga sudah mendapatkan nobel dari yang Maha Nobel,,,
Inilah yang harus dibina, Sains untuk umat, bukan untuk Nobel.."


.:Itulah yang saya maksudkan, "It is interesting to see that with one sentence or one paragraph, people can interpret it so differently"

Sedangkan kedua - duanya inginkan kegemilangan umat Islam seperti dulu, kembali ke zaman ini. Bukan?

Please enlighten me if I'm wrong.

Wasalam.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. (Q 32:7)

Seseorang mungkin berkata, sekiranya manusia adalah dievolusikan dari beruk, maka itu bercanggah dengan ayat Allah di atas.

Akan tetapi, saya tidak melihat sebarang percanggahan pun. Apa yang dimaksudkan Allah dengan sebaik-baik kejadian?

Kita lihat dari aspek kekuatan. Sekiranya manusia sebaik kejadian, pastinya manusia adalah makhluk terkuat di muka bumi. Tapi hakikatnya manusia tidak mampu menumbangkan seekor gajah dengan fizikal.

Manusia tidak mampu hidup bertelanjang di kutub utara yang sejuk atau di padang sahara yang membakar. Manusia tidak mampu untuk terbang. Manusia tidak mampu menyelam dalam air tanpa bekalan oksigen.

Justeru, kelemahan2 ini tidak menunjukkan manusia itu sebaik-baik kejadian dari aspek fizikal (penciptaan tubuh badan).

Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dikurniakan akal. Akal itu letaknya di otak. Buktinya orang yang mabuk atau kecederaan otak kita panggil mereka tidak berakal.

Evolusi manusia dari beruk tidak pun bercanggah dengan ayat manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Allah SWT sebelum meniupkan roh ke dalam Homo sapiens telahpun menyediakan blueprint untuk development otak manusia yang membolehkan proses berfikir.

Blueprint ini telah dibina sejak nenek moyang manusia masih lagi dalam bentuk hidupan laut.

Mohd Eqwan Bin Mohd Roslan said...

Salam akh..

Akhirnya ada jawapan kepada persoalan yang sudah lama bermain di fikiran saya...Sejak dulu lagi saya fikir kenapa Islam begitu jumud dalam menolak evolusi...Pernah saya fikir bagaimana jika Allah yang menyebabkan evolusi itu...

Terima kaseh atas info ini..

Ahmad Saifuddin Amran said...

Sama-sama

Tapi jangan telan bulat-bulat ye brader. Manfaatkan komen-komen tu supaya boleh check and balance.

Anonymous said...

salam persaudaraan..

bolehkah dibuat kesimpulan begini :

dari ayat yang menyatakan bahawa segala yang hidup di bumi ini terbentuk dari air atau dengan kata lain (bermaksud), wujud dari proses evolusi tetapi manusia diciptakan bukan dari evolusi tetapi memang dicipta sendiri oleh Allah..bagaimana dengan pendapat ini?...

isi :
1.semua yang hidup terhasil dari evolusi
2.manusia makhluk istimewa dicipta sendiri oleh Allah.

mungkin ianya kesimpulan dangkal dikalangan mereka yang faham tajuk ini...sekadar pandangan saya sahaja.

Ahmad Saifuddin Amran said...

Sekiranya saya mencadangkan teori evolusi terbatas, saya pasti semua akan mengangguk-angguk setuju. Saya pasti akan tiada komen yang berjela-jela panjangnya.

Mengatakan manusia berasal dari air dan manusia berasal dari tanah sama seperti mengatakan donut itu dibuat dari tepung dan donut itu dibuat dari telur. Kedua-duanya tidak bercanggah malah menyokong antara satu sama lain.

Sama ada kita berasal dari Adam, atau dari evolusi homo erectus, itu tidak menjadi persoalan kerana kita tetap jua dari Adam. It's only a matter of understanding.

Apa beza manusia dan binatang tanpa akal? Sama juga. Makan, tidur, mencari pasangan, etc. Manusia istimewa adalah dengan akal.

Saya selalu menghadapi soalan begini, "Evolusi itu adalah mustahil kerana tiada evidence dalam genetik bahawa manusia hampir dengan beruk". Bila saya bertanya, "Bagaimana pula haiwan boleh wujud dengan keadaan sedia sempurna? Ada teori yang boleh kemukakan?"

Selalunya dijawab "Kuasa Allah..."

Aik, tadi tolak evolusi dengan sains. Tapi bila minta hujah, mengapa bawakan hujah sedemikian? Ini tidak adil. Kalau begitu, Allah juga berkuasa menjadikan manusia dengan evolusi.

Saya tidak kisah kalau Creationist masih berpegang dengan pandangan mereka. Cuma saya minta, buktikan. Buktikan manusia ini terjadi dengan clay theory atau abiogenesis. Manakala evolutionist pula buktikan manusia ini terjadi dari satu sel. Begini barulah dikatakan adil.

(saya berasa pelik dengan mereka yang kata evolution kafir kerana penemunya adalah kafir. walhal apabila rashid khalifa yang kata dalam AQ ada 365 kalimah yaum (hari), ada 12 kalimah shahr (bulan), semua Muslim mengangguk-angguk setuju walhal tidak sedar bahawa penemuan itu adalah satu pembohongan)

Anonymous said...

Al Quran itu sendiri diturunkan secara ala micro evolution, iaitu berdikit-dikit, kerana Allah tahu sekiranya diturunkan sekali gus akan menyusahkan penyampaiannya. Kehidupan secara keseluruhannya adalah berevolusi dan tentang evolusi, termasuklah minda manusia sendiri serta ilham yang diperolehinya. Jangan kita khuatirkan ada penentangan kepada proses evolusi. Arus perdana memang hidup dalam kepercayaan taklid semata-mata tanpa berusaha mencari bukti ilmiah.

Anonymous said...

saudara saifuddin..

habiskanlah dulu dunia medic di jordan..dapatkanlah keputusan yang cemerlang dahulu..

theory tetap theory..bukan law..jadi,tak perlu ada islam vs darwin atau islam sokong darwin..kita tunggu keabsahannya melalui kajian para saintis..tak perlu berdebat bagai nak rak di masa yang sama kita tidak setanding dengan pengkritik atau pembela theory ini..

wassalam

Anonymous said...

salam p'paduan, saudara saifuddin...

maaf mencelah...tp saya x stuju dengan pandangan saudara...

sumtimes, agama tidak boleh dibuktikan oleh sains...
misalnye mrujuk kpd kwujudan Allah, yakni Tuhan yg Esa...

scare mudahnye, adakah saudara p'caya akan kewujudan Allah? tp, stakat ini tiada lg kajian sains yg dapat m'buktikan kwujudan Allah...jd, bagaimana???

bgitu jg dgn teori darwin...teori yg bliau utarakn kbanyakn nye mlli pmerhatian...kbanyakkn kajian2 yg bliau jalankn mnemui kgagalan malah shingga kini tdk dpt dbuktikn scare jelas...jd ianya hanye tgl teori...

ttg asal usul adam & hawa, rse2 nye saudara buleh mrujuk kpd buku pngajian al-Quran & as-Sunnah sbg rujukan yg plg asas & mudah(x pasti form 4 or form 5)...
jelas dsitu bhw mnusia bukan b'asal dr beruk...

ttg translation from al-Quran, don't take it easy...
sdangkn para sahabat pon tak brani m't'jemahkn al-Quran tnpe pnerangan yg jelas drpd Baginda Rasulullah, inikn pula kte insan yg t'lalu bnyk khilaf nye...rujuklah buku2 agame yg sahih yg mne sanad & matan nye jelas...

bnyk terjemahan saudara yg pd amatan sy TIDAK TEPAT malah jauh t'pesong skali...pd pndngn sy, harap saudara dpt p'baiki dri dr segi p'terjemahan ayat2 al-Quran krn jk t'slh, saudara buleh jd org musyrik....naudzubillah...moga kte smue dpelihara...

sperti p'bace2 yg lain, sy tdk mnolak kwujudan evolusi krn stp sstu itu sntiasa b'evolusi ke arah sstu yg bru atau yg laen atau yg lbih baek...tp sy amat mnolak TEORI EVOLUSI DARWIN yg x pernah selesai kajiannye ini...

wallahua'lam...maaf andai ade t'slh bhse...

drpd: yg m'cari kbenaran dlm stp sstu....(^^,)

habuk said...

saya pelik sket dengan artikel saifuddin ni:

1) pertama, kenapa pula manusia sekarang daripada roh adam, bukan daripada jasadnya juga? ada hadis nabi cakap: setiap manusia itu dari adam dan adam itu dari tanah. Buat apa Allah cipta jasad Adam dari tanah kalau patung tanah (ie jasad) tu eventually dibiarkan di syurga untuk dimasukkan roh adam tu ke dalam jasad baru di Bumi? sungguh tak logik.. bukankah Allah menciptakan sesuatu itu bukan sia-sia?

2) Kedua, sy sekadar nak berkongsi ilmu tentang cara2 berfikir. Cuba lihat ayat 30 surah al baqarah. dalam ayat ini terdapat dua kemungkinan:
a) malaikat tahu Bani Adam akan melakukan kerosakan selepas melihat manusia2 sebelumnya.
b) malaikat tahu Bani Adam akan melakukan kerosakan kerana mereka memang sediakala diberi Allah ilmu tentang manusia

Jika anda memilih (a),maka ia akan membawa anda kepada kesimpulan: manusia sebelum adam memang wujud

Jika anda memilih (b),maka ia akan membawa anda kepada kesimpulan:
manusia sebelum adam tidak wujud

mana satukah pilihan anda?

penerangan ringkas tentang (b): manusia juga diberikan ilmu tanpa melihat perkara2 terdahulu. Umpamanya, macam mana manusia tahu kalau perut lapar perlu kepada makanan? macam mana manusia tahu kalau mengantuk perlu tidur? semua tu ilmu Allah yang diberikan kepada manusia tanpa perlu melihat kepada perkara2 lepas.

sekian

habuk said...

oh, ada ralat sket,

jika anda memilih (b), maka ia akan membawa anda kepada kesimpulan:
manusia sebelum adam mungkin wujud dan mungkin juga tidak wujud.

jadi, mana satukah pilihan anda?

sekian

Anonymous said...

Kesimpulan yg boleh saya berikan;
1.Tidak mustahil dan tidak menafikan proses evolusi berlaku dan terus berlaku kepada setiap makhluk yang bernyawa.
2.Walaubagaimana pun evolusi yang pernah berlaku ke atas diri manusia terawal tidaklah sama 100% seperti apa yang telah dikemukakan oleh Teori Charles Darwin, kerana;
a. Asal manusia daripada Adam tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun kerana ini adalah Jaminan Daripada Yang Maha Pencipta. Asal usul Adam daripada Syurga di mana ia adalah sesuatu yang secantik-cantiknya kejadian tiada tandingannya lagi. Asal rupa Adam adalah sangat menarik pandangan, begitu juga Hawa yang selayaknya jadi penghuni Syurga. Hingga ke suatu masa, apabila peristiwa 'memakan buah khuldi' terjadi maka berlakulah terlucutnya pakaian Adam dan Hawa dari tubuh badan mereka, dan di masa itu keduanya saling melihat aurat antara satu sama lain, mereka malu, lalu mencari sesuatu untuk menutup apa yang sulit pada tubuh mereka masing-masing. Ini bukti menunjukkan bahawa rupa bentuk badan Adam dan Hawa di Syurga semestinyalah rupa manusia dan bukannya seakan-akan orang utan atau siamang atau beruk dan sbgnya.(rupa fizikal luaran haiwan sama ada jantan atau betinanya tidak ada perbezaan yang ketara ).
b. Adam dan Hawa diturunkan ke dunia khasnya di muka bumi secara terpisah. Mereka mencari antara satu sama lain sehingga berjumpa di sebuah padang yang luas. Ukuran tinggi Adam dipercayai sehingga 60 hasta.
Baik, sekiranya ukuran yang dipersoalkan adalah ketinggian Adam, maka secara logiknya untuk melihat bahawa Adam itu sangat tinggi semestinyalah kerana Adam itu berjalan dengan gaya yang tegak dan bukannya membongkok seperti orang utan atau siamang atau beruk dan sbgnya.
c. Daripada perkahwinan Adam dan Hawa maka lahirlah anak-anak, generasi awal termasuk Qabil, Habil, Iqlima dan Labuda sehingga berlakunya peristiwa pembunuhan pertama di muka bumi di kalangan manusia. Qabil membunuh Habil kerana mahu merampas Iqlima daripada Habil. Iqlima menjadi idaman Qabil kerana mempunyai rupa paras yang lebih cantik dan berkulit lebih cerah daripada Labuda yang berwajah lebih hodoh dan gelap. Ini membuktikan bahawa wajah-wajah anak-anak Adam juga adalah wajah manusia dan semestinyalah mempunyai rupa kulit seperti kulit manusia juga! Wajah haiwan dan juga kulit haiwan tidak ada perbezaan ketara antara satu sama lain. Apatah lagi untuk menyamakan wajah anak-anak Adam seperti seakan-akan wajah orang utan atau siamang atau beruk dan sbgnya???

yanmaneee said...

nike epic react flyknit
nike air max 270
cheap jordans
birkin bag
michael kors outlet online
yeezy shoes
nike air max 97
birkin bag
air max 2017
adidas superstar shoes